Kebanyakan pemilik kereta memilih untuk cuci kereta sendiri di rumah kerana beranggapan ia lebih bersih dan lebih kemas berbanding cuci kereta di pusat mencuci kereta atau car wash. Selain menjimatkan wang ringgit, aktiviti mencuci kereta di rumah boleh dijadikan aktiviti riadah dan senaman sihat bersama keluarga yang tersayang. Namun begitu, bagi pemilik baharu misalnya, anda disarankan untuk mengikuti kaedah cuci kereta yang betul kerana jika silap langkah, ia boleh mengakibatkan peningkatan kos untuk membaiki kesan calar dan kerosakan pada warna cat kereta.

Cuci kereta dengan kaedah yang betul bukanlah suatu perkara yang sukar. Ia bukan sahaja menjadikan kereta anda tampil lebih bersih, malah kaedah cuci kereta yang betul dalam menjadikan warna cat kereta tahan lebih lama.

autos, bm, cars, cara cuci kereta, tips cuci enjin dan polish kereta dengan betul

3 Kaedah Cuci Kereta di Malaysia

Sebelum mengetahui tips dan cara cuci kereta dengan baik untuk mengelakkan kerosakan pada warna cat kereta anda, Carsome menyenaraikan tiga kaedah cuci kereta yang biasa digunakan di Malaysia untuk panduan anda:

1. Cucian Manual atau Handwashing

Cuci kereta secara manual merupakan kaedah paling selamat untuk mencuci kereta anda. Ia merupakan kaedah yang paling biasa dan banyak ditemui di Malaysia. Biasanya, pekerja akan membilas kereta anda dengan air bersih sebelum menyembur semburan buih pada kereta anda. Kemudian, pekerja akan menyental sebarang kekotoran pada kereta menggunakan kain mikrofiber. Secara amnya, kaedah ini lebih efektif berbanding kaedah cucian lain kerana ia berkesan menanggalkan kekotoran pada kereta dengan cara yang lembut dan berhemah.

Kebaikan:

        • Mampu menanggalkan kotoran degil dengan selamat;
        • Mengurangkan kesan calar.

Kekurangan:

        • Biasanya lebih mahal antara RM10 hingga RM30 (bergantung pada jenis cucian) berbanding cucian automatik;
        • Boleh memakan masa kira-kira 30 minit untuk disiapkan;
        • Memerlukan amaun air yang banyak.

2. Cucian Tanpa Air atau Waterless Car Wash

Kaedah cuci kereta tanpa air ini hanya memerlukan dua jenis bahan – bahan semburan dalam botol dan tuala mikrofiber yang akan digunakan untuk mengelap kenderaan anda. Namun begitu, kaedah ini tidak begitu berkesan menghilangkan kotoran-kotoran tertentu. Malah dalam sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan calar pada bahagian badan kereta anda kerana kotoran akan diseret semasa proses pembersihan.

Kebaikan:

        • Menjimatkan air kerana air langsung tidak digunakan;
        • Boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang bersesuaian, tidak terhad di lokasi dengan punca air sahaja;
        • Lebih cepat berbanding cucian tangan.

Kekurangan:

        • Tidak berkesan dalam menanggalkan kotoran degil;
        • Berkemungkinan boleh menyebabkan calar.

3. Cucian Automatik atau Automatic Washing

Mesin cuci kereta automatik atau pusat cuci kereta layan diri merupakan antara kaedah cuci kereta yang paling biasa digunakan dan senang ditemui di Malaysia. Terowong cuci kereta ini biasanya dijumpai di lokasi-lokasi tertentu seperti stesen minyak atau tempat tumpuan orang ramai. Kereta akan digerakkan menggunakan tali sawat yang akan membawa kereta melalui berus dan penyembur air automatik, dan pembersihan boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan efisien tanpa menggunakan tenaga manusia.

Kebaikan:

        • Murah, mudah dan cepat.

Kekurangan:

        • Bahan kimia pembersihan yang digunakan terlalu kuat dan boleh merosakkan warna cat kereta dan lapisan wax;
        • Boleh mengakibatkan calar, kerosakan bahagian luar badan kereta.

Tips Cuci Kereta dengan Betul dan Perkara yang Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Kereta

Amalah kaedah cuci kereta yang salah bukan sahaja boleh mencalarkan bahagian luaran kereta anda tetapi boleh mengakibatkan kerosakan dan memudarkan warna cat kereta. Oleh sebab itu, Carsome menyenaraikan panduan yang boleh anda ikuti semasa mencuci kereta untuk memastikan warna cat kereta anda tahan lebih lama.

1. Cuci Kereta di Tempat Teduh

Ada pemilik kereta beranggapan mencuci kereta semasa cuaca panas terik merupakan amalan yang betul kerana proses pengeringan tidak memakan masa yang lama. Lazimnya, anda tidak disarankan untuk mencuci kereta terutamanya ketika panas terik. Ini kerana, bahang daripada cahaya matahari akan menyebabkan sisa sabun dan kotoran kering dengan lebih cepat sekali gus meninggalkan tompokan air (waterspot) yang boleh menjejaskan dan memudarkan warna asal cat kereta. Masa yang paling sesuai untuk mencuci kereta adalah pada awal pagi, lewat petang atau ketika cuaca redup atau sejuk.

2. Basuh dan Bilas dengan Betul

Selain itu, anda disarankan untuk cuci kereta bermula dari bahagian bumbung ke bahagian bawah. Elakkan mencuci kereta bermula dari bawah ke bahagian atas, ia akan menyebabkan air sisa kotoran mengalir ke bawah semula dan meninggalkan kotoran dan melekat pada bahagian yang sudah dicuci. Sisa kotoran yang tertinggal ini boleh menyebabkan kerosakan pada warna cat kereta anda. Oleh itu, amalkan tabiat mencuci kereta dari atas ke bawah supaya air kotoran mengalir ke tanah tanpa meninggalkan kotoran pada bahagian yang sudah dicuci tadi.

Sabun Cuci Kereta

Pemilihan sabun dan bahan pencuci kereta yang betul dapat mengelakkan kerosakan pada warna cat kereta anda. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis sabun pencuci khusus untuk kereta yang boleh anda gunakan untuk mencuci kereta anda. Biasanya, sabun cuci kereta mempunyai kelebihan yang tersendiri bergantung pada jenama yang dipilih. Lakukan tinjauan sebelum memilih sabun cuci kereta yang sesuai dan pilih bahan pencuci yang terbaik mengikut kesesuaian dan tujuan penggunaan. Bahan pencuci khusus untuk kereta mempunyai pH yang seimbang yang direka khusus untuk melindungi dan mengelakkan calar pada permukaan bercat.

Kebanyakan pemilik kereta menggunakan sabun pencuci pinggan atau baju untuk mencuci kereta. Penggunaan sabun sebegini boleh melunturkan warna cat kereta anda kerana ia mengandungi bahan detergen yang kuat. Meskipun sabun pencuci pinggan boleh menghilangkan kotoran dan minyak pada badan kereta, ia boleh memberi impak negatif terhadap lapisan cat dan permukaan kereta anda.

3. Guna Span Lembut atau Kain Mikrofiber

Kebanyakan pemilik kereta beranggapan penggunaan kain biasa atau kain mikrofiber tidak memberi kesan yang signifikan semasa mencuci kereta. Namun sebenarnya, kain biasa bukanlah pilihan yang baik dan tidak sesuai digunakan untuk mencuci kereta. Anda disarankan untuk menggunakan span lembut atau kain jenis mikrofiber untuk mencuci kereta anda. Span lembut dan kain mikrofiber dapat menjaga bahagian luar kereta dan mengelakkan kesan calar yang boleh menjejaskan nilai kosmetik kereta anda. Penggunaan kain mikrofiber adalah disyorkan kerana ia mudah menyerap air sekali gus menjadikan hasil cucian lebih kemas dan bersih.

4. Guna Kaedah Cucian Dua Baldi atau Two Bucket System

Amalkan kaedah dua baldi semasa membasuh kereta anda – satu baldi digunakan untuk mengisi air sabun (basuhan) manakala satu lagi baldi digunakan untuk mengisi air bilasan. Jika anda menggunakan baldi yang sama untuk mencuci dan membilas kereta anda, besar kemungkinan air basuhan tadi bercampur dengan pasir, batu-batu halus dan sisa kotoran yang tertinggal semasa mencuci permukaan kereta anda. Kotoran ini yang melekat pada baldi akan bercampur dengan air bilasan dan boleh merosakkan dan mengotorkan kembali kereta anda.

Dalam sesetengah keadaan, ia boleh mencalarkan permukaan cat dan menjadikan warna cat kelihatan lebih kusam. Kaedah cucian dua baldi merupakan salah satu kaedah terbaik untuk memastikan anda tidak mencalarkan cat kereta secara tidak sengaja semasa mencuci kereta anda.

5. Keringkan dan Kilatkan

Antara kesilapan yang sering dilakukan semasa membersihkan kereta ialah membiarkan sisa air bilasan kering dengan sendirinya. Sisa air yang dibiarkan akan meninggalkan kesan tompokan air pada badan kereta. Malah, jika ia dijadikan amalan, ia boleh merosakkan warna cat kereta anda untuk jangka masa panjang. Anda disarankan untuk mengelap badan kereta anda setiap kali selepas dicuci dengan menggunakan kain tuala kering untuk menjaga warna cat kereta supaya tahan lebih lama.

Elakkan penggunaan tuala biasa – gunakan material seperti kulit chamois (jenis sintetik atau asli) untuk mengelap badan kereta anda. Kulit chamois asli mempunyai daya serapan kelembapan yang tinggi dan tidak menjejaskan warna cat kereta. Manakala, kulit chamois sintentik menyerap lebih banyak kelembapan berbanding kulit chamois asli dan dijual pada harga yang lebih murah serta tahan lebih lama. Selain itu, anda juga disarankan untuk melakukan polish dan wax kereta secara berkala untuk memastikan bahagian luaran kereta anda berada dalam keadaan baik.

Apa itu Polish dan Wax Kereta?

Polish dan wax kereta merupakan antara elemen penjagaan kereta yang disarankan untuk mengilatkan dan melindungi warna cat kereta anda.

        1. Polish kereta berfungsi untuk menggilatkan kereta anda, menghilangkan kotoran degil dan kesan calar-calar halus. Anda disarankan untuk melakukan polish kereta sekurang-kurangnya dua kali setahun.
        2. Wax pula digunakan selepas anda melakukan polish kereta untuk menambah lapisan sinar yang berfungsi sebagai lapisan perlindungan warna cat asal kereta. Wax kereta dapat melindungi kereta daripada sinaran UV, menghalang pengumpulan debu dan partikel lain yang boleh merosakkan dan memudarkan warna cat kereta. Ia juga dapat mengurangkan kelembapan yang boleh menyebabkan hakisan atau karat. Anda disarankan untuk melakukan wax kereta sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.

Artikel Berkaitan: Prosedur Lengkap Tukar Warna Cat Kereta atau Warna Kenderaan oleh JPJ

autos, bm, cars, cara cuci kereta, tips cuci enjin dan polish kereta dengan betul

Cara Cuci Enjin dan Kusyen Kereta

Selain tips cuci kereta dengan betul dan perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa cuci kereta, Carsome turut menyenaraikan cara cuci enjin kereta dan cara cuci kusyen kereta seperti berikut:

i. Cara Cuci Enjin Kereta

Secara amnya, perbuatan cuci enjin kereta tidak akan meningkatkan prestasi atau memanjangkan jangka hayat enjin kereta anda. Namun jika dibiarkan, ia boleh merosakkan komponen-komponen tertentu dalam jangka masa panjang.

      1. Periksa bahagian komponen elektrik yang boleh menyebabkan litar pintas dan balut dengan plastik untuk mengelakkan daripada terkena air;
      2. Sembur enjin menggunakan air bertekanan rendah untuk menghilangkan debu atau kotoran terutamanya pada bahagian yang sukar dijangkau;
      3. Letakkan bahan cucian khas yang boleh menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin. Anda juga boleh menggunakan bahan alternatif seperti minyak tanah;
      4. Kemudian, gosok bahagian ini menggunakan berus halus dengan perlahan. Anda juga boleh menggunakan berus gigi atau mana-mana jenis berus yang dijual di kedai perkakasan untuk membersihkan di bahagian celah-celah;
      5. Bilas enjin menggunakan air bersih untuk menghilangkan sisa kotoran termasuk sisa sabun yang melekat pada enjin;
      6. Jika ada pistol angin, gunakan untuk membersihkan sisa air di bahagian celah;
      7. Untuk mengelakkan kesan tompok air (waterspot) dan memastikan enjin kering dengan sempurna, biarkan bonet berada dalam keadaan terbuka selama beberapa jam;
      8. Setelah kering sepenuhnya, buka balutan plastik pada komponen elektrik;
      9. Kemudian, hidupkan enjin dan periksa semua komponen elektrik seperti lampu depan, lampu kecemasan, lampu brek, singal dan lain-lain berfungsi dalam keadaan baik.

ii. Cara Cuci Kusyen atau Seat Kereta

Biasanya, cucian kusyen atau seat kereta di pusat cucian kereta menelan belanja yang agak mahal. Harga cuci kusyen kereta biasanya bergantung pada jenis kereta, biasanya antara RM150 hingga RM300 bergantung pada jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Namun begitu, jika anda ingin membersihkan sendiri kusyen kereta anda, Carsome menyediakan panduan berikut untuk anda:

      1. Buka kerusi, keluarkan dan basahkan kusyen;
      2. Kemudian lumurkan sabun atau bahan pencuci serbaguna pada bahagian yang ingin dibersihkan dan biarkan selama beberapa minit;
      3. Gosok bahagian yang ingin dibersihkan hingga hilang segala kesan degil dan kekotoran. Gunakan berus lembut untuk mengelakkan kerosakan pada material tempat duduk kereta anda;
      4. Setelah selesai, jirus dengan air sehingga bersih;
      5. Jemur kusyen untuk sekurang-kurangnya dua hari sehingga kusyen kereta betul-betul kering di bawah cahaya matahari;
      6. Selepas kering, pasangkan semula kerusi;
      7. Namun begitu, pastikan anda menggunakan bahan pencuci yang bersesuaian mengikut jenis fabrik atau jenis kulit tempat duduk kereta anda untuk mengelakkan kerosakan.

autos, bm, cars, cara cuci kereta, tips cuci enjin dan polish kereta dengan betul

Diharapkan perkongsian Carsome kali ini mengenai tips cuci kereta yang betul dapat dijadikan panduan buat pemilik-pemilik kereta. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Keyword: Cara Cuci Kereta, Tips Cuci Enjin dan Polish Kereta dengan Betul

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel