Penggunaan kereta elektrik kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna terutamanya di negara-negara maju. Berdasarkan statistik, Norway mempunyai paling ramai pengguna kereta elektrik per kapita iaitu sebanyak 55 kereta elektrik bagi setiap 1,000 orang penduduk pada 2018. Kadar per kapita yang tinggi ini didorong oleh polisi kerajaan yang mengalakkan penggunaan kereta elektrik dalam kalangan penduduknya menjelang 2025. Norway memberi pengecualian cukai import yang sangat tinggi selain mengecualikan caj pembayaran tol dan parking kereta. Selain itu, negara ini turut membenarkan penggunaan laluan bas oleh pemilik kereta elektrik.

Selain Norway, pengeluar automotif tempatan China seperti BAIC, Geely, NIO juga semakin aktif melancarkan kereta elektrik tempatan. Persaingan antara pengeluar automotif tempatan ini secara tidak langsung menawarkan lebih banyak pilihan kereta elektrik yang lebih murah dan berbaloi kepada pengguna. Berbanding negara-negara lain, Malaysia boleh dikatakan agak ketinggalan dalam pasaran kereta elektrik. Malah, varian sedia ada di pasaran seperti Honda HR-V (Honda Everus VE-1) dan Volkswagen Golf (Volkswagen E-Golf) kini telah tersedia dalam versi kereta elektrik di negara-negara luar.

autos, bm, cars, kereta elektrik murah dan berbaloi bawah rm100,000

Untuk rekod, hanya terdapat beberapa model kereta elektrik yang dijual secara rasmi di Malaysia iaitu BMW i3 dan Nissan Leaf. Salah satu faktor yang menyebabkan kereta elektrik kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna di Malaysia mungkin disebabkan oleh faktor harga kereta elektrik yang agak mahal.

5 Model Kereta Elektrik Murah dan Berbaloi Bawah RM100,000

Oleh itu, Carsome menyenaraikan 5 model kereta elektrik murah dan berbaloi yang dijual di pasaran dunia yang boleh anda pertimbangkan dengan bajet serendah RM100,000 untuk panduan anda.

1. Wuling Hong Guang MINI EV

Jenama automotif China, Wuling Motors telah melancarkan kereta elektrik Hong Guang MINI EV secara rasmi. Kereta bersaiz kompak ini hadir dengan dimensi 2,917 mm panjang, 1,493 mm lebar dan 1,621 mm tinggi dengan jarak roda sebanyak 1,940 mm. Model kereta elektrik ini dikatakan lebih pendek, lebih lebar dan lebih rendah berbanding Perodua Kancil. Meskipun bersaiz kecil, kereta elektrik China ini berupaya memuatkan empat orang penumpang pada satu-satu masa. Selain itu, model kompak ini juga menawarkan ruang simpanan sehingga 741 liter (tempat duduk penumpang belakang boleh lipat).

Hong Guang MINI EV hadir dengan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 20 kW dan 85 Nm tork dengan kelajuan tertinggi terhad kepada 100 km/j (62 mph). Model ini menampilkan dua pilihan bateri:

  • Bateri berkapasiti 9.3 kWh untuk jarak pemanduan sehingga 120 km (75 batu);
  • Bateri berkapasiti 13.9 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 170 km (106 batu).

autos, bm, cars, kereta elektrik murah dan berbaloi bawah rm100,000

Kredit: INSIDEEVs

Meskipun ia dipasarkan sebagai kereta elektrik asas, Hong Guang MINI EV ini turut dilengkapi dengan sistem pengurusan bateri pintar dan teknologi prapemanasan pada suhu rendah. Ia turut menampilkan ruang dalaman serba ringkas terutamanya pada papan pemuka, suis tingkap di bahagian tengah serta tempat duduk balutan fabrik. Hong Guang MINI EV turut dilengkapi dengan sistem ABS, EBD, sistem pemantauan tekanan tayar, cangkuk ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

  • Harga Hong Guang MINI EV: RM17,489 hingga RM23,562 di pasaran China
  • Jangkaan Memasuki Pasaran: Kini di Pasaran

2. Renault Twizy

Jika anda mengimpikan kereta elektrik yang bersaiz kecil, selain Hong Guang MINI EV, anda mungkin boleh mempertimbangkan Renault Twizy. Kereta elektrik ini kini secara rasmi dijual di Malaysia dengan harga jualan sekitar RM71,888 untuk varian Urban dan RM73,888 untuk varian Cargo. Model kereta elektrik dua tempat duduk ini dikatakan mampu mencapai jumlah jarak pemanduan sehingga 100 km pada kitaran NEDC. Renault Twizy yang berdimensi 2.34 meter panjang dengan 1.23 meter lebar hadir dengan bateri lithium-ion 6.1 kW quadricycle 474 kg. Ia mengambil masa kira-kira 3.5 jam untuk pengecasan dari 0 hingga 80% menggunakan palam tiga pin 240 V standard.

autos, bm, cars, kereta elektrik murah dan berbaloi bawah rm100,000

Kredit: paultan.org

Dari aspek kuasa, model kereta ini dilengkapi dengan motor elektrik kecil yang dipadankan dengan transmisi automatik satu kelajuan. Ia berupaya menghasilkan 17 kuasa kuda, 57 Nm tork dan boleh mencapai kelajuan dari 0-45 km/j dalam masa 6.1 saat. Dari aspek keselamatan pula, Renault Twizy ini dilengkapi dengan satu beg udara, tali pinggang keledar empat poin untuk pemandu dan tali pinggang keledar tiga poin untuk penumpang belakang. Malangnya, model kereta ini tidak dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektronik atau kawalan cengkaman.

  • Harga Renault Twizy: RM71,888 hingga RM73,888
  • Jangkaan Memasuki Pasaran: Kini di pasaran

3. Toyota C+pod

Toyota telah melancarkan C+pod, kereta elektrik bateri atau battery electric vehicle (BEV) urban dua tempat duduk kompak edisi terhad. Model kereta elektrik ini hadir dengan ukuran 2,490 mm panjang, 1,290 mm lebar, 1,550 mm tinggi dengan jarak roda 1,780 mm. Toyota C+pod memiliki radius putaran 3.9 meter yang meningkatkan keboleholahgerakan (manoeuvrability) semasa melalui selekoh tajam dan lorong sempit selain meminimumkan operasi pengendalian stereng. Kuasa model kompak ini dijana oleh motor elektrik magnet kekal tunggal yang menghasilkan 12.3 kuasa kuda dan 56 Nm tork. Ia secara tidak langsung berupaya menghasilkan kelajuan maksimum sehingga 60 km/j.

Selain itu, kereta elektrik ini turut dilengkapi dengan bateri lithium-ion 9.06 kWh yang mengambil masa kira-kira 5 jam untuk pengecasan penuh dan berupaya menghasilkan jarak pemanduan sehingga 150 km untuk setiap pengecasan penuh. Toyota C+pod dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu aktif yang sesuai dengan peranan urban yang dimaksudkan. Model ini dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Praperlanggaran termasuk keupayaan mengesan kenderaan lain, pejalan kaki (siang dan malam) dan penunggang basikal (malam).

autos, bm, cars, kereta elektrik murah dan berbaloi bawah rm100,000

Kredit: Toyota

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Intelligent Clearance Sonar with Parking Support Brakes untuk mengelakkan perlanggaran dengan objek lain. Dalam erti kata lain, model kompak ini menampilkan pelbagai fungsi keselamatan untuk menyokong pemanduan yang selamat setiap hari. Buat masa ini, Toyota C+pod hanya ditawarkan untuk penggunaan agensi korporat, badan kerajaan dan organisasi-organisasi terpilih di Jepun. Perlancaran berskala penuh untuk kegunaan individu dijangka akan bermula tahun 2022.

  • Jangkaan Harga Toyota C+pod: RM62,492.24 hingga RM64,933.41 (1,650,000 hingga 1,716,000 yen) di pasaran Jepun
  • Jangkaan Memasuki Pasaran: 2022

4. Maruti Suzuki Wagon R EV

Maruti Suzuki Wagon R EV merupakan kereta elektrik pertama oleh pengeluar automotif India, Maruti Suzuki dan dijangka akan memasuki pasaran pada suku kedua 2021. Ia merupakan kereta elektrik penuh yang dibina berdasarkan versi Wagon R Jepun. Model Maruti Suzuki Wagon R versi petrol dan hibrid ini sudah berada di pasaran India sejak 2017 lagi. Kereta elektrik ini dijangka akan dikuasakan oleh motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 50 kW. Selain itu, ia turut digandingkan dengan transmisi automatik untuk variasi dan transmisi tork serta kuasa yang lebih lancar tanpa mengira keadaaan jalan.

Kereta elektrik India ini juga berupaya menghasilkan jarak pemanduan sehingga 90 km dengan setiap pengecasan penuh. Namun begitu, keupayaan ini tertakluk pada berat, sistem dan penyelenggaraan bateri. Model ini turut menampilkan lampu depan projektor dan gril radiator dengan kemasan krom. Bahagian dalaman pula dikemaskan dengan skim warna dwitona, upholsteri fabrik premium, kompartmen dengan kunci, penyaman udara manual dan butang kawalan pada stereng.

autos, bm, cars, kereta elektrik murah dan berbaloi bawah rm100,000

Kredit: Auto Car India

Versi kereta elektrik pertama Maruti Suzuki ini akan menampilkan ciri dan dinamik yang lebih berkualiti selain kapasiti ruang dan ciri hiburan premium serta keselesaan yang dipertingkatkan. Ia sekali gus menjadikannya antara kereta elektrik yang murah dan berbaloi untuk dimiliki.

  • Jangkaan Harga Suzuki Wagon R EV: RM50,956.48 hingga RM56,618.31 di pasaran India
  • Jangkaan Memasuki Pasaran: Suku kedua 2021

5. DFSK Gelora E

Jika anda sedang mencari kereta elektrik yang bersaiz lebih besar, anda mungkin boleh mempertimbangkan DFSK Gelora E. Namun begitu, ia dijangka dijual di pasaran pada harga yang lebih mahal iaitu sekitar RM140,000. DFSK ialah singkatan bagi Dongfeng Sokon atau lebih dikenali sebagai Sokon di Indonesia merupakan pemain utama dalam pasaran automotif kenderaan komersial di China. Syarikat automotif China ini mengorak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Gelora E, kereta elektrik komersial pertama di Indonesia. Kereta elektrik DFSK Gelora E diperkenalkan kepada umum semasa pameran automotif GAIKINDO Indonesia International Commercial Vehicle Expo (GIICOMVEC) 2020 yang berlangsung tahun lepas.

DFSK Gelora E ialah kereta elektrik bateri (BEV) yang merupakan kesinambungan daripada model Glory E3 sebelum ini. Jika dibandingkan dengan kereta elektrik lain, Gelora E boleh dikatakan salah satu kereta elektrik versi minibus yang efisien. Kereta elektrik ini dikatakan menawarkan penjimatan tenaga sehingga 47% dan dikategorikan sebagai kenderaan sifar bahan buangan. Kenderaan ini menggunakan kira-kira 0.145 kWh bagi setiap kilometer bersamaan kira-kira RM0.068 per kilometer. Ia dikatakan jauh lebih jimat berbanding model kereta yang menggunakan teknologi enjin pembakaran dalaman yang menggunakan tenaga kira-kira RM0.13 per kilometer.

autos, bm, cars, kereta elektrik murah dan berbaloi bawah rm100,000

Kredit: suara.com

Selain itu, model kereta ini juga berupaya menghasilkan tenaga sehingga 120kW dengan 200 Nm tork. Gelora E turut menampilkan motor elektrik yang mampu menghasilkan jarak pemanduan sehingga 300km dengan setiap pengecasan penuh. DSFK Gelora E memakan masa kira-kira 8 jam untuk pengecasan dari 0% hingga 80%. Buat masa ini, DFSK Gelora E masih belum memasuki pasaran dan sedang menunggu keputusan berkaitan peraturan kereta elektrik di Indonesia.

  • Jangkaan Harga DFSK Gelora E: Sekitar RM140,000 (Akan dikemas kini)
  • Jangkaan Memasuki Pasaran: 2021-2022

Jual Kereta Lama Anda, Beli Kereta Elektrik Murah

Jika anda masih memikirkan model kereta elektrik yang patut anda beli, artikel ini mungkin boleh membantu anda memilih kereta elektrik paling berbaloi untuk dimiliki di Malaysia. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama anda untuk membeli kereta elektrik baharu yang murah dan berbaloi, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dan terbesar di asia tenggara.

Keyword: Kereta Elektrik Murah dan Berbaloi Bawah RM100,000

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel