Hari Raya merupakan perayaan penting yang dipenuhi dengan kunjungan sesama sanak saudara serta tawaran membeli-belah yang menarik di seluruh negara – ini kerana antara tradisi yang popular pada Hari Raya, persiapan membeli baju raya, perabot raya, dan kereta raya merupakan yang paling meriah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jadi, jika anda merancang untuk menaik taraf kereta anda kepada sesuatu yang baharu, anda boleh menjual kereta anda kepada Carsome dan anda juga boleh menukar beli kereta anda untuk sebuah kereta Carsome Certified. Selain itu, pada tahun ini, Carsome ingin memberi anda peluang untuk berkongsi rezeki anda bersama orang yang tersayang apabila anda menjual kereta anda kepada kami!
Jual kereta anda kepada kami dari 1 April hingga 31 Mei 2022, anda berpeluang untuk memenangi pakej percutian berbayar* bernilai RM1,500, hanya untuk tiga pemenang bertuah!
Dan setelah anda menjual kereta anda, Carsome menyediakan pilihan kereta Carsome Certified yang terbesar untuk anda memilih kereta idaman anda. Berikut ialah lima kereta mampu milik di bawah RM50,000 untuk membantu anda membuat keputusan.
1. Perodua Alza (RM28,900 – RM46,900)
Kereta mesra keluarga ini ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk dan merupakan pilihan utama bagi mereka yang mahukan kereta yang luas tanpa perlu berbelanja banyak. Ia digemari kerana penggunaan minyak yang tidak terlalu tinggi dan juga mempunyai ruang simpanan yang banyak, yang sangat berguna untuk pemanduan jarak jauh.
Berikut merupakan beberapa buah Perodua Alza yang disenaraikan di dalam kempen Berkat Aidilfitri kami:
- 2017 Perodua Alza: RM46,400
- 2015 Perodua Alza: RM43,400
2. Proton Persona (RM19,400 – RM46,900)
Proton Persona merupakan sebuah sedan yang boleh memuatkan sehingga lima orang. Ia adalah sebuah sedan eksekutif yang hebat dan harganya juga menjadikannya pilihan yang sangat sesuai buat pemilik kereta kali pertama atau mereka yang baru sahaja berkeluarga. Meskipun harga yang ditawarkan tidak tinggi, Proton Persona dilengkapi dengan pelbagai ciri dan kemudahan, dan ia juga mempunyai keupayaan pemanduan dan pengendalian Proton yang selesa dan lancar.
Berikut adalah beberapa buah Proton Persona yang disenaraikan di dalam kempen Berkat Aidilfitri kami:
- 2018 Proton Persona: RM35,400
- 2017 Proton Persona: RM36,900
3. Honda City (RM39,900 – RM80,400)
Sedan kompak ini dikenali sebagai sebuah kereta yang selesa dan mantap untuk kegunaan pemanduan jarak jauh atau pemanduan dalam bandar. Harganya mungkin sedikit mahal, tetapi ianya sangat berbaloi untuk ciri-ciri yang dilengkapi dan keselesaan yang ditawarkan. Selain daripada sesuai untuk mereka yang baru berkeluarga atau keluarga yang kecil, Honda City juga merupakan kereta yang sesuai untuk golongan profesional kerana keselesaan dan keselamatannya.
Berikut adalah beberapa buah Honda City yang disenaraikan di dalam kempen Berkat Aidilfitri kami:
- 2014 Honda City: RM45,900
- 2015 Honda City: RM49,400
4. Nissan Grand Livina (RM43,400 – RM53,200)
Besar di luar, luas di dalam. Kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk ini adalah pilihan popular bagi mereka yang berkeluarga besar. Walaupun dilengkapi dengan enjin yang berkuasa, kereta ini dapat menjamin pemanduan yang selesa kerana tahap bunyi bising yang sangat minimal semasa dipandu. Pengendalian kereta ini juga sangat bagus dan dapat dibandingkan dengan pengendalian sebuah sedan.
Berikut adalah beberapa buah Nissan Grand Livina yang disenaraikan di dalam kempen Berkat Aidilfitri kami:
- 2014 Nissan Grand Livina: RM43,400
- 2014 Nissan Grand Livina: RM48,400
5. Toyota Vios (RM45,400 – RM74,200)
Sedan lima tempat duduk ini popular kerana enjinnya yang cekap dan mesra alam. Ia juga merupakan sebuah kereta yang selesa, bagus untuk pemanduan harian dan ia juga sesuai untuk pemanduan jarak jauh. Tambahan pula, Toyota Vios adalah sebuah kereta mampu milik dengan kos penyelenggaraan yang sangat berpatutan.
Berikut adalah beberapa buah Toyota Vios yang disenaraikan di dalam kempen Berkat Aidilfitri kami:
- 2014 Toyota Vios: RM48,400
- 2014 Toyota Vios: RM47,900
Nikmati Lebih Penjimatan Apabila Anda Membeli Kereta Raya Berkualiti Di Carsome
Selain berpeluang memenangi percutian berbayar, anda juga menikmati lebih penjimatan jika anda membeli kereta Carsome Certified dengan promosi Raya kami:
- Nikmati 0% kadar faedah: Kami telah bekerjasama dengan Public Bank Berhad, Maybank, dan Hong Leong Bank untuk menjadikan pemilikan kereta lebih mampu milik untuk anda. Promosi tamat pada 30 April 2022.
- Dapatkan RM50 kredit eWallet TnG percuma: Tinggalkan ulasan mengenai pengalaman tempahan kereta anda di Carsome Experience Center yang anda lawati di Google Maps, screenshot ulasan anda dan tunjukkan kepada Konsultan Carsome di pusat tersebut untuk dapatkan kredit eWallet anda. Senarai lengkap pusat kami dan pautan Google mereka boleh didapati di sini: https://www.carsome.my/locate-us.
Dengan pilihan kereta terpakai berkualiti yang terbesar, anda boleh yakin yang setiap kereta Carsome Certified yang disenaraikan di laman web kami telah melalui pemeriksaan 175-titik yang ketat dan juga telah dibaik pulih secara profesional di Carsome Certified Lab untuk memastikan keselamatan melebihi standard, keselesaan sempurna, dan estetik seperti baharu.
Jadi jangan risau, anda pasti akan dapat kualiti yang terbaik untuk wang anda, terutamanya dengan promosi Berkat Aidilfitri kami!
Tambahan pula, perjalanan membeli kereta anda dengan kami akan menjadi sangat mudah kerana kami akan menguruskan semua kertas kerja untuk anda.
Lihat promosi Berkat Aidilfitri kami di sini dan tempah kereta idaman anda untuk Hari Raya ini dengan kami sekarang!
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Keyword: Cari Kereta Raya Anda: 5 Kereta Untuk Dijual Di Carsome Di Bawah RM50,000