Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya. Masyarakat di Malaysia hidup dengan mengamalkan kehidupan bermasyarakat yang harmoni berasaskan persefahaman, tolak ansur dan hormat-menghormati. Apabila ditanyakan tentang keunikan Malaysia, rata-rata mungkin berpendapat makanan di Malaysia menggambarkan Malaysia secara tepat. Setiap kaum dan negeri di Malaysia mempunyai makanan tradisi popular yang tersendiri. Namun sebenarnya, selain makanan, terdapat perkara lain yang sangat unik dan menarik yang melambangkan identiti Malaysia – tabiat pemandu Malaysia di jalan raya!

autos, bm, cars, tabiat unik rakyat malaysia semasa memandu di jalan raya

Tabiat Unik Rakyat Malaysia Semasa Memandu di Jalan Raya

Secara amnya, rakyat Malaysia kebanyakannya mengamalkan sikap baik, beradab, penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Senyuman dan ucapan seperti “Tolong”, “Terima kasih” dan sebagainya tidak lekang daripada bibir dalam kehidupan seharian. Namun begitu, sikap dan budaya ketimuran ini tidak lagi dirasakan atau ditolak ke tepi terutamanya semasa memandu di jalan raya sehinggakan ada segelintir masyarakat yang berpendapat “Rakyat Malaysia memang bersopan-santun, tapi tidak di jalan raya”. Betul ke? Sempena sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64, Carsome kongsikan 8 tabiat unik pemandu kereta di Malaysia.

1. Dah Lah Double Park, Tak Letak Nombor Pulak Tu

Situasi double park ini merupakan situasi yang biasa berlaku di Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan ramai seperti restoran famous dan sebagainya. Anda akan mendapati banyak kereta diletakkan di bahu kiri dan kanan jalan sehingga menimbulkan kesesakan. Malah lebih menjengkelkan, sudahlah double park nombor telefon pula tidak ditinggalkan sehinggakan terpaksa membazirkan masa menunggu pemilik kenderaan selesai urusan.

Malah, ada juga sesetengah pemandu kenderaan yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan tempat letak kereta OKU dan kawasan laluan pejalan kaki. Situasi sebegini bukanlah situasi yang asing. Anda sendiri juga mungkin pernah melihat sendiri gelagat sesetengah pemilik kenderaan yang pentingkan diri seperti ini. Ini belum lagi termasuk sesetengah pemandu yang meletakkan kereta secara senget sehinggakan dua kotak parking yang boleh memuatkan dua buah kereta hanya untuk keretanya seorang. Macam-macam ragam!

2. Kemalangan Lane Kiri, Kenapa Lane Kanan yang Jammed?

Ini merupakan tabiat pelik yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia semasa memandu di jalan raya. Sikap terlebih peduli, busy body dan makcik bawang sesetengah pengguna di Malaysia menyebabkan kesesakan jalan raya berlaku. Di Malaysia, salah satu penyebab utama kesesakan jalan raya bukanlah kemalangan, tetapi disebabkan oleh pengguna lain yang ingin melihat kemalangan tersebut. Kebanyakan pemandu kereta di Malaysia gemar memperlahankan kenderaan semata-mata untuk menyaksikan kejadian kemalangan tersebut.

Lebih menghairankan, kemalangan berlaku di laluan kanan, tetapi ketiga-tiga lorong di laluan kiri yang sesak teruk. Malah yang lebih memburukkan keadaan, ada sesetengah pemandu yang sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan semata-mata untuk melihat sendiri kemalangan yang berlaku dari jarak yang lebih dekat.

3. Guna Lorong Kanan, Tapi Pandu Perlahan

Memandu dengan perlahan di lorong laju bukan sahaja boleh membahayakan pengguna lain, malah boleh menyebabkan kesesakan dan meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Ini kerana, kemalangan boleh berlaku sekiranya kenderaan yang memandu laju di lorong kanan terpaksa menekan brek secara mengejut ketika menghampiri kenderaan yang dipandu perlahan. “Biar lambat asal selamat” – anda mungkin pernah mendengar peribahasa ini, namun dalam kes ini memandu lambat di lorong paling kanan bukanlah suatu tindakan yang bijak. Anda disarankan untuk bertukar ke lorong kiri jika anda ingin pandu perlahan bagi memberi laluan kepada kenderaan lain.

Lorong kanan dikhususkan untuk memotong dan pemanduan laju, patuhi papan tanda “Ikut Kiri Jika Tidak Memotong”. Sikap tidak prihatin dengan memandu perlahan di lorong kanan bukan sahaja menyumbang kepada kesesakan, malah boleh membangkitkan kemarahan dan jelingan tajam pemandu lain terutamanya pada waktu puncak. Selain itu, ada juga sesetengah pemandu yang gemar memotong di lorong kecemasan terutamanya semasa kesesakan lalu lintas. Perbuatan sebegini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah ia juga boleh membahayakan nyawa orang lain terutamanya penunggang motosikal. Lebih mengundang kemarahan, sudahlah memotong di laluan kecemasan, nak masuk lorong pun tak gunakan signal!

4. Tak Guna Signal Kereta, Tapi Guna Niat

Secara amnya, signal kereta digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu lain bahawa anda ingin membelok, memotong atau menukar lorong. Meskipun begitu, kebanyakan pemandu di Malaysia jarang menggunakan signal dan beranggapan bahawa pemandu lain boleh membaca niat mereka untuk membelok. Anda mungkin pernah berdepan situasi menunggu kenderaan yang datang dari arah kanan untuk melepasi anda terlebih dahulu sebelum keluar simpang. Namun secara tiba-tiba, kenderaan tersebut memasuki simpang tanpa memberikan sebarang signal.

Bagi anda yang mungkin pernah melalui situasi sebegini, tiada perkataan yang boleh menggambarkan kemarahan dan kegeraman pada ketika itu. Perbuatan sebegini bukan sahaja membuang masa pemandu lain, malah dalam kes tertentu ia boleh mengundang bahaya dan mengakibatkan kemalangan.

autos, bm, cars, tabiat unik rakyat malaysia semasa memandu di jalan raya

5. Lampu Isyarat Baru Tukar Hijau, Orang Belakang Dah Hon

Kebanyakan daripada anda mungkin pernah berdepan dengan situasi pemandu yang kurang sabar dan gemar “mencucuk” daripada belakang. Kesabaran anda mungkin teruji sekiranya anda berdepan dengan pemandu sebegini. Meskipun anda ingin cepat sampai ke lokasi, sentiasa amalkan pemanduan yang selamat dan bertimbang rasa sepanjang pemanduan. Perbuatan “mencucuk” atau mengekori kenderaan lain terlalu rapat bukan sahaja boleh membahayakan nyawa anda, ia juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan atau pertelingkahan sekiranya kemalangan.

Selain “mencucuk” kereta, antara perangai unik lain pemandu kereta di Malaysia ialah menekan hon setelah satu saat traffic light bertukar hijau. Anda mungkin pernah berdepan dengan situasi sebegini dan tidak dinafikan ia sudah seperti menjadi tabiat pemandu di Malaysia terutamanya di kawasan bandar-bandar besar. Ramai yang berpendapat orang Malaysia tidak penyabar, mungkin ini salah satu buktinya?

6. Ada Roadblock? Highbeam Lampu

Secara amnya, lampu depan kereta atau lampu tinggi digunakan untuk meningkatkan jarak penglihatan terutamanya semasa pemanduan pada waktu malam atau semasa cuaca buruk. Namun begitu, lampu tinggi juga digunakan sebagai “kod rahsia” dalam kalangan pemilik kereta semasa berada di jalan raya. Oleh sebab masyarakat Malaysia terkenal dengan keprihatinan yang tinggi, lampu tinggi akan dinaikkan untuk memberi amaran kepada pemandu lain. Ia biasanya digunakan untuk memaklumkan pemandu di laluan bertentangan bahawa terdapat speed trap atau roadblock di hadapan.

Meskipun begitu, anda tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian. Ini kerana, perbuatan menaikkan lampu tinggi untuk memberi amaran kepada pengguna lain tentang speed trap atau roadblock adalah salah di sisi undang-undang. Anda boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah. Jangan kerana nak tolong orang, diri sendiri pula yang dikenakan saman.

7. Selain Keselamatan, Steering Lock Ada Fungsi Lain

Steering lock atau kunci stereng merujuk pada rod logam berat yang digunakan untuk mengunci stereng. Ia merupakan perlindungan tambahan yang digunakan untuk mengelakkan stereng daripada bergerak sekali gus mengurangkan risiko kecurian. Secara amnya, terdapat banyak pilihan steering lock yang dijual di pasaran. Steering lock seperti bat besbol merupakan salah satu jenis kunci stereng yang biasa digunakan oleh kebanyakan pemilik kenderaan di Malaysia.

Selain tujuan keselamatan, rakyat Malaysia juga menggunakan steering lock sebagai alat untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku road rage atau buli jalanan. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita menghentak sebuah kereta Toyota Camry dengan steering lock selepas pemandu Toyota terbabit dikatakan melanggar kereta Volvo miliknya dan menolak bapanya. Meskipun begitu, anda disarankan untuk sentiasa bersabar, bertimbang rasa dan tidak menggunakan kekerasan semasa di jalan raya untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk.

8. Hanya di Malaysia: The Power of Hand

Jika anda masih ingat semasa ingin mendapatkan lesen memandu, anda diajar untuk menggunakan tangan secara manual bagi menandakan isyarat berhenti, ke kiri atau kanan dan bertukar lorong sekiranya signal kereta tidak berfungsi. Namun di Malaysia, isyarat tangan juga digunakan untuk mengucapkan terima kasih kepada pemandu lain sekiranya mereka memberi keutamaan laluan kepada kenderaan anda terutamanya semasa trafik sesak. Malah lebih menarik, isyarat tangan juga turut digunakan oleh pejalan kaki. Isyarat tangan akan dinaikkan untuk memberi isyarat kepada pemandu kereta untuk memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan kepada mereka untuk melintas. Jangan main-main dengan the power of hand ya!

autos, bm, cars, tabiat unik rakyat malaysia semasa memandu di jalan raya

Sentiasa aplikasikan tips pemanduan yang selamat dan amalkan sikap tolerasi terutamanya semasa berada di jalan raya. Tabiat pemanduan sebegini meskipun perlu dielakkan, ia secara tidak langsung mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia hari ini. Selamat Hari Kemerdekaan ke-64 dan Selamat Hari Malaysia ke-58 daripada kami di Carsome. Sekiranya anda ingin membeli kereta second hand atau menjual kereta terpakai anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan proses perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang mudah dengan pembayaran pantas dan tawaran harga terbaik.

Keyword: Tabiat Unik Rakyat Malaysia Semasa Memandu di Jalan Raya

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel