Terdapat pelbagai sebab untuk membeli kereta, antaranya adalah untuk membeli kereta pertama, menaik taraf kepada kereta yang lebih besar, atau untuk menukar beli kereta anda dengan yang baharu.
Tambahan pula, menjual kereta anda adalah cara yang mudah untuk mendapatkan wang dengan segera dan Carsome membuatkannya lebih mudah untuk anda.
Kerana itulah Carsome sentiasa mengadakan promosi dengan beraneka tawaran hebat supaya anda boleh memiliki kereta terpakai yang berkualiti menerusi transaksi yang mudah dan telus, selain daripada memberi anda faedah tambahan apabila anda menjual kereta anda.
Di samping itu, anda juga tidak perlu risau tentang sebarang caj tersembunyi dengan Carsome, anda cuma perlu bayar harga yang dipaparkan di laman web kami (sebelum diskaun!).
Jadi, berikut adalah tawaran terbaru dari kami untuk bulan Mac ini.
Carsome March Deal 1: Menangi Petrol Percuma untuk Satu Tahun Dengan Kereta Carsome Certified
Memandu kereta idaman anda di jalan raya merupakan sesuatu yang diimpikan semua orang, tetapi bagaimana jika kami boleh berikan anda sesuatu yang lebih baik daripada itu?
Kami ingin memberi anda peluang untuk memenangi baucar petrol PERCUMA untuk setahun yang bernilai RM2,000 apabila anda membeli kereta Carsome Certified pada bulan Mac ini!
Inilah apa yang perlu anda lakukan untuk memenangi hadiah yang menarik ini:
- Langkah 1: Layari carsome.my/buy-car dan beli kereta idaman anda dengan kami dalam tempoh peraduan.
- Langkah 2: Kongsi foto atau video kereta Carsome Certified anda di media sosial dan tag kami di @carsome.my (FB) atau @carsomemalaysia (IG).
- Langkah 3: Sertakan juga kapsyen yang memberitahu ke mana anda mahu memandu kereta anda apabila anda memenangi baucar petrol PERCUMA daripada kami bersama-sama dengan hashtag #CarsomeMY dan #DriveWithCarsome.
- Langkah 4: Jangan lupa untuk tukar tetapan profil Facebook dan Instagram anda kepada umum supaya kami dapat melihat siaran anda.
Peraduan ini berlangsung dari 23 Februari hingga 31 Mac 2022.
*Tertakluk pada Terma & Syarat.
Carsome March Deal 2: Dapatkan Kereta Carsome Certified Daripada Serendah RM399/sebulan!
Jika anda ingin membeli kereta pertama atau ingin menaik taraf kereta anda, anda bernasib baik. Anda kini boleh mendapatkan kereta idaman anda daripada hanya RM399/sebulan dengan Carsome March Deals!
Dapatkan sebuah hatchback yang pantas sperti Perodua Myvi daripada RM399/sebulan atau Toyota Yaris daripada RM699/sebulan, ataupun sedan yang luas seperti Honda Civic dan Mazda 2 dari RM999/sebulan, serta banyak lagi kereta jenama lain pada harga yang hebat.
Paling penting, apabila anda memilih kereta Carsome Certified, ia dijamin berkualiti kerana telah lulus pemeriksaan 175-titik kami yang ketat, dan ia juga dibaik pulih supaya anda boleh membawa pulang kereta yang kelihatan dan rasa seperti baharu.
Promosi ini akan berlangsung dari Februari hingga 31 Mac 2022.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Tempah kereta Carsome Certified anda sekarang!
*Tertakluk pada Terma & Syarat.
Beli Kereta Carsome Certified untuk Jaminan Kualiti
Dengan lebih dari 1,000 pilihan kereta terpakai berkualiti, anda boleh yakin bahawa setiap kereta Carsome Certified yang disenaraikan dalam laman web kami telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat, dan juga telah dibaik pulih untuk memastikan kereta dapat berfungsi dengan baik di atas jalan raya. Jadi jangan risau, anda akan mendapat nilai terbaik untuk pembelian anda, lebih-lebih lagi dengan Carsome March Deals kami!
Tambahan pula, kami akan uruskan semua kertas kerja untuk anda semasa membeli kereta dengan kami, jadi anda tidak perlu bersusah payah.
Selain daripada itu, kereta Carsome Certified juga telah dibaik pulih dan didatangkan dengan Carsome Promise.
Carsome Promise adalah jaminan kami agar anda memiliki ketenangan fikiran dengan pembelian anda. Malah, jaminan pulangan wang dalam lima hari juga merupakan salah satu daripada Carsome Promise kami dalam usaha kami memastikan anda dapat membeli kereta dengan selamat tanpa perlu keluar dari rumah!
Ini adalah Carsome Promise kami kepada anda:
- Jaminan pulangan wang dalam lima hari: Sekiranya anda membeli kereta terpakai dari Carsome dan aanda berubah fikiran mengenai kereta tersebut, anda boleh mengembalikannya kepada kami dalam masa lima hari untuk mendapatkan bayaran penuh kembali. Tanpa sebarang soalan!
- Pemeriksaan secara profesional: Semua kereta Carsome telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan rangka, kebakaran, dan banjir.
- Jaminan satu tahun: Perjalanan anda bersama kami tidak berhenti selepas anda membeli kereta. Kami akan memberikan anda jaminan perlindungan untuk tahun pertama pembelian agar kereta anda dilindungi.
- Harga tetap: Harga yang anda lihat pada senarai di laman web kami adalah harga penuh sebenar kereta tanpa sebarang bayaran tersembunyi. Kami mengamalkan ketelusan kos yang sepenuhnya untuk memastikan anda tahu apa yang anda akan dapat.
Pastikan anda kongsikan gambar dan video kereta Carsome Certified anda di media sosial dan tag @carsome.my (FB) atau @carsomemalaysia (IG)!
Dengan ini, kami berharap anda boleh mendapatkan kereta impian anda yang berkualiti dengan harga berpatutan daripada kami. Tempah kereta Carsome Certified hari ini!
Artikel ini telah diterbitkan pada 14/07/2021. Ianya telah diperbaharui pada 28/02/2022 untuk mencerminkan kempen dan mekanik promosi terbaru Carsome.
Artikel berkaitan: Kaedah Pembayaran Beli Kereta Terpakai di Malaysia
Keyword: Tawaran Bulan Mac Carsome: Menangi Petrol Percuma untuk Satu Tahun Apabila Anda Membeli Kereta Carsome Certified