Pembaharuan cukai jalan atau renew roadtax dan insurans kereta merupakan aktiviti tahunan yang perlu dilakukan terutamanya jika anda memiliki kenderaan sendiri. Sesuai dengan saranan kerajaan dan amalan norma baharu, pelbagai perkhidmatan dalam negara seperti pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan kini boleh diakses dan dilakukan secara online. Ia sekali gus mengalakkan masyarakat mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya dengan peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

autos, bm, cars, cara ‘renew’ roadtax atau pembaharuan cukai jalan dan insurans secara online

Pembaharuan Cukai Jalan atau Renew Roadtax dan Insurans Kereta Secara Online

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia bagi mengekang penularan wabak Covid-19 semestinya merencatkan perancangan atau aktiviti yang telah dirancang. Namun begitu, ia perlu dilakukan untuk membantu melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 dengan segera bagi mengurangkan tekanan khususnya buat pekerja barisan hadapan. Bagi mengalakkan anda untuk kekal duduk di rumah, Carsome menyenaraikan cara renew roadtax dan insurans kereta secara online untuk memudahkan anda.

Apa itu Roadtax atau Cukai Jalan?

Cukai jalan atau roadtax kenderaan merupakan sejenis cukai yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Kadar cukai jalan adalah tetap dan tidak berubah, ia hanya dibezakan oleh nilai insurans kenderaan anda sahaja. Tempoh pembaharuan cukai jalan boleh dibuat untuk tempoh 6 bulan atau 12 bulan bergantung pada pilihan anda.

Apa itu Insurans Kereta?

Insuran kereta merujuk kepada perlindungan yang dibeli oleh pemilik kereta. Ia bertujuan untuk melindungi pengguna dan membantu mengurangkan kos yang berkaitan sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kereta. Di Malaysia, terdapat tiga (3) jenis insurans kereta yang boleh dipilih yang menawarkan perlindungan kepada pelbagai jenis risiko.

Artikel Berkaitan: Jenis, Harga dan Perbandingan Polisi Insurans Kereta di Malaysia

Senarai Semak Sebelum Anda Perbaharui Cukai Jalan dan Insurans Kereta

Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut sebelum anda memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta anda:

  1. Periksa tarikh tamat tempoh insurans dan cukai jalan anda;
  2. Pastikan anda bawa bersama dokumen diperlukan seperti geran kenderaan, salinan cover note insurans tahun sebelumnya untuk rujukan dan memudahkan urusan;
  3. Pastikan kenderaan anda bebas saman. Anda tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan sekiranya anda mempunyai tunggakan saman yang belum dilunaskan. Anda boleh melakukan semakan saman trafik, JPJ dan AES secara online;
  4. Kenal pasti nilai semasa atau harga pasaran semasa kenderaan anda;
  5. Tentukan jenis insurans yang ingin dipilih, perlindungan tambahan (jika perlu) dan bandingkan polisi insurans di Malaysia untuk mendapatkan polisi perlindungan yang terbaik.

Artikel Berkaitan: Tips Beli Insurans Kereta di Malaysia

autos, bm, cars, cara ‘renew’ roadtax atau pembaharuan cukai jalan dan insurans secara online

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kereta Secara Online dalam Masa Kurang 5 Minit

Secara amnya, anda perlu memperbaharui insurans kenderaan anda terlebih dahulu sebelum anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan anda. Berikut merupakan cara perbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan secara online untuk panduan anda:

Cara Renew Insurans Secara Online

Carsome menyenaraikan cara untuk perbaharui insurans kereta secara dalam talian untuk anda yang pertama kali ingin menggunakan aplikasi ini:

      1. Layari laman web MyEG – jika anda merupakan pengguna baharu, anda perlu mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu dengan menekan butang “Daftar Sekarang” atau Register Now;
      2. Isi maklumat yang diperlukan. Selain memperbaharui cukai jalan kenderaan anda, MyEG juga turut menyediakan perkhidmatan pembaharuan atau renew lesen memandu secara online;
      3. Setelah selesai mendaftar, klik butang “Daftar Masuk” atau Login;
      4. Klik pada menu “Perkhidmatan” di bahagian atas laman web;
      5. Kemudian, klik ikon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
      6. Seterusnya, klik butang “Perbaharui Auto Insuran”;
      7. Skrin akan memaparkan senarai syarikat yang menawarkan perkhidmatan insurans atau takaful menerusi MyEG;
      8. Klik pada ikon syarikat insurans atau takaful pilihan – AIG, Zurich Takaful, eTIQA Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia;
      9. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan isi maklumat yang diminta;
      10. Kelayakan NCD anda akan dipaparkan setelah anda memasukkan nombor kad pengenalan;
      11. Anda boleh menetapkan amaun yang ingin dilindungi. Namun begitu, ia tertakluk pada harga pasaran semasa kereta anda;
      12. Masukkan maklumat pemandu kedua (jika ada). Anda juga boleh memilih manfaat perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin (windscreen, window dan sunroof), perlindungan bencana seperti banjir, perlindungan aksesori kereta dan lain-lain;
      13. Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, sebut harga penuh termasuk caj yang dikenakan akan dipaparkan. Anda boleh meneruskan transaksi dengan melakukan pembayaran jika anda bersetuju dengan harga yang dipaparkan;
      14. Pastikan segala maklumat yang diisi adalah betul dan tepat. Kaedah pembayaran boleh dilakukan sama ada menggunakan kad kredit/kad debit atau melalui perbankan dalam talian seperti Maybank2U, RHB Online, Public Bank Online dan sebagainya;
      15. Setelah pembayaran dibuat, anda boleh memuat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) sebagai rujukan anda.

autos, bm, cars, cara ‘renew’ roadtax atau pembaharuan cukai jalan dan insurans secara online

Cara Renew Roadtax atau Cukai Jalan Secara Online

Setelah selesai memperbaharui insurans kereta anda, anda boleh meneruskan proses pembaharuan cukai jalan anda menggunakan MyEG. Walaupun anda menggunakan perkhidmatan ejen insurans dan tidak menggunakan platform MyEG untuk memperbaharui insurans kereta anda, anda masih boleh menggunakan platform ini untuk memperbaharui cukai jalan kereta anda.

      1. Log masuk ke dalam laman web MyEG dan klik pada ikon Jabatan Pengangkutan Jalan;
      2. Klik pada butang “Perbaharui Cukai Jalan” atau Road Tax Renewal;
      3. Kemudian, lengkapkan segala maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, alamat e-mel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh pembaharuan cukai jalan;
      4. Anda boleh memilih pilihan penghantaran cukai jalan kereta anda – ambil sendiri di Pejabat MyEG berdekatan atau penghantaran terus melalui kurier ke alamat pilihan. Namun begitu, penghantaran ke alamat pilihan (rumah atau pejabat) tertakluk pada caj penghantaran;
      5. Caj RM6 dikenakan bagi penghantaran di sekitar Lembah Klang (dalam tempoh 2 hari bekerja), RM8 bagi kawasan semenanjung Malaysia (antara 2-5 hari bekerja bergantung pada lokasi) dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak (dalam tempoh 5 hari bekerja);
      6. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspres untuk penghantaran yang lebih cepat (penghantaran dalam tempoh 6 jam dengan caj RM20). Namun begitu, perkhidmatan ekspres ini hanya tersedia di sekitar Lembah Klang sahaja buat masa ini;
      7. Pastikan segala maklumat yang diisi adalah tepat. Sebut harga dan caj yang dikenakan akan dipaparkan pada skrin. Jika anda bersetuju dengan sebut harga tersebut, tekan butang Confirm & Pay;
      8. Anda boleh melakukan pembayaran menggunakan kad kredit/kad debit atau melalui perbankan dalam talian yang disediakan untuk melengkapkan transaksi;
      9. Muat turun resit pembayaran dan simpan sebagai rujukan;
      10. Tunggu sehingga cukai jalan dihantar ke rumah anda berdasarkan alamat yang diberikan. Jika perlu ke mana-mana dalam masa terdekat, cetak slip sementara sebagai bukti bahawa anda sudah memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta anda.

autos, bm, cars, cara ‘renew’ roadtax atau pembaharuan cukai jalan dan insurans secara online

Cara Renew Roadtax Kereta Secara Offline di Pejabat Pos, JPJ

Selain pembaharuan cukai jalan (roadtax) dan insurans kereta secara online, pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta juga boleh dilakukan di mana-mana Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri atau Cawangan, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad.

Cara Renew Roadtax di Pejabat Pos (Kereta dan Motor)

Carsome berkongsi cara untuk perbaharui cukai jalan di Pejabat Pos seperti berikut untuk panduan anda:

        1. Sediakan dokumen yang diperlukan (sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans sedia ada;
        2. Hadir ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran anda. Senarai penuh lokasi Pejabat Pos yang boleh memperbaharui (renew) roadtax boleh dirujuk di sini;
        3. Ambil nombor dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;
        4. Serahkan dokumen diperlukan kepada kakitangan bertugas;
        5. Tunggu sehingga selesai.

Cara Renew Roadtax di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) (Kereta dan Motor)

Carsome berkongsi cara untuk perbaharui cukai jalan di di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) seperti berikut untuk panduan anda:

        1. Sediakan dokumen yang diperlukan (sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans sedia ada;
        2. Hadir ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran anda. Senarai penuh Pejabat JPJ dan lokasi UTC di seluruh Malaysia boleh dirujuk di sini;
        3. Ambil nombor dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;
        4. Serahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;
        5. Tunggu sehingga selesai.

Semoga perkongsian mengenai cara renew roadtax kereta secara online ini dapat membantu memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan anda tanpa perlu keluar rumah. Ia juga membantu mengelakkan anda daripada disaman disebabkan oleh cukai jalan yang tamat tempoh terutamanya semasa melalui sekatan jalan raya.

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Keyword: Cara ‘Renew’ Roadtax atau Pembaharuan Cukai Jalan dan Insurans Secara Online

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel