Dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan komuniti, Carsome telah memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di pusat pemeriksaan kereta dan pejabat operasi Carsome. Garis panduan ini diperkenalkan bersesuaian dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19. Apakah prosedur operasi standard (SOP) baharu dalam inisiatif #CarsomeCares ini?
1. Pemeriksaan Suhu
Setiap kakitangan dan pemeriksa yang bertugas di pusat pemeriksaan Carsome akan menjalani pemeriksaan suhu dan saringan gejala secara berkala setiap hari. Selain itu, pemeriksa yang bertugas juga akan melakukan pemeriksaan suhu dan saringan gejala untuk semua pelawat dan pelanggan Carsome sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis Carsome. Pelanggan akan diberikan tag yang memaparkan suhu badan pelanggan.
2. Cecair Pensanitasi Tangan atau ‘Hand Sanitizer’
Semua pusat pemeriksaan Carsome dibekalkan cecair pensanitasi tangan yang mencukupi untuk kegunaan pelanggan dan kakitangan Carsome. Cecair pensanitasi tangan atau ‘hand sanitizer’ ini akan disediakan di bahagian pintu masuk untuk kegunaan pelawat dan pelanggan. Pelanggan, pelawat dan kakitangan digalakkan untuk mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan dan mengamalkan 7 langkah mencuci tangan yang betul seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. Pakai Pelitup Muka dan Sarung Tangan
Setiap kakitangan dan pemeriksa yang bertugas di pusat pemeriksaan Carsome dikehendaki memakai pelitup muka sepanjang masa dan menukar pelitup muka baharu setiap 4 jam. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk menggunakan sarung tangan pakai buang yang akan sentiasa ditukar jika tercemar atau koyak.
4. Penjarakan Sosial/Penjarakan Fizikal
Semua kakitangan dan pemeriksa Carsome dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain atau apabila berhadapan dengan pelawat dan pelanggan lain. Selain itu, ruang pejabat dan bahagian operasi Carsome akan dilabelkan sebagai panduan penjarakan sosial semasa berada di dalam premis.
5. Pembersihan dan Pembasmian Kuman Percuma
Semua kenderaan pelanggan yang dijadualkan untuk pemeriksaan akan dibersihkan dan melalui proses sanitasi kuman sebelum dan selepas proses pemeriksaan. Bahagian-bahagian yang berisiko seperti stereng, pemegang pintu, tombol gear dan sebagainya akan disanitasi terlebih dahulu untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan. Pemeriksa juga akan menggunakan plastik penutup tempat duduk semasa prosedur pemeriksaan dijalankan.
6. Urus Niaga Tanpa Sentuhan atau ‘Contactless Payment’
Selari dengan amalan norma baharu, Carsome turut menasihatkan kakitangan, pemeriksa, pelawat dan pelanggan untuk mengelakkan daripada bersalaman atau bersentuhan. Amalan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri adalah digalakkan sebagai tanda hormat menggantikan amalan bersalaman atau bersentuhan. Selain itu, proses pemeriksaan, pemindahan hak milik kereta atau mana-mana urus niaga akan dijalankan tanpa sentuhan. Setiap ruang dalam premis akan ditanda sebagai panduan penjarakan sosial dan pembasmian kuman secara berkala akan dijalankan.
7. Tong Sampah Tertutup
Carsome juga turut menyediakan tong sampah tertutup dengan pemijak kaki untuk mengurangkan sentuhan untuk kemudahan pelanggan dan kakitangan. Pelitup muka yang sudah digunakan juga akan dibuang di dalam tong sampah tertutup untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada pelanggan, pelawat atau kakitangan yang terdedah.
Kesimpulannya, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik, penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka jika perlu keluar rumah dan sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun. Kekal selamat, kekal duduk di rumah! Selain itu, jika anda sedang merancang untuk menjual kereta lama anda, anda boleh pertimbangkan Carsome untuk menguruskannya bagi pihak anda. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta yang profesional, mudah dan pantas!
Keyword: Prosedur Operasi Standard Carsome Norma Baharu