Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih kereta untuk keluarga yang sesuai antaranya faktor praktikaliti ruang, keselesaan, kemudahan dan ciri keselamatan kereta. Jika dahulu kereta merupakan suatu kehendak, namun hari ini kereta kini menjadi suatu keperluan lebih-lebih lagi jika sudah berkeluarga. Bagi anda yang mungkin sedang mencari kereta keluarga baharu, Carsome menyarankan anda untuk mempertimbangkan ciri-ciri berikut sebelum memilih kereta untuk keluarga yang sesuai untuk anda.

Tip Pembelian Kereta untuk Keluarga

Sebelum memilih kereta yang sesuai untuk anda, ambil kira lima kriteria ini sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kereta untuk keluarga baharu:

1. Praktikaliti Ruang

Pastikan anda mengambil kira faktor praktikaliti sebelum membeli kereta keluarga. Ambil kira saiz ruang dan faktor keselesaan selepas kesemua ahli keluarga, barangan (stroller, tempat duduk kanak-kanak – jika ada anak kecil, beg pakaian dan sebagainya) dimasukkan ke dalam kereta. Kriteria ini penting untuk keselesaan semasa perjalanan jauh terutamanya jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai

2. Ciri Keselamatan

Kebanyakan Pengeluar kereta menghasilkan kereta untuk keluarga dengan sistem dan ciri keselamatan yang terkini bagi membolehkan anda dan keluarga menikmati pemanduan yang selamat dan selesa. Namun begitu, faktor ini adalah bergantung pada bajet anda. Kebiasaannya, kenderaan premium baharu dilengkapi dengan lebih banyak ciri keselamatan moden dan canggih. Anda mungkin boleh mempertimbangkan kereta untuk keluarga terpakai dengan harga yang lebih mampu milik.

autos, bm, cars, tip pembelian kereta untuk keluarga dan ciri keselamatan yang perlu dipertimbangkan

Ciri-ciri Keselamatan Kereta untuk Keluarga

Dalam zaman teknologi yang serba canggih ini, kenderaan kini dicipta dengan pelbagai ciri keselamatan dan kelengkapan yang canggih untuk menjadikan pemanduan lebih selamat. Carsome menyenaraikan 9 ciri keselamatan terkini untuk membantu anda mengenal pasti kereta dengan ciri keselamatan yang terbaik dan sesuai untuk anda.

i. Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC)

Adaptive Cruise Control atau Kawalan Pemanduan Adaptif menggabungkan sistem kawalan konvensional dengan beberapa jenis sensor radar atau laser yang dapat menentukan kedudukan relatif dan kelajuan kenderaan lain. Data ini kemudiannya digunakan secara automatik untuk menyesuaikan kelajuan kenderaan anda dan mengekalkan jarak yang ditentukan antara kenderaan anda dan kenderaan di hadapan anda.

ii. Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS)

Kebanyakan sistem lampu depan tradisional dilengkapi dengan dua tetapan – lampu rendah dan lampu tinggi yang direka untuk meningkatkan jarak penglihatan terutamanya pada waktu malam. Namun begitu, penggunaan lampu tinggi ini berbahaya kepada pemandu lain di hadapan kerana ia boleh menyilaukan dan menjejaskan kualiti pemandangan. Sistem Lampu Depan Adaptif atau Adaptive Front-lighting System berfungsi menyesuaikan tahap kecerahan dan sudut lampu depan kereta anda secara automatik.

iii. Beg Udara SRS

Teknologi beg udara direka untuk melindungi pemandu dan penumpang semasa perlanggaran. Berdasarkan statistik, penggunaan beg udara dalam kenderaan mampu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan sebanyak 11 peratus. Beg udara berfungsi dengan tali pinggang keledar untuk mengurangkan risiko kecederaan kepala dan badan sekiranya berlaku kemalangan. Jika sensor mengesan nilai impak yang berlebihan, ia akan mengaktifkan gelembung beg udara di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang dalam tempoh masa 30 hingga 40 milisaat.

iv. Amaran Pengesanan Titik Buta (BSW)

Blind-spot Warning atau Amaran Pengesanan Titik Buta berfungsi memantau titik buta, memberi amaran kepada pemandu mengenai kehadiran kenderaan lain. Jika sistem ini mengesan kehadiran kenderaan lain yang sedang menghampiri kereta anda daripada belakang, ia akan menyalakan lampu amaran pada cermin sisi kereta anda.

v. Kerusi Keselamatan Kanak-kanak ISOFIX

ISOFIX Child Seat berfungsi untuk memastikan kerusi kanak-kanak dipasang dengan mudah dan selamat terutamanya dalam kereta keluarga. Tempat duduk kanak-kanak dipasang secara terus pada cakuk menjadikan pautan lebih kukuh dan selamat tanpa perlu menggunakan tali pinggang keledar dewasa. ISOFIX menjadikan pemasangan kerusi kanak-kanak lebih selamat, mudah dan mengurangkan risiko kecederaan akibat kemalangan.

a. Panduan Pemilihan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan 58 peratus kematian kanak-kanak dan bayi di Malaysia adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Malah, kekurangan sistem keselamatan kanak-kanak menjadi faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar kematian. Carsome berkongsi panduan penting pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanak sebagai anda:

            1. Jenis kereta, kerusi dan saiz kanak-kanak adalah tiga kriteria utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak;
            2. Anda disarankan untuk memilih kerusi keselamatan kanak-kanak yang menepati piawaian ISOFIX untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa kemalangan;
            3. Bayi memerlukan kerusi keselamatan kanak-kanak yang menghadap ke belakang sehingga berusia dua tahun atau lebih. Ia dapat mengurangkan risiko kecederaan pada bahagian kaki bayi berbanding semasa menghadap ke hadapan;
            4. Pastikan kerusi kanak-kanak mempunyai berat dan had ketinggian yang sesuai dengan kanak-kanak yang sedang membesar;
            5. Pilih kerusi keselamatan yang mesra pengguna. Kebanyakan kerusi kanak-kanak yang dijual di pasaran boleh dipasang dan dibuka dengan mudah apabila tidak digunakan, kusyen boleh ditanggalkan untuk dicuci;
            6. Untuk menjimatkan kos, pilih model kerusi kanak-kanak yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

autos, bm, cars, tip pembelian kereta untuk keluarga dan ciri keselamatan yang perlu dipertimbangkan

b. Cara Pemakaian Kerusi Kanak-kanak

Kerusi keselamatan kanak-kanak penting bagi memastikan keselamatan dan melindungi kanak-kanak jika berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh sebab itu, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan persendirian diwajibkan bermula 1 Januari 2020. Carsome berkongsi cara pemakaian kerusi kanak-kanak yang betul sebagai panduan anda:

            1. Letak atau baringkan belakang anak anda ke kerusi mengikut keselesaan;
            2. Pastikan tali pinggang keledar mengikut ketinggian paras bahu anak dan kerusi keselamatan berada pada paras yang bersesuaian mengikut keselesaan;
            3. Periksa pemasangan tali pinggang keledar dengan memasukkan dua jari untuk memeriksa kesesuaian. Pastikan ia cukup ketat hanya untuk dua jari;
            4. Kemaskan tali pinggang keledar di bahagian peha dengan menarik tali pinggang keledar yang disambungkan pada bahu. Kurangkan kelonggaran dengan menarik pelaras tali pinggang keledar ke tengah;
            5. Anda juga boleh muat turun Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Malaysia untuk info lanjut;
            6. Selain itu, rujuk manual kenderaan bagi memastikan kerusi keselamatan kanak-kanak telah dipasang dengan cara yang betul.

vi. Sistem Brek Antikunci (ABS)

Anti-braking System atau Sistem Brek Antikunci merupakan ciri keselamatan kereta yang direka untuk mencegah brek daripada terkunci semasa situasi kecemasan. Ia secara tidak langsung menjadikan pemanduan anda lebih selamat. Dengan brek biasa, kereta anda mungkin boleh hilang kawalan, tergelincir atau terbabas jika roda depan kereta anda terkunci semasa pemanduan.

vii. Brek Kecemasan Automatik (AEB) &

Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)

Sistem Brek Kecemasan (Automatic Emergency Braking) dan Amaran Perlanggaran Hadapan (Forward Collision Warning) dipasang pada kenderaan untuk meningkatkan keselamatan penggunan dan mengurangkan risiko kecederaan akibat perlanggaran. AEB merujuk pada sistem yang mengesan potensi kemalangan, mengaktifkan amaran perlanggaran kepada pemandu dan secara automatik menekan brek untuk mengelakkan atau mengurangkan impak hentaman. Manakala, FCW merujuk pada sistem tanpa AEB untuk membantu mengesan potensi perlanggaran hadapan semasa bergerak dan memberi amaran kepada pemandu untuk mengurangkan risiko kecederaan.

viii. Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)

Kawalan Kestabilan Elektronik atau Electronic Stability Control (ESC) mengesan situasi kritikal pada peringkat awal dan mengambil langkah sewajarnya untuk menstabilkan kenderaan dengan selamat dengan menggunakan sensor untuk memantau roda kereta anda. Sekiranya kereta tergelincir, sistem akan mengambil alih dan mengenal pasti kadar gelinciran lalu mengawal roda melalui brek untuk mengelakkan kereta berpusing secara tidak terkawal.

ix. Lane Departure Warning (LDW)

Sistem ini akan memantau kedudukan kenderaan di lorong dan memberi amaran kepada pemandu jika kenderaan tersasar daripada lorong atau ada kenderaan lain menghampiri atau melintasi garisan putih di hadapan anda. Lane Departure Warning akan memberi amaran bunyi, atau kerusi atau stereng anda akan bergetar sekiranya kereta anda telah melintasi garisan putih atau secara tidak sengaja memasuki lorong lain.

autos, bm, cars, tip pembelian kereta untuk keluarga dan ciri keselamatan yang perlu dipertimbangkan

3. Ruang Kabin

Kebanyakan model kereta moden hari ini tampil dengan ruang kabin yang lebih luas dan selesa. Honda Jazz misalnya, dilengkapi dengan kerusi belakang boleh lipat yang mampu memuatkan objek panjang dan tinggi yang semestinya sesuai untuk keluarga kecil. Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan warna kabin, jenis fabrik yang digunakan lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Anda mungkin perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk membersihkan ruang dalaman kabin jika anak kecil termuntah atau susu tertumpah.

4. Penggunaan Bahan Bakar

Anda disarankan untuk membandingkan berat kenderaan dengan saiz kapasiti enjin, kuasa dan tork maksimum. Jika enjin kereta anda terlalu kecil dengan saiz badan kereta yang besar, ia mungkin boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar. Jika tidak pasti, tanya pemilik kereta yang sama tentang penggunaan bahan bakar melalui group di Facebook atau laman media sosial lain.

5. Gaya Pemanduan

Kenal pasti gaya pemanduan anda sebelum memilih kereta keluarga yang sesuai untuk anda. Ini kerana, gaya pemanduan secara tidak langsung mempengaruhi pemilihan kereta keluarga yang sesuai untuk anda.

5 Family Cars atau Kereta untuk Keluarga yang Terbaik dan Berbaloi untuk Dimiliki

Carsome menyenaraikan 5 kereta untuk keluarga yang bukan sahaja terbaik dan selamat, malah sesuai untuk anda dan keluarga anda.

1. Honda CRV

Honda CRV boleh dikategorikan sebagai kereta keluarga terbaik atau The Best Family Car di Malaysia pada harga mampu milik. Model ini dilengkapi dengan teknologi terkini yang boleh mengesan sebarang potensi bahaya semasa pemanduan dan mengurangkan risiko kemalangan. Oleh sebab itu, model ini kereta ini semestinya layak dijadikan kereta pilihan terbaik untuk keluarga. Honda CRV ini juga dilengkapi dengan kawalan kestabilan kenderaan, bantuan kestabilan semasa melalui selekoh dan kamera pemantauan titik buta.

Namun begitu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan mana-mana model kereta Honda terpakai, anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui kereta Honda terpakai yang boleh didapati dengan harga bawah 100K.

2. Toyota Harrier

Model kereta Toyota Harrier ini banyak dilihat di jalan raya Malaysia. Kereta pilihan keluarga di Malaysia ini dilengkapi dengan sistem prapelanggaran yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran hadapan dengan menekan brek secara automatik dalam situasi kecemasan. Model kereta ini juga hadir dengan kawalan pemanduan adaptif yang menyesuaikan jarak selamat antara kereta anda dan kenderaan di hadapan anda.

3. Mercedes-Benz GLE

Mercedes-Benz GLE merupakan crossover keluarga mewah yang sesuai untuk keluarga yang menggemari aktiviti lasak hujung minggu atau bersiar-siar di kota raya. Ini kerana, model kereta ini dibina sesuai untuk pemanduan atas jalan (on road) atau luar jalan (off road). Model Mercedes-Benz GLE dilengkapi dengan bantuan pengekalan lorong aktif, sistem praselamat dan fungsi attention assist yang menjamin keselamatan dan keselesaan sepanjang pemanduan.

4. Honda Accord

Honda Accord merupakan salah sebuah kereta keluarga terbaik dalam kategori sedan. Model ini dilengkapi dengan teknologi Honda Sensing yang berfungsi menambahkan keyakinan sepanjang pemanduan dan menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa. Teknologi ini merangkumi beberapa teknologi bantuan seperti Pengecaman Papan Tanda Trafik atau Traffic Sign Recognition yang memberi amaran kepada pemandu sekiranya kelajuan kenderaan melebihi had kelajuan yang ditetapkan.

Untuk senarai penuh teknologi Honda Sensing dalam model Honda Accord, rujuk artikel penuh di sini.

5. Toyota Camry

Model Toyota ini menawarkan kombinasi jaminan kualiti dan nilai wang terbaik pada harga yang berpatutan. Toyota Camry dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 2.5 Plus yang menawarkan beberapa ciri baharu seperti sistem prapelanggaran dengan pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal. Kereta sedan segmen D paling selesa di pasaran ini turut dilengkapi dengan bantuan stereng kecemasan atau emergency steering assist yang membantu menstabilkan semula kenderaan dalam situasi kecemasan seperti mengelak penunggang basikal atau kenderaan lain.

Kami berharap perkongsian ini dapat membantu anda memilih kereta untuk keluarga yang bukan sahaja selamat, tapi selesa untuk anda dan keluarga tersayang. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama anda atau sedang mencari kereta keluarga terpakai, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dan terbesar di asia tenggara.

Keyword: Tip Pembelian Kereta untuk Keluarga dan Ciri Keselamatan Yang Perlu Dipertimbangkan

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel