Membeli kereta Raya bukanlah suatu keperluan tetapi sekiranya anda sudah merancang untuk mendapatkan kereta baru yang lebih baik, mungkin keputusan anda untuk membuat pembelian semasa musim perayaan ini adalah satu keputusan kewangan yang amat baik. Terdapat berbagai-bagai tawaran Raya yang sedang berlangsung, termasuklah kempen kami, Setelus Raya Carsome, di mana terdapat tawaran bagi kereta-kereta terpilih dengan diskaun sehingga RM8,888.
Sekiranya anda menukar beli kereta anda melalui kami dalam tempoh kempen Setelus Raya Carsome, anda boleh mendapatkan potongan tambahan sebanyak RM1,000. Bagaimanapun, promosi ini akan berakhir pada 31 Mei 2021 – jadi rebutlah peluang ini!
Untuk menghilangkan keraguan anda dan membantu anda membuat keputusan, berikut adalah beberapa tip untuk anda.
1. Senaraikan Keperluan Hidup Anda
Memilih kereta bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat menurut perasaan kerana kemungkinan besar anda akan menggunakan kereta yang sama selama beberapa tahun. Untuk memudahkan anda, tulis jawapan anda bagi soalan-soalan berikut.
- Berapa lamakah anda merancang untuk menggunakan kereta ini?
- Adakah anda sering membuat perjalanan yang jauh?
- Apakah purata jarak perbatuan anda setiap bulan dan bagaimanakah keadaan lalu lintas di laluan yang biasa anda gunakan?
- Berapakah bilangan maksimum penumpang kereta anda?
- Adakah anda merancang untuk berkeluarga dalam tempoh beberapa tahun akan datang? Sekiranya ya, berapa orang anak yang anda inginkan?
- Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada kereta anda?
- Apakah jumlah maksimum barangan yang ingin dimuatkan dalam but kereta anda?
Sebagai contoh, jika anda merancang untuk mempunyai anak dalam masa tiga tahun akan datang dan anda berhasrat menggunakan kereta ini selama enam tahun, mungkin anda memerlukan kereta yang lebih besar seperti kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk keselesaan keluarga anda dalam perjalanan.
2. Jom Buat Bajet
Dari segi kewangan, kereta memakan belanja yang banyak, oleh itu anda perlu membahagikan bajet anda. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menentukan bajet anda.
- Masukkan ke dalam bajet bulanan anda: Kebanyakan pembeli kereta akan memilih untuk mengambil pinjaman kereta yang bermakna amaun pembayaran balik pinjaman tersebut akan ditambah kepada komitmen kewangan bulanan anda. Oleh itu, senaraikan komitmen bulanan anda dan gariskan sekiranya anda boleh menampung kos tersebut.
- Kaedah bajet 50/30/20: Kaedah bajet 50/30/20 adalah satu peraturan belanjawan yang bagus untuk diguna pakai. Kaedah ini secara dasarnya meletakkan keperluan anda (bayaran kereta, utiliti, pinjaman) sebagai 50 peratus daripada pendapatan bulanan anda, manakala 30 peratus adalah diperuntukkan bagi kehendak anda (membeli-belah, makan) dan 20 peratus lagi adalah simpanan anda.
- Bayaran pendahuluan: Satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan ialah bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus yang perlu dibayar untuk membeli kereta tersebut. Sekiranya anda ingin menukar beli kereta anda, anda boleh mengimbangi jumlah keseluruhan kos kereta tersebut dan menggunakan wang tersebut untuk menjelaskan bayaran pendahuluan.
- Tempoh pinjaman kereta anda: Bagi pinjaman kereta di Malaysia, anda boleh memanjangkan tempohnya sehingga sembilan tahun. Bagaimanapun, tempoh pinjaman kereta yang lebih panjang bermakna anda perlu menanggung faedah yang lebih tinggi, dan oleh kerana nilai kereta anda akan menyusut, anda mungkin membayar lebih daripada nilai kereta anda. Oleh itu, jika anda mampu menampung tempoh pinjaman yang lebih pendek, itu adalah lebih baik.
3. Cari Jenis Kereta yang Sesuai untuk Anda
Kini bolehlah anda mulakan dengan memilih jenis kereta sebelum anda meninjau jenama kereta. Berikut adalah empat jenis kereta biasa untuk pilihan anda.
- Sedan: Kereta jenis sedan adalah pilihan yang popular kerana binaannya yang kompak yang lazimnya dapat memuatkan sehingga lima orang. Sedan bukan sahaja bagus dari segi ekonomi bahan api, tetapi juga prestasi pemanduan, ciri-ciri keselamatan dan pengendalian. Kenderaan kompak ini boleh dikendalikan dengan lebih mudah di selekoh, serta senang untuk membelok dan memasuki tempat letak kereta berbanding model kereta yang lebih besar. Bagaimanapun, ruang but mungkin terhad kepada satu ruang kecil di antara jarak roda, bergantung kepada model kereta. Antara kereta sedan yang popular di Malaysia termasuklah Honda City, Toyota Camry dan Perodua Bezza.
- Hatchback: Ada kalanya, kereta jenis hatchback adalah lebih besar daripada sedan. Perbezaan utama antara kedua-dua jenis kereta ini ialah badan kereta yang mencerun ke bawah pada bahagan hadapan dan bahagian belakang pula dinaikkan untuk memberikan ruang simpanan barang. Tempat duduk penumpang bagi model-model tertentu mungkin agak kecil, lebih-lebih lagi untuk keluarga yang mempunyai lebih daripada dua orang anak. Namun begitu, hatchback merupakan pilihan yang baik sebagai kereta pertama anda dan juga untuk kegunaan di bandar. Hatchback yang popular di Malaysia termasuklah Honda Jazz, Perodua MyVi dan Kia Picanto.
- MPV: MPV mempunyai ruang yang banyak untuk menyimpan barang, sama ada di dalam but atau di bawah tempat duduk. Bagaimanapun, ruang yang luas ini dibawakan oleh binaan yang lebih besar dan berkotak. MPV yang popular di Malaysia antaranya adalah Toyota Avanza, Nissan Grand Livina dan Perodua Alza.
- Kenderaan Utiliti Lasak (SUV): SUV juga terkenal dengan ruang yang luas dan juga terdapat model yang didatangkan dengan tujuh tempat duduk. Bagaimanapun, SUV lebih sesuai untuk kegunaan lasak kerana mempunyai kemampuan pacuan empat roda. Antara SUV yang popular di Malaysia adalah Honda HR-V, Nissan X-Trail dan Proton x70.
Nikmati Pengalaman Telus Carsome Hari Raya ini
Di Carsome, kami percaya bahawa jenama perlu bertanggungjawab atas ketelusan transaksi mereka dalam menyediakan produk-produk berkualiti.
Atas sebab inilah kempen Setelus Raya Carsome dilancarkan dengan tujuan memberi peluang bagi penduduk Malaysia memiliki kereta terpakai yang berkualiti, atau menukar kenderaan mereka pada harga yang jauh lebih rendah dan dengan transaksi yang benar-benar telus.
Berikut adalah promosi kereta Hari Raya dari Carsome.
- Diskaun sehingga RM8,888*: Kami menawarkan potongan sehingga RM8,888 bagi kereta-kereta terpilih. Dengan diskaun hebat ini, anda boleh menghadiahkan kenderaan baharu yang berkualiti untuk diri anda sendiri atau yang tersayang. Untuk maklumat mengenai semua kereta yang terlibat dalam promosi Setelus Raya, pilih “Raya” pada sebelah kiri laman (https://www.carsome.my/buy-car).
- Dapatkan duit Raya sebanyak RM1,000*: Bagaimanapun, sekiranya anda ingin menjual kereta anda untuk mendapatkan kereta yang baharu, kami juga ada menyediakan sesuatu untuk anda. Dengan kempen Setelus Raya Carsome, anda boleh menjual kereta anda dengan mudah dan mencari kereta baharu dari inventori kami yang begitu besar.
Di samping itu, kami akan memberikan potongan tambahan sehingga RM1,000* bagi pembelian kereta anda jika anda menukar beli kereta lama anda untuk mendapatkan yang baharu melalui Carsome – ini bermakna anda boleh mendapatkan sehingga RM9,888* daripada jumlah keseluruhan harga kereta!
*Tawaran istimewa Setelus Raya Carsome adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Lihat terma tersebut di sini.
Keyword: Potongan Sehingga RM8,888 bagi Kereta Carsome pada Hari Raya ini: 3 Tip Membeli Kereta