Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kereta antaranya faktor penggunaan minyak, amaun bayaran bulanan, kos penyelenggaraan dan faktor-faktor lain berkaitan. Pakar kewangan di Malaysia berpendapat individu yang ingin memiliki kenderaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 15 peratus daripada gaji bersih untuk kos perbelanjaan tambahan lain berkaitan kereta termasuk kos petrol, tol dan penyelenggaraan. Kebanyakan pengeluar kereta di Malaysia kini menghasilkan kereta jimat minyak atau kereta elektrik untuk memenuhi kehendak pasaran dalam mengurangkan kos perbelanjaan.

Namun begitu, kereta elektrik biasanya dijual pada harga yang lebih mahal berbanding kereta biasa lain di pasaran. Oleh sebab itu, trend pengguna hari ini lebih tertumpu kepada kenderaan cekap bahan api atau kereta jimat minyak untuk membantu mengurangkan perbelanjaan dari segi kos minyak petrol terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu di Malaysia.

autos, bm, cars, kereta jimat minyak, harga murah berbaloi bawah rm50k pilihan rakyat malaysia

Top 5 Kereta Jimat Minyak, Mesra Dompet di Malaysia Bawah RM50,000

Jika anda bercadang untuk membeli kereta baharu atau kereta terpakai jimat minyak, Carsome menyenaraikan lima (5) model kereta dengan penggunaan minyak yang efisien dan menjimatkan di Malaysia dengan harga di bawah RM50,000 untuk panduan anda:

1. Perodua Bezza 1.0 Standard G Automatik

Perodua merupakan antara pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) nombor satu di Malaysia. Model-model keluaran Perodua seperti Axia, Bezza dan Myvi baharu mampu mencapai kecekapan bahan api melebihi 20 kilometer seliter. Malah, jenama ini juga telah mengeluarkan lebih 500,000 unit kenderaan cekap tenaga dan bahan api setakat hari ini.

      • Ekonomi Bahan Api: 4.8L/100km (anggaran)
      • Harga (tidak termasuk insurans): RM35,391
      • Bayaran Bulanan: From RM458.82*

📍 Kos Penggunaan Petrol Perodua Bezza Bagi Tempoh Satu (1) Tahun

Dengan mengambil kira purata 1,000 km setiap bulan dengan kelajuan standard, berikut merupakan anggaran kos perbelanjaan petrol bagi Perodua Bezza selama setahun.

          • Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
          • Jumlah Perbatuan: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km
          • Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,180.80

2. Perodua Axia 1.0L Style Automatik

Kereta kompak 5 pintu ini merupakan model yang diperkenalkan bagi menggantikan pengeluaran model Viva yang ditamatkan. Ia merupakan model Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia di bawah standard Dasar Automotif Negara (NAP) 2014. Kereta ini juga dikatakan mampu bergerak sejauh 20.6 km bagi setiap liter minyak.

      • Ekonomi Bahan Api: 4.7L/100km (anggaran)
      • Harga (tidak termasuk insurans): RM37,515
      • Bayaran Bulanan: From RM486.36*

📍 Kos Penggunaan Petrol Perodua Axia Bagi Tempoh Satu (1) Tahun

Dengan mengambil kira purata 1,000 km setiap bulan dengan kelajuan standard, berikut merupakan anggaran kos perbelanjaan petrol bagi Perodua Axia selama setahun.

          • Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
          • Jumlah Perbatuan: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km
          • Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,156.20

3. Suzuki Alto 1.0 Automatik GLX

Suzuki Alto merupakan antara model kereta yang boleh dimiliki pada harga yang rendah dengan tawaran penjimatan bahan api yang maksimum. Alto dikuasakan oleh enjin 1.0 liter yang menawarkan penjimatan minyak yang tinggi dan kos operasi yang lebih rendah. Model kereta mesra alam sekitar ini juga menawarkan kadar pelepasan yang lebih rendah dengan penggunaan bahan api sekitar 19.23 liter bagi setiap kilometer.

      • Ekonomi Bahan Api: 5.2L/100km (anggaran)
      • Harga (tidak termasuk insurans): RM44,888
      • Bayaran Bulanan: From RM581.94*

📍 Kos Penggunaan Petrol Suzuki Alto Bagi Tempoh Satu (1) Tahun

Dengan mengambil kira purata 1,000 km setiap bulan dengan kelajuan standard, berikut merupakan anggaran kos perbelanjaan petrol bagi Suzuki Alto selama setahun.

          • Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
          • Jumlah Perbatuan: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km
          • Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,279.20

4. Proton Iriz 1.3 Manual

Proton Iriz merupakan model supermini lima pintu yang dibangunkan oleh syarikat automobil Malaysia, Proton. Model ini merupakan model pengganti bagi Proton Savvy, dikuasakan oleh enjin versi suntikan langsung 1.3L VVT dan 1.6L VVT serba baharu. Model hatchback semgem B ini merupakan model pertama PROTON yang mendapat pengiktirafan 5 bintang ASEAN NCAP dan model paling cekap penggunaan petrol iaitu bawah 7 liter bagi setiap 100 kilometer.

      • Ekonomi Bahan Api: 5.8L/100km (anggaran)
      • Harga (tidak termasuk insurans): RM36,700
      • Bayaran Bulanan: From RM475.79*

📍 Kos Penggunaan Petrol Proton Iriz Bagi Tempoh Satu (1) Tahun

Dengan mengambil kira purata 1,000 km setiap bulan dengan kelajuan standard, berikut merupakan anggaran kos perbelanjaan petrol bagi Proton Iriz selama setahun.

          • Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
          • Jumlah Perbatuan: 1,000km X 12 Bulan = 12,000 km
          • Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,426.80

5. Perodua Myvi 1.3 Standard G Automatik

Selain Bezza dan Axia, model kereta kompak buatan Malaysia ini merupakan model yang sering disebut-sebut dalam kalangan rakyat Malaysia. Perodua Myvi baharu turut menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) sekali gus menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Ia menawarkan penjimatan bahan bakar antara 20.1 hingga 21.2 kilometer per liter sekali gus menjadikannya 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelumnya.

      • Ekonomi Bahan Api: 6.2L/100km (anggaran)
      • Harga (tidak termasuk insurans): RM43,029
      • Bayaran Bulanan: From 557.84*

📍 Kos Penggunaan Petrol Perodua Myvi Bagi Tempoh Satu (1) Tahun

Dengan mengambil kira purata 1,000 km setiap bulan dengan kelajuan standard, berikut merupakan anggaran kos perbelanjaan petrol bagi Perodua Myvi selama setahun.

          • Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
          • Jumlah Perbatuan: 1,000km X 12 Bulan = 12,000 km
          • Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1525.20

*Bayaran ansuran untuk setiap model kereta dikira berdasarkan 10 peratus bayaran pendahuluan, 3% kadar faedah untuk tempoh pinjaman selama 7 tahun.

Selain memiliki kereta jimat minyak, anda juga disarankan untuk memiliki polisi insurans kereta yang komprehensif dan menyeluruh untuk mengelakkan kerugian pada pihak anda terutamanya semasa kemalangan, kecurian atau kebakaran. Kenal pasti jenis insurans kereta terbaik, harga dan perbandingan insurans kereta di Malaysia di sini dan cara-cara melakukan tuntutan insurans kemalangan di sini.

autos, bm, cars, kereta jimat minyak, harga murah berbaloi bawah rm50k pilihan rakyat malaysia

5 Tabiat Pemanduan Yang Mempengaruhi Penggunaan Petrol, Tips Meningkatkan Kecekapan Bahan Api

Turun naik harga minyak yang tidak konsisten sedikit sebanyak menyebabkan pengguna kenderaan memikirkan alternatif atau cara lain untuk meningkatkan ekonomi bahan api. Faktor-faktor seperti berat kenderaan, jenis laluan dan tabiat pemanduan boleh mempengaruhi penggunaan bahan api sekali gus meningkatkan perbelanjaan anda.

Ketahui cara pemanduan yang boleh mempengaruhi penggunaan bahan api anda, kaedah penjimatan yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan, masa dan penggunaan petrol anda. Carsome menyenaraikan tujuh (7) tabiat pemanduan berikut untuk panduan anda:

1. Berat Berlebihan

Muatan kereta berlebihan yang tidak dikeluarkan daripada kereta seperti kasut, basikal, alatan peribadi yang bersaiz besar boleh menyebabkan kereta menjadi lebih berat berbanding biasa. Muatan kereta yang berat berpotensi meningkatkan penggunaan bahan api kerana enjin perlu bekerja lebih keras untuk bergerak. Elakkan daripada menyimpan terlalu banyak barangan dalam ruang simpanan atau tempat duduk belakang, atau keluarkan jika tidak diperlukan untuk memaksimumkan ekonomi bahan bakar.

Artikel Berkaitan: 9 Item Penting Kenderaan Yang Anda Perlu Ada

2. Pemanduan Jarak Dekat

Jarak pemanduan boleh mempengaruhi penggunaan bahan api anda. Sekiranya anda melakukan perjalanan pendek, kereta anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk pemanasan sepenuhnya. Selain itu, proses menghidupkan enjin dan memanaskan enjin juga memakan sebahagian besar petrol. Untuk elakkan pembaziran bahan api sebegini daripada berlaku, lakukan semua urusan perkara sekali gus dalam satu perjalanan pergi balik untuk memaksimumkan kecekapan bahan api.

3. Laluan Pemanduan Berbukit, Tidak Rata

Memandu di jalan raya yang berbatu, berbukit atau tidak rata boleh menyebabkan penggunaan bahan api meningkat lebih tinggi berbanding penggunaan laluan biasa. Laluan jalan sebegini meningkatkan rintangan sekali gus menyebabkan kenderaan memerlukan lebih banyak tenaga untuk bergerak.

4. Kesesakan Lalu Lintas

Kesesakan lalu lintas membawa kesan buruk kepada enjin dan ekonomi bahan bakar anda. Penggunaan brek, pedal minyak (situasi biasa dalam kesesakan) boleh menyebabkan tangki minyak anda surut lebih cepat berbanding biasa. Elakkan situasi ini dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau rancang waktu dan laluan perjalanan dengan lebih baik.

Artikel Berkaitan: Balik Kampung Minggu Ini? Ini Tip Penting untuk Pemanduan Selamat!

5. Kelajuan yang Tinggi

Selain itu, pemanduan yang agresif pada kelajuan yang tinggi juga mempercepatkan penggunaan bahan bakar kereta anda. Kajian menunjukkan penggunaan brek yang kerap, pemanduan pada kelajuan yang tinggi mengurangkan ekonomi bahan bakar sebanyak 33 peratus. Semakin laju pecutan kereta anda, semakin cepat pembakaran bahan api. Jika anda memandu dengan kelajuan 80 km/j atau lebih, kadar rintangan udara menjadi lebih tinggi sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.

6. Tingkap Kereta Diturunkan

Secara amnya, menurunkan tingkap kereta semasa pemanduan tidaklah memberi kesan yang signifikan dalam kelajuan perlahan. Namun, dalam situasi kelajuan yang tinggi, pemanduan dengan tingkap kereta diturunkan akan meningkatkan rintangan angin sekali gus menyebabkan kereta menggunakan lebih tenaga untuk bergerak. Oleh itu, elakkan menurunkan tingkap kereta semasa pemanduan laju untuk mengelakkan penggunaan bahan api yang tinggi.

7. Aspek Penyelenggaraan

Aspek penyelenggaraan merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk mengurangkan perbelanjaan bahan api. Sebagai contoh, penapis udara kereta yang tersumbat boleh menjejaskan sistem, mempengaruhi prestasi enjin dan meningkatkan penggunaan bahan bakar. Selain itu, sekiranya tayar kenderaan mulai haus atau tidak sekata, ia juga sedikit-sebanyak mengurangkan jarak tempuh bahan api anda. Oleh itu, pastikan tekanan angin tayar berada dalam keadaan baik, gantikan tayar yang telah haus dan periksa penjajaran atau aligment kereta jika perlu.

Artikel Berkaitan: Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik dan Selamat di Malaysia

autos, bm, cars, kereta jimat minyak, harga murah berbaloi bawah rm50k pilihan rakyat malaysia

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Keyword: Kereta Jimat Minyak, Harga Murah Berbaloi Bawah RM50K Pilihan Rakyat Malaysia

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel