Rakyat Malaysia kini semakin bijak dalam memanfaatkan penggunaan teknologi dan internet dalam kehidupan seharian. Kecanggihan dan kemajuan teknologi hari ini memudahkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya di Malaysia untuk check saman polis atau semak saman JPJ yang tertunggak secara online dengan mudah dan cepat. Jika dahulu proses semak saman polis atau PDRM perlu dilakukan secara bersemuka atau memerlukan anda untuk beratur panjang di kaunter-kaunter saman. Namun kini, segala urusan berkaitan daripada check saman polis sehinggalah pembayaran saman boleh dilakukan di hujung jari dari rumah.

autos, bm, cars, cara check saman polis, semak saman jpj secara online yang perlu anda tahu

Cara Check Saman Polis atau Semak Saman Polis, JPJ Secara Online

Selari dengan perkembangan dan kemajuan teknologi, kebanyakan sistem tradisional yang memerlukan anda untuk beratur panjang sebelum ini kini boleh diakses secara online sekali gus dapat meminimumkan pergerakan dan menjimatkan masa anda. Semakan saman polis atau PDRM, semakan saman JPJ, semakan saman trafik kini boleh dilakukan dengan mudah secara online. Carsome menyenaraikan lima cara check saman polis secara online untuk panduan dan rujukan anda:

1. Check Saman: MyEG

MyEG merupakan salah satu portal yang menawarkan perkhidmatan check saman polis, JPJ, trafik secara online. Selain semak saman, portal ini juga membolehkan pengguna renew cukai jalan kenderaan, renew lesen memandu dan penggantian MyKad. Malah, anda juga boleh memperbaharui permit pembantu rumah dan permit pekerja asing.

Cara Check Saman Melalui MyEG

Anda boleh merujuk panduan ringkas cara menggunakan MyEG untuk check saman polis yang tertunggak seperti berikut:

    1. Layari laman web MyEG;
    2. Log Masuk atau Login menggunakan akaun yang telah didaftarkan. Jika tiada akaun dengan MyEG, anda perlu Create An Account atau Daftar Masuk terlebih dahulu;
    3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada anda ingin semak saman polis, JPJ atau lain-lain;
    4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang Semak;
    5. Maklumat berkaitan saman yang tertunggak akan dipaparkan. Anda juga boleh memilih untuk menyelesaikan tunggakan saman dengan membayar saman secara online.

Selain semak saman polis secara online, anda juga boleh muat turun aplikasi check saman MyEG di Google Play Store untuk memudahkan urusan semakan saman anda melalui aplikasi di telefon pintar anda.

Artikel Berkaitan: Jenis, Harga dan Perbandingan Polisi Insurans Kereta di Malaysia

2. Check Saman: Portal JPJ

Selain itu, anda juga boleh semak saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan saman AES (Automated Enforcement System atau Sistem Penguatkuasaan Jalan Raya Automatik) melalui portal rasmi JPJ. Secara amnya, saman JPJ merujuk rekod notis atau saman yang dikeluarkan ke atas pengguna atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya. Manakala, saman AES pula merujuk kesalahan yang dikesan oleh sistem pengesanan dan perakam kesalahan lalu lintas automatik menggunakan alat pengesan yang dipasang di lokasi-lokasi tertentu.

Cara Check Saman Melalui Portal JPJ

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan sahaja. Semakan saman melalui portal rasmi JPJ tidak memerlukan anda untuk mendaftar masuk sebagai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan ini.

    1. Layari laman web Jabatan Pengangkutan Jalan;
    2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sahaja atau Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Kenderaan sahaja daripada menu dropdown yang tersedia;
    3. Kemudian, pilih jenis pengenalan diri (cth. Orang Awam Malaysia (MyKad);
    4. Masukkan maklumat yang diperlukan, kemudian tekan butang Semak;
    5. Maklumat berkaitan saman JPJ dan saman AES akan dipaparkan untuk tindakan anda selanjutnya.

Saman JPJ atau saman AES boleh dibayar di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan JPJ atau secara online melalui perkhidmatan e-Services. Secara amnya, saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ terbahagi kepada dua jenis seperti berikut:

    • Saman boleh kompaun – perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam slip saman.
    • Saman tidak boleh dikompaun – hendaklah diselesaikan di mahkamah seperti yang ditetapkan dalam slip saman.

autos, bm, cars, cara check saman polis, semak saman jpj secara online yang perlu anda tahu

3. Check Saman: RILEK

RILEK merupakan singkatan bagi Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan. Portal interaktif dalam talian milik kerajaan ini merupakan salah satu daripada enam aplikasi utama kerajaan yang bertujuan untuk memberi akses interaktif kepada orang ramai selari dengan inisiatif e-Services. Selain semak saman trafik secara online, portal ini juga membolehkan anda membuat semakan status insolvensi dan saman DBKL.

    1. Layari laman web RILEK;
    2. Jika anda pengguna baharu, Daftar Masuk sebagai pengguna;
    3. Kemudian Log Masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan;
    4. Klik pada menu Search By, kemudian pilih Semak Saman JPJ atau PDRM;
    5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Semak.

Pembayaran saman menggunakan portal RILEK boleh dibuat secara online menerusi rangkaian perbankan internet yang tersedia di Malaysia seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Public Bank, RHB Online dan sebagainya.

4. Check Saman: SSO PDRM

Sistem Semakan Online (SSO) merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM bagi membolehkan orang awam membuat semakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh PDRM. Perkhidmatan ini termasuk semakan status laporan dan siasatan polis, status semakan saman trafik yang belum dijelaskan dan status pengambilan atau kekosongan jawatan yang terkini.

    1. Layari laman web SSO;
    2. Daftar Akaun anda terlebih dahulu jika anda merupakan pengguna baharu;
    3. Jika anda telah mempunyai akaun sedia ada, Log Masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan anda yang telah ditetapkan;
    4. Klik pada butang Status Saman untuk membuat semakan saman menerusi Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Plat Kenderaan anda.

5. Check Saman: SMS

Saman polis, saman JPJ atau saman trafik juga boleh disemak melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas atau SMS. Namun begitu, check saman polis melalui SMS tertakluk pada caj perkhidmatan sebanyak 15 sen untuk setiap mesej yang dihantar dan 20 sen bagi setiap mesej yang diterima

Cara Check Saman JPJ dan Check Saman Polis SMS

Sekiranya anda ingin menggunakan SMS untuk semak saman polis atau mana-mana saman lain yang tertunggak, berikut merupakan panduan check saman polis melalui SMS untuk rujukan anda:

    • Taip POLISSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888 atau 32728.
    • Contoh – POLIS SAMAN CDK1 atau POLIS SAMAN 920201115394
    • Taip JPJSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888
    • Contoh – JPJ SAMAN CDK1 atau JPJ SAMAN 920201115394

Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat saman anda secara terperinci melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang diberikan:

    • Taip POLISSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaanalamat e-mel dan Hantar ke 15888 atau 32728
    • Contoh – POLIS SAMAN CDK1 [email protected] atau POLIS SAMAN 920201115394 [email protected]

Aplikasi Check Saman: PDRM Lancar Aplikasi Mudah Alih, Portal MyBayar Saman

MyBayar Saman merupakan kaedah alternatif yang menyediakan kemudahan pembayaran saman secara online kepada orang ramai. Pengguna boleh membayar kompaun saman trafik melalui aplikasi mudah alih dan portal ini selain kaedah bayaran lain sedia ada. Ia merupakan salah satu inisiatif Jabatan Siasat dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam mewujudkan ekosistem digital yang lebih baik untuk meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan mudah.

Artikel Berkaitan: Harga Minyak Petrol Minggu Ini untuk RON95, RON97 dan Diesel di Malaysia

Menurut PDRM, pelancaran portal dan aplikasi check saman melalui telefon pintar ini memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membayar saman dengan lebih cepat dan pantas. Selain itu, kaedah ini juga selari dengan dasar kerajaan melalui Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam dan Pelan Pelaksanaan Peningkatan Dalam Talian Kerajaan Secara End to End. Ia juga bertepatan dengan MYDIGITAL yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang 2022.

Cara Semak Saman Melalui Portal dan Aplikasi Check Saman, MyBayar Saman

Berikut merupakan tiga langkah yang perlu diambil untuk membolehkan anda menggunakan portal dan aplikasi ini:

Langkah 1: Pendaftaran

Pengguna perlu memasukkan maklumat diri seperti yang diperlukan. Kemudian, isi pengesahan one time password atau nombor OTP untuk membolehkan pengguna log masuk ke dalam portal atau aplikasi berkenaan.

1. Tekan butang Daftar Pengguna Baharu; 2. Isi maklumat peribadi; 3. Terima dan dan masukkan pengesahan OTP di telefon bimbit;
4. Log masuk Portal/Aplikasi MyBayar Saman.

Langkah 2: Semakan

Setelah selesai pendaftaran dan log masuk, pengguna boleh semak saman polis, trafik atau JPJ yang tertunggak atau perlu dibayar. Selain itu, pengguna aplikasi check saman ini juga akan menerima pemberitahuan saman sekiranya terdapat saman baharu yang dikeluarkan kepada pengguna.

1. Log Masuk Portal/Aplikasi MyBayar Saman; 2. Tekan butang Semakan pada menu utama;
3. Butiran saman akan dipaparkan untuk rujukan anda.

Langkah 3: Pembayaran

Pengguna boleh memilih kaedah pembayaran yang disediakan secara online tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan. Selain itu, pengguna aplikasi check saman ini juga boleh melakukan semakan sejarah transaksi di bahagian aktiviti.

          1. Tekan butang Bayar Saman di butiran saman;
          2. Bagi pengguna aplikasi, tekan butang Saman di bahagian menu utama;
          3. Semak dan pilih saman yang hendak dibayar;
          4. Pilih mod bayaran dan tekan butang Bayar;
          5. Butiran transaksi pembayaran akan dipaparkan.

autos, bm, cars, cara check saman polis, semak saman jpj secara online yang perlu anda tahu

Kredit: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Untuk mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, anda boleh melayari portal atau muat turun aplikasi check saman MyBayar Saman melalui Google Play Store dan Apple Apps Store. Selain itu, pengguna juga boleh melayari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi dan portal MyBayar Saman.

Check Saman Polis: Apa yang Anda Perlu Tahu Berkaitan Saman Polis, Trafik, dan JPJ?

Kami turut menyediakan soalan-soalan lazim berkaitan cara check saman polis seperti berikut bagi untuk panduan dan rujukan anda:

1. Apa yang berlaku sekiranya saya gagal membayar saman trafik?

Kegagalan pesalah trafik untuk melunaskan saman menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) boleh menyebabkan pesalah disenarai hitam dan dikenakan waran tangkap sekali gus menyebabkan pengguna tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan daripada senarai selepas menjelaskan semua tunggakan saman.

2. Siapa yang perlu bertanggungjawab jika kereta terpakai yang dibeli mempunyai saman tertunggak oleh pemilik lama?

Jika anda membeli kereta terpakai dan menyedari kereta baharu anda mempunyai saman tertunggak – anda hanya perlu tunjukkan dokumen pembelian kereta (salinan borang pertukaran nama dan geran baharu) kepada pihak JPJ. Setelah terbukti saman tersebut dikeluarkan sebelum bertukar nama, anda tidak perlu membayar saman bagi pihak pemilik lama.

Namun begitu, jika anda membeli kereta terpakai secara ansuran daripada kenalan anda, anda mungkin perlu berbincang dengan kenalan anda untuk menjelaskan saman tersebut untuk mengelakkan anda daripada tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Selain itu, pastikan anda peka dengan sebarang pengumuman diskaun saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

3. Adakah saman trafik turut ditawarkan diskaun tertentu?

Kebiasaannya, diskaun saman trafik adalah bergantung pada pengumuman semasa. Anda boleh mengikuti laman web atau laman sosial rasmi seperti Facebook atau Instagram Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan kemas kini lanjut berkenaan diskaun atau proses cek saman polis dari semasa ke semasa.

Selain itu, jika anda mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia dengan perkhidmatan yang profesional, telus dan pantas. Namun sebelum itu, pastikan anda cek saman polis atau semak saman polis secara online terlebih dahulu untuk mengelakkan kereta lama anda mempunyai tunggakan saman yang perlu dijelaskan. Ini kerana, ia mungkin boleh melambatkan proses jual beli kereta anda.

Keyword: Cara Check Saman Polis, Semak Saman JPJ Secara Online yang Perlu Anda Tahu

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel