Pernahkah anda berada dalam situasi kereta tak boleh start atau sukar untuk dihidupkan sebelum ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau ketika ada urusan penting lain? Biasanya, masalah kereta tak boleh hidup atau start disebabkan oleh aspek penyelenggaraan yang tidak mengikut jadual. Malah, penggunaan kereta secara berterusan tanpa penggantian bahagian atau komponen tertentu dalam kereta yang bermasalah turut menyumbang kepada permasalah ini. Masalah sebegini boleh terjadi secara tiba-tiba – umumnya terdapat beberapa faktor dan punca yang menyebabkan masalah enjin kereta tak boleh start berlaku.

autos, bm, cars, kereta tak boleh start? jangan panik, 5 punca kereta tak boleh start yang perlu anda tahu

Start Kereta Tak Hidup: Kenapa Kereta Tak Boleh Start?

Situasi kereta tak boleh start atau kereta sukar untuk dihidupkan merupakan antara masalah yang biasa berlaku dalam kalangan pemilik kereta. Secara amnya, banyak punca yang boleh menyebabkan masalah kereta tak boleh start berlaku. Dalam kes-kes tertentu, situasi ini disebabkan oleh masalah biasa yang boleh diselesaikan sendiri. Namun dalam situasi permasalah yang sedikit complicated, anda perlu menghantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Carsome menyenaraikan punca kereta tak boleh start kepada dua bahagian seperti berikut – anda boleh baiki kereta secara DIY sendiri di rumah atau bawa ke bengkel untuk memudahkan anda:

Kereta Tak Boleh Start – Baiki Sendiri Kereta Secara DIY

Jika kereta anda tidak boleh dihidupkan, anda boleh memeriksa sendiri kereta anda untuk mengetahui punca-puncanya. Berikut merupakan antara punca kereta sukar untuk dihidupkan yang boleh dilakukan sendiri secara DIY di rumah:

1. Gear Lever Berada pada ‘D’

Meskipun situasi ini kedengaran agak kelakar, kes sebegini biasa berlaku dalam kalangan pengguna kereta. Mereka beranggapan bahawa kereta mereka sukar untuk dihidupkan disebabkan oleh masalah bateri kong, tetapi sebenarnya disebabkan oleh kedudukan gear pada kedudukan yang salah. Situasi sebegini biasa berlaku kerana pemandu tergesa-gesa atau ingin cepat sehingga terlupa meletakkan gear pada kedudukan ‘P’ semasa parkir kereta. Jika anda menggunakan kereta dengan transmisi automatik dan kereta anda tiba-tiba tidak boleh dihidupkan, perkara pertama yang boleh anda lakukan ialah periksa gear lever kereta anda terlebih dahulu untuk kepastian.

2. Bateri Kereta Kong atau Lemah

Secara amnya, bateri kereta berfungsi membekalkan kuasa elektrik untuk menghidupkan enjin kereta. Kebanyakan kereta moden hari ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektronik seperti sensor, radio, skrin lcd dan sebagainya yang secara tidak langsung meningkatkan penggunaan bateri kereta. Masalah kereta tak boleh start biasanya berpunca daripada bateri kereta kong atau sudah lemah. Biasanya, bateri kereta akan menunjukkan tanda bateri kereta kong selepas 12 hingga 15 bulan penggunaan.

Anda boleh mengenal pasti punca kereta tak boleh start melalui bunyi yang dihasilkan – kereta tak boleh start bunyi tik tik atau kereta tak boleh start bunyi tak tak. Masalah bateri ini berlaku mungkin disebabkan oleh pemilik kenderaan terlupa untuk mematikan lampu kereta, kereta lama tak start atau bateri kereta sudah kong dan perlu digantikan. Namun sekiranya bateri baru tapi tak boleh start (kurang daripada setahun), anda mungkin boleh mencuba lakukan jump start bateri kereta terlebih dahulu. Pastikan anda mengamalkan cara jumper bateri kereta yang betul untuk mengelakkan litar pintas.

Bateri Baru Tapi Tak Boleh Start: Dah Jumper Kereta Tapi Tak Hidup

Ada kemungkinan situasi ini berlaku disebabkan oleh bateri rosak (faulty products). Biasanya, bateri kereta diberikan waranti minimum selama setahun atau 25,000 km. Sekiranya penggunaan bateri kurang daripada setahun dan jarak pemanduan kurang daripada 25,000 km, anda boleh menuntut waranti bateri daripada bengkel atau pusat servis. Anda disarankan untuk menyimpan resit pembelian sebagai bukti untuk proses tuntutan waranti.

Tetapi sekiranya bateri kereta sudah lama (lebih daripada setahun), besar kemungkinan bateri kereta anda perlu digantikan kerana sudah kong. Anda boleh mencabut bateri kereta dan mengecas bateri kereta tersebut di bengkel berdekatan. Namun biasanya, bateri yang sudah berusia akan menjadi lemah semula selepas beberapa hari. Minta pendapat mekanik anda – mekanik akan memeriksa sama ada bateri kereta perlu digantikan atau tidak dengan menggunakan alatan khas.

Artikel Berkaitan: Tanda Bateri Kereta Kong, Tip Penjagaan Bateri Kereta Anda Perlu Tahu

autos, bm, cars, kereta tak boleh start? jangan panik, 5 punca kereta tak boleh start yang perlu anda tahu

Kereta Tak Boleh Start – Bawa Kereta ke Bengkel untuk Pemeriksaan

Namun begitu, jika kadar kerosakan terlalu serius, anda disarankan untuk membawa kereta anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Cara ini juga dapat mengelakkan anda daripada mengeluarkan belanja yang lebih besar sekiranya kerosakan yang lebih serius berlaku.

1. Alternator Rosak

Jika anda menggunakan kereta anda setiap hari namun bateri kereta anda masih kong meskipun anda baru sahaja menggantikan bateri baharu, besar kemungkinan alternator kereta anda sudah rosak. Secara amnya, alternator memainkan peranan yang penting dalam sistem operasi kenderaan, ia berfungsi membekalkan cas elektrik kepada komponen kereta seperti radio, lampu, wiper dan sebagainya selain mengecas semula bateri dan menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.

Tanda Alternator Rosak

Berikut merupakan antara tanda-tanda yang boleh membantu anda mengesan alternator kereta yang rosak:

      1. Lampu amaran kereta menyala – simbol bateri menyala.
      2. Lampu utama atau lampu hadapan kereta menjadi malap.
      3. Bateri kereta kong.
      4. Bunyi pelik tidak seperti kebiasaan di bahagian enjin atau terdapat bau getah terbakar.
      5. Tiada masalah kerosakan atau sambungan terminal bateri yang longgar, tetapi bateri masih kehilangan kuasa.

Alternator yang rosak boleh menyebabkan kereta tidak boleh dihidupkan. Bawa kereta anda ke bengkel atau ekdai bateri berhampiran untuk pemeriksaan. Bacaan voltage dan ampere akan dilakukan untuk mengetahui sama ada alternator kereta berada dalam keadaan baik atau tidak – undervoltage atau overvoltage menandakan alternator kereta bermasalah atau rosak.

2. Palam Pencucuh atau Spark Plug Rosak

Palam pencucuh atau spark plug boleh dianggap sebagai unsung hero dalam komponen kereta. Ia merupakan komponen penting dalam sistem pembakaran kereta yang berfungsi menyalakan campuran udara dan bahan bakar dalam silinder enjin kereta anda sekali gus membolehkan kereta anda boleh dihidupkan dan bergerak. Jika kereta anda tidak boleh dihidupkan, ini bermakna komponen ini mungkin mengalami masalah. Pemeriksaan spark plug secara berkala penting untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius. Harga untuk penggantian spark plug kereta bergantung pada jenis dan model kereta.

Tanda Spark Plug Kereta Rosak

Berikut merupakan antara tanda-tanda yang boleh membantu anda mengesan kerosakan spark plug kereta anda:

      1. Pembakaran enjin tidak stabil terutama semasa berhenti (idling).
      2. Enjin berbunyi bising dan tidak seperti kebiasaan.
      3. Enjin sukar untuk dihidupkan terutamanya pada waktu pagi.
      4. Penggunaan bahan api yang tinggi.
      5. Enjin mengalami pembakaran yang tidak sekata (misfires).
      6. Kuasa pecutan berkurangan, enjin semput.

Kebiasaannya, penggantian komponen ini akan dilakukan setelah mengambil kira saranan daripada mekanik terutamanya apabila keadaan elektrod pada spark plug terlalu berminyak atau berkarbon. Secara purata, jangka hayat spark plug boleh bertahan sehingga 45,000 km atau perlu digantikan setiap empat hingga lima kali penyelenggaraan enjin. Namun begitu, jangka hayat ini mungkin berkurangan bergantung pada cara pemanduan. Cara pemanduan yang lebih agresif boleh menyebabkan pembentukan minyak dan karbon yang lebih cepat berbanding pemanduan biasa.

3. Crank Sensor Enjin Kereta Rosak

Secara amnya, crank sensor merupakan komponen elektronik yang digunakan dalam enjin pembakaran dalaman sama ada petrol atau diesel untuk memantau kedudukan dan kelajuan putaran crankshaft. Maklumat ini akan digunakan oleh sistem pengurusan enjin untuk mengawal suntikan bahan bakar atau pemasaan sistem pencucuhan dan parameter enjin yang lain. Oleh sebab itu, kegagalan pada sensor ini untuk menghantar isyarat dan maklumat yang tepat boleh menyebabkan proses pembakaran enjin terganggu sekali gus menyebabkan enjin kereta sukar untuk dihidupkan.

4. ECU Kereta Tidak Berfungsi dengan Baik

Electronik Control Unit (ECU) atau Unit Kawalan Elektronik kereta merupakan peranti kecil yang tersedia dalam kenderaan yang bertanggungjawab untuk mengawal fungsi-fungsi tertentu. Ia berfungsi mengawal sistem penting kenderaan antaranya kawalan enjin dan stereng kereta, tingkap kuasa, kunci pintu dan sebagainya termasuk beg udara dan sistem keselamatan asas seperti brek kecemasan automatik. Dalam erti kata lain, ECU kereta memainkan fungsi yang sama seperti CPU dalam komputer.

Tanda ECU Kereta Rosak

ECU boleh diibaratkan seperti otak kereta yang berfungsi sebagai pusat kawalan yang mengawal aktiviti komponen elektronik kereta. Berikut merupakan antara tanda-tanda ECU kereta rosak untuk panduan dan rujukan anda:

      1. Kereta sukar untuk dihidupkan.
      2. Peningkatan penggunaan bahan bakar atau petrol.
      3. Kuasa enjin berkurangan.
      4. Lampu amaran check engine menyala.

5. Masalah Starter Kereta Rosak

Starter atau starter kereta merupakan peranti elektrik yang digunakan untuk memutarkan (crank) enjin pembakaran dalaman untuk memulakan operasi enjin dengan kuasanya sendiri. Sebaik sahaja enjin beroperasi, enjin akan memutuskan sambungan dengan komponen ini dan bergantung sepenuhnya pada proses pembakaran kereta. Ini bermaksud, starter kereta secara amnya berfungsi menghidupkan kereta dan mengerakkan piston dalam sistem pembakaran dalaman sehingga dapat beroperasi sendiri.

Kebiasaannya, bahagian enjin kereta akan menghasilkan bunyi crank semasa kereta dihidupkan. Jika bunyi ini tidak kedengaran, besar kemungkinan starter kereta anda mungkin sudah rosak dan perlu digantikan. Anda boleh mengesan tanda-tanda awal kerosakan starter kereta seperti berikut:

Tanda Starter Kereta Rosak

Berikut merupakan antara simptom starter kereta yang rosak untuk membantu memudahkan urusan anda:

      1. Tiada pergerakan enjin atau apa-apa berlaku semasa enjin kereta dihidupkan. Dalam erti kata lain, kereta boleh start tapi tak hidup – ada bunyi starter diaktifkan, tetapi enjin tidak beroperasi.
      2. Kereta tak boleh start, tetapi lampu pada meter dashboard menyala.
      3. Kereta menghasilkan bunyi pelik semasa dihidupkan – kereta tak boleh start bunyi tik tik atau kereta tak boleh start bunyi tak tak.
      4. Bahagian enjin kereta berasap atau berbau terbakar semasa menghidupkan enjin.

autos, bm, cars, kereta tak boleh start? jangan panik, 5 punca kereta tak boleh start yang perlu anda tahu

Semoga perkongsian ini dapat membantu mengurangkan situasi panik atau setidak-tidaknya dapat menenangkan fikiran anda sekiranya berdepan dengan situasi kereta tidak boleh start sebegini. Selain itu, jika anda sedang merancang untuk menjual kereta lama atau membeli kereta terpakai, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang profesional, mudah dan pantas!

Keyword: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Panik, 5 Punca Kereta Tak Boleh Start Yang Perlu Anda Tahu

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel