Pemilikan kereta 4×4, pickup truck, trak pikap atau lebih dikenali sebagai hailak kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika dahulu, pemilikan kenderaan jenis ini lebih tertumpu di kawasan luar bandar, kini trend penggunaannya beralih kepada sesuatu yang lebih berbeza. Dengan reka bentuk yang lebih moden dan spesifikasi yang lebih versatil, kereta 4×4 kini lebih berorientasikan gaya hidup atau lifestyle. Ia sekali gus berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dan menggambarkan kepekaan pemain industri dalam menghasilkan rekaan dan kejuruteraan yang lebih moden, selari dengan keperluan dan kehendak pengguna di kawasan bandar dan luar bandar.

Kereta 4×4 atau Pickup Truck di Malaysia: Yang Mana Pilihan Anda?

Kereta pickup truck seperti Mitsubishi Triton, Nissan Navara, Ford Ranger, Toyota Hilux dan Isuzu D-Max antara model kereta hailak yang sering disebut-sebut di Malaysia. Secara amnya, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta 4×4 atau kereta pickup truck terbaik dan sesuai. Harga pickup truck, jenama, kualiti, kos penyelenggaraan dan nilai jualan semula atau resale value merupakan antara faktor yang perlu dipertimbangkan. Carsome menyenaraikan jenama dan model kereta 4×4 paling popular di Malaysia untuk panduan anda.

autos, bm, cars, kereta 4×4 pickup truck atau ‘hailak’ paling popular 2021 di malaysia

2016 Mitsubishi TRITON VGT MS 4WD DC 2.4

1. Kereta 4×4 Paling Berbaloi – Mitsubishi Triton

Mitsubishi menawarkan pelbagai pilihan model kereta menarik daripada sedan, hatchback, SUV, MPV sehinggalah kereta 4×4 Mitsubishi. Setiap model yang ditawarkan menjanjikan kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. Bagi kategori pickup truck, Mitsubishi Triton merupakan antara kereta 4×4 popular di Malaysia. Secara amnya, Triton generasi pertama mula dilancarkan pada 1970, diikuti oleh Triton generasi kedua pada pertengahan 1980. Di Malaysia, model ini mula diperkenalkan dalam pasaran tempatan melalui Triton generasi ketiga pada pertengahan 1990. Ia kemudiannya disusuli oleh Triton generasi keempat pada pertengahan 2000 dan kini sudah memasuki generasi kelima.

Spesifikasi Enjin Mitsubishi Triton

Secara amnya, Mitsubishi Triton menawarkan enam pilihan varian – lima daripadanya versi kereta 4×4, satu versi kereta 4×2 (Triton Quest). Varian-varian ini turut menawarkan dua pilihan enjin, tiga pilihan transmisi dan tiga tahap trim berbeza. Triton Quest misalnya menampilkan enjin unik 2.5 liter turbodiesel. Ia berupaya menghasilkan 110 PS dan 200 Nm tork, menghantar kuasa ke roda belakang melalui transmisi manual lima kelajuan.

Mitsubishi Triton menampilkan enjin diesel blok aluminium yang lebih senyap, lebih berkuasa dengan reka bentuk yang lebih menarik dan pengalaman pemanduan yang lebih selesa.

Varian lain pula menampilkan enjin turbodiesel 2.4 liter, berupaya menghasilkan 181 PS dan 430 Nm tork. Bagi varian-varian ini, pengguna boleh memilih sama ada transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik enam kelajuan.

Ciri Keselamatan Mitsubishi Triton

Varian Mitsubishi Triton secara asasnya dilengkapi ABS dengan EBD, ISOFIX (untuk tempat duduk belakang) dan dua beg udara di bahagian depan. Selain itu, ia turut menampilkan Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Aktif, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki dan Bantuan Kestabilan Treler. Bagi Triton Athlete pula, ia menampikan ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya. Varian ini dilengkapi dengan tujuh beg udara (bahagian tepi, curtain dan lutut pemandu), Hill Descent Control dan Rest Reminder.

Selain itu, ia turut menawarkan ciri keselamatan tambahan seperti Forward Collision Mitigation, Amaran Titik Buta dengan Bantuan Penukaran Lorong dan beberapa ciri tambahan lain.

Harga Mitsubishi Triton

Harga Triton Athlete dijual dipasaran pada harga bermula serendah RM141,500.00 (harga atas jalan tidak termasuk insurans). Ia diikuti oleh Triton AT Premium (RM121,000), Triton MT Premium (RM113,300), Triton AT (RM105,990), Triton MT (RM100,200). Harga ini adalah termasuk jaminan 200,000 km dan waranti selama 5 tahun. Bagi varian Triton Quest pula, ia dijual pada harga bermula serendah RM79,890.00 – termasuk jaminan 100,000 km dan waranti selama 5 tahun. Bagi segmen kereta terpakai, Mitsubishi Triton terpakai dijual pada harga antara RM50K hingga RM90K bergantung pada varian.

autos, bm, cars, kereta 4×4 pickup truck atau ‘hailak’ paling popular 2021 di malaysia

2018 Nissan NAVARA NP300 VL 2.5

2. Kereta 4×4 Paling ‘Macho’ – Nissan Navara

Selain kereta sport Nissan 370Z dan kereta elektrik Nissan LEAF, Nissan Navara merupakan salah satu rangkaian kereta Nissan yang penting dan popular di Malaysia. Secara amnya, Nissan Navara versi facelift ini ditawarkan dalam enam pilihan varian – lima varian double cab dan satu varian single cab. Model generasi ketiga (D23) ini yang tampil dengan iterasi mother trucker. Ia menerima penambahbaikan reka bentuk yang ketara dan lebih menarik berbanding varian versi sebelumnya. Jarak roda Navara menjangkau 3,150 mm, dengan panjang keseluruhan 5,255 mm, lebar 1,850 mm, dan ketinggian 1,820 mm. Ia sekali gus menjadikannya salah satu model kereta 4×4 paling besar dalam kelasnya, lebih luas dan lebar dari segi dimensi keseluruhan.

Spesifikasi Enjin Nissan Navara

Semua varian Nissan Navara masih lagi dikuasakan oleh enjin turbodiesel empat silinder YD25 2.5 liter sedia ada. Namun begitu, ia menampilkan penalaan yang berbeza bergantung pada varian yang dipilih. Bagi 2.5L Single Cab MT dan 2.5L SE MT, enjin jenis ini berupaya menghasilkan 163 PS pada 3,600 rpm dan 403 Nm tork pada 2,000 rpm yang dihantar melalui sistem pacuan empat roda manual enam kelajuan. Varian lain dalam line-up yang sama pula dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan dan 4WD. Ia berupaya menghasilkan versi output tinggi 190 PS pada 3,600 rpm dan 450 Nm pada 2,000 rpm.

Ciri Keselamatan Nissan Navara

Dari segi kelengkapan, kesemua varian kecuali single cab dilengkapi dengan revised multi-link suspension dengan dual-rate coil springs untuk kawalan badan kenderaan yang lebih baik. Ia juga turut menampilkan Electronic Locking Rear Differential untuk kawalan cengkaman yang lebih baik dalam situasi sukar. Selain itu, ia juga turut menerima Kawalan Dinamik Kenderaan, Sistem Kawalan Cengkaman, Active Brake Limited Slip, Bantuan Mula Mendaki, Hill Descent Control dan Trailer Sway Assist.

Varian Nissan Navara 2.5L V dan ke atas pula menerima Intelligent Predictive Forward Collision Warning, Brek Kecemasan serta Intelligent Driver Alertness (sebahagian daripada pakej Nissan Intelligent Mobility). Selain itu, ia turut menampilkan Teknologi Pengesanan Objek Bergerak Pintar untuk kamera belakang. Varian VL pula dilengkapi dengan Intelligent Around View Monitor (pandangan mata burung) dengan Off-Road Mode.

Nissan Navara mengetengahkan reka bentuk dalaman seperti kereta penumpang biasa, selain mudah dikendalikan terutamanya semasa pemanduan dalam situasi bentuk muka bumi yang mencabar. Ia juga menawarkan penjimatan bahan api dan kadar pecutan yang lebih baik.

Ia juga turut menampilkan Amaran Titik Buta, Lane Departure Warning, Rear Cross Traffic Alert dan High Beam Assist. Selain itu, varian VL merupakan satu-satunya varian yang dilengkapi dengan Sistem Pemantauan Tekanan Udara Tayar. Kesemua varian turut dilengkapi dengan dua beg udara kecuali varian V sehingga PRO-4X menerima enam beg udara.

Harga Nissan Navara

Harga Nissan Navara ditawarkan bermula serendah RM91,900 untuk varian Single Cab MT 2.5L. Varian 2.5L SE Auto pula ditawarkan pada harga RM116,900, sementara 2.5L SE MT ditawarkan pada harga RM110,900. Nissan Navara 2.5L V pula dijual di pasaran pada harga RM125,500, manakala 2.5L VL RM137,900. Rangkaian paling tinggi yang turut dikenali sebagai Nissan Navara 2.5L PRO-4X ditawarkan pada harga RM142,200 di pasaran. Kesemua harga ini sudah termasuk pengecualian cukai jualan kereta (SST) semasa. Dalam segmen kereta terpakai, Nissan Navara second hand dijual pada harga antara RM75K hingga RM100K bergantung pada varian.

3. Kereta 4×4 Paling Jimat Minyak – Isuzu D-Max

Thailand merupakan antara negara pertama yang menerima model Isuzu D-Max generasi ketiga pada Oktober 2019. Ini kerana, Thailand merupakan pasaran penting bagi Isuzu selain pengeluar ini mempunyai fasiliti operasi dan pengeluaran terbesar di sana. Pengenalan model Isuzu D-Max generasi ketiga ini juga sekali gus menandakan berakhirnya jalinan kerjasama antara Isuzu dan Chevrolet, dan kini mula berkerjasama dengan Mazda. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan model generasi terkini Mazda BT-50 merupakan kembar Isuzu D-Max.

Spesifikasi Enjin Isuzu D-Max

Secara amnya, Isuzu D-Max ditawarkan dalam beberapa pilihan varian bermula dengan varian Single Cab 1.9 liter sehinggalah varian premium X-Terrain Double Cab 3.0 liter. Isuzu D-Max 2021 menawarkan dua pilihan enjin – 1.9 liter turbodiesel dan 3.0 liter turbodiesel. Enjin 1.9 liter berupaya menghasilkan 150 PS kuasa dan 350 Nm tork, manakala versi enjin lebih besar 3.0 liter berkuasa menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork. Kedua-duanya menawarkan transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik enam kelajuan bergantung pada varian pilihan.

Isuzu D-Max diuji di 11 lokasi Safari Borneo, sekali gus membuktikan kemampuan dan prestasi mekanikalnya. Ia menawarkan enjin yang lebih berkuasa, jimat bahan api selain tampil lebih agresif dengan reka bentuk yang lebih sporty.

Ciri Keselamatan Isuzu D-Max

Dari aspek keselamatan, varian top spec Isuzu D-Max X-Terrain menampilkan ciri keselamatan terkini yang terbaik dalam kelasnya. Model ini dilengkapi dengan Amaran Perlanggaran Hadapan, Brek Kecemasan Autonom, Turn Assist dan Pedal Misapplication Mitigation. Selain itu, ia turut menampilkan Kawalan Pengendalian Adaptif (dan fungsi Stop and Go), Pemantau Titik Buta, Lane Departure Warning serta Rear Cross Traffic Alert. Selain itu, Isuzu D-Max turut dilengkapi dengan ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik dan Sistem Kawalan Cengkaman. Bantuan Mula Mendaki, Hill Descent Control dan Signal Amaran Kecemasan merupakan antara ciri keselamatan lain yang disediakan.

Harga Isuzu D-Max

Harga Isuzu D-Max 2021 di Malaysia dijual pada harga bermula sekitar RM80K sehingga RM140K bergantung pada pilihan antara varian asas 1.9L 4X4 Single Cab dan varian top spec 3.0L 4X4 AT X-Terrain.

    • 1.9L 4×4 Single Cab – RM88,599
    • 3.0L 4×4 Single Cab – RM95,538
    • MT Standard 1.9L 4X4 – RM 99,599
    • AT Standard 1.9L 4X4 – RM 106,999
    • AT Premium 1.9L 4X4 – RM 121,549
    • 3.0L 4X4 AT Premium – RM 128,038
    • 3.0L 4X4 AT X-Terrain – RM 141,938

Kesemua varian ini turut termasuk pakej waranti selama lima tahun dan jarak perbatuan 150,000 km. Varian X-Terrain menerima waranti jarak perbatuan tanpa had (unlimited mileage) selama tujuh tahun.

autos, bm, cars, kereta 4×4 pickup truck atau ‘hailak’ paling popular 2021 di malaysia

2019 Ford RANGER WILDTRACK BI-TURBO 2.0

4. Kereta 4×4 Paling Praktikal – Ford Ranger

Ford sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis model dalam rangkaian jenamanya – Ford Focus Segmen C, Ford Fiesta hatchback kompak sehinggalah MPV Ford S-Max. Namun selain model-model ini, Ford juga terkenal dengan pickup truck terutamanya dalam kalangan pengguna terutamanya golongan muda. Ia bukan sahaja popular di Malaysia, malah model ini juga mewakili sebahagian besar jualannya di seluruh Asia Tenggara. Ford Ranger menampilkan bahagian depan yang lebih garang dan berani dengan bahagian dalaman yang diperbaharui. Ia juga menyediakan beberapa ciri baharu yang memudahkan kehidupan seharian, selari dengan popularitinya dalam kalangan pengguna lifestyle.

Spesifikasi Enjin Ford Ranger

Varian Ford Ranger menampilkan enjin turbodiesel 2.2 liter yang berkuasa menghasilkan 160 PS dan 385 Nm tork. Powertrain ini ditawarkan dalam lima varian terendah daripada lapan varian utama. Ia turut menampilkan dua pilihan transmisi utama – manual enam kelajuan dan automatik konvensional enam kelajuan. Bagi varian Ranger XLT+ pula, ia menawarkan enjin turbodiesel 2.0 liter dan berkuasa menghasilkan 180 PS dan 420 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik konvensional 10 kelajuan dan dilengkapi dengan turbo tunggal.

Ford Ranger menampilkan reka bentuk dalaman lebih premium, kualiti pemanduan yang lebih senyap dan selesa. Ia turut menawarkan prestasi pemanduan dan pengendalian yang lebih baik dan turut menerima penarafan ASEAN NCAP 5 bintang.

Bagi varian Raptor dan Wildtrak 4×4, kedua-dua varian ini dilengkapi dengan powerplant turbodiesel 2.0 liter twin-turbo yang menggantikan turbodiesel 3.2 liter yang lebih besar dalam varian sebelum ini. Enjin jenis ini berkuasa menghasilkan 213 PS dan 500 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi automatik konvensional 10 kelajuan.

Ciri Keselamatan Ford Ranger

Varian rendah Ford Ranger menawarkan beberapa sistem kawalan pasif. Ia termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Cengkaman, ABS dengan EBD, Hill Descent Control, Rollover Mitigation, Trailer Sway Control. Bagi varian Raptor pula, ia menampilkan sistem keselamatan aktif antaranya Lane Departure Warning and Assist, Amaran Perlanggaran Hadapan dan Brek Kecemasan Autonom.

Harga Ford Ranger

Harga untuk line-up model Ford Ranger 2021 (harga atas jalan tidak termasuk insurans) adalah seperti berikut:

    • Single Cab Manual Ranger 2.2L XL – RM92,388
    • Double Cab Manual Ranger 2.2L XL – RM97,388
    • Double Cab Automatic Ranger 2.2L XL – RM105,388
    • Ranger 2.2L XLT Manual – RM111,388
    • Ranger 2.2L XLT Automatic – RM118,388

Perbezaan harga yang ketara boleh dilihat pada model 2.0 XLT+. Model 2.0 XLT+ dijual pada harga RM131,888 disebabkan oleh faktor enjin dan transmisi yang lebih kompleks. Harga varian 2.0 Bi-Turbo WildTrak 4×4 pula ditawarkan pada harga RM152,388 dalam pasaran. Ford Ranger Rapter 2.0 Bi-Turbo pula ditawarkan pada harga RM210,888 dan Raptor X edisi khas berharga RM216,888.

autos, bm, cars, kereta 4×4 pickup truck atau ‘hailak’ paling popular 2021 di malaysia

2017 Toyota HILUX DOUBLE CAB G 4X4 2.8

5. Kereta 4×4 Paling Popular – Toyota Hilux

Toyota Hilux boleh dikatakan antara kereta 4×4 paling popular dan terkenal di Malaysia. Malah, tahap populariti model ini berada pada tahap yang luar biasa sehinggakan hampir kesemua kereta pickup truck di Malaysia dikenali dengan julukan Hailak, panggilan pasar bagi Hilux. Sebelum ini, model ini dibina sebagai workhorse. Namun kini, selari dengan perkembangan reka bentuk dan teknologi semasa, ia kini boleh dikategorikan sebagai kenderaan gaya hidup. Ia menampilkan reka bentuk yang lebih berkualiti, ditambah baik selari dengan kehendak dan pemintaan pengguna kereta 4×4 moden.

Spesifikasi Enjin Toyota Hilux

Kesemua varian Toyota Hilux ditawarkan dengan enjin diesel di Malaysia. Model ini menampilkan dua pilihan enjin – 2.4 liter turbodiesel dan 2.8 liter turbodiesel. Enjin 2.4 liter turbodiesel berupaya menghasilkan 150 PS dan 400 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan dua pilihan transmisi – manual enam kelajuan atau automatik konvensional enam kelajuan. Bagi enjin 2.8 liter turbodiesel pula, ia dipadankan dengan transmisi automatik konvensional enam kelajuan. Enjin ini berupaya menghasilkan 204 PS kuasa dan 500 Nm tork.

Toyota Hilux tampil dengan reka bentuk yang lebih moden berbanding varian terdahulu dengan beberapa ciri tambahan baharu diperkenalkan. Ia juga turut menawarkan prestasi pemanduan di lebuh raya yang lebih baik dan dilengkapi dengan ciri Active Traction Control untuk kawalan pemanduan off-road.

Ciri Keselamatan Toyota Hilux

Dari aspek keselamatan pula, varian Toyota Hilux Rogue menerima fungsi lengkap Toyota Safety Sense. Ia termasuk Sistem Praperlanggaran, Lane Departure Alert, Kawalan Pengendalian Radar Dinamik, Pemantau Titik Buta dengan Rear Cross Traffic Alert serta Downhill Assist Control. Selain itu, Kawalan Cengkaman Aktif turut disertakan dalam setiap varian kecuali model peringkat permulaan. Kawalan Kestabilan Elektronik, ABS dengan EBD dan Bantuan Brek merupakan antara ciri lain yang turut tersedia dalam setiap varian.

Harga Toyota Hilux

Toyota Hilux Single Cab 2.4 (MT) 4×4 dijual pada harga RM92,880 – satu-satunya single cab dalam rangkaian ini. Hilux Double Cab 2.4E (MT) 4×4 pula dijual pada harga RM108,880, Hilux Double Cab 2.4G (AT) 4×4 berharga RM111,880 manakala Hilux Double Cab 2.4V (AT) 4×4 berharga RM133,880. Hilux Double Cab 2.8 Rouge (AT) 4×4 yang merupakan varian peringkat tinggi dijual pada harga RM146,880 dalam pasaran Malaysia.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda membuat pilihan kereta 4×4 atau kereta pickup truck yang terbaik untuk anda. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk membeli kereta second hand atau menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan rangkaian pilihan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

Keyword: Kereta 4×4 Pickup Truck atau ‘Hailak’ Paling Popular 2021 di Malaysia

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel