Tahun 2020 merupakan tahun yang amat sukar dan mencabar. Pelbagai perkara telah dilalui sepanjang tahun 2020 yang semestinya menguji ketahanan mental dan fizikal. Tahun 2021 diharap dapat memberi sinar dan harapan baharu dalam menghadapi tahun baharu yang lebih mencabar. Meskipun #KitaMasihBelumMenang dalam mendepani wabak Covid-19 ini, kami di Carsome tetap optimis menjadikan tahun 2021 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Oleh sebab itu, kami menyenaraikan senarai lengkap cuti umum, cuti persekolahan serta cadangan cuti panjang ‘long weekend’ untuk anda membuat perancangan percutian atau balik kampung selepas pandemik ini berakhir.

autos, bm, cars, cuti umum dan cuti panjang ‘long weekend’ di malaysia 2021

Cuti Umum dan Cuti Panjang ‘Long Weekend’ di Malaysia 2021

Cuti umum (atau public holiday), cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang merujuk kepada cuti umum yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Ia biasanya meliputi cuti-cuti yang melibatkan keagamaan, atau apa-apa pestiwa penting negara yang membabitkan politik atau sejarah seperti Hari Merdeka atau Hari Malaysia. Carsome menyenaraikan senarai penuh cuti umum dan cuti panjang long weekend yang boleh anda nikmati sepanjang tahun 2021.

Berikut merupakan 4 cuti umum dengan cuti hujung minggu yang panjang tanpa perlu anda menghabiskan cuti tahunan anda. Namun begitu long weekend atau hujung minggu yang panjang yang dinyatakan dalam artikel ini adalah berdasarkan minggu kerja Isnin hingga Jumaat kecuali dinyatakan sebaliknya.

autos, bm, cars, cuti umum dan cuti panjang ‘long weekend’ di malaysia 2021

1. Cuti Awal Tahun Baharu: 1 Januari-3 Januari 2021

Hari tahun baharu merupakan hari pertama dalam kalendar tahunan. Ia diraikan pada 1 Januari iaitu genap seminggu selepas Hari Krismas tahun sebelumnya. Hari tahun baharu atau 1 Januari dijadikan hari cuti di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Anda berpeluang menikmati cuti selama tiga hari tanpa menggunakan cuti tahunan anda bermula Jumaat hingga Ahad.

2. Cuti Tahun Baharu Cina: 12 Februari-14 Februari 2021

Tahun Baharu Cina merupakan perayaan yang disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia. Ia menandakan kedatangan tahun baharu menurut kalendar Cina. Masyarakat Cina mempercayai terdapat 12 ekor binatang yang menaungi kalendar Cina iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya yang tersendiri. Anda berpeluang menikmati cuti selama tiga hari tanpa menggunakan cuti tahunan anda bermula Jumaat hingga Ahad.

3. Cuti Hari Raya Aidilfitri: 13 Mei-16 Mei 2021 – Tertakluk pada perubahan

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di Malaysia biasanya diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di stesen-stesen radio dan TV utama di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Anda berpeluang menikmati cuti selama empat hari tanpa menggunakan cuti tahunan anda bermula Khamis hingga Ahad.

autos, bm, cars, cuti umum dan cuti panjang ‘long weekend’ di malaysia 2021

4. Cuti Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong: 5 Jun-7 Jun 2021

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan bersetuju bermula 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Hari Keputeraan Rasmi baginda jatuh pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun. Anda berpeluang menikmati cuti selama tiga hari tanpa menggunakan cuti tahunan anda bermula Sabtu hingga Isnin.

Cuti Panjang ‘Long Weekend’ dan Cadangan Cuti Tahunan

Selain itu, kami di Carsome turut menyenaraikan senarai lengkap cuti-cuti umum di Malaysia beserta cadangan cuti tahunan yang boleh anda gunakan untuk anda menikmati cuti hujung minggu yang panjang bersama keluarga tersayang.

autos, bm, cars, cuti umum dan cuti panjang ‘long weekend’ di malaysia 2021

1. Cuti Thaipusam

Bagi anda yang ingin menikmati cuti hujung minggu yang panjang bermula 28 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021 (Khamis-Ahad), gunakan cuti tahunan anda pada Jumaat, 29 Januari 2021. Dengan cara ini, anda berpeluang menikmati cuti hujung minggu yang panjang selama empat hari! Berita baik buat anda yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, anda berpeluang menikmati satu lagi cuti tambahan sempena Cuti Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada Isnin, 1 Februari 2021.

2. Cuti Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa yang signifikan bagi umat Islam. Ia merupakan peristiwa penting yang diraikan sebagai tanda mengingati tarikh permulaan turunnya ayat suci Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Untuk menikmati cuti panjang dari 29 April 2021 hingga 2 Mei 2021 (Khamis-Ahad), ambil cuti tahunan pada Jumaat, 30 April 2021 dan anda akan menikmati cuti panjang hujung minggu selama 4 hari!

3. Cuti Hari Wesak

Anda mempunyai dua pilihan cuti sekiranya anda ingin menikmati cuti panjang semasa cuti perayaan Hari Wesak. Anda boleh memilih sama ada 22 Mei 2021 hingga 26 Mei 2021 (Sabtu-Rabu) ATAU 26 Mei 2021 hingga 30 Mei 2021 (Rabu-Ahad). Ambil dua hari cuti daripada cuti tahunan anda iaitu pada Isnin dan Selasa (24 dan 25 Mei 2021) atau Khamis dan Jumaat (27 dan 28 Mei 2021) untuk menikmati cuti hujung minggu yang panjang selama 4 hari. Hari Wesak merupakan perayaan dalam Agama Buddha untuk memperingati Siddharta Gautama Buddha, tokoh penting dalam Agama Buddha.

4. Cuti Hari Raya Haji/Hari Raya Aidiladha – Tertakluk pada perubahan

Hari Raya Aidiladha (atau turut dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji) merupakan perayaan terbesar bagi umat Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Ambil cuti tahunan pada Isnin, 19 Julai 2021 untuk menikmati cuti Hari Raya Haji yang panjang bermula 17 Julai 2021 hingga 20 Julai 2021 (Sabtu-Selasa). Bagi anda yang tinggal di Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, anda akan menikmati cuti yang lebih panjang dengan tambahan cuti umum Hari Raya Haji bagi negeri-negeri ini iaitu pada Rabu, 21 Julai 2021.

5. Cuti Awal Muharam

Cuti Awal Muharram atau turut dikenali sebagai Maal Hijrah meraikan permulaan Tahun Baharu Islam. Ambil cuti tahunan anda pada Isnin, 9 Ogos 2021 dan anda berpeluang menikmati cuti hujung minggu selama 4 hari bermula 7 Ogos 2021 hingga 10 Ogos 2021 (Sabtu-Selasa) untuk meluangkan masa bersama yang tersayang.

6. Cuti Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan kebebasan negara daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga 1957. Anda boleh menikmati cuti panjang hujung minggu dari 28 Ogos 2021 hingga 31 Ogos 2021 (Sabtu-Selasa) dengan mengambil cuti tahunan pada 30 Ogos 2021, Isnin.

7. Cuti Hari Malaysia

Untuk menikmati satu lagi cuti hujung minggu yang panjang dalam bulan September, gunakan cuti tahunan anda pada Jumaat, 17 September 2021. Anda boleh menikmati cuti panjang selama empat hari bermula 16 September 2021 hingga 19 September 2021 (Khamis-Ahad). Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

8. Cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad/Maulidur Rasul

Mengikut kalendar Islam, Maulidur Rasul atau kelahiran Rasul ialah hari bersejarah bagi umat Islam. Ia merupakan hari Keputeraan Nabi Muhammad yang jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal. Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati hari Keputeraan Nabi Muhammad dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Bagi anda yang ingin menikmati cuti hujung minggu yang panjang bermula 16 Oktober 2021 hingga 19 Oktober 2021 (Sabtu-Selasa), gunakan cuti tahunan anda pada Isnin, 18 Oktober 2021.

9. Cuti Hari Deepavali

Perayaan Deepavali atau Diwali merupakan perayaan penting dalam kalangan penganut agama Hindu. Ia menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan. Ambil cuti tahunan pada Jumaat, 5 November 2021 untuk menikmati cuti hujung minggu yang panjang dari 4 November 2021 hingga 7 November 2021 (Khamis-Ahad).

autos, bm, cars, cuti umum dan cuti panjang ‘long weekend’ di malaysia 2021

Senarai Lengkap Cuti Umum Mengikut Negeri di Malaysia

Negeri Cuti Umum Tarikh Catatan
Cuti Umum Negeri Perlis 2021 Israk dan Mikraj 11 Mac 2021 hingga 14 Mac 2021 (Khamis-Ahad) Ambil cuti pada Jumaat, 12 Mac 2021
Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis 17 Julai 2021 (Sabtu)
Cuti Umum Negeri Perak 2021 Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak 5 November 2021 hingga 7 November 2021 (Jumaat-Ahad)
Cuti Umum Negeri Pulau Pinang 2021 Hari Warisan Dunia George Town 7 Julai 2021 (Rabu)
Hari Keputeraan Gabenor Pulau Pinang 10 Julai 2021 (Sabtu)
Cuti Umum Negeri Selangor 2021 Hari Keputeraan Sultan Selangor 11 Disember 2021 (Sabtu)
Cuti Umum Negeri Pahang 2021 Hari Hol Pahang 22 Mei 2021 (Sabtu)
Hari Keputeraan Sultan Pahang 30 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021 (Jumaat-Ahad)
Cuti Umum Negeri Sembilan 2021 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 14 Januari 2021 hingga 17 Januari 2021 (Khamis-Ahad) Ambil cuti pada Jumaat, 15 Januari 2021
Israk dan Mikraj 11 Mac 2021 hingga 14 Mac 2021 (Khamis-Ahad) Ambil cuti pada Jumaat, 12 Mac 2021
Cuti Umum Negeri Melaka 2021 Awal Ramadan – Tertakluk pada perubahan 10 April 2021 hingga 13 April 2021 (Sabtu-Selasa) Ambil cuti pada Isnin, 12 April 2021
Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah 15 April 2021 hingga 18 April 2021 (Khamis-Ahad) Ambil cuti pada Jumaat, 16 April 2021

Makluman: Anda juga boleh menikmati cuti selama sembilan hari dengan menggabungkan cuti hujung minggu awal Ramadan dan Cuti Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dengan penambahan cuti tahunan pada Rabu, 14 April 2021.

Hari Keputeraan Gabenor Melaka 8 Oktober 2021 hingga 10 Oktober 2021 (Jumaat-Ahad)
Cuti Umum Negeri Johor 2021 Hari Keputeraan Sultan Johor 23 Mac 2021 (Selasa)
Awal Ramadan – Tertakluk pada perubahan 13 April (Selasa)
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar 10 September 2021 hingga 13 September 2021 (Jumaat-Isnin) Ambil cuti pada Ahad, 12 September 2021
Cuti Umum Negeri Kedah 2021 Israk dan Mikraj 11 Mac 2021 hingga 13 Mac 2021 (Khamis-Sabtu)
Awal Ramadan – Tertakluk pada perubahan 13 April (Selasa)
Hari Keputeraan Sultan Kedah 18 Jun 2021 hingga 20 Jun 2021 (Jumaat-Ahad)
Cuti Umum Negeri Kelantan 2021 Hari Keputeraan Sultan Kelantan 11 November 2021 hingga 13 November 2021 (Khamis-Sabtu)
Cuti Umum Negeri Terengganu 2021 Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu 4 Mac 2021 hingga 6 Mac 2021 (Khamis-Sabtu)
Israk dan Mikraj 11 Mac 2021 hingga 13 Mac 2021 (Khamis-Sabtu)
Hari Keputeraan Sultan Terengganu 23 April 2021 hingga 26 April 2021 (Jumaat-Isnin) Ambil cuti pada Ahad, 25 April 2021
Cuti Umum Negeri Sabah 2021 Good Friday 2 April 2021 hingga 4 April 2021 (Jumaat-Ahad)
Pesta Menuai 29 Mei 2021 hingga 31 Mei (Sabtu-Isnin)
Hari Keputeraan Gabenor Sabah 2 Oktober 2021 (Sabtu)
Cuti Umum Negeri Sarawak 2021 Good Friday 2 April 2021 hingga 4 April 2021 (Jumaat-Ahad)
Hari Gawai 29 Mei 2021 hingga 2 Jun 2021 (Sabtu-Rabu) Ambil cuti pada Isnin, 31 Mei 2021
Cuti Umum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya 2021 Hari Wilayah 30 Januari 2021 hingga 1 Februari 2021 (Sabtu-Isnin)

Takwin Persekolahan dan Cuti Penggal Persekolahan Tahun 2021

Penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari 2021 dan dijangka tamat pada 9 Disember 2021 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A. Manakala, sesi persekolahan sekolah-sekolah dalam Kumpulan B akan bermula pada 20 Januari 2021 dan dijangka tamat pada 10 Disember 2021. Bagi ibu bapa yang ingin merancang cuti tahunan untuk bercuti bersama keluarga, takwin persekolahan dan panduan cuti penggal sesi 2021 ini mungkin membantu anda.

1. Kalendar Persekolahan bagi Kumpulan A

Penggal Mula Persekolahan Akhir Persekolahan Jumlah Hari Jumlah Minggu
1 CUTI AWAL TAHUN 3
01 Januari 2021 – 19 Januari 2021 19
20 Januari 2021

01 Februari 2021

01 Mac 2021

31 Januari 2021

28 Februari 2021

25 Mac 2021

8

17

19

10
Jumlah Hari 44
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
26 Mac 2021 – 03 April 2021 9
04 April 2021 30 April 2021 20 8
01 Mei 2021 27 Mei 2021 16
Jumlah Hari 36
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2
28 Mei 2021 – 12 Jun 2021 16
2 13 Jun 2021

01 Julai 2021

30 Jun 2021

15 Julai 2021

14

11

5
Jumlah Hari 25
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
16 Julai 2021 – 24 Julai 2021 9
25 Julai 2021

01 Ogos 2021

01 September 2021

31 Julai 2021

31 Ogos 2021

09 September 2021

5

21

7

7
Jumlah Hari 33
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
10 September 2021 – 18 September 2021 9
19 September 2021

01 Oktober 2021

01 November 2021

01 Disember 2021

30 September 2021

31 Oktober 2021

30 November 2021

09 Disember 2021

10

20

19

7

12
Jumlah Hari 56
CUTI AKHIR TAHUN 3
10 Disember 2021 – 31 Disember 2021 22

2. Kalendar Persekolahan bagi Kumpulan B

Penggal Mula Persekolahan Akhir Persekolahan Jumlah Hari Jumlah Minggu
1 CUTI AWAL TAHUN 3
01 Januari 2021 – 19 Januari 2021 19
20 Januari 2021

01 Februari 2021

01 Mac 2021

31 Januari 2021

28 Februari 2021

26 Mac 2021

8

17

20

10
Jumlah Hari 45
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
27 Mac 2021 – 04 April 2021 9
05 April 2021 30 April 2021 20 8
01 Mei 2021 28 Mei 2021 15
Jumlah Hari 35
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2
29 Mei 2021 – 13 Jun 2021 16
2 14 Jun 2021

01 Julai 2021

30 Jun 2021

16 Julai 2021

13

12

5
Jumlah Hari 25
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
17 Julai 2021 – 25 Julai 2021 9
26 Julai 2021

01 Ogos 2021

01 September 2021

31 Julai 2021

31 Ogos 2021

10 September 2021

5

20

8

7
Jumlah Hari 33
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
11 September 2021 – 19 September 2021 9
20 September 2021

01 Oktober 2021

01 November 2021

01 Disember 2021

30 September 2021

31 Oktober 2021

30 November 2021

10 Disember 2021

9

20

19

8

12
Jumlah Hari 56
CUTI AKHIR TAHUN 3
11 Disember 2021 – 31 Disember 2021 21

3. Kalendar Cuti Tambahan Sempena Hari Raya/Perayaan Mengikut Kalendar Persekolahan KPM Tahun 2021

Cuti Perayaan Tambahan Cuti Perayaan yang Diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kumpulan A – Sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu Kumpulan B – Sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Catatan
TAHUN BAHARU CINA

12 Februari 2021 (Jumaat) dan 13 Februari 2021 (Sabtu)

10 Februari 2021 (Rabu) 10 Februari 2021 (Rabu) Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM
11 Februari 2021 (Khamis) 11 Februari 2021 (Khamis)
HARI RAYA AIDILFITRI

13 Mei 2021 (Khamis) dan 14 Mei 2021 (Jumaat)

11 Mei 2021 (Selasa) 11 Mei 2021 (Selasa) Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM
12 Mei 2021 (Rabu) 12 Mei 2021 (Rabu)
HARI KAAMATAN

30 Mei 2021 (Ahad) dan 31 Mei 2021 (Isnin)

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja Dalam Cuti Pertengahan Tahun
HARI GAWAI DAYAK

01 Jun 2021 (Selasa) dan 02 Jun 2021 (Rabu)

Sarawak sahaja Dalam Cuti Pertengahan Tahun
HARI DEEPAVALI

04 November 2021 (Khamis)

03 November 2021 (Rabu) 03 November 2021 (Rabu) dan 05 November 2021 (Jumaat) – Semua negeri Kumpulan B kecuali Sarawak Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM
07 November 2021 (Ahad) 05 November 2021 (Jumaat) – Sarawak sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM

Catatan: Perayaan Hari Raya Aidiladha (dalam Cuti Pertengahan Penggal 20 Julai 2021 – semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu tambahan cuti pada 21 Julai 2021) dan Hari Krismas (dalam Cuti Akhir Tahun).

autos, bm, cars, cuti umum dan cuti panjang ‘long weekend’ di malaysia 2021

10 Lokasi Weekend Getaway Yang Boleh Dilawati

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan, perkara pertama yang akan dilakukan semestinya menikmati percutian yang menenangkan setelah sekian lama terperuk di rumah. Sama ada percutian di tepi pantai atau di dalam hutan, Carsome menyenaraikan 7 pilihan lokasi percutian weekend getaway berhampiran Kuala Lumpur yang boleh anda pertimbangkan.

1. Kuala Lumpur-Hulu Langat (30 Minit)

Jika anda seorang pencinta alam semula jadi, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan Hulu Langat. Dengan pelbagai pilihan vila dan homestay persendirian yang jauh dari kesibukan kota, Hulu Langat merupakan lokasi sempurna untuk berehat dan bersantai bersama keluarga ditemani kicauan burung dan kehijauan hutan yang menyegarkan.

2. Kuala Lumpur-Sepang (56 Minit)

Namun begitu, jika anda suka akan pantai dan sedang mencari lokasi getaway terbaik berhampiran Kuala Lumpur, Sepang merupakan lokasi yang harus ditujui. Jangan lepaskan peluang bermalam dan bersantai di Avani Sepang Gold Coast – resort lima bintang yang terletak di atas air dengan balkoni persendirian mewah untuk pengalaman hujung minggu yang tidak boleh dilupakan.

3. Kuala Lumpur-Janda Baik (55 Minit)

Janda Baik merupakan lokasi terbaik untuk beristirehat, menenangkan diri dan melepaskan tekanan anda. Kedamaian dan ketenangan alam semula jadi semestinya memukau setiap mata yang memandang. Terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Janda Baik menjanjikan pelbagai aktiviti dan destinasi penginapan yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

4. Kuala Lumpur-Genting Highlands (1 Jam)

Lokasi yang terkenal dengan julukan City of Entertainment ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan dan menjanjikan pelbagai destinasi menarik untuk diterokai. Terdapat banyak aktiviti dan perkara yang boleh dilakukan di Genting Highlands seperti bermain permainan di taman tema indoor, membeli-belah di Genting Premium Outlets dan menikmati cuaca sejuk dan pemandangan yang indah dan memukau sambil menaiki kereta kabel.

5. Kuala Lumpur-Port Dickson (1 Jam 17 Minit)

Port Dickson merupakan lokasi sempurna untuk lari sebentar daripada kesibukan dan hiruk-pikuk kota raya. Selain bersantai dan berehat di pantai sambil menikmati udara yang nyaman dan menyegarkan, Port Dickson turut menawarkan pelbagai aktiviti sukan pantai yang menarik dan sesuai untuk anda dan seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pilihan sukan air yang disediakan di sini seperti berenang, menaiki banana boat dan jet ski, atau berkemah.

6. Kuala Lumpur-Melaka (1 Jam 50 Minit)

Jangan lepaskan peluang menerokai keunikan sejarah dan menikmati keindahan mural sambil menaiki Melaka River Cruise yang terkenal di sini. Selain itu, anda juga boleh menaiki beca dan dalam masa yang sama menjelajahi tinggalan sejarah lama dan menerokai tempat-tempat menarik di Melaka. Melaka juga terkenal dengan pelbagai pilihan makanan halal tempatan yang cukup sinonim dengan negeri Melaka seperti Cendol Durian, Asam Pedas, Coconut Shake Klebang, Kuih Keria Melaka dan macam-macam lagi.

7. Kuala Lumpur-Ipoh (2 Jam 9 Minit)

Ipoh merupakan lokasi terbaik berhampiran Kuala Lumpur untuk menghabiskan masa pada hujung minggu. Jikalau bercuti ke Ipoh, destinasi menarik seperti Taman Tema Sunway Lost World of Tambun dan Taman Rekreasi Gunung Lang semestinya menjadi tumpuan. Malah, selain berpeluang menikmati keseronokan dan menikmati pemandangan indah di Ipoh, ia turut menjanjikan pelbagai pilihan makanan halal yang tidak boleh dilepaskan seperti Nasi Ganja atau Nasi Vanggey.

autos, bm, cars, cuti umum dan cuti panjang ‘long weekend’ di malaysia 2021

Namun begitu, pastikan anda telah mengikuti tip asas pemanduan sebelum memulakan perjalanan untuk memastikan perjalanan percutian semasa cuti umum kekal selamat. Selain itu, jika anda merancang untuk menjual kereta lama anda atau ingin membeli kereta terpakai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, layari laman web Carsome untuk info lanjut.

Keyword: Cuti Umum dan Cuti Panjang ‘Long Weekend’ di Malaysia 2021

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel