Brek kereta merupakan komponen penting kenderaan yang kurang diberi perhatian oleh kebanyakan pemilik kenderaan. Sebagai pemilik kenderaan, anda disarankan untuk sekurang-kurangnya mengetahui fungsi dan penjagaan asas sistem brek kereta untuk mengelakkan sebarang masalah ketika memandu. Brek kereta secara amnya berfungsi mengawal, memperlahankan dan memberhentikan kenderaan. Oleh sebab itu, komponen ini disyorkan untuk diselenggara secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik. Brek kereta tak makan, haus atau bermasalah boleh menjadi masalah terutamanya semasa berdepan situasi kecemasan yang tidak dijangka.

autos, bm, cars, brek kereta tak makan? 9 tanda brek kereta rosak atau bermasalah yang perlu anda tahu

Brek Kereta Berbunyi? Tanda-Tanda Brek Kereta Perlu Digantikan

Penjagaan dan penyelenggaraan brek kereta merupakan salah satu aspek penting semasa servis kereta yang perlu diberi perhatian. Keadaan brek kereta yang selamat boleh mengurangkan risiko kemalangan seperti terbabas atau terlanggar kenderaan lain. Carsome menyenaraikan sembilan (9) tanda brek kereta rosak untuk panduan dan rujukan anda:

1. Brek Pad Nipis

Brek pad kereta terletak di bahagian tayar depan – ia memberikan geseran yang berfungsi menghentikan dan memperlahankan kenderaan anda. Jika brek pad nipis, ia tidak boleh menjalankan fungsinya secara optimum. Anda boleh lakukan pemeriksaan visual untuk mengetahui status brek pad kereta anda. Brek pad boleh dilihat melalui celahan rim – jika ketebalannya kurang daripada ¼ atau kurang daripada 3 mm, anda disarankan untuk segera tukar brek pad kenderaan anda.

2. Lampu Amaran Brek Tangan Menyala

Lampu amaran brek tangan menyala pada dashboard menandakan potensi masalah pada sistem brek kereta anda. Biasanya, lampu amaran brek tangan menyala sekiranya brek tangan tidak dilepaskan dengan betul. Namun dalam sesetengah keadaan, ia turut menandakan minyak brek tidak berada pada paras yang disyorkan. Anda boleh merujuk manual pemilik anda untuk lebih kepastian.

3. Brek Kereta Berbunyi

Brek kereta dilengkapi dengan sekeping logam kecil yang dikenali sebagai indikator. Ia berfungsi menghasilkan bunyi sekiranya brek pad haus atau nipis. Ia akan bergesel dengan cakera brek atau brake discs, dan brek pad berbunyi nyaring terutamanya semasa menekan brek sebagai amaran kepada pemilik kenderaan bahawa brek pad haus dan perlu digantikan. Dalam sesetengah keadaan, bendasing seperti batu kecil atau karat pada brek pad juga boleh menyebabkan bunyi. Bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Artikel Berkaitan: Kereta Bunyi Berdengung, Bersiul? Masalah Bunyi Kereta Biasa Berlaku yang Perlu Anda Tahu

4. Bau Terbakar, Kereta Bau Hangit

Brek pad yang terlalu panas boleh menyebabkan bau terbakar. Jika situasi ini berlaku kepada anda, segera berhenti di lokasi selamat dan biarkan brek kereta sejuk buat seketika. Segera periksa brek kereta anda – jika terdapat asap daripada tayar, ia mungkin menunjukkan kaliper brek rosak atau terkunci dan tidak berfungsi dengan baik. Sekiranya situasi sebegini berlaku, anda tidak disarankan untuk meneruskan perjalanan tanpa membaiki brek kereta anda terlebih dahulu.

5. Brek Terasa Lembut, Kenyal Ketika Ditekan

Jika anda berasa brek anda seperti span (lembut dan kenyal) ketika anda menekan brek, atau pedal brek anda terlalu ringan sehingga mencecah lantai kereta, ia menandakan:

    • Brek pad haus dan perlu ditukar;
    • Terdapat udara atau kebocoran dalam sistem brek kereta;
    • Minyak brek bocor.

Jika terdapat udara pada brek pad, bleeding perlu dilakukan. Apa itu bleeding? Bleeding pada sistem brek merujuk pada proses flush keluar minyak brek lama secara total untuk digantikan dengan minyak brek baharu. Ia bertujuan untuk membuang gelembung udara yang mungkin telah memasuki sistem brek.

6. Minyak Brek Bocor

Segera periksa brek pad dan paras minyak brek – jika sudah habis atau berkurangan, ia mungkin menandakan kebocoran dalam sistem brek kereta anda. Apabila anda menekan brek kereta anda, minyak brek akan menghasilkan tekanan hidraulik pada kaliper brek. Jika kenderaan anda tidak mempunyai amaun minyak brek yang mencukupi, ia tidak dapat berhenti dengan selamat. Selain itu, pastikan minyak brek tidak terlalu kotor dan sentiasa diselenggara mengikut jadual. Periksa minyak brek dengan kerap dan segera bawa kereta anda ke bengkel jika anda mendapati paras minyak brek berkurangan atau bocor.

7. Stereng Kereta Bergegar Semasa Menekan Brek

Jika stereng atau kereta anda bergegar semasa anda menekan brek, besar kemungkinan ia berlaku disebabkan ketebalan rotor brek yang tidak sekata. Ia merupakan perkara yang biasa berlaku – permukaan rotor cenderung untuk haus dan tidak sekata setelah suatu tempoh penggunaan. Semasa anda membrek, bahan brek pad akan dipindahkan ke permukaan rotor. Jika ia berlaku secara tidak sekata, ia akan menyebabkan getaran semasa membrek.

Jika dibiarkan, bahan brek pad ini akan menghasilkan bintik-bintik yang tidak rata, sekali gus menyebabkan situasi bertambah buruk. Anda boleh meratakan permukaan rotor semasa servis brek untuk mengurangkan gegaran pada stereng semasa membrek. Namun sekiranya rotor sudah haus, anda disarankan untuk menggantikannya.

8. Kurang Cengkaman, Jarak Berhenti Bertambah

Brek pad yang sudah rosak atau haus tidak lagi dapat memberikan prestasi yang optimum – ia sekali gus menyebabkan anda tidak lagi dapat memperlahankan kenderaan dengan cepat semasa anda membrek. Cengkaman yang kurang ini juga mengakibatkan jarak berhenti bertambah. Jika anda mengesan tanda-tanda ini, segera lakukan pembaikan untuk memastikan keselamatan anda dan penumpang sentiasa berada dalam keadaan baik.

9. Kereta Lari ke Kiri atau Kanan Semasa Membrek

Selain itu, tanda-tanda lain yang biasa berlaku menandakan masalah brek ialah kenderaan lari atau senget ke kiri atau kanan semasa membrek. Sekiranya kereta lari atau senget semasa membrek, ia menandakan masalah pada salah satu daripada dua brek hadapan seperti rotor yang tidak sejajar atau isu aliran bendalir. Masalah ini sekali gus menyebabkan satu bahagian brek menerima tekanan yang lebih tinggi berbanding bahagian brek yang lain.

Biasanya, anda tidak mengesan tanda-tanda ini semasa pada kelajuan rendah – ia hanya jelas terasa semasa anda membrek dengan kuat pada kelajuan tinggi. Meskipun isu ini nampak seperti biasa, namun jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan kerosakan komponen brek dengan lebih cepat dan menyebabkan brek pad haus secara tidak sekata.

autos, bm, cars, brek kereta tak makan? 9 tanda brek kereta rosak atau bermasalah yang perlu anda tahu

Komponen Brek Kereta: Minyak Brek Kereta, Brek Pad, Kaliper dan Lain-lain

Sistem brek kereta secara amnya terdiri daripada beberapa komponen penting yang memainkan fungsi dan peranan yang tersendiri. Jika komponen ini tidak diselenggara dengan baik, ia boleh meningkatkan kos perbelanjaan anda disebabkan oleh kos pembaikan yang menjadi lebih mahal. Kebanyakan sistem brek kereta dilengkapi dengan dua jenis sistem brek – cakera brek (disc brakes) atau brek dram (drum brakes).

1. Brek Dram vs Cakera Brek

Tidak kiralah sama ada kenderaan anda menggunakan cakera brek atau brek dram, kedua-dua jenis brek kereta ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda boleh rujuk perbezaan brek dram vs cakera brek di bawah untuk info lanjut:

Brek Dram

Secara amnya, brek dram lebih terdedah kepada risiko haus lebih cepat berbanding cakera brek lebih-lebih lagi jika digunakan lebih kerap. Brek dram juga dikatakan memiliki permukaan yang lebih lebar dan biasanya digunakan pada kenderaan berat atau besar seperti bas dan trak. Permukaan yang luas ini juga menghasilkan daya geseran yang lebih kuat yang berupaya menghentikan kenderaan berat dengan selamat. Brek dram direka khusus untuk ketahanan – ia boleh bertahan sehingga melebihi 150,000 km jika tiada masalah serius.

Tidak seperti cakera brek yang menggunakan brek pad, brek dram dilengkapi dengan brake shoes – meskipun brek jenis ini lebih tahan, komponen seperti brake shoes perlu digantikan secara berkala. Jika anda mengesan sebarang gegaran semasa memandu atau mengesan bunyi yang kuat semasa anda membrek, berhentikan kenderaan anda di bahu jalan. Ia merupakan petanda pembaikan brek perlu dilakukan.

Cakera Brek atau Rotor Brek

Cakera brek atau rotor brek pula biasanya digunakan pada kenderaan yang lebih kecil seperti kereta dan motosikal. Ia mempunyai permukaan yang lebih kecil berbanding brek dram – dilengkapi dengan brek pad yang lebih tebal untuk menghasilkan geseran yang lebih kuat untuk menghentikan kenderaan yang bergerak laju. Biasanya, brek pad yang mula menipis atau haus akan menghasilkan tanda-tanda tertentu. Anda disarankan untuk segera tukar brek pad sekiranya anda mengesan sebarang kerosakan pada brek pad kereta untuk keselamatan anda.

Jika anda mengesan stereng kereta atau kenderaan anda bergoyang atau bergetar semasa anda menekan brek, ia mungkin berlaku disebabkan oleh ketebalan rotor brek yang tidak sekata. Jangka hayat cakera brek adalah berbeza, biasanya sekitar 50,000 km hingga 120,000 km atau mungkin lebih bergantung pada tabiat pemanduan.

2. Brek Pad

Secara amnya, brek pad merupakan salah satu komponen penting dalam cakera brek – brek pad berfungsi memperlahankan atau memberhentikan kenderaan apabila brek pad menekan cakera brek atau rotor brek pada setiap sisi. Brek pad terletak dalam kaliper brek dan diaktifkan oleh piston brek. Jangka hayat brek pad biasanya bergantung pada kualiti brek pad yang digunakan.

    • Di Malaysia, brek pad organik lebih banyak digunakan. Brek pad jenis ini dijual pada harga yang murah dalam pasaran, namun begitu ia tidak tahan lama;
    • Brek pad low metallic pula menghasilkan bunyi yang bising, namun dikatakan mempunyai tempoh ketahanan yang lebih lama berbanding brek pad organik;
    • Selain itu, brek pad semi-metallic dikatakan mempunyai ketahanan yang tinggi, namun masih terdedah kepada risiko haus dalam tempoh masa tertentu;
    • Brek pad jenis seramik merupakan jenis brek pad paling tahan lama dan paling kurang haus. Namun begitu, harganya lebih mahal berbanding jenis brek pad lain dalam pasaran.

Faktor Mempengaruhi Ketahanan Brek Pad Kereta

Secara purata, brek pad kereta boleh bertahan sehingga 80,000 kilometer atau mungkin lebih bergantung pada tabiat dan jarak pemanduan. Namun begitu, faktor ketahanan ini juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti berikut:

    • Lokasi Pemanduan – Pemanduan di jalan raya biasa terdedah kepada risiko brek pad haus yang lebih tinggi berbanding pemanduan di lebuh raya. Pemanduan di bandar misalnya menyebabkan kereta perlu berhenti lebih banyak di lampu isyarat, bulatan atau semasa trafik sesak.
    • Berat Kenderaan – Bilangan penumpang yang ramai contohnya boleh mempengaruhi berat sesebuah kenderaan. Ia secara tidak langsung menyebabkan semakin tinggi tekanan yang perlu dihasilkan untuk kereta berhenti sepenuhnya.
    • Jarak Perjalanan dan Penggunaan – Brek pad juga terdedah kepada risiko haus yang lebih cepat sekiranya melibatkan pemanduan jarak jauh. Dalam erti kata lain, semakin jauh jarak perjalanan, semakin kerap brek pad digunakan sekali gus semakin cepat brek pad haus.

3. Kaliper Brek

Kaliper brek menempatkan brek pad, piston brek dan minyak brek – ia merupakan komponen penting dalam sistem brek yang berfungsi menghasilkan geseran bagi memperlahankan rotor atau cakera brek kenderaan anda. Jangka hayat kaliper brek biasanya bergantung pada kekerapan penggunaan kereta anda. Namun begitu, ia dikatakan boleh bertahan lama asalkan aspek penyelenggaraan brek sentiasa diberi perhatian. Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa kaliper dan keseluruhan sistem brek kereta anda setiap 20,000 km.

4. Piston Brek

Piston brek menekan brek pad untuk menghasilkan geseran pada rotor brek atau cakera brek. Ia terletak dalam kaliper brek dan diaktifkan oleh minyak brek. Jangka hayat piston brek adalah sama seperti kaliper brek – ia boleh bertahan lama asalkan aspek penyelenggaraan tidak diabaikan. Brek kereta melekat atau minyak brek kereta bocor merupakan antara tanda piston brek kereta rosak dan perlu digantikan.

5. Minyak Brek

Secara amnya, minyak brek mengaktifkan piston brek yang kemudiannya menekan brek pad bagi memperlahankan kenderaan. Jika minyak brek tidak mencukupi, piston brek tidak akan diaktifkan sekali gus menjejaskan prestasi brek pad. Minyak brek direka untuk bertahan dengan suhu enjin yang panas. Namun begitu, paras minyak brek boleh menurun dari semasa ke semasa. Anda disarankan untuk menggantikan minyak brek baharu setiap setiap dua tahun, bergantung pada keperluan anda. Anda mungkin perlu menyelenggara minyak brek jika terdapat sebarang masalah kebocoran pada brake line – rujuk manual pemilik untuk info lanjut.

Harga Minyak Brek Kereta

Kebanyakan kereta moden menggunakan minyak brek DOT 3. Namun begitu, penggunaan teknologi moden dalam kebanyakan kereta moden hari ini seperti kawalan kestabilan, brek kecemasan automatik dan sebagainya, minyak brek DOT 4 kini semakin banyak digunakan. Minyak DOT 5 pula mengandungi silikon yang tidak menyerap air – sesuai digunakan oleh pemilik kereta klasik untuk memanjangkan jangka hayat kereta.

Umumnya, DOT yang lebih tinggi boleh mengawal kelembapan dalam suhu tinggi dengan lebih baik. Oleh sebab itu, kebanyakan kereta berprestasi tinggi dan lebih lasak menggunakan minyak brek DOT 5.1. Harga minyak brek DOT 3 dijual pada harga RM10, manakala minyak brek DOT 4 dijual pada harga RM12 (350 ml) dan RM21 (800 ml) dalam laman web jualan dalam talian. Namun begitu, harga ini mungkin berbeza bergantung pada jenama dan jenis minyak brek yang digunakan.

Artikel Berkaitan: Apa Berlaku Jika Minyak Hitam Tidak Ditukar? 5 Tanda Tukar Minyak Hitam Kereta Yang Anda Perlu Tahu

autos, bm, cars, brek kereta tak makan? 9 tanda brek kereta rosak atau bermasalah yang perlu anda tahu

Perkara Mempengaruhi Jangka Hayat Brek Kereta

Secara amnya, tabiat pemanduan mempengaruhi secara langsung jangka hayat brek kereta anda. Carsome menyenaraikan tips yang boleh membantu meningkatkan tempoh penggunaan brek kereta anda:

1. Pemanduan di Bandar vs Pemanduan di Lebuh Raya

Pemanduan di jalan raya boleh memendekkan jangka hayat brek kereta dengan lebih cepat berbanding pemanduan di lebuh raya. Ini kerana, penggunaan brek adalah lebih kerap semasa pemanduan di jalan raya biasa disebabkan oleh trafik, lampu isyarat dan sebagainya. Jika boleh, lakukan carpool atau elakkan melalui jalan dengan lampu isyarat yang banyak. Malah, anda juga disarankan untuk sentiasa periksa kereta anda secara berkala untuk mengelakkan kerosakan dan kos pembaikan yang lebih tinggi.

2. Elakkan Menekan Brek Secara Mengejut

Tabiat menekan brek secara mengejut akan menghasilkan lebih banyak haba untuk anda memberhentikan kereta anda. Haba yang tinggi akan menipiskan atau menghauskan brek pad dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga mungkin terdedah kepada risiko kemalangan langgar belakang. Amalkan jarak pemanduan yang selamat semasa memandu, tekan pedal brek dengan perlahan sebaik sahaja anda melihat kenderaan di hadapan memperlahankan kenderaan.

3. Tabiat Pemanduan yang Agresif

Memandu secara melulu dan terburu-buru juga boleh menyebabkan brek kereta rosak dengan lebih cepat. Ini kerana, anda cenderung untuk menekan brek secara kuat dan mengejut lebih-lebih lagi sekiranya anda mengekori kenderaan di hadapan dengan rapat. Tabiat menekan brek dengan kuat dan tidak cermat perlu dielakkan. Perbuatan ini juga boleh memberi kesan terhadap tayar kereta dan boleh meningkatkan penggunaan bahan api.

4. Tidak Alihkan Kaki dari Pedal Brek

Tidak mengalihkan atau meletakkan kaki pada pedal brek sepanjang perjalanan merupakan salah satu tabiat buruk yang perlu dielakkan. Tabiat ini boleh menyebabkan brek pad lebih cepat haus. Selain itu, ia juga menyebabkan brek menghasilkan lebih banyak haba tambahan yang berpotensi merosakkan brek dengan lebih cepat.

5. Keluarkan Kasut, Barangan Tidak Perlu daripada Kereta Anda

Di Malaysia, selain untuk memudahkan pergerakan, kereta juga digunakan untuk menyimpan barangan seperti kasut, buku, peralatan sukan dan sebagainya dalam bonet kereta. Jangan bebankan kereta anda dengan barangan-barangan yang tidak perlu – keluarkan daripada bonet kereta jika tidak digunakan. Berat kenderaan yang berlebihan boleh menyebabkan penggunaan petrol yang lebih tinggi dan meningkatkan tekanan pada brek. Ia sekali gus menyebabkan brek pad haus dengan lebih cepat berbanding penggunaan biasa.

Penjagaan dan penyelenggaraan brek kereta secara berkala penting bagi memastikan persekitaran dan pemanduan yang selamat semasa berada di jalan raya. Malah, pengetahuan sebegini boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan brek dan menjadikan pemanduan anda lebih selamat dan selesa. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk beli kereta second hand yang selamat dan selesa untuk anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan rangkaian pilihan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

Keyword: Brek Kereta Tak Makan? 9 Tanda Brek Kereta Rosak atau Bermasalah yang Perlu Anda Tahu

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel