Pemeriksaan dan penyelenggaraan minyak hitam kereta (atau turut dikenali sebagai minyak enjin dan minyak pelincir) secara berkala supaya tidak menjejaskan prestasi dan kemampuan enjin. Ia juga boleh membantu mengelakkan anda daripada berdepan dengan situasi luar jangka seperti minyak hitam bocor bawah enjin kereta yang mungkin berisiko merosakkan komponen lain dalam enjin kereta anda. Secara amnya, minyak hitam kereta berfungsi membersihkan, menyejukkan dan melicinkan pergerakan sekali gus mengurangkan risiko kerosakan pada bahagian enjin kereta. Oleh sebab itu, pengetahuan asas mengenai minyak hitam merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kenderaan.

autos, bm, cars, minyak hitam kereta: jenis minyak hitam kereta terbaik, harga tukar minyak hitam kereta

Minyak Hitam Kereta: 5 Tanda Tukar Minyak Hitam Kereta Yang Anda Perlu Tahu

Secara amnya, minyak pelincir atau minyak enjin perlu ditukar mengikut tempoh tukar minyak hitam kereta yang ditetapkan. Penyelenggaraan dan penjagaan minyak enjin penting untuk mengelakkan masalah kerosakan serius pada enjin yang mungkin menelan kos perbelanjaan yang lebih tinggi. Biasanya, tempoh tukar minyak hitam kereta adalah bergantung pada jenis minyak hitam yang digunakan, biasanya setiap 5000 atau 10,000 kilometer. Meskipun begitu, anda disarankan untuk segera tukar minyak hitam kereta anda sekiranya menunjukkan tanda tukar minyak hitam kereta seperti berikut:

1. Enjin Kereta Meragam

Enjin kereta meragam, masalah kereta bunyi bising pada bahagian enjin (bunyi ketukan), komponen logam bergesel dalam enjin merupakan tanda anda perlu tukar minyak hitam kereta anda. Secara amnya, minyak pelincir memainkan peranan penting dalam melancarkan pergerakan komponen logam dalam enjin. Ia sekali gus mengelakkan komponen logam yang bergerak dalam enjin daripada bersentuhan dan bergesel antara satu sama lain. Oleh sebab itu, minyak pelincir perlu diselenggara mengikut jadual bagi membantu meningkatkan jangka hayat sesuatu komponen dalam enjin dan mengurangkan risiko enjin kereta daripada meragam. Minyak pelincir yang tidak diselenggara akan menjadi semakin cair, berkurangan atau kotor sekali gus menjejaskan fungsinya.

2. Kereta Bau Hangit, Terbakar

Bau hangit atau terbakar dalam ruang kabin menandakan ada bahagian enjin kereta anda sedang mengalami masalah yang memerlukan pemerhatian segera. Biasanya, kereta bau hangit berlaku disebabkan oleh kebocoran minyak dalam enjin kereta. Malah, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh suhu enjin kereta yang terlalu panas sehingga menyebabkan minyak terbakar di dalam sistem ekzos. Dalam sesetengah keadaan, ia juga menyebabkan kereta keluar asap kelabu atau biru. Jika situasi sebegini berlaku kepada anda, segera periksa kereta anda dan tukar minyak hitam kereta anda untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius seperti kebakaran enjin dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: Tanda-tanda Sistem Ekzos Kereta Anda Mungkin Bocor dan Bermasalah

3. Berubah Warna Minyak Hitam Berkilat

Tidak seperti namanya, minyak enjin atau minyak pelincir (atau lebih dikenali sebagai minyak hitam dalam kalangan pengguna) sebenarnya berwarna coklat. Meskipun begitu, warna coklat ini berpotensi untuk berubah menjadi lebih gelap dan menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada pembakaran dalaman enjin. Semasa periksa atau cek minyak hitam kereta, pastikan anda mengenal pasti tahap kejernihan minyak pelincir kereta anda. Tukar minyak hitam kereta anda sekiranya warnanya sudah bertukar gelap.

Cara Cek Minyak Hitam Kereta

Minyak pelincir atau minyak enjin secara amnya berfungsi memastikan prestasi enjin berada dalam keadaan baik. Selain melancarkan pemanduan, minyak pelincir ini juga berfungsi membersihkan dan menyejukkan komponen dalam enjin sekali gus melindungi enjin daripada sebarang kerosakan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk sentiasa memeriksa tahap kejernihan minyak pelincir kereta anda dari semasa ke semasa untuk mengelakkan risiko kerosakan enjin yang lebih serius.

    1. Cabut dipstick dan bersihkan;
    2. Masukkan semula dipstick ke dalam minyak hitam;
    3. Kemudian keluarkan semula dipstick;
    4. Periksa paras minyak hitam kereta
      • Sekiranya paras minyak hitam kereta berada melebihi paras high level, sebahagian daripada minyak hitam ini perlu dikeluarkan supaya ia tidak menjejaskan kelancaran enjin. Selain itu, antara kesan terlebih isi minyak hitam kereta boleh menyebabkan kebocoran dan kerosakan crankshaft, spark plug rosak dan perlu digantikan;
      • Sekiranya paras minyak hitam berada di bawah low level, minyak pelincir perlu ditambah untuk mengelakkan kerosakan komponen enjin;
    5. Calitkan dipstick pada tisu atau kain berwarna putih untuk melihat tahap kepekatan minyak hitam.

4. Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Menyala

Lampu amaran tekanan minyak enjin kereta (oil pressure warning) atau turut dikenali sebagai lampu aladin menyala pada meter kereta menandakan sistem mengesan permasalahan pada sistem tekanan minyak enjin kereta anda. Biasanya, lampu amaran kereta menyala apabila sistem mengesan masalah seperti minyak hitam bocor bawah enjin kereta, fuel pump kereta rosak atau sebagai tanda minyak hitam kurang atau terlalu sedikit. Jika lampu amaran tekanan minyak enjin menyala, segera periksa paras enjin dan tambah minyak hitam jika perlu. Selain itu, anda disarankan untuk bawa kenderaan anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan kerosakan serius yang lain daripada berlaku.

5. Peningkatan Penggunaan Bahan Api

Selain itu, peningkatan penggunaan bahan api atau minyak petrol turut merupakan petanda jelas anda perlu tukar minyak hitam kereta anda. Minyak pelincir yang telah cair dan tidak cukup likat akan meningkatkan stress ke atas enjin kenderaan anda. Komponen enjin kereta perlu bekerja dengan lebih keras daripada biasa bagi menggerakkan kereta bagi mencapai prestasi pemanduan seperti sediakala. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan petrol atau bahan api kenderaan anda.

autos, bm, cars, minyak hitam kereta: jenis minyak hitam kereta terbaik, harga tukar minyak hitam kereta

Minyak Enjin Terbaik: Tip Pilih Minyak Hitam Kereta Terbaik dan Sesuai untuk Kereta Anda

Sebagai pemilik kenderaan, faktor-faktor penting seperti tahap kelikatan minyak enjin, jenis minyak hitam (minyak hitam semi sintetik, minyak hitam fully synthetic) dan jenis enjin kereta merupakan antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih minyak enjin terbaik dan sesuai dengan kenderaan anda. Carsome menyenaraikan lima (5) perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih minyak enjin terbaik bagi menjamin prestasi dan ketahanan enjin kenderaan anda.

1. Model Kereta, Siri Pembuatan

Model kereta dan siri pembuatan kereta merupakan salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam memilih minyak enjin terbaik. Kebanyakan model kenderaan moden hari ini dilengkapi dengan enjin berprestasi tinggi baharu yang diformulasikan untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi enjin sepanjang pemanduan. Selari dengan itu, minyak enjin kereta kini diformulasikan dan ditambah baik bersesuaian dengan perkembangan teknologi versi enjin baharu ini. Ini bermaksud, ada sesetengah minyak enjin dipasaran mungkin tidak sesuai untuk sesetengah model kereta lama disebabkan oleh pembaharuan formulasi ini.

2. Persekitaran, Tabiat Pemanduan

Anda juga disarankan untuk mengambil kira faktor tabiat pemanduan, persekitaran atau lokasi pemanduan sebelum memilih minyak hitam kereta terbaik. Keadaan persekitaran pemanduan yang berbeza seperti iklim (panas atau sejuk), keadaan jalan (berturap atau berbatu) serta faktor-faktor lain boleh memberi tekanan yang berbeza pada enjin kenderaan anda. Selain itu, penggantian dan penyelenggaraan minyak hitam kereta yang ideal juga bergantung pada penggunaan.

Jika kenderaan kerap digunakan, minyak pelincir perlu digantikan lebih awal meskipun belum melangkau tempoh minyak hitam kereta yang disyorkan bagi mengelakkan kerosakan pada enjin. Dalam situasi kereta jarang digunakan pula, anda disarankan untuk menggantikan minyak pelincir mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengekalkan prestasi enjin kereta seperti biasa.

3. Jenis Minyak Hitam Kereta

Secara amnya, setiap jenis minyak hitam kereta mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh sebab itu, kenal pasti minyak hitam yang sesuai digunakan oleh kenderaan anda dan ambil kira faktor-faktor lain seperti tahap kelikatan minyak enjin, ketahanan terhadap suhu dan endapan (sludge), had tempoh ketahanan dan lain-lain sebelum membuat keputusan. Carsome menyenaraikan tiga (3) jenis minyak hitam yang biasa dijual dipasaran untuk panduan anda seperti berikut:

1. Mineral Engine Oil (Minyak Hitam Mineral)

Minyak hitam mineral atau turut dikenali sebagai motor oil merupakan minyak mentah petroleum (minyak galian) yang ditapis. Kebiasaannya, minyak hitam mineral tidak tahan lama kerana tiada sebarang formula tambahan (bahan-bahan aditif lain) dimasukkan dalam minyak enjin jenis ini. Harga tukar minyak hitam kereta (harga minyak hitam mineral) adalah lebih murah berbanding harga minyak hitam yang lain;

2. Semi-Synthetic Engine Oil (Minyak Hitam Semi Sintetik)

Minyak hitam semi sintetik pula merujuk campuran antara minyak asas sintetik (tidak melebihi 30 peratus) dan minyak asas mineral. Minyak hitam semi sintetik secara amnya berfungsi memberikan perlindungan enjin yang lebih baik dan dikatakan lebih tahan lama berbanding penggunaan minyak hitam mineral;

3. Fully Synthetic Engine Oil (Minyak Hitam Fully Synthetic)

Minyak hitam fully synthetic (sintetik penuh) pula dihasilkan daripada dua (2) komponen iaitu polyalphaolefins dan ester yang digabungkan bersama bahan-bahan aditif lain. Minyak hitam fully synthetic dapat bertahan lebih lama, selari dengan harga tukar minyak hitam jenis ini yang dikatakan lebih mahal berbanding harga minyak enjin yang lain.

4. Kelikatan Minyak Enjin

Semasa membandingkan minyak hitam enjin terbaik, anda mungkin perasan terdapat kod unik (gabungan nombor dan huruf) pada label pembungkusan. Secara amnya, kod-kod ini merujuk tahap kelikatan minyak enjin dan ukuran ketahanan minyak enjin. Biasanya, terdapat dua nombor yang menentukan tahap kelikatan minyak enjin:

  • Nombor pertama yang berakhir dengan huruf ‘W’ merujuk aliran minyak hitam dalam suhu sejuk (winter) – ketika enjin dihidupkan;
  • Nombor kedua pula merujuk aliran minyak hitam ketika suhu operasi normal.

Kelikatan minyak enjin yang nipis dan rendah mengalir dengan lebih mudah untuk melindungi bahagian enjin pada suhu yang lebih sejuk. Manakala, kelikatan minyak enjin yang tebal dan tinggi berkesan melindungi enjin dengan lebih baik pada suhu yang lebih tinggi. Secara teknikal, kelikatan minyak enjin yang ideal bergantung pada model kereta anda. Anda boleh merujuk manual pemilik yang disediakan oleh pengeluar kereta anda untuk info lanjut.

Minyak Hitam yang Sesuai untuk Kereta Lebih Tahun?

Apa minyak hitam yang sesuai untuk kereta lebih 10 tahun atau kereta lama? – ini merupakan persoalan biasa yang sering ditanya oleh pemilik kenderaan. Secara amnya, kereta lebih 10 tahun atau kereta lama memerlukan minyak enjin dengan kelikatan yang lebih tinggi seperti 10W-40. Ini kerana, komponen kereta lama berpotensi untuk mengalami banyak perubahan (komponen longgar dan sebagainya) disebabkan oleh banyak pergerakan berbanding kereta baharu. Perubahan ini secara tidak langsung menyebabkan enjin memerlukan minyak enjin yang lebih likat bagi menjaga kelancaran enjin dan memainkan fungsinya secara menyeluruh dengan lebih baik.

Kelikatan minyak enjin yang lebih tinggi berupaya melindungi komponen dalaman kereta berusia lebih 10 tahun dengan lebih baik berbanding minyak enjin berkelikatan rendah. Justeru itu, anda disarankan untuk menggunakan minyak enjin berkelikatan tinggi yang lebih sesuai untuk kereta lebih 10 tahun.

5. Standard Pensijilan Minyak Hitam

Selain itu, minyak pelincir juga dilengkapi dengan standard pensijilan minyak enjin yang ditunjukkan menggunakan akronim berbeza seperti berikut:

  • API (American Petroleum Institute);
  • ACEA (European Automobile Manufacturers Association);
  • ILSAC (International Lubricant Specification Advisory Committee); dan
  • JASO (Japanese Automotive Standards Organization).

Standard pensijilan ini menunjukkan bahawa minyak pelincir yang dijual telah memenuhi atau melepasi standard pensijilan yang telah ditetapkan. Selain itu, standard pensijilan ini juga merupakan salah satu jaminan prestasi dan kualiti minyak hitam yang dihasilkan.

autos, bm, cars, minyak hitam kereta: jenis minyak hitam kereta terbaik, harga tukar minyak hitam kereta

Harga Tukar Minyak Hitam Kereta 2022

Minyak enjin kereta perlu digantikan secara berkala bagi memastikan prestasi enjin berada pada tahap yang optimum. Secara amnya, tempoh tukar minyak hitam kereta yang ideal adalah sekurang-kurangnya setiap 5,000 km atau setiap enam bulan. Anda disarankan untuk merujuk manual pemilik atau dapatkan nasihat daripada mekanik bagi mendapatkan gambaran jelas tempoh tukar minyak kereta yang sesuai. Berikut merupakan panduan jenis minyak hitam, minyak enjin terbaik termasuk harga tukar minyak hitam kereta untuk rujukan anda.

1. Minyak Hitam Semi Sintentik CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF (Semi-Synthetic Engine Oil)

Minyak enjin jenis ini sesuai digunakan untuk model kenderaan tempatan seperti Perodua Myvi dan Perodua Alza. Ia berkesan melindungi enjin supaya tahan lebih lama dan memastikan komponen enjin tidak mudah rosak. Secara amnya, minyak hitam Perodua ini diformulasikan dengan teknologi sintetik untuk meningkatkan perlindungan pada enjin dalam apa jua suhu dan gaya pemanduan.

Harga minyak hitam Myvi misalnya dijual pada harga antara RM82 hingga RM142 dalam platform jualan dalam talian.

2. Minyak Hitam Fully Synthetic Honda SN 0W-30 (Engine Oil Fully Synthetic)

Minyak hitam jenis ini pula sesuai digunakan untuk semua model kereta Honda. Kualiti minyak hitam ini diperakui dan mendapat kelulusan daripada bahagian Honda Research & Development (R&D) di Jepun. Minyak hitam Honda jenis ini dikatakan berkesan dalam memberi perlindungan enjin yang maksimum. Selain itu, ia juga berpotensi meningkatkan jangka hayat enjin Honda berbanding penggunaan minyak hitam biasa.

Harga minyak hitam Honda ini dijual pada harga antara RM97 hingga RM140 dalam platform jualan dalam talian. Anda juga boleh merujuk senarai penuh harga minyak hitam kereta terbaik yang dijual di pasaran di sini.

autos, bm, cars, minyak hitam kereta: jenis minyak hitam kereta terbaik, harga tukar minyak hitam kereta

Semoga perkongsian mengenai minyak pelincir atau minyak enjin ini dapat membantu anda memilih minyak enjin terbaik untuk kenderaan anda. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk jual kereta lama atau beli kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dan terbesar di asia tenggara dengan pelbagai pilihan kereta menarik dengan tawaran harga yang berpatutan dan kompetitif.

Keyword: Minyak Hitam Kereta: Jenis Minyak Hitam Kereta Terbaik, Harga Tukar Minyak Hitam Kereta

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel