Sistem ekzos kereta direka untuk memastikan pelepasan bahan kimia berbahaya yang dihasilkan oleh kereta berada pada tahap yang selamat. Ia berfungsi mengurangkan kadar pelepasan bahan kimia ke udara selari dengan standard yang ditetapkan oleh sesebuah negara sekali gus mengelakkan pencemaran alam sekitar dan kesan berbahaya kepada nyawa manusia. Namun begitu, ramai dalam kalangan pemilik kereta yang tidak mengambil berat tentang penjagaan sistem ekzos kereta. Ia secara tidak langsung menyebabkan sistem ekzos kereta menjadi bocor, rosak dan bermasalah. Kebocoran sistem ekzos boleh menjejaskan kesihatan dan membahayakan nyawa pemandu dan penumpang sekiranya dihidu secara berterusan sepanjang pemanduan.

Isi Kandungan
  • Simptom Ekzos Kereta Bocor dan Bermasalah
  • Tip Penjagaan Ekzos Kereta
  • 5 Warna Asap Kereta dan Punca Kerosakan

autos, bm, cars, tanda-tanda sistem ekzos kereta anda mungkin bocor dan bermasalah

Simptom Ekzos Kereta Bocor dan Bermasalah

Pengetahuan mengenai masalah kebocoran sistem ekzos boleh membantu mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini daripada berlaku yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan. Jika anda mengesan tanda-tanda kerosakan atau kebocoran ini pada sistem ekzos kereta anda, segera dapatkan bantuan dan nasihat pakar untuk pemeriksaan dan pembaikan.

1. Bunyi Kuat atau Pelik pada Bahagian Sistem Ekzos

Jika anda mendapati terdapat bunyi yang lebih kuat daripada biasa dihasilkan pada bahagian ekzos, anda disarankan untuk memeriksa sistem ekzos untuk mengetahui sebarang kerosakan atau kebocoran. Kereta yang mengalami kebocoran ekzos biasanya akan menghasilkan bunyi yang kuat terutamanya semasa memecut. Lazimnya, bunyi yang terhasil berbeza mengikut saiz kebocoran–biasanya kebocoran kecil menghasilkan bunyi seperti siualan atau angin, manakal kebocoran besar menghasilkan bunyi yang lebih kuat seperti bunyi motobot.

Namun begitu, simptom bunyi ini sukar untuk dikesan kerana sistem ekzos dan sistem lain kenderaan menghasilkan bunyi-bunyi tertentu semasa beroperasi. Namun begitu, jika anda mengesan sebarang bunyi yang berbeza daripada kebiasaan, segera dapatkan bantuan dan pemeriksaan lanjut.

Bagaimana Kenal Pasti Bunyi Ekzos Bocor?

Secara amnya, ekzos kereta yang bocor akan menghasilkan bunyi berdesis (hissing–bunyi seperti gas bocor) atau ketak-ketik (tapping–bunyi seperti hujan jatuh di atas atap rumah). Biasanya, bunyi ini terhasil lebih kuat semasa enjin dalam keadaan sejuk atau semasa anda memecut kenderaan.

2. Kecekapan Bahan Api Menurun

Sistem ekzos memerlukan nisbah kandungan bahan api dan udara yang betul untuk menghasilkan tahap kecekapan bahan api yang bersesuaian. Jika berlaku kebocoran dalam sistem ekzos, ia secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi enjin merosot sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api. Ini kerana, lebih banyak bahan api diperlukan untuk mencapai tekanan yang betul untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh kenderaan.

3. Kuasa Pecutan Berkurangan

Kebocoran sistem ekzos terutamanya pada bahagian manifold ekzos secara tidak langsung boleh merosakkan injap dan seperti dinyatakan di atas, akan meningkatkan penggunaan bahan api–menyebabkan kuasa enjin berkurangan. Ini kerana, enjin kehilangan lebih banyak kuasa dan menyebabkan kuasa enjin menjadi lemau sekali gus mengurangkan kuasa pecutan enjin sesebuah kenderaan.

4. Gegaran pada Pedal Minyak

Jika berlaku gegaran pada bahagian pedal minyak kereta anda–besar kemungkinan bahagian ekzos kereta anda bocor. Lazimnya, gegaran pada bahagian pedal minyak adalah disebabkan oleh kebocoran paip ekzos dan berkadar langsung dengan saiz kebocoran paip ekzos. Dalam erti kata lain, semakin besar saiz kebocoran, semakin teruk gegaran yang dialami oleh pemandu. Jika simptom dibiarkan, gegaran ini boleh bertambah buruk dan menyebabkan bahagian stereng dan lantai kereta turut mengalami situasi yang sama.

5. Bau Asap dalam Kabin

Jika sistem ekzos kereta anda mengalami masalah atau kebocoran, anda boleh mengenalpastinya melalui bau yang dihasilkan. Gas yang terbebas ke udara yang memasuki ruang kabin seperti gas karbon dioksida (CO2) menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Namun begitu, jika ekzos kereta anda mengalami kebocoran gas karbon monosikda (CO) – situasi sebegini perlu dibimbangkan. Berbeza dengan gas karbon dioksida, gas karbon monoksida tidak tidak berwarna, tidak berbau dan tanpa rasa.

Secara amnya, keracunan karbon monoksida adalah kes keracunan udara yang menyebabkan maut yang paling biasa berlaku di kebanyakan negara. Gas karbon monoksida yang tinggi dalam udara akibat kebocoran ekzos akan menurunkan kandungan oksigen dalam kenderaan dan mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba atau sudden death.

Oleh itu, anda disarankan untuk sentiasa periksa sistem ekzos kenderaan anda di pusat pemeriksaan bertauliah secara berkala bagi memastikan sistem ekzos berada dalam keadaan baik dan selamat.

autos, bm, cars, tanda-tanda sistem ekzos kereta anda mungkin bocor dan bermasalah

Tip Penjagaan Ekzos Kereta

Kebanyakan pemilik kereta kurang memberikan perhatian terhadap penjagaan sistem ekzos. Oleh sebab itu, Carsome menyediakan tips dan panduan penjagaan berikut untuk rujukan anda:

  • Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mengenal pasti sebarang kerosakan atau kebocoran pada bahagian ekzos kereta;
  • Pemeriksaan boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan tangan untuk mengesan sama ada terdapat angin yang keluar saluran ekzos. Namun begitu, amalkan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tangan daripada terkena bahagian ekzos yang panas;
  • Jika kebocoran berlaku di bahagian gasket penyambung blok enjin, anda disarankan untuk menggantikan terus komponen tersebut. Gasket boleh rosak disebabkan perubahan suhu panas dan sejuk. Secara amnya, jangka hayat gasket kereta mampu bertahan selama lima hingga 20 tahun bergantung pada keadaan dan penggunaan;
  • Jika kebocoran kecil berlaku di bahagian lain, anda boleh mengimpalnya untuk membaikinya. Namun begitu, anda disarankan untuk menukar keseluruhan sistem ekzos jika lubang kebocoran terlalu besar untuk mengelakkan pembaziran bahan api.

Selain dapat mengenal pasti simptom kebocoran ekzos, anda juga boleh mengetahui kerosakan komponen kereta melalui warna asap kereta yang dikeluarkan daripada ekzos. Pengetahuan mengenai jenis warna asap dan punca masalah dapat membantu mengelakkan kerosakan yang lebih serius berlaku pada kereta anda.

5 Warna Asap Kereta dan Punca Kerosakan

Selain penyelenggaraan kereta secara berkala, anda juga boleh mengenal pasti kerosakan yang berlaku pada kereta anda dengan memerhatikan warna asap yang keluar daripada ekzos kereta anda. Warna asap yang keluar daripada saluran ekzos secara tidak langsung memberi petunjuk dan gambaran awal kerosakan komponen kereta.

1. Asap Kereta Tidak Berwarna, Sedikit Kebiruan

Jika asap kereta anda tidak menghasilkan sebarang warna atau berwarna sedikit kebiruan, anda secara lazimnya boleh menarik nafas lega. Ini kerana, ia menunjukkan proses pembakaran dalam enjin berlaku dengan baik dengan nisbah perbandingan campuran udara dan petrol yang tepat.

2. Kereta Keluar Asap Hitam

Bagi kereta dengan enjin diesel, kereta keluar asap hitam merupakan situasi normal. Namun begitu, bagi kereta dengan enjin petrol, asap berwarna hitam menandakan proses pembakaran dalam enjin berlaku dengan tidak sempurna–kekurangan udara dalam ruang enjin yang secara tidak langsung menyebabkan lebih banyak bahan api diperlukan untuk proses pembakaran. Jika situasi ini berlaku kepada anda, periksa penapis udara kereta anda kerana ia mungkin tersumbat, injap udara kereta tertutup, terdapat kerosakan pada karburator atau injektor bahan api mengalami kerosakan.

3. Kereta Keluar Asap Putih

Asap berwarna putih merupakan situasi yang biasa berlaku semasa menghidupkan kereta pada waktu pagi disebabkan oleh kehadiran wap air. Namun demikian, terdapat situasi kereta mengeluarkan asap putih kerana minyak pelincir telah memasuki kebuk pembakaran atau disebabkan oleh kerosakan pada bahagian enjin kereta anda. Meskipun kedua-duanya mengeluarkan asap putih–terdapat perbezaan yang ketara antara asap putih yang disebabkan oleh wap air dan minyak pelincir. Biasanya, asap putih tebal yang terhasil akibat kebocoran minyak pelincir menghasilkan bau tertentu.

Selain itu, asap kereta berwarna putih turut menandakan kerosakan pada gasket silinder atau piston yang sudah haus. Bagi kereta dengan enjin diesel pula, asap berwarna putih pekat menandakan sistem pembakaran kereta tidak berfungsi secara optimum. Oleh itu, anda disarankan untuk menghantar kenderaan anda ke bengkel berhampiran untuk pemeriksaan lanjut jika situasi-situasi sebegini berlaku kepada anda. Ia juga boleh mengelakkan anda daripada menanggung kerosakan yang lebih serius yang menelan belanja yang lebih besar.

Artikel Berkaitan: Tanda-tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Perlu Overhaul

4. Kereta Keluar Asap Biru

Asap berwarna biru yang keluar daripada ekzos kereta menandakan masalah yang berkaitan dengan enjin–enjin kereta sedang membakar minyak hitam akibat kerosakan kedap injap atau disebabkan oleh gelang piston yang telah haus. Sekiranya asap berwarna biru keluar semasa kereta sedang memecut, ia menunjukkan gelang piston mengalami kerosakan yang berpunca daripada kepala silinder. Masalah sebegini biasa berlaku dalam kalangan kereta yang sudah berusia, aspek penjagaan kereta yang diabaikan dan kereta dengan bacaan mileage yang tinggi. Lakukan penyelenggaraan dengan segera sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius.

5. Kereta Keluar Asap Kelabu

Selain asap berwarna biru, putih atau hitam–kereta keluar asap kelabu turut menandakan terdapat masalah pada komponen tertentu kereta anda. Meskipun asap berwarna kelabu bukanlah sesuatu yang biasa berlaku, ia menandakan enjin kereta anda membakar minyak gear atau minyak transmisi daripada silinder atau terdapat kerosakan pada gelang piston. Selain itu, sekiranya anda dapat menghidu bau asap seakan-akan terbakar, ia juga menunjukkan komponen pengecasan turbo kereta anda mengalami masalah. Lakukan pembaikan dengan segera untuk mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi.

Beri perhatian terhadap aspek penjagaan kereta anda dan pastikan anda tidak mengabaikan tanda-tanda yang mungkin membantu anda mengenal pasti sebarang masalah atau kerosakan pada kereta anda. Jika tidak pasti, bawa kereta anda ke bengkel yang boleh dipercayai untuk menyelenggara dan memeriksa kereta anda. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual mana-mana model kereta lama dan berminat untuk mendapatkan model kereta terpakai, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Keyword: Tanda-tanda Sistem Ekzos Kereta Anda Mungkin Bocor dan Bermasalah

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel