Absorber kereta atau penyerap hentakan kereta merupakan salah satu komponen dalam sistem suspension kereta yang berfungsi menyerap hentaman, mengawal pergerakan spring dan keseluruhan sistem suspension kereta. Komponen absorber kereta ini akan menyesuaikan fungsinya mengikut struktur jalan dan memastikan permukaan tayar sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan sepanjang masa. Oleh sebab itu, aspek penjagaan absorber penting untuk mengelakkan kerosakan dan risiko kemalangan yang mungkin boleh membahayakan nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.

autos, bm, cars, suspension kereta: tanda absorber rosak, tanda mounting absorber rosak

Penyerap Hentakan Kereta: 5 Perkara Tentang Absorber Kereta yang Perlu Anda Tahu

Absorber atau exsober, asober, eksober, ekzober, obsober, ezober, exober kereta, exzober kereta, oksober kereta atau apa jua panggilan yang anda berikan memainkan peranan penting dalam sistem suspension kereta. Carsome menyenaraikan lima (5) perkara tentang penyerap hentakan kereta untuk panduan dan rujukan anda:

1. Fungsi Absorber Kereta

Absorber atau penyerap hentakan kereta memainkan fungsi penting dalam mengawal impak dan pergerakan spring serta suspension kereta. Ia secara tidak langsung meminimumkan gegaran dan lantunan, memberi respon kawalan serta pengendalian brek yang lebih baik. Berikut merupakan fungsi absorber kereta atau fungsi shock absorber untuk panduan dan rujukan anda:

    • Memastikan tayar sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan;
    • Mengoptimumkan prestasi brek;
    • Mengawal pergerakan kenderaan daripada melantun;
    • Meningkatkan tindak balas pengendalian stereng;
    • Memastikan perjalanan lancar, selamat dan selesa.

2. Jangka Hayat Absorber Kereta

Kegagalan absorber berfungsi dengan baik boleh menyebabkan ketidakselesaan sepanjang pemanduan. Malah, dalam kes tertentu, ia juga boleh menjejaskan prestasi dan menyebabkan kenderaan sukar dikawal dan melantun-lantun terutamanya apabila melalui permukaan jalan raya yang berbonggol dan tidak rata. Secara amnya, jangka hayat absorber kereta atau persoalan “bila perlu tukar absorber kereta” bergantung pada beberapa faktor antaranya jarak perjalanan, cara pemanduan, keadaan jalan, tempoh masa penggunaan dan lain-lain lagi. Anda disarankan untuk tukar absorber kereta setiap lima (5) tahun atau setelah bacaan mileage mencapai 80,000 hingga 100,000 km bergantung pada situasi.

3. Jenis Absorber Kereta

Secara amnya, terdapat beberapa jenis absorber kereta yang dijual di pasaran buat masa ini terdiri daripada absorber minyak atau gas.

Absorber Minyak

Absorber minyak secara amnya menawarkan kawalan dan pengendalian kenderaan yang lebih baik untuk prestasi perjalanan yang lebih selesa. Jika anda menggunakan kereta standard, absorber jenis ini sudah memadai untuk kegunaan anda. Absorber minyak menjanjikan prestasi yang baik terutamanya untuk pemanduan di jalan raya yang berturap. Namun begitu, prestasi absorber jenis ini mungkin sedikit terhad pada permukaan jalan raya yang lebih mencabar.

Absorber Gas

Absorber gas mengandungi gas nitrogen bertekanan rendah. Kegunaan gas nitrogen ini adalah untuk mengatasi masalah peningkatan suhu bendalir hidraulik. Selain itu, ia juga digunakan untuk menstabilkan dan mengekalkan kadar hentakan injap. Penggunaan gas absorber atau absorber gas adalah disyorkan untuk kenderaan muatan berat. Ia juga sesuai digunakan untuk kenderaan yang biasa menggunakan laluan yang teruk, berlubang dan tidak berturap. Ini kerana, absorber jenis ini memiliki prestasi yang lebih baik, tahan lasak dan sesuai untuk persekitaran dan pemanduan yang mencabar. Selain itu, absorber jenis ini juga dikatakan berupaya memberikan kawalan stereng yang lebih baik pada kelajuan tinggi.

4. Beza Absorber Minyak dan Gas

Absorber gas vs minyak, yang mana absorber kereta terbaik untuk anda? – ini merupakan pertanyaan biasa yang sering diajukan oleh pemilik kenderaan. Kebanyakan pemilik kenderaan keliru untuk memilih shock absorber terbaik untuk kenderaan masing-masing. Namun secara amnya, sama ada absorber gas atau minyak, kedua-duanya jenis absorber ini memainkan peranan dan fungsi yang sama pada kenderaan anda. Pemilihan absorber yang sesuai bergantung sepenuhnya pada jenis kenderaan dan tabiat pemanduan anda.

Carsome menyenaraikan jadual perbezaan absorber gas dan minyak untuk panduan dan rujukan anda seperti berikut:

Absorber Gas Absorber Minyak
Harga lebih mahal dalam pasaran Harga lebih murah dalam pasaran
Sesuai digunakan untuk kenderaan dengan muatan berat Sesuai untuk kenderaan standard
Prestasi yang lebih baik – kawalan yang lebih mantap semasa kelajuan tinggi, sesuai untuk pemanduan jalan raya tidak berturap Prestasi lebih baik terutamanya semasa pemanduan jalan raya berturap. Namun begitu, prestasi sedikit terhad semasa pemanduan jalan raya tidak berturap
Sesuai untuk pemanduan lasak, persekitaran dan pemanduan yang lebih mencabar – better performance Sesuai untuk pemanduan biasa – normal performance

5. Harga Absorber Kereta

Secara amnya, harga absorber kereta bergantung pada jenis absorber yang dipilih. Kos tukar absorber Myvi misalnya, bermula antara RM150 hingga RM500 (sepasang) atau mungkin lebih bergantung pada jenis absorber yang digunakan. Harga absorber kereta ini juga tertakluk pada kos pemasangan antara RM50 hingga RM100 bergantung pada lokasi bengkel.

autos, bm, cars, suspension kereta: tanda absorber rosak, tanda mounting absorber rosak

6 Tanda Absorber Rosak, Tanda Absorber Belakang Rosak

Absorber rosak perlu digantikan dengan segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius pada mana-mana komponen kereta yang lain. Carsome membantu menyenaraikan enam (6) tanda absorber kereta rosak untuk panduan anda:

1. Stereng Kereta Bergegar Secara Berlebihan

Jalan raya yang tidak rata atau berlubang boleh menyebabkan stereng kereta bergegar dan sukar dikawal. Namun begitu, jika stereng bergegar secara berlebihan walaupun semasa memandu di atas permukaan jalan yang rata, ia merupakan tanda kerosakan absorber yang serius. Stereng kereta bergegar biasanya disebabkan oleh injap atau penutup piston yang telah haus di dalam penyerap hentakan. Penutup piston yang haus menyebabkan cecair yang berlebihan dibenarkan melepasi piston sekali gus menjejaskan prestasinya.

Absorber yang rosak tidak lagi dapat menyerap hentakan dengan baik lalu hentakan dipindahkan kepada pemandu melalui stereng. Kesan ini lebih ketara terutamanya apabila kenderaan melalui jalan berbonggol atau permukaan jalan yang tidak sekata. Malah, kesan gegaran ini juga semakin teruk dirasai semasa memandu pada kelajuan yang tinggi. Gegaran ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan dalam pemanduan, malah turut memberi kesan kepada aspek keselamatan dan kemampuan anda untuk mengawal kenderaan jika berlaku kemalangan.

2. Kereta Rasa Membuai Semasa Melalui Selekoh

Jika kenderaan anda mengalami body roll berlebihan semasa melalui selekoh, ia mungkin menandakan anda perlu tukar absorber kereta anda. Apabila absorber gagal berfungsi dengan baik, kesan redaman (damping effect) akan berkurangan. Ia secara tidak langsung menyebabkan pemampatan suspension kereta menjadi tidak terkawal. Absorber kereta rosak akan menyebabkan kereta rasa membuai secara berlebihan. Anda akan mendapati kereta anda menjadi tidak stabil atau terapung secara berlebihan (floaty) terutamanya semasa melalui selekoh tajam.

3. Kereta Bergoyang Ketika Memandu

Absorber kereta berfungsi menyerap tenaga yang berlebihan daripada spring apabila kenderaan melalui bonggol atau jalan raya yang tidak rata. Jika absorber berada dalam keadaan baik, ia dapat mengelakkan kereta anda daripada terus melantun dalam jangka masa yang lama. Namun begitu, jika absorber tidak lagi berfungsi secara optimum, tenaga berlebihan ini akan menyebabkan kereta bergoyang ketika memandu dan melantun dengan berlebihan. Ia sekali gus mempengaruhi keselesaan dan pengendalian sepanjang pemanduan.

4. Tayar Haus dengan Tidak Sekata

Kerosakan absorber juga boleh dikesan melalui kerosakan pada bahagian tayar kereta. Tayar kereta yang rosak atau haus secara tidak sekata atau turut dikenali sebagai cupping menandakan kereta anda mengalami masalah yang serius berkaitan suspension kereta. Situasi ini berlaku kerana suspension kereta tidak lagi dapat menampung berat kenderaan sekali gus menyebabkan lebihan berat tertumpu pada satu bahagian tayar sahaja. Jika tayar kereta anda mengalami kehausan bunga tayar yang tidak sekata, besar kemungkinan ia berlaku disebabkan absorber rosak dan perlu digantikan dengan segera.

5. Absorber Bocor

Cecair bendalir sepatutnya berada di bahagian dalam dan bukannya di bahagian luar shock absober. Jika anda dapat mengesan cecair bendalir di bahagian luar absorber anda, ini menandakan penutup absorber bocor atau rosak. Absorber bocor tidak akan berfungsi dengan baik disebabkan oleh cecair bendalir yang hilang. Selain itu, kotoran dan jelaga yang terperangkap dalam shaft juga akan mempengaruhi pergerakan shaft sekali gus menjejaskan fungsi dan prestasinya. Absober bocor merupakan tanda yang mudah dan jelas untuk menjawab persoalan “cara mengetahui absorber kereta rosak” yang sering diajukan pemilik kenderaan.

6. Nose Dive Berlebihan Semasa Brek atau Bahagian Belakang Terjongket Semasa Memecut

Selain meningkatkan jarak dan masa untuk berhenti, nose dive atau kenderaan menjunam secara berlebihan semasa brek turut menandakan kerosakan pada bahagian absorber kereta anda. Namun begitu, tanda kerosakan ini biasanya sukar untuk dikenal pasti melainkan anda sendiri menyedari kekurangan dinamik pada kereta anda. Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada kereta anda, bawa kereta anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan. Selain itu, bahagian belakang terjongket semasa memecut turut menunjukkan simptom absorber rosak.

Anda juga boleh menguji sendiri tahap lantunan kenderaan anda dengan menekan kuat di bahagian sisi kereta. Kereta yang berayun beberapa kali sebelum kembali kepada keadaan asal menandakan kerosakan absorber yang memerlukan penggantian segera.

Sekiranya anda ingin tukar penyerap hentakan kereta yang rosak kepada yang baharu, anda juga disarankan untuk perhatikan dan periksa keadaan coil spring kereta anda. Coil spring kereta perlu digantikan sekiranya ia telah haus, rosak atau mengalami perubahan bentuk.

autos, bm, cars, suspension kereta: tanda absorber rosak, tanda mounting absorber rosak

Top Mounting Absorber: Fungsi Absorber Mounting, Tanda Mounting Absorber Rosak

Mounting absorber, absorber mounting atau turut dikenali sebagai top mounting absorber terletak di antara absorber dan chasis kenderaan. Fungsi absorber mounting adalah untuk:

  • memastikan absorber kekal berada dalam kedudukannya dan menyerap hentakan daripada jalan raya yang berbonggol atau tidak rata;
  • menjadi penebat bunyi yang baik, mengelakkan bunyi atau getaran daripada memasuki ruang kabin kenderaan.

Secara amnya, absorber mounting tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan. Ia juga tidak perlu digantikan melainkan getah absorber mounting sudah haus atau terdapat masalah lain. Biasanya, absorber mounting perlu ditukar sekiranya ia menghasilkan bunyi absorber mounting rosak seperti bunyi dentang atau berdecit. Berikut merupakan tanda absorber mounting rosak untuk panduan anda:

  • Bunyi absorber mounting rosak – Ada bunyi besi berlaga sewaktu memandu atau ketika memusingkan stereng semasa kereta tidak bergerak;
  • Kerosakan mounting juga boleh dilihat secara visual – absorber senget ke bahagian dalam enjin, menyebabkan kedudukan stereng sedikit senget ketika memandu;
  • Jika kerosakan lebih kritikal, absorber boleh menembusi mounting sehingga mengakibatkan kenderaan menjadi senget sebelah.

Model kereta memainkan peranan dalam menentukan kos penggantian. Harga tukar absorber mounting Myvi misalnya, dianggarkan sekitar RM60 hingga RM100 untuk jenama biasa. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengenal pasti cara nak tahu absorber rosak. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan pelbagai pilihan kereta terpakai berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

Keyword: Suspension Kereta: Tanda Absorber Rosak, Tanda Mounting Absorber Rosak

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel