Pembelian kereta sama ada kereta terpakai atau kereta baharu merupakan proses yang memerlukan penelitian dan pertimbangan yang sewajarnya. Ini kerana, ia melibatkan komitmen jangka panjang yang mungkin boleh membebankan aliran kewangan anda jika tidak dirancang dengan baik. Malah, pembeli juga disarankan untuk membeli kereta yang menepati citarasa, kehendak dan keinginan kerana kereta biasanya akan digunakan untuk tempoh jangka masa yang lama.

autos, bm, cars, pandu uji: jangan beli kereta terpakai tanpa langkah penting ini

Cara terbaik untuk memaksimumkan pengalaman dan memastikan anda membuat keputusan yang betul dan tepat sebelum membeli kereta ialah dengan pandu uji kereta pilihan anda lebih-lebih lagi jika kereta yang ingin dibeli ialah kereta terpakai.

Isi Kandungan
  • Apa itu Pandu Uji, Kebaikan Pandu Uji?
  • Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Pandu Uji Kereta Terpakai
  • Apa yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Pandu Uji?
  • Kesilapan yang Biasa Dilakukan Semasa Pandu Uji Kereta Terpakai
  • Berapa Lama Tempoh Masa yang Sesuai untuk Pandu Uji Kereta?
  • Pandu Uji Kereta dengan Latar Geografi Berbeza
  • Cara Elakkan daripada Beli Kereta Berisiko Tinggi
  • Apa yang Perlu Anda Lakukan Jika Berlaku Kemalangan Semasa Pandu Uji?
  • Pandu Uji Kereta Terpakai dengan Carsome Promise

Apa itu Pandu Uji, Kebaikan Pandu Uji?

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, pandu uji merujuk pada perihal atau perbuatan memandu sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal atau sebagainya buat seketika, terutamanya bakal pembeli untuk menguji atau menilai sebarang kelebihan atau kelemahan kenderaan yang diuji. Dalam erti kata lain, proses pandu uji membolehkan bakal pembeli menilai sendiri kualiti, keupayaan dan prestasi kenderaan yang diuji sebelum membuat keputusan.

Kebaikan Pandu Uji

Pembelian kereta merupakan antara komitmen kedua terbesar yang biasanya dilakukan oleh rakyat Malaysia selepas pembelian rumah. Oleh sebab itu, pandu uji merupakan langkah terbaik dan tepat yang tidak boleh diabaikan bagi membantu anda membeli kereta yang terbaik, berkualiti dan selamat.

    • Pandu uji membolehkan anda merasai sendiri pengalaman memandu kereta yang ingin dibeli sekali gus menjamin kepuasan anda sebagai pembeli dan kualiti kereta yang ditawarkan.
    • Anda boleh menentukan kualiti, keupayaan dan prestasi kenderaan yang diuji adalah berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
    • Proses ini juga membolehkan anda memeriksa setiap inci kereta dan mengenal pasti sama ada terdapat sebarang kerosakan yang perlu diperbaiki.
    • Anda juga boleh mengesan sebarang tanda-tanda red flag pada kereta tersebut semasa pemanduan. Perkara ini penting untuk mengelakkan anda daripada menanggung kos yang lebih tinggi untuk penyelenggaraan.
    • Pandu uji boleh mengelakkan anda daripada ditipu. Ada sesetengah penjual kereta terpakai yang mungkin menyembunyikan maklumat sebenar untuk melariskan stok sedia ada. Jika tidak berhati-hati, anda mungkin terbeli kereta yang pernah ditenggelami banjir, terlibat dalam kebakaran atau kemalangan serius.

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Pandu Uji Kereta Terpakai

Sekiranya anda dalam proses untuk mendapatkan kereta terpakai yang baharu untuk menampung bilangan ahli keluarga yang kian bertambah, senarai semak ini mungkin boleh membantu anda membuat keputusan yang tepat. Anda boleh mempertimbangkan perkara-perkara berikut sebelum membeli kereta baharu untuk anda:

i. Adakah kereta ini memenuhi keperluan dan kehendak gaya hidup?

Sebelum membeli kereta terpakai yang baharu, anda perlu memahami keperluan dan kehendak gaya hidup anda. Namun begitu, anda disarankan untuk mempertimbangkan bajet semasa anda untuk mengelakkan anda daripada berbelanja melebihi had kemampuan. Anda mungkin boleh pertimbangkan faktor-faktor ini sebelum membuat keputusan:

    • Kereta ini sesuai digunakan untuk aktiviti harian seperti mengambil anak-anak di sekolah, membeli barangan keperluan?
    • Ruang yang ditawarkan mencukupi untuk menampung bagasi atau barangan keperluan lain road trip atau balik kampung?
    • Adakah ruang dalaman mencukupi untuk memuatkan barangan sukan kegemaran seperti club golf, basikal atau peralatan sukan outdoor yang lain?
    • Kereta ini sesuai dengan sifat kerja anda yang perlu ke luar daerah setiap masa?

Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat membeli kereta yang sesuai mengikut citarasa anda, malah tidak membebankan anda dari aspek kewangan dan emosi (sekiranya tersilap beli) jangka panjang. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada membeli kereta yang salah dan tidak sesuai dengan keperluan dan kehendak anda.

ii. Adakah ruang dalaman selesa untuk anak dan ahli keluarga lain?

Kereta yang baik bukan hanya memfokuskan keselesaan pemandu dan penumpang hadapan tetapi turut memberi keutamaan kepada keselesaan penumpang tempat duduk belakang. Oleh itu, pastikan ruang belakang dan ruang kaki cukup selesa dan luas untuk anak-anak atau penumpang lain kereta anda. Jika boleh, bawa bersama anak-anak anda semasa pandu uji untuk merasai sendiri pengalaman sebenar.

Jika ruang kaki dan ruang belakang sempit, besar kemungkinan lutut atau kaki penumpang belakang akan bergesel dengan bahagian belakang anda sepanjang pemanduan. Malah, ambil kira ruang untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak atau bagasi tambahan jika perlu.

iii. Bagaimanakah prestasi keseluruhan kereta ini?

Semasa memandu uji kereta yang ingin dibeli, perhatikan prestasi kereta dari aspek pemanduan dan pengendalian semasa memecut, melalui selekoh, membuat pusingan dan semasa membrek. Jika anda tidak berpuas hati dengan kualitinya, anda mungkin boleh mempertimbangkan alternatif lain yang tersedia. Perkara ini penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan anda serta keluarga semasa pemanduan.

Selain itu, tanyakan kepada perunding jualan mengenai prestasi kenderaan dari segi kecekapan bahan api untuk lebih kepastian. Biasanya, kereta bersaiz kompak menawarkan kadar bahan api yang lebih cekap berbanding kereta bersaiz besar.

Artikel Berkaitan: Kereta Jimat Minyak, Harga Murah Berbaloi Bawah RM50K Pilihan Rakyat Malaysia

iv. Adakah kereta ini mempunyai saiz yang sesuai, sistem dan teknologi yang anda inginkan?

Jika kawasan kejiranan atau ruang pejabat anda mempunyai ruang parkir kereta yang terhad, pertimbangkan faktor seperti saiz kereta sebelum membuat keputusan. Memiliki kenderaan yang senang untuk diparkir bukan sahaja menjimatkan masa, malah boleh memudahkan urusan anda. Jika masalah sebegini merupakan keutamaan anda dalam memilih kereta, anda boleh mempertimbangkan model kereta terkini dengan teknologi pintar seperti parking assist yang mungkin dapat membantu anda.

v. Adakah kereta ini mempunyai ‘kelemahan’ yang mengganggu keputusan anda?

Proses membeli atau mendapatkan kereta boleh dikatakan sebagai suatu komitmen dan pelaburan jangka panjang yang sangat besar. Oleh itu, anda disarankan untuk menjadi seseorang yang sangat kritikal dalam membuat keputusan. Ambil masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan dan kenal pasti sama ada terdapat apa-apa perkara yang mengganggu anda — keselesaan, keselamatan, prestasi dan sebagainya. Dalam tidak sedar, adakalanya perkara-perkara kecil sebegini boleh menjadi punca pergaduhan atau ketidakpuasan hati di kemudian hari.

autos, bm, cars, pandu uji: jangan beli kereta terpakai tanpa langkah penting ini

Apa yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Pandu Uji?

Sama ada anda membeli kereta baharu atau kereta terpakai, pandu uji kereta adalah perkara penting yang perlu dilakukan dalam membantu anda membuat keputusan pembelian yang tepat. Malah, menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara kecil yang berlaku di dalam atau di luar kereta anda semasa pandu uji juga boleh mengelakkan anda daripada sebarang kekecewaan atau masalah di kemudian hari.

Perkara yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Pandu Uji Kereta

Berikut merupakan antara perkara yang perlu anda lakukan sebelum memandu uji kereta pilihan anda:

  • Teliti kenderaan yang memenuhi kriteria dan bajet anda – lakukan tinjauan atau baca ulasan mengenai kereta secara dalam talian bagi membantu memberikan gambaran awal.
  • Cari pengedar di kawasan anda dan tetapkan janji temu. Bawa bersama lesen memandu dan bukti insurans anda untuk memudahkan urusan.
  • Sebelum pandu uji kereta, beri ruang kepada perunding jualan untuk menerangkan ciri-ciri, spesifikasi, butang kawalan dan keupayaan kereta sebelum pemanduan. Ini kerana, setiap kereta daripada jenama yang berbeza biasanya mempunyai susun atur papan pemuka yang berbeza dan tersendiri.
  • Sebelum memasuki kereta, periksa perkara-perkara asas berikut:
    1. Tanda-tanda seperti karat di bahagian bawah kereta, sekitar tayar dan luar badan kereta.
    2. Tanda-tanda seperti kemik, remuk atau calar.
    3. Paip ekzos berada dalam keadaan baik, tidak berkarat atau bocor.
    4. Perhatikan warna asap yang keluar daripada paip ekzos.
    5. Pastikan semua lampu dan penunjuk berfungsi dengan baik.
    6. Tayar kereta berada dalam keadaan baik, tidak haus atau botak.
    7. Bahagian enjin – pastikan minyak enjin, minyak hitam berada pada tahap yang sesuai, periksa sama ada terdapat kesan kebocoran, kakisan atau kerosakan.
    8. Periksa sekiranya terdapat sebarang keretakan pada hos dan tali sawat.
    9. Periksa laporan pemeriksaan dan servis lengkap untuk mengetahui tahap kesihatan sebenar kereta yang ingin dibeli.
  • Semasa memasuki ruang dalaman kereta, perhatikan sama ada ruang kepala mencukupi dan sesuai dengan ketinggian anda – adakah anda perlu membongkok semasa memasuki ruang dalaman kereta?
  • Laraskan tempat duduk dan sesuaikan sehingga ia berada pada kedudukan yang ideal untuk anda – adakah ruang kepala cukup selesa dan darjah penglihatan mencukupi terutama di bahagian stereng kereta?
  • Laraskan cermin sisi, cermin pandang belakang. Kenal pasti sama ada kereta ini mempunyai titik buta yang besar yang boleh mengehadkan penglihatan anda sepanjang pemanduan.
  • Perhatikan sama ada jarak perbatuan atau mileage adalah sepadan dengan usia kereta – jika tidak, minta penjelasan daripada perunding jualan.
  • Periksa sama ada sistem penyaman udara, tingkap, sistem penggera, wiper kereta, dan komponen-komponen lain termasuk sistem audio berfungsi dengan baik.

Perkara yang Perlu Anda Lakukan Semasa Pandu Uji Kereta

Berikut merupakan antara perkara yang perlu anda lakukan semasa memandu uji kereta pilihan anda:

  • Pastikan anda boleh melihat dengan jelas ke semua arah terutamanya di bahagian luar tingkap belakang tempat duduk anda.
  • Jika pandu uji kereta dengan transmisi manual, periksa sama ada terdapat sebarang masalah pada bahagian klac atau gear kereta.
  • Untuk kereta automatik, perhatikan sama ada tuas gear self-center di atas gear yang betul atau sebaliknya.
  • Perhatikan sama ada kereta melencong ke kiri atau ke kanan semasa pemanduan. Ia mungkin disebabkan oleh tekanan udara yang tidak mencukupi atau masalah pada sistem suspensi.
  • Beri perhatian khusus kepada pengukur suhu (temperature gauge) dan perhatikan sama ada terdapat tanda-tanda kepanasan lampau (overheating).
  • Beri perhatian terhadap lampu amaran lain – adakah ia padam selepas enjin dihidupkan atau masih menyala semasa dalam pemanduan?
  • Perhatikan sama ada kereta anda mengambil masa yang lama untuk berhenti sepenuhnya atau anda perlu menekan brek dengan kuat untuk memberhentikan kereta.
  • Lakukan ujian brek tangan di kawasan berbukit.
  • Lakukan pandu uji di kawasan jalan tidak rata atau berbonggol untuk menguji pengendalian dan prestasi pemanduan kereta, kenal pasti sama ada terdapat sebarang bunyi dihasilkan semasa pemanduan.
  • Beri perhatian kepada prestasi pemanduan terutamanya pada bahagian stereng. Kenal pasti sama ada bahagian stereng bermasalah seperti tidak boleh dipusingkan dengan lancar atau sebagainya.
  • Beri perhatian terdapat bunyi pada bahagian tayar semasa pemanduan.
  • Kenal pasti tahap kebisingan dalam ruang kabin – adakah anda perlu bercakap dengan penumpang lain dengan kuat?
  • Uji sistem kawalan suhu dalam kereta dan kenal pasti sama ada bilangannya mencukupi dan sesuai dengan saiz kereta.
  • Jika ada, periksa sama ada sistem navigasi atau kamera pandangan belakang kereta berfungsi dengan baik.

Perkara yang Perlu Anda Lakukan Selepas Pandu Uji Kereta

Berikut merupakan antara perkara yang perlu anda lakukan selepas memandu uji kereta pilihan anda:

  • Selepas memandu uji, fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan. Meskipun kereta yang anda cuba mempunyai kesemua ciri yang anda cari, jangan buat keputusan dengan terburu-buru.
  • Cara terbaik yang boleh anda praktikkan ialah memandu uji sekurang-kurangnya tiga kereta untuk mempelbagaikan pilihan anda dan membolehkan anda memilih kereta yang terbaik.
  • Minta kepastian daripada perunding jualan terhadap sebarang kekeliruan yang mungkin ada:
    1. Adakah kereta ini dilindungi oleh waranti?
    2. Bagaimanakah jadual penyelenggaraan kereta?
    3. Apakah komponen-komponen yang perlu diperbaiki dalam masa terdekat untuk membolehkan anda merancang perbelanjaan anda?
    4. Berapakah anggaran kadar caj penyelenggaraan di pusat servis?
    5. Anggaran kos insurans kereta dan alat ganti?
  • Ambil masa selama yang anda inginkan sebelum membuat keputusan, minta pandu uji kali kedua jika anda tidak pasti dengan keputusan anda.
  • Pertimbangkan keputusan anda – adakah ia selesa untuk dipandu dan menepati keperluan dan kehendak anda?

Kesilapan yang Biasa Dilakukan Semasa Pandu Uji Kereta Terpakai

Antara kesilapan biasa yang dilakukan oleh bakal pembeli kereta terpakai ialah tidak membuat perancangan yang rapi sebelum memandu uji kereta idaman. Anda disarankan untuk melakukan perancangan yang teliti terutamanya dari segi bajet dan kemampuan kewangan semasa anda. Ketahui nilai pasaran semasa kereta anda dan kereta yang ingin dibeli, anggaran wang pendahuluan yang diperlukan, kemampuan komitmen bulanan sedia ada dan lain-lain lagi.

Ia secara tidak langsung dapat membantu memudahkan urusan pinjaman kereta anda dan mengelakkan anda daripada berbelanja melebihi kemampuan anda. Perlu diingatkan, hutang pinjaman kereta biasanya memakan masa antara lima hingga ke sembilan tahun bergantung pada pilihan anda. Oleh itu, anda mungkin tidak mahu terikat dengan komitmen bulanan yang besar untuk jangka masa panjang.

Selain itu, jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pastikan anda mempertimbangkan segala pilihan yang ada dan berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Namun begitu, ia tidak bermaksud anda perlu memandu uji kesemua kereta yang tersedia. Anda disarankan untuk mencuba beberapa buah kereta pilihan anda, pertimbangkan kebaikan dan keburukan setiap kereta sebelum membuat keputusan. Malah, cara ini juga membantu anda menilai keputusan dan potensi alternatif yang lain yang ada.

Selain itu, kebanyakan pembeli mengambil ringan atau terlupa untuk mencuba sistem teknologi atau aksesori kereta yang ada semasa memandu uji. Cuba sambungkan telefon anda dengan aplikasi Bluetooth atau caj bateri telefon anda menggunakan built-in charger yang tersedia. Ia secara tidak langsung dapat memastikan semua aksesori penting dalam kereta boleh digunakan dan berfungsi dengan baik.

Berapa Lama Tempoh Masa yang Sesuai untuk Pandu Uji Kereta?

Pandu uji kereta secara amnya dilakukan bertujuan untuk membantu anda mendapatkan maklumat tambahan selain merasai pengalaman sebenar memandu kereta yang ingin dibeli. Oleh itu, ambil masa selama yang anda inginkan untuk membantu menyakinkan anda. Umumnya, kebanyakan pengedar kereta menetapkan laluan untuk pandu uji yang hanya akan mengambil masa sekitar 15 hingga 30 minit bergantung pada keadaan jalan dan trafik semasa.

Meskipun begitu, jika anda memerlukan masa yang lebih lama untuk membantu anda membuat keputusan, anda boleh memaklumkan perkara sedemikian kepada perunding jualan anda. Biasanya, pihak pengedar tidak akan menolak permintaan pelanggan untuk memandu uji kereta dengan lebih lama. Malah, ada sesetengah pengedar yang menawarkan tempoh pandu uji lanjutan selama 24 hingga 48 jam bergantung pada situasi.

Pandu Uji Kereta dengan Latar Geografi Berbeza

Selain itu, anda juga disarankan untuk memandu uji kereta di lokasi-lokasi yang berbeza untuk mengetahui tahap prestasi kenderaan yang ingin dibeli. Pertimbangkan lokasi pandu uji seperti di kawasan luar bandar, lebuh raya, jalan raya biasa, kawasan berbukit dan sebagainya. Anda juga disarankan untuk memandu uji di jalan yang berbonggol, mempunyai selekoh tajam, berlubang, tidak rata dan lain-lain untuk mengenal pasti prestasi pengendaliannya.

i. Uji Pemanduan di Lebuh Raya

Pemanduan di lebuh raya membolehkan anda memeriksa kadar kelajuan dan pecutan, menguji keupayaan brek, gegaran atau kadar kebisingan dalam ruang kabin. Anda juga boleh memeriksa perkara berikut semasa pandu uji di lebuh raya dilakukan:

    • Pastikan kereta memecut dengan lancar selepas pertukaran gear dilakukan. Jika enjin kereta seperti teragak-agak, ia mungkin menandakan masalah pada komponen kereta yang perlu dipertimbangkan.
    • Kenal pasti titik buta kereta anda – tips ini juga boleh digunakan semasa pandu uji kereta baharu.
    • Tukar lorong semasa dalam kelajuan tinggi untuk melihat respons pengendalian stereng.
    • Pastikan stereng tidak melencong ke kiri atau ke kanan – ia menandakan masalah suspensi atau penjajaran.
    • Kenal pasti sama ada terdapat bunyi pelik (squeaks, whines or rattles) di bahagian enjin kereta.
    • Jika boleh, uji kemampuan, kestabilan dan keselamatan kenderaan anda semasa menaiki atau menuruni bukit.

ii. Uji Pemanduan di Jalan Raya

Selain itu, pemanduan di jalan raya dua lorong membolehkan anda mengenal pasti keupayaan untuk memintas kenderaan lain, kadar kelajuan dan pecutan serta tempoh masa yang diambil sebelum kenderaan memecut. Anda juga boleh memeriksa perkara berikut semasa pandu uji di jalan raya:

    • Kenal pasti masa yang diambil untuk brek kereta anda berhenti sepenuhnya.
    • Dengar sama ada terdapat sebarang bunyi pelik (grinding or squeaking noises) yang berlaku semasa menggunakan brek – mungkin menandakan pad brek kereta anda telah rosak atau haus.
    • Pandu perlahan semasa melalui lubang atau jalan tidak sekata untuk mengenal pasti sama ada terdapat bunyi (rattles or knocks) yang mungkin menandakan masalah pada bahagian stereng.
    • Lakukan pusingan 90 darjah untuk menguji stereng kereta – tidak berat dan berfungsi dengan lancar.
    • Beri perhatian terhadap sistem suspensi kenderaan semasa melalui jalan raya berbatu atau berlubang.

iii. Uji Pemanduan di Kawasan Tempat Letak Kereta

Anda juga boleh menguji dan memeriksa kualiti kereta yang ingin dibeli dengan meletakkan kereta anda di tempat letak kereta selari atau parallel parking:

    • Pastikan stereng tidak keras dan kereta boleh dikendalikan dengan baik semasa meletakkan kereta.
    • Gear kereta bertukar daripada D (gear jalan) kepada R (gear undur) dengan lancar. Jika kereta tersentak atau mengeluarkan bunyi (grinding noise) semasa menukar gear, ini menandakan sistem transmisi yang buruk.
    • Beri perhatian kepada tahap responsif kereta anda – pedal minyak dan pedal brek menunjukkan prestasi yang sama dalam kedudukan gear yang berbeza.

Selain itu, anda juga disarankan untuk memandu uji di lokasi yang sama seperti pemanduan harian anda. Sebagai contoh, jika anda memandu menggunakan lebuh raya setiap hari, anda mungkin boleh mempertimbangkan idea untuk memandu uji kereta baharu anda di lebuh raya berdekatan. Ia bertujuan mengenal pasti kesesuaian kereta selain menguji pengendalian dan prestasi kereta dalam situasi penggunaan harian yang sebenar.

autos, bm, cars, pandu uji: jangan beli kereta terpakai tanpa langkah penting ini

Cara Elakkan daripada Beli Kereta Berisiko Tinggi

Kebiasaanya, kereta yang berisiko tinggi dan tidak berkualiti seperti kenderaan yang pernah ditenggelami banjir, kemalangan atau terbakar mempunyai tanda-tanda yang tersendiri. Carsome menyenaraikan tips seperti berikut untuk membantu mengelakkan anda daripada menanggung kos pembaikan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Tanda-tanda Kereta Tenggelam Banjir

Berikut merupakan antara perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk mengelakkan anda daripada membeli kereta yang ditenggelami banjir:

    • Tutup tingkap dan pintu kereta – jika anda mengesyaki bau lembap, hapak atau bau seakan-akan lumpur, ia mungkin menandakan kereta ini pernah ditenggalami air.
    • Lakukan pemeriksaan terhadap minyak atau cecair dalam kereta. Kebiasaannya, warna minyak yang ditenggelami air akan menjadi sedikit pucat berbanding biasa.
    • Ada kotoran (seperti lumpur, pasir atau keladak) di bahagian yang tidak sepatutnya seperti kompartmen kereta, tayar ganti kereta, celah-celah enjin, papan pemuka dan pendawaian.
    • Komponen berasaskan logam seperti skru, engsel pintu, spring hud dan lain-lain berkarat atau reput.

Artikel Berkaitan: Kereta Tenggelam Banjir? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Tanda-tanda Kereta Terlibat Kemalangan

Berikut pula merupakan antara perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk mengelakkan anda daripada membeli kereta yang terlibat dalam kemalangan:

    • Jurang panel di bahagian-bahagian tertentu jauh lebih kecil/lebih besar berbanding bahagian-bahagian lain – besar kemungkinan menandakan kereta ini pernah terlibat dalam kemalangan. Ia turut menandakan pembaikan dan penyelenggaraan kereta tidak dilakukan dengan betul selepas kemalangan.
    • Bahagian tertentu kereta yang dicat semula dan terdapat perbezaan tona warna kereta. Tanyakan kepada pemilik atau penjual mengenai sejarah kereta yang ingin dibeli.
    • Nombor siri cermin hadapan berbeza dengan nombor siri yang tertera pada cermin sisi keempat-empat bahagian. Tanyakan kepada pemilik atau penjual punca utama cermin kereta digantikan.

Artikel Berkaitan: Tips Kenal Pasti, Cara Semak Kereta Pernah Kemalangan

Tanda-tanda Kereta Pernah Kebakaran

Berikut pula merupakan antara perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk mengelakkan anda daripada membeli kereta yang terlibat dalam kebakaran:

    • Fius kereta yang terbakar lebih daripada sekali menandakan terdapat masalah yang ketara berkaitan sistem elektrik kereta.
    • Terdapat tumpahan minyak di bahagian bawah hud daripada gasket yang bocor.
    • Anda boleh menghidu bau petrol yang kuat semasa memandu atau terdapat bau seperti plastik atau getah terbakar semasa anda memasuki kereta.
    • Pendawaian yang tidak kemas atau longgar dengan logam yang terdedah/Hos enjin rosak atau longgar.

Artikel Berkaitan: Kereta Terbakar? Punca dan Cara Elakkan Kebakaran Kereta

Jika anda mengesan tanda-tanda sebegini pada kereta terpakai yang ingin dibeli, pastikan anda tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Ini kerana, kos pembaikan berkaitan kereta yang ditenggelami banjir, pernah mengalami kemalangan besar dan kebakaran adalah sangat tinggi dan mungkin boleh membebankan kemampuan kewangan anda.

Apa yang Perlu Anda Lakukan Jika Berlaku Kemalangan Semasa Pandu Uji?

Secara amnya, anda disarankan untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati tidak kiralah semasa memandu kereta sendiri atau kereta pandu uji untuk mengelakkan perkara-perkara buruk seperti kemalangan daripada berlaku. Ini kerana, terlibat dalam kemalangan semasa memandu uji boleh menjadi suatu mimpi buruk untuk anda.

Kos Pembaikan Ditanggung oleh Pihak Pengedar

Kebiasaannya pihak pengedar akan menanggung kos pembaikan jika berlaku kemalangan yang melibatkan kerosakan kecil seperti calar atau kemik. Kereta yang digunakan untuk pandu uji biasanya dilindungi oleh insurans fleet yang berfungsi melindungi kereta baharu atau kereta yang tidak berdaftar. Sekiranya situasi kemalangan berlaku, insurans ini akan melindungi semua kerosakan kecil tanpa mengira pihak yang bersalah.

Namun begitu, anda masih disarankan untuk memahami segala terma dan syarat yang dinyatakan sebelum bersetuju dan berhati-hati semasa menandatangani apa-apa dokumen seperti liability waiver sebelum pandu uji. Jika anda menandatangani dokumen sebegini, ini bermaksud anda memahami risiko yang akan berlaku dan bersetuju untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan semasa pandu uji kereta.

Kos Pembaikan Ditanggung oleh Anda

Dalam situasi-situasi tertentu seperti kemalangan besar yang menyebabkan kenderaan pandu uji terbalik, remuk atau rosak teruk akibat perlanggaran–anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerosakan ini. Anda perlu laporkan insiden ini kepada pihak polis bagi membolehkan pihak polis menyiasat insiden ini bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku.

Jika anda didapati bersalah, segala kos berkaitan pembaikan akan dituntut daripada polisi insurans kereta peribadi anda. Namun begitu, ia tertakluk pada amaun perlindungan kereta anda. Anda juga mungkin perlu mengeluarkan kos pembaikan daripada akaun simpanan anda sekiranya anda tidak mempunyai insurans kereta sedia ada.

Kos Pembaikan Ditanggung oleh Pihak Ketiga

Jika ada kenderaan lain yang melanggar kereta pandu uji atau selepas siasatan mendapati anda tidak dipertanggungjawabkan ke atas kemalangan yang berlaku, kos pembaikan kereta akan ditanggung oleh pihak ketiga. Secara amnya, pihak ketiga akan menanggung kos pembaikan sekiranya:

    1. Pemandu lain melanggar kereta anda – Jika ia merupakan kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lain, pihak pengedar kereta biasanya akan menguruskan segala urusan berkaitan. Laporan kemalangan dan tuntutan insurans akan dibuat terhadap pihak yang melanggar. Namun begitu, sekiranya anda mengalami kecederaan disebabkan oleh kemalangan ini, anda perlu menanggung kos rawatan sendiri sama ada melalui insurans kereta persendirian (uninsured motorist coverage) atau insurans kesihatan yang anda miliki.
    2. Kereta pandu uji yang rosak – Jika kemalangan disebabkan oleh kerosakan kereta, pihak pengedar kereta biasanya akan bertanggungjawab terhadap segala kos pembaikan dan kos-kos lain yang terlibat. Ini termasuk memberi pampasan terhadap apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Sebelum pandu uji kereta, dapatkan pengesahan daripada pengedar sama ada kenderaan yang ingin dipandu uji dilindungi oleh insurans atau tidak. Malah, anda juga disarankan untuk merujuk ejen insurans atau perunding jualan anda untuk maklumat dan kepastian lebih lanjut untuk mengelakkan daripada sebarang insiden yang tidak diingini.

autos, bm, cars, pandu uji: jangan beli kereta terpakai tanpa langkah penting ini

Pandu Uji Kereta Terpakai dengan Carsome Promise

Konklusinya, pandu uji sebelum membeli kereta terpakai merupakan satu langkah penting yang perlu dilakukan. Bertitik tolak daripada itu, Carsome menjanjikan tawaran berikut bagi mengelakkan sebarang keraguan atau kebimbangan terhadap kualiti dan prestasi kereta yang ingin dibeli.

  • Jaminan Pulangan Wang – Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kualiti kereta terpakai yang dibeli, Carsome menawarkan jaminan pengembalian wang dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembelian!
  • Pemeriksaan Profesional – Semua kenderaan Carsome Certified yang dijual melalui 175 titik pemeriksaan, bebas kemalangan besar, banjir dan kebakaran serta kerosakan rangka yang boleh menjejaskan prestasinya. Laporan pemeriksaan ini secara tidak langsung menjanjikan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat untuk anda.
  • Jaminan 1 Tahun – Carsome menyediakan kereta terpakai berkualiti dengan jaminan waranti selama 1 tahun untuk ketenangan fikiran anda.
  • Tiada Caj Tersembunyi – Harga yang ditawarkan adalah harga sebenar tanpa kos atau caj tersembunyi yang akan membebankan anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda berkaitan proses dan perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian semasa pandu uji kereta. Inisiatif seperti Carsome Promise ini secara tidak langsung dapat membantu anda pandu uji kereta terpakai yang berkualiti dan memudahkan anda membuat keputusan yang tepat sebelum membeli kereta terpakai idaman anda.

Keyword: Pandu Uji: Jangan Beli Kereta Terpakai Tanpa Langkah Penting Ini

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel