Bagi sesetengah individu, proses tukar nama kereta atau tukar hak milik kenderaan dianggap sebagai suatu proses yang sukar dan remeh. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan pembeli atau penjual kereta terpakai mengambil mudah dan mengabaikan kepentingan tukar nama kereta setelah proses jual beli kereta dilakukan. Prosedur tukar nama kereta ini penting untuk dilakukan sekiranya anda bercadang untuk membeli atau menjual kereta terpakai anda. Secara amnya, penama yang tercatat pada geran kereta yang tidak ditukar adalah pemilik kereta yang sah meskipun kereta tersebut telah digunakan atau telah dijual kepada pihak lain.

Isi Kandungan
  • Tukar Hak Milik Kenderaan Online, Tukar Nama Kereta Tanpa ke JPJ
  • Cara Tukar Nama Kereta Secara Sukarela
  • Panduan Pendaftaran Sistem Janji Temu Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Hak Milik, MyPuspakom
  • Panduan Pendaftaran MySikap, Cara Tukar Nama Kereta Secara Online
  • Cara Tukar Nama Kereta Owner Meninggal Dunia
  • Syarat Tukar Nama Kereta, Dokumen untuk Tukar Nama Kereta
  • Dokumen Tukar Hak Milik Kenderaan Secara Sukarela
  • Dokumen Tukar Hak Milik Kenderaan Meninggal Dunia
  • Beli Kereta Terpakai: Proses Tukar Hak Milik Kenderaan

autos, bm, cars, cara tukar nama kereta online, bayaran tukar nama kereta & borang tukar nama jpj

Dalam erti kata lain, penama akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kereta tersebut sekiranya pembeli kereta menggunakan kereta untuk kegiatan jenayah dan sebagainya. Selain itu, jika proses tukar nama kenderaan tidak dilakukan, ia juga akan menjadi masalah sekiranya owner meninggal dunia. Jika pemilik kereta tidak meninggalkan sebarang wasiat rasmi, proses tukar nama mungkin memakan masa yang lebih lama dan boleh menyebabkan proses yang lebih panjang dan sedikit rumit.

Proses Tukar Hak Milik Kenderaan: Tukar Nama Kereta Tanpa ke JPJ

Proses tukar nama kereta secara amnya merupakan suatu perkara penting yang perlu dilakukan. Jika berlaku sesuatu insiden atau kemalangan, pemilik kereta yang sah mengikut nama yang tercatat pada geran kereta mungkin perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang berlaku. Carsome menyenaraikan cara tukar nama kereta dan panduan lengkap proses tukar hak milik kenderaan secara sukarela termasuk proses tukar nama kereta owner meninggal dunia seperti berikut:

i. Cara Tukar Nama Kereta Secara Sukarela

Langkah-langkah yang dikongsikan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman Facebook rasmi JPJ Malaysia. Berikut merupakan prosedur tukar nama kereta (tukar hak milik kenderaan) secara sukarela untuk rujukan dan panduan anda:

1. Langsaikan Bayaran

Sebagai pemilik kenderaan, anda perlu pastikan tiada bayaran yang tertunggak atau kesemua baki bayaran telah dilangsaikan sebelum menjual kereta atau motosikal terpakai anda kepada pemilik baharu.

2. Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Hak Milik

Pemilik asal atau pemilik baharu perlu hadir sendiri ke Puspakom untuk melakukan pemeriksaan kenderaan. Untuk memudahkan urusan, anda disarankan untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum hadir menjalani pemeriksaan. Selain pemeriksaan kenderaan di Puspakom, anda juga boleh memilih untuk melakukan pemeriksaan Puspakom di rumah anda melalui pemeriksaan bergerak Puspakom.

Janji temu di Puspakom kini boleh dilakukan secara online untuk memudahkan dan melancarkan urusan. Ketahui cara booking Puspakom tukar nama secara dalam talian seperti berikut:

Panduan Pendaftaran Sistem Janji Temu Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Nama Kenderaan, MyPuspakom

Carsome turut menyediakan panduan lengkap proses pendaftaran menggunakan sistem janji temu online MyPuspakom. Bagi anda yang ingin mengetahui cara booking Puspakom tukar nama, panduan berikut mungkin boleh membantu memudahkan urusan pemeriksaan tukar hak milik kenderaan anda:

a. Pendaftaran Akaun MyPuspakom
        1. Tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;
        2. Kemudian, pilih jenis akaun yang bersesuaian mengikut jenis pemeriksaan;
        3. Masukkan maklumat akaun yang diperlukan – nama, nombor kad pengenalan (MyKad), alamat dan info-info lain yang diperlukan;
        4. Muat naik dokumen yang diperlukan;
        5. Kemudian tekan DAFTAR.
b. Janji Temu Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Hak Milik
        1. DAFTAR MASUK menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah disahkan;
        2. Kemudian, pilih TEMUJANJI BARU;
        3. Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan seperti kategori kenderaan, jenis kenderaan, kelas kegunaan dan sebagainya;
        4. Kemudian, pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan adalah tertakluk pada situasi dan keadaan;
        5. Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;
        6. SAHKAN maklumat janji temu anda;
        7. BAWA bersama dokumen-dokumen berikut semasa pemeriksaan seperti kad pengenalan, geran kereta atau sijil pemilikan kenderaan/vehicle ownership certificate (VOC) asal atau salinan yang telah diperakui;
        8. SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet);
        9. Bawa bersama SLIP PENGESAHAN JANJI TEMU semasa pemeriksaan.

Selain itu, anda juga perlu mengisi Borang B5 Puspakom dan tunggu sehingga proses pemeriksaan selesai. Secara amnya, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan. Laporan B5 akan dikeluarkan oleh pihak Puspakom dan akan digunakan oleh pihak JPJ semasa proses tukar nama kereta dilakukan.

Pembeli secara asasnya tidak boleh meneruskan proses tukar nama kereta dan hak milik kenderaan di JPJ tanpa borang B5 Puspakom ini. Bayaran PUSPAKOM tukar nama adalah sekitar RM30. Anda juga boleh merujuk senarai lengkap harga tukar nama kereta dan kos pemeriksaan Puspakom di sini.

3. Proses Tukar Nama JPJ (Pemilik Berdaftar)

Pemilik asal perlu hadir sendiri ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan yang berhampiran dan perlu mengisi borang tukar nama JPJ – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar atau Pemunya Baharu (JPJK3). Maklumat-maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan serta alamat pemilik asal dan pemilik baharu diperlukan untuk mengisi borang tukar hak milik kenderaan ini. Anda juga boleh memuat turun borang tukar nama JPJ (JPJK3) di sini untuk melancarkan urusan.

Pemilik asal perlu menyediakan dokumen seperti kad pengenalan (MyKad) dan geran asal kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan (VOC) untuk melancarkan proses tukar nama kenderaan.

autos, bm, cars, cara tukar nama kereta online, bayaran tukar nama kereta & borang tukar nama jpj

Kredit: JPJ Malaysia

Proses tukar nama kereta atau pindah milik biasanya memerlukan pengesahan cap jari (biometrik) atau thumprint pemilik asal. Oleh sebab itu, pemilik asal perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk proses lanjut. Bawa bersama kad pengenalan untuk melancarkan urusan. Setelah selesai urusan tukar nama kereta, anda akan diberikan slip pengesahan. Slip ini perlu diserahkan kepada pemilik baharu untuk prosedur tukar nama kereta yang seterusnya.

4. Proses Tukar Nama JPJ (Pemilik Baharu)

Selain pemilik asal, pemilik baharu juga perlu mengisi borang tukar nama JPJ – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar atau Pemunya Baharu (JPJK3). Bagi pemilik baharu, anda disarankan untuk perbaharui atau renew insurans kereta terlebih dahulu. Ini kerana, setelah urusan pengesahan cap jari (biometrik) atau thumprint di JPJ selesai, road tax kereta serta insurans kereta sedia ada akan terbatal secara automatik.

autos, bm, cars, cara tukar nama kereta online, bayaran tukar nama kereta & borang tukar nama jpj

Pemilik baharu perlu menyediakan dokumen seperti kad pengenalan (MyKad), geran asal kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan (VOC), laporan asal pemeriksaan Puspakom dan slip pengesahan cap jari pemilik asal.

Jika insurans kereta telah diperbaharui, pemilik baharu boleh terus melakukan proses pembaharuan cukai jalan dan akan menerima sijil pemilikan kenderaan (VOC) baharu dengan maklumat pemilikan baharu daripada pihak JPJ.

Panduan Pendaftaran MySikap, Cara Tukar Nama Kereta Secara Online

Carsome turut menyediakan panduan lengkap tukar nama kereta tanpa ke JPJ (tukar hak milik kenderaan online) melalui portal MySikap seperti berikut:

a. Pendaftaran Akaun MySikap

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MySikap, anda perlu mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu. Anda boleh merujuk cara daftar portal MySikap di sini. Secara amnya, portal MySikap membolehkan pengguna membuat urusan secara online seperti berikut:

        1. Pembaharuan dan pembatalan lesen kenderaan motor (LKM) atau renew roadtax kereta;
        2. Pindah milik sukarela (JPJ tukar nama online);
        3. Pembaharuan lesen memandu serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa;
        4. Rayuan lesen memandu tamat tempoh;
        5. Semakan saman JPJ atau notis.
b. Pemilik Berdaftar

Berikut cara tukar nama kereta secara online (pemilik berdaftar) untuk rujukan dan panduan anda:

        1. Log masuk portal MySikap;
        2. Pada halaman utama, pilih KENDERAAN;
        3. Kemudian, pilih PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK KENDERAAN (PEMILIK BERDAFTAR)
        4. Masukkan NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN dan klik Teruskan;
        5. Sahkan maklumat, kemudian klik Teruskan;
        6. Masukkan maklumat E-MEL PENDAFTAR DAN PEMILIK BAHARU dan klik Seterusnya;
        7. Selesai. Simpan dan cetak resit sebagai rujukan.
c. Pemilik Baharu

Berikut cara tukar nama kereta secara online (pemilik baharu) untuk rujukan dan panduan anda:

        1. Log masuk portal MySikap;
        2. Pada halaman utama, pilih KENDERAAN;
        3. Kemudian, pilih PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK KENDERAAN (PEMILIK BAHARU)
        4. Masukkan NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN dan klik Seterusnya;
        5. Pengisytiharaan Kenderaan – Pilih Semenanjung, kemudian klik Setuju;
        6. Masukkan maklumat pembayaran (Kad Kredit/Debit) dan klik Bayar;
        7. Sahkan maklumat, kemudian klik Teruskan;
        8. Cetak resit dan bawa ke mana-mana pejabat JPJ berdekatan untuk proses lanjut.

ii. Cara Tukar Nama Kereta Owner Meninggal Dunia

Secara amnya, proses tukar nama kereta owner meninggal dunia boleh menjadi sedikit rumit jika pemilik asal tidak meninggalkan sebarang wasiat terhadap harta yang ditinggalkan. Jika situasi ini berlaku, waris perlu membuat permohonan terlebih dahulu di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah bagi menetapkan individu yang berhak terhadap harta yang ditinggalkan. Carsome menyenaraikan panduan lengkap cara tukar nama kereta jika penama pada geran kereta atau pemilik asal (owner kereta) meninggal dunia seperti berikut untuk rujukan dan panduan anda:

1. Pembahagian Harta Pusaka Kecil

Jika pemilik asal tidak meninggalkan sebarang wasiat, waris boleh membuat permohonan pembahagian harta pusaka kecil terlebih dahulu. Langkah-langkah permohonan harta pusaka kecil boleh didapati di sini. Setelah proses pengagihan harta selesai, pihak waris akan menerima surat perintah pembahagian ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan oleh pemilik asal berdaftar yang telah meninggal dunia.

Waris yang memperoleh kenderaan atas nama si mati perlu melakukan proses tukar nama kereta (tukar hak milik kenderaan) menggunakan surat perintah pembahagian sebagai bukti pengesahan atau sokongan pemilikan baharu.

Pembaharuan cukai jalan atau road tax kereta bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik yang telah meninggal dunia hanya boleh diperbaharui SEKALI SAHAJA untuk tempoh enam (6) bulan oleh waris terdekat. Setelah tamat tempoh enam (6) bulan, pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan tersebut TIDAK lagi boleh dilakukan.

Waris disarankan untuk membuat permohonan tukar hak milik kenderaan dengan segera sebelum cukai jalan tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Bagi proses pembaharuan cukai jalan kenderaan (owner kereta meninggal dunia), urusan pembaharuan cukai jalan hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ sahaja.

2. Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Hak Milik

Sebelum proses tukar nama motor atau tukar nama kereta dilakukan, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori di Puspakom. Bagi urusan pemeriksaan Puspakom tukar nama ini, waris perlu membawa kenderaan dan geran asal ke Puspakom untuk pemeriksaan. Setelah selesai, pihak Puspakom akan mengeluarkan Laporan B5 Puspakom yang akan digunakan semasa proses tukar hak milik kenderaan di JPJ.

Waris disarankan untuk menyelesaikan urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan tukar nama kereta di Puspakom. Ini kerana, urusan pembahagian harta mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding tempoh sah laku laporan B5 Puspakom yang hanya boleh diguna pakai dalam tempoh 30 hari sahaja daripada tarikh pemeriksaan.

3. Proses Tukar Nama JPJ

Setelah pengesahan milikan baharu kenderaan diterima daripada pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah, dan waris telah mendapat kelulusan pemeriksaan tukar hak milik kenderaan (Laporan B5) daripada Puspakom – waris boleh memulakan proses tukar nama kereta di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan berdekatan. Waris perlu mengisi butiran yang diperlukan serta mengemukakan dokumen asal dan menjelaskan bayaran tukar nama kereta.

Harga Tukar Nama Kereta 2022

Secara amnya, proses tukar nama kenderaan di JPJ tertakluk kepada kadar bayaran tertentu. Carsome menyenaraikan senarai harga tukar nama kereta untuk panduan anda seperti berikut:

Kategori Kenderaan Kos Tukar Nama Kereta
Motosikal RM3.00
Motokar RM100.00
Kenderaan Perdagangan RM40.00
Kenderaan Off Road RM100.00

Selain itu, anda boleh merujuk senarai lengkap dokumen diperlukan dan borang tukar nama JPJ seperti dinyatakan di sini. Bawa bersama sijil kematian asal pemilik kenderaan (sebagai persediaan sekiranya diminta). Anda juga disarankan untuk memperbaharui insurans kereta terlebih dahulu kerana insurans sedia ada akan terbatal secara automatik setelah hak milikan kenderaan bertukar.

Secara amnya, proses tukar nama kereta secara online (owner kereta meninggal dunia) melalui portal (MyEG tukar nama) tidak boleh dilakukan. Ini kerana, ia memerlukan pengesahan kad pengenalan dan cap jari biometrik pemohon. Selain itu, proses tukar hak milik kenderaan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Hak Milik Secara Sukarela. Oleh sebab itu, ia perlu dirujuk kepada mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan berdekatan untuk semakan dokumen sokongan dan urusan-urusan lain (jika perlu).

autos, bm, cars, cara tukar nama kereta online, bayaran tukar nama kereta & borang tukar nama jpj

Syarat Tukar Nama Kereta, Dokumen untuk Tukar Nama Kereta

Pemohon yang ingin melakukan prosedur tukar hak milik kenderaan secara sukarela atau tukar nama kereta owner meninggal dunia perlu melengkapkan borang serta mengemukakan dokumen tukar nama JPJ seperti berikut:

i. Dokumen Tukar Nama Kereta Secara Sukarela

Untuk melakukan proses tukar hak milik kenderaan, terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan dokumen tukar nama kereta yang perlu disediakan.

a. Syarat Am Tukar Hak Milik Kenderaan

Carsome menyenaraikan syarat am tukar hak milik kenderaan secara sukarela seperti berikut:

        1. Pemilik asal berdaftar (penjual) dan pemilik baharu (pembeli) perlu hadir sendiri ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan berdekatan bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik;
        2. Wakil hanya dibenarkan bagi pihak pemilik asal berdaftar atau pemilik baharu bagi kenderaan selain milik persendirian individu;
        3. Tiada sekatan terhadap urus niaga tukar hak milik seperti rekod tuntutan hak milik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senarai hitam dan sebagainya;
        4. Kenderaan motor (kecuali motosikal) telah menjalani pemeriksaan di Puspakom;
        5. Permit kenderaan perdagangan pemilik asal berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;
        6. Fi yang ditetapkan telah dijelaskan;
        7. Beberapa dokumen asas perlu disediakan oleh pemilik asal berdaftar dan pemilik baharu:
          • Pengesahan identiti individu pemilik asal berdaftar dan pemilik baharu seperti dokumen pengenalan diri (MyKad, MyTentera, MyPR atau pasport);
          • Pengesahan identiti untuk kerajaan/ bank/ syarikat/ kewangan/ insurans/ pertubuhan/ koperasi/ syarikat sendirian berhad/ syarikat berhad/ perniagaan milikan tunggal/ perniagaan perkongsian/ badan berkanun/ pihak berkuasa tempatan/ kedutaan/ pesuruhjaya tinggi/ konsulat/ pertubuhan antarabangsa:
            1. Salinan Borang 49;
            2. Salinan resolusi/minit mesyuarat berkenaan persetujuan penjualan kenderaan;
            3. Borang 9 atau Borang 13 yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana yang berkaitan; atau
            4. Salinan Borang D yang disahkan SSM; atau
            5. Apa-apa dokumen lain yang berkaitan Pengesahan Identiti; dan
            6. Surat persetujuan penjualan kenderaan motor.
          • Surat rasmi lantikan wakil hendaklah di bawa bersama. Wakil juga perlu mengemukakan pengesahan identiti individu (dokumen pengenalan diri – MyKad, MyTentera, MyPR atau pasport;
          • Borang JPJK3 yang telah lengkap diisi;
          • Perakuan pendaftaran kenderaan motor.

b. Syarat Khas Tukar Hak Milik Kenderaan

Carsome menyenaraikan syarat khas tukar hak milik kenderaan secara sukarela seperti berikut:

        1. Salinan pasport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia mengikut lokasi semasa pemilik asal berdaftar; atau
        2. Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik asal berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia mengikut lokasi semasa pemilik asal berdaftar – Jika pemilik asal berdaftar berada di luar negara;
        3. Perintah Mahkamah – Jika pemilik asal berdaftar tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi:
        4. Surat persetujuan penjualan kenderaan; atau
        5. Salinan borang 59 atau borang 70 atau borang 72 yang disahkan oleh SSM – Jika kenderaan milik syarikat/perkongsian yang telah muflis atau dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers atau Liquidators
        6. Bagi Kenderaan Perdagangan:
          • Kenderaan off-road perlu menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;
          • Kenderaan jentera/kenderaan bomba/trak tunda/kenderaan mayat perlu menjalani pemeriksaan awalan PG11A/ PG13B;
          • Surat pembatalan permit atau surat kelulusan ubah syarat oleh SPAD/ LPKP/ Kementerian Pelancongan;
          • Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubah syarat;
          • Borang JPJK1 yang telah lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled; atau
          • Borang JPJK11 yang telah lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;
          • Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan/MITI/Kastam yang telah disahkan (jika berkenaan).

ii. Dokumen Tukar Nama Kereta Owner Meninggal

Untuk melakukan proses tukar hak milik kenderaan, terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan dokumen tukar nama kereta yang perlu disediakan. Carsome menyenaraikan syarat dan dokumen yang diperlukan untuk tukar nama kenderaan owner meninggal dunia seperti berikut:

      1. Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah; atau
      2. Salinan Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) yang disahkan oleh Mahkamah; atau
      3. Salinan Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) yang disahkan oleh Mahkamah; atau
      4. Salinan Perintah Pembahagian/Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; atau
      5. Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah;
      6. Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama dan dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan/Majistret/Hakim jika Perintah Faraid tidak menyatakan penama/pewaris kepada kenderaan motor milik si mati;
      7. Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah; atau
      8. Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Pemohon juga turut dinasihatkan untuk hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk melancarkan dan memudahkan proses tukar hak milik kenderaan. Pemohon yang menghantar wakil perlu mengisi borang lain beserta maklumat pengesahan identiti.

autos, bm, cars, cara tukar nama kereta online, bayaran tukar nama kereta & borang tukar nama jpj

Nota: Maklumat, dokumen dan cara tukar hak milik kenderaan yang dinyatakan adalah tertakluk pada perubahan atau pindaan semasa oleh pihak JPJ atau institusi lain yang berkaitan. 

Beli Kereta Terpakai: Proses Tukar Hak Milik Kenderaan

Selain itu, jika anda telah membeli kereta terpakai namun tidak sempat tukar hak milik kenderaan kerana owner meninggal dunia, anda boleh mendapatkan bantuan waris si mati untuk membantu anda. Minta bantuan waris untuk menukar hak milik kenderaan kepada nama waris terlebih dahulu. Setelah selesai, mulakan proses tukar hak milik kenderaan antara pihak waris dan pihak anda pula.

Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan tukar nama kenderaan. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan mana-mana model kereta terpakai, layari laman web rasmi Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menyediakan pelbagai pilihan kereta terpakai terbaik dan berkualiti dengan tawaran harga yang menarik dan berpatutan.

Keyword: Cara Tukar Nama Kereta Online, Bayaran Tukar Nama Kereta & Borang Tukar Nama JPJ

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel