Pemilikan kereta sendiri kini tidak lagi dianggap sebagai suatu kehendak tetapi lebih kepada keperluan terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada sistem pengangkutan awam yang baik. Namun begitu, pemilikan kereta baharu merupakan satu perbelanjaan yang besar. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan generasi muda hari ini mempertimbangkan pembelian kereta terpakai sebagai pilihan berbanding pembelian kereta baharu. Namun begitu, jika tersilap langkah atau tanpa tips beli kereta terpakai yang betul, ia boleh menyebabkan anda terikat dengan liabiliti hutang jangka masa panjang.

Banyak perkara yang difikirkan sebelum membeli kereta antaranya kos penyelenggaraan, komitmen bulanan, kos minyak dan sebagainya. Namun begitu, membeli kereta terpakai tidaklah semudah yang disangka lebih-lebih lagi jika tiada pengetahuan yang betul. Carsome membantu anda dengan menyenaraikan 10 tips beli kereta terpakai yang boleh anda ikuti.

autos, bm, cars, nak beli kereta second hand? 10 tips beli kereta terpakai yang perlu anda tahu

Tips, Perkara yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Kereta Terpakai

Kereta terpakai – tidak kira apa jua jenama, jika kena dan betul caranya boleh menjadi suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Namun begitu, jika tersilap langkah ia boleh menjadi suatu beban kewangan yang mungkin boleh mengganggu aliran kewangan dan merugikan anda:

1. Tetapkan Bajet

Tip yang paling penting sebelum anda membuat keputusan untuk beli kereta second hand atau kereta terpakai ialah dengan menetapkan bajet yang bersesuaian mengikut tahap kewangan dan kemampuan anda. Anda boleh mengetahui jenis model bersesuaian yang boleh dibeli berdasarkan bajet yang anda tetapkan seperti kereta terpakai yang boleh dibeli pada harga bawah RM100,000. Atau, anda juga boleh menetapkan had bayaran bulanan pinjaman yang mampu dibayar seperti RM400-RM500 sebulan dengan tempoh bayaran sehingga lima (5) tahun bergantung pada jumlah komitmen bulanan sedia ada anda.

Tips Beli Kereta Terpakai – Formula Gaji Beli Kereta

1. Pastikan harga kereta tidak melebihi gaji tahunan anda. Jika anda bergaji RM2,700 – harga kereta yang boleh dibeli mestilah tidak melebih RM32,400 (RM2,700 X 12 bulan). 2. Ansurans bulanan tidak melebihi 15% daripada gaji bulanan anda. Jika lebih rendah, lebih baik. Dengan gaji RM2,700, ansuran bulanan yang ideal adalah antara RM400-RM500 sebulan.
3. Beli kereta mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak.

Selain itu, anda boleh gunakan kalkulator pinjaman atau loan calculator untuk membantu anda menganggarkan bayaran bulanan mengikut bajet yang ditetapkan.

2. Survei Online

Dalam zaman yang serba canggih ini, maklumat berkaitan kereta terpakai kini boleh didapati secara dalam talian tanpa perlu ke premis kereta terpakai. Anda boleh layari pelbagai platform dalam talian yang menawarkan urusan jual beli kereta terpakai. Anda juga turut disarankan untuk tidak terus menuju ke premis kereta terpakai tanpa melakukan tinjauan secara online terlebih dahulu. Ini kerana, skill atau kemahiran memujuk yang dimiliki oleh penjual kereta terpakai mungkin boleh ‘memukau’ anda tanpa anda sedari sekali gus membuatkan anda membuat keputusan tanpa memikirkan had bajet yang telah ditetapkan.

Selain itu, platform dalam talian juga membolehkan anda menetapkan ‘filter’ mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Anda hanya perlu masukkan bajet yang anda tetapkan dan sistem akan memaparkan pilihan model kereta terpakai yang berada dalam lingkungan bajet anda sahaja.

3. Tetapkan Usia Kereta

Sama seperti bajet, menetapkan had usia kereta terpakai yang ingin dibeli ialah antara tips beli kereta terpakai yang anda perlu tahu. Misalnya, dengan bajet sebanyak RM20,000, anda akan disajikan dengan pelbagai pilihan kereta terpakai yang boleh anda miliki. Oleh itu, untuk mengelakkan anda daripada rambang mata, kecilkan skop pilihan kereta terpakai dengan menetapkan usia kereta (seperti usia kereta tidak melebihi 5 tahun). Namun begitu, jika tiada model kereta yang dipaparkan yang menepati pilihan anda, sesuaikan carian mengikut keadaan dan pilihan anda. Untuk rekod, 79% kereta yang dijual kepada Carsome berusia antara 6 hingga 8 tahun. Manakala, 6% terdiri daripada kereta terpakai yang berusia antara 3 hingga 5 tahun dan 15% untuk kereta terpakai yang berusia antara 9 hingga 11 tahun.

autos, bm, cars, nak beli kereta second hand? 10 tips beli kereta terpakai yang perlu anda tahu

4. Had Perbatuan/Mileage

Secara amnya, semakin tinggi nilai perbatuan semakin rendah nilai jualan sesebuah kereta terpakai. Jika anda ingin membeli kereta terpakai, pastikan anda memilih kereta dengan had perbatuan yang rendah atau sederhana. Namun semestinya, had perbatuan ini adalah tertakluk pada bajet dan usia model kereta yang ingin dibeli.

5. Periksa Sejarah Kereta

Pastikan anda periksa sejarah kereta sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana kereta terpakai. Kebiasaannya, kereta terpakai yang dijual pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran mungkin ada sejarah tersendiri yang tersembunyi. Selidik terlebih dahulu sama ada kereta yang ingin dibeli pernah ditenggelami banjir, banyak kali bertukar pemilik (3-5 orang), pernah terlibat dalam kemalangan besar atau mempunyai had perbatuan terlalu tinggi.

Elakkan diri anda daripada ditipu. Bahagian luaran kereta mungkin tampil cantik dan sempurna, namun ragam sebenar kereta biasanya hanya boleh diketahui selepas beberapa bulan menggunakannya.

autos, bm, cars, nak beli kereta second hand? 10 tips beli kereta terpakai yang perlu anda tahu

6. Dapatkan Jadual Servis

Kereta yang diservis secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan menunjukkan kereta yang ingin dibeli berada dalam jagaan yang baik. Jika boleh, cari pemilik kereta yang setia menggunakan perkhidmatan pusat servis jenama masing-masing. Ini kerana, pusat servis merekodkan sejarah servis menggunakan buku atau sistem tersendiri. Maklumat penyelenggaraan kereta adalah penting untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kereta yang ingin dibeli sama ada maklumat berkaitan jenis alat ganti yang pernah ditukar atau rekod kerosakan besar seperti kotak gear atau enjin.

Anda juga boleh meminta pertolongan rakan-rakan (jika ada) yang bekerja di pusat servis untuk memeriksa rekod servis pemilik terdahulu di dalam sistem. Selain itu, anda juga boleh meminta rekod penyelenggaraan atau resit alat ganti daripada pemilik sebagai bukti jika pemilik berurusan di bengkel biasa.

7. Periksa Bahagian Luar dan Dalam Kereta

Membeli kereta terpakai bukanlah seperti membeli sayur-sayuran atau buah-buahan di pasar malam. Anda perlu sedikit cerewet sebelum membuat keputusan. Ini kerana, setelah anda membeli kereta tersebut, tiada lagi yang boleh anda lakukan apatah lagi menyesali keputusan yang telah dibuat. Periksa sama ada terdapat sebarang kerosakan atau kecacatan tidak kira di bahagian dalaman atau luaran kereta yang ingin dibeli.

Cuba untuk berunding bagi mendapatkan diskaun jika anda mengesan sebarang kerosakan dan pemilik tidak ingin mengeluarkan sebarang kos untuk membaikinya – cat semula badan kereta memerlukan kira-kira RM2,000 hingga RM4000 bergantung pada model kereta. Upah ketuk badan kereta untuk membaiki kesan kemek pula boleh memakan kos serendah RM150 dan ke atas mengikut tahap kemek. Manakala, kotoran pada kusyen yang perlu dicuci boleh menelan belanja sehingga RM200.

autos, bm, cars, nak beli kereta second hand? 10 tips beli kereta terpakai yang perlu anda tahu

8. Periksa Kelengkapan dan Peralatan Asas Lain

Pastikan anda periksa kelengkapan dan peralatan asas kereta seperti signal, wiper, lampu, soket dan sebagainya berada dalam keadaan baik. Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti kereta terpakai yang ingin dibeli, cari kereta terpakai lain sehinggalah anda menjumpai kereta terpakai yang setanding dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Tidak salah untuk lebih berhati-hati dan berkira-kira sebelum membuat keputusan besar terutamanya melibatkan pembelian kereta sebegini. Selain itu, anda juga boleh periksa perkara-perkara berikut sebelum membuat keputusan:

  • Lampu tinggi dan rendah, lampu kabus, lambu kabin dan lampu amaran (hazard light);
  • Penyaman udara;
  • Hon kereta;
  • Radio dan pemain cakera padat (CD) atau skrin sentuh;
  • Pemegang pintu dan kompartmen hadapan kereta;
  • Suis power window, cermin sisi;
  • Soket 2.4V atau palam pencucuh;
  • Picu tangki minyak, bonet dan but kereta;
  • Tali pinggang keledar dan pelaras tempat duduk;
  • Tayar simpanan dan kotak alatan;
  • Indikator pada panel meter menyala dan terpadam (beg udara, enjin, ABS dan sebagainya).

9. Periksa Enjin

Setelah berpuas hati dengan bahagian luaran dah dalaman kereta – periksa enjin. Sekiranya anda kurang berpengetahuan terutamanya melibatkan perkara berkaitan teknikal, minta bantuan rakan anda yang mahir mengenainya atau rakan anda yang bekerja sebagai mekanik kereta untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Jika tidak, anda juga boleh ke mana-mana bengkel berdekatan dan minta pertolongan daripada mekanik untuk membantu anda memeriksa kereta yang ingin dibeli (bayaran dikenakan bergantung pada mekanik).

Mekanik kereta mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kereta sehinggakan ada di antara mereka yang mendengar bunyi enjin sahaja sudah memadai untuk mengetahui kerosakan yang berlaku pada kereta. Namun begitu, jika anda ingin periksa sendiri kereta anda, perkara-perkara berikut mungkin boleh dijadikan panduan:

  • Periksa sama ada terdapat kesan minyak bocor;
  • Radiator berada dalam keadaan baik, buka penutup untuk melihat tahap kekeruhan air radiator;
  • Tiada kabel sambungan elektrik yang reput atau terputus;
  • Tiada komponen yang tertanggal, haus atau rosak;
  • Periksa minyak enjin.

autos, bm, cars, nak beli kereta second hand? 10 tips beli kereta terpakai yang perlu anda tahu

10. Pandu Uji

Tidak kira sama anda anda berunding terus dengan pemilik atau penjual kereta terpakai, anda mempunyai hak untuk memandu uji kenderaan yang ingin dibeli. Minta kebenaran pihak penjual untuk pandu uji kereta yang ingin dibeli untuk memberikan anda kepuasan dan keyakinan sebelum membuat keputusan:

  • Uji brek kereta secara perlahan dan lakukan brek kecemasan. Kenal pasti jika ada sebarang bunyi pelik semasa membrek;
  • Uji stereng semasa selekoh (selekoh tajam atau selekoh biasa). Kenal pasti sama ada terdapat sebarang bunyi semasa membelok atau memutar stereng;
  • Pandu uji di kawasan yang tidak rata. Ia bertujuan untuk mengenal pasti sebarang bunyi seperti pada bahagian kompartmen dan sebagainya;
  • Pandu dalam pelbagai kelajuan untuk menguji bunyi angin, gegaran enjin atau stereng dan sistem suspensi kereta;
  • Uji gear kereta – jika transmisi manual (gear 1-5/6), manakala jika transmisi automatik –masukkan gear D4, D3 atau D2 termasuk R. Pastikan gear bergerak lancar dan tidak tersekat-sekat.

Kami berharap perkongsian tips beli kereta terpakai ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan dan memudahkan urusan pembelian kereta terpakai anda. Namun begitu, jika anda ingin membeli kereta terpakai dengan mudah, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dalam talian yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta yang pantas, cekap dan dipercayai.

Keyword: Nak Beli Kereta Second Hand? 10 Tips Beli Kereta Terpakai yang Perlu Anda Tahu

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel