Pinjaman kereta atau loan kereta merupakan salah satu kaedah yang biasanya dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk memiliki kereta idaman. Loan kereta merupakan kaedah yang sesuai untuk membeli kereta lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bajet kewangan yang terhad. Namun begitu, tidak semua bakal pembeli kereta arif tentang perkara-perkara berkaitan pinjaman kereta seperti proses loan kereta, guarantor kereta (penjamin kereta), kadar faedah pinjaman kereta, kelayakan gaji beli kereta, downpayment kereta dan sebagainya. Secara amnya, pengetahuan tentang perkara sebegini penting dalam memastikan urusan pinjaman kereta anda berjalan lancar dan permohonan loan kereta terpakai atau baharu diluluskan tanpa sebarang masalah.

Isi Kandungan
  • 5 Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Mohon Loan Kereta
  • Istilah Pinjaman Kereta Yang Perlu Anda Tahu
  • Kelayakan Gaji Beli Kereta dan Syarat Loan Kereta
  • Proses Loan Kereta: Dokumen untuk Beli Kereta
  • Macam Mana Nak Tahu Loan Kereta Lulus atau Tidak? Tips untuk Elakkan Loan Kereta Ditolak

autos, bm, cars, beli kereta pertama? ini perkara penting tentang loan kereta yang perlu anda tahu

5 Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Mohon Loan Kereta

Pinjaman kereta atau loan kereta turut dikenali sebagai pembiayaan sewa beli kenderaan. Ia merujuk kepada penyewaan barangan dengan pilihan pembelian pada akhir tempoh pinjaman. Peminjam perlu membayar balik pinjaman seperti yang dipersetujui dalam perjanjian pembiayaan sewa beli termasuk kadar faedah kepada pihak bank secara ansuran dalam jangka masa tertentu. Kenderaan tersebut akan menjadi hak milik peminjam setelah semua bayaran ansuran kereta dijelaskan. Carsome menyenaraikan tips dan panduan seperti berikut untuk membantu memudahkan proses permohonan loan kereta anda:

1. Fahami Konsep Asas Pinjaman, Jangan Terburu-buru Membuat Keputusan

Kebanyakan daripada pembeli kereta pertama biasanya akan memilih mana-mana pinjaman yang ditawarkan tanpa berfikir panjang. Anda disarankan untuk menilai terlebih dahulu sama ada produk pinjaman yang ditawarkan sesuai dengan keperluan anda atau tidak. Ambil masa untuk meneliti produk pinjaman yang ditawarkan oleh setiap bank yang berbeza dan pilih tawaran yang terbaik untuk anda. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai perbandingan pinjaman kereta secara online.

Selain itu, fahami konsep asas pinjaman (tujuan pinjaman dilakukan, kemampuan untuk membayar balik pinjaman dan sejarah pembayaran) termasuk istilah dan konsep perbankan yang biasa digunakan. Kadar pinjaman asas atau base lending rate (kini digantikan dengan kadar asas atau base rate) merupakan antara istilah yang biasa ditemui dalam perjanjian sewa beli. Secara amnya, KPA atau BLR merujuk pada kadar faedah minimum yang dikira oleh pihak bank berdasarkan formula dengan mengambil kira aspek lain seperti kos perbelanjaan dan caj pentadbiran.

2. Buat Perbandingan Jenis Pinjaman Kereta yang Ditawarkan

Setiap bank yang berbeza biasanya menawarkan kadar faedah pinjaman kereta, jenis produk, fi dan caj yang berbeza. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membandingkan jenis loan kereta yang ditawarkan serta kadar faedah pinjaman kereta yang dikenakan oleh sekurang-kurangnya tiga institusi kewangan yang berbeza sebelum membuat keputusan. Biasanya, kadar faedah pinjaman kereta adalah berbeza bergantung pada faktor-faktor luaran lain seperti tempoh pinjaman atau margin pinjaman. Kenal pasti keperluan dan pilih pinjaman kereta yang menepati keperluan anda. Minta nasihat, pendapat atau bantuan daripada ahli keluarga atau rakan-rakan yang arif untuk lebih kepastian.

3. Kenal Pasti Risiko Pinjaman Kereta dan Kemampuan Kewangan Anda

Perkara ini selalu dipandang mudah oleh kebanyakan peminjam–komitmen bulanan yang tinggi dan tidak terkawal boleh menyebabkan anda terbeban dengan aliran perbelanjaan yang tinggi setiap bulan. Malah, ketidakmampuan untuk membayar balik pinjaman boleh menyebabkan anda diisytiharkan bankrup atau muflis. Oleh sebab itu, penting untuk anda menilai kemampuan kewangan anda dengan teliti sebelum membuat pinjaman kereta. Ambil kira komitmen sedia ada termasuk kos-kos lain yang perlu ditanggung seperti kos minyak petrol, parking, tol, penyelenggaraan dan sebagainya.

Sebelum membuat loan kereta, anda disarankan untuk mengambil kira pendapatan tetap (fixed income) sahaja dan tidak mengukur kemampuan kewangan anda dengan mengambil kira pendapatan tidak tetap seperti tuntutan kerja lebih masa dan sebagainya. Selain itu, anda disarankan untuk mengenal pasti risiko-risiko yang mungkin boleh anda hadapi. Dalam sesetengah situasi, peminjam mungkin terdedah kepada risiko lain seperti bayaran tambahan, penalti, kenderaan ditarik balik atau dilelong sekiranya peminjam tidak dapat menjelaskan bayaran seperti yang dijadualkan.

Kegagalan membayar balik mengikut jadual yang ditetapkan juga boleh menjejaskan skor kredit peminjam sekali gus menyukarkan urusan permohonan kredit pada masa akan datang.

4. Pilih Kadar Faedah Pinjaman Kereta Terendah

Kadar faedah (seperti kadar faedah tetap, boleh ubah, rata) secara tidak langsung mempengaruhi kos keseluruhan pinjaman anda. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk memilih pinjaman kereta yang menawarkan kadar faedah pinjaman kereta terendah. Kadar faedah rata atau flat interest rate merupakan kadar faedah yang biasa digunakan untuk pinjaman peribadi atau pinjaman sewa beli (loan kereta). Secara amnya, kadar faedah rata dikira berdasarkan jumlah pinjaman pokok (jumlah asal pinjaman) sepanjang tempoh pinjaman.

Formula Pengiraan Kadar Faedah Pinjaman Kereta
        • (Jumlah Pinjaman Asal x Bilangan Tahun Pinjaman x Kadar Faedah Setahun) ÷ Bilangan Ansuran (Bulan) = Faedah Dibayar Setiap Bulan
        • (RM50,000 x 5 x 7%) ÷ 60 = RM292

5. Semak Laporan Kredit dan Kenal Pasti Terma & Syarat, Istilah Pinjaman

Kebiasaannya, setiap produk pinjaman menetapkan terma & syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh peminjam dan peminjam terikat dengan kontrak bayaran balik untuk suatu tempoh yang lama (antara lima hingga sembilan tahun) bergantung pada pilihan anda. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti dan memahami dengan jelas setiap terma & syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang keraguan. Ambil perhatian terhadap mana-mana bayaran atau caj tambahan tersembunyi yang mungkin dikenakan terhadap anda. Jika tidak pasti, rujuk pegawai bank anda untuk kepastian.

Umumnya, setiap aktiviti dan sejarah pembayaran kredit dimasukkan ke dalam laporan kredit CCRIS dan CTOS yang akan digunakan sebagai rujukan oleh pihak bank sekiranya anda melakukan permohonan kredit baharu. Oleh sebab itu, peminjam perlu memastikan bayaran balik dilakukan secara konsisten supaya rekod kredit ini kekal berada dalam keadaan baik.

autos, bm, cars, beli kereta pertama? ini perkara penting tentang loan kereta yang perlu anda tahu

Istilah Pinjaman Kereta Yang Perlu Anda Tahu

Carsome turut menyenaraikan beberapa istilah berkaitan yang biasa digunakan semasa urusan permohonan pinjaman untuk membantu anda seperti berikut:

1. Margin Pembiayaan atau Margin of Financing

Margin pembiayaan merujuk pada jumlah pinjaman yang dinyatakan sebagai peratusan daripada nilai keseluruhan kereta. Kebanyakan pinjaman kereta di Malaysia mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90 peratus dan memerlukan anda untuk membayar sekurang-kurangnya 10 peratus bayaran pendahuluan kepada penjual kereta. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan kereta baharu yang berharga RM100,000, pihak bank akan bersetuju untuk meluluskan pinjaman sebanyak RM90,000 kepada peminjam (90 peratus X RM100,000).

Namun begitu, ada sesetengah institusi kewangan yang turut menawarkan margin pembiayaan maksimum 100 peratus. Margin ini biasanya terhad kepada peminjam tertentu berdasarkan faktor-faktor semasa lain seperti pembelian kereta pertama dan sebagainya.

2. Kadar Faedah Pinjaman Kereta

Kadar faedah pinjaman kereta biasanya dikenakan lebih tinggi untuk harga kereta yang lebih rendah dan kadar faedah yang lebih rendah untuk harga kereta yang lebih tinggi. Selain itu, kadar faedah juga berbeza berdasarkan kadar rujukan di setiap bank dengan mengambil kira faktor-faktor lain seperti jumlah dan tempoh pinjaman, sejarah kredit peminjam serta usia kereta. Kadar faedah pembiayaan untuk loan kereta baharu biasanya antara 2.3 peratus hingga 3.5 peratus. Manakala kadar faedah pembiayaan untuk loan kereta terpakai biasanya antara 3.5 peratus hingga 4.2 peratus.

Faktor Mempengaruhi Kadar Faedah Pinjaman Kereta

Secara amnya, kadar faedah merujuk pada bayaran tambahan yang dikenakan terhadap amaun pinjaman bank sama ada untuk kereta baharu atau kereta terpakai. Kadar interest loan kereta biasanya berbeza bergantung pada perjanjian dan faktor-faktor lain seperti berikut:

        • Model Kereta Pilihan: Nilai dan model kereta pilihan sama ada kereta second hand (kereta terpakai) atau kereta baharu boleh mempengaruhi kadar faedah pinjaman kereta anda. Kadar interest kereta terpakai biasanya sekitar tiga hingga lima peratus bergantung pada jenama dan harga.
        • Skor dan Sejarah Kredit: Skor kredit merupakan faktor penentu kadar faedah pinjaman kereta anda. Skor dan sejarah kredit yang baik memberi keyakinan kepada pihak bank tentang kemampuan anda membayar balik pinjaman kereta tanpa sebarang masalah. Namun jika skor kredit lemah, bank biasanya menawarkan kadar interest pinjaman kereta yang lebih tinggi.
        • Status Kewangan: Ia merujuk pada pendapatan bulanan dan kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman yang diluluskan oleh pihak bank. Sekiranya pendapatan bulanan anda tinggi, kadar interest pinjaman kereta biasanya lebih rendah. Jika sebaliknya, anda mungkin akan dikenakan kadar interest pinjaman kereta yang lebih tinggi.
        • Polisi Bank: Sesetengah bank mungkin mengenakan peraturan dan polisi tambahan yang mungkin mempengaruhi kadar interest pinjaman kereta anda. Anda disarankan untuk membaca perjanjian dengan teliti atau bertanyakan pegawai bank anda untuk penjelasan lanjut.
        • Tempoh Pinjaman: Tempoh bayaran balik pinjaman secara amnya memberi kesan terhadap kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank. Dalam erti kata lain, semakin panjang tempoh pinjaman anda, semakin tinggi kadar interest pinjaman kereta anda.

3. Penjamin Kereta atau Guarantor Kereta

Penjamin atau guarantor kereta ialah individu lain yang bersetuju untuk melunaskan pinjaman bagi pihak peminjam jika pihak peminjam gagal membayar balik pinjaman tersebut. Biasanya, institusi kewangan akan membuat penilaian kredit ke atas pemohon pinjaman–jika pemohon tidak mempunyai pendapatan dan sejarah kredit yang stabil atau jumlah pinjaman melebihi peratusan pendapatan yang dibenarkan, penjamin kereta mungkin diperlukan sebagai cagaran tambahan .

Penjamin akan dikehendaki menandatangani surat jaminan yang menyatakan persetujuan menanggung liabiliti bagi pihak peminjam. Sekiranya peminjam gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan kereta, penjamin kereta bertanggungjawab menjelaskan amaun yang tertunggak termasuk tunggakan faedah.

Syarat Penjamin Kereta

Apa maksud guarantor? Secara amnya, penjamin atau guarantor kereta merujuk pada individu yang bertanggungjawab untuk membayar balik hutang sekiranya peminjam utama gagal membuat bayaran balik pinjaman kereta. Dalam erti kata lain, penjamin kereta merupakan alternatif bagi pihak bank untuk mendapatkan balik wang mereka sekiranya peminjam gagal melunaskannya mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Untuk menjadi penjamin, anda perlu memenuhi syarat penjamin kereta seperti berikut:

        • Berumur 18 tahun dan ke atas;
        • Tidak muflis;
        • Berfikiran waras dan mempunyai keupayaan mental untuk memahami dokumen jaminan;
        • Mempunyai rekod pendapatan dan kewangan yang stabil termasuk kedudukan kredit yang baik.

4. Bayaran Pendahuluan atau Downpayment Kereta

Kebiasaannya, peminjam perlu mengemukakan bayaran pendahuluan atau downpayment kereta sebanyak 10 peratus kepada pihak bank. Anda juga boleh mengemukakan bayaran pendahuluan yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan untuk mengurangkan amaun prinsipal dan faedah. Tempoh pinjaman selama lima tahun mempunyai nilai faedah yang lebih rendah berbanding tempoh pinjaman selama sembilan tahun. Ada sesetengah bank dan institusi kewangan yang menawarkan pinjaman bank dengan bayaran pendahuluan sifar peratus. Namun begitu, anda perlu membayar jumlah pembiayaan dan kadar faedah pinjaman yang lebih tinggi berbanding pinjaman biasa.

5. Pemilikan Semula atau Repossession

Jika peminjam gagal menjelaskan bayaran ansuran pinjaman kereta selama dua bulan berturut-turut, pemberi pinjaman (iaitu bank) berhak menarik semula kereta anda. Namun begitu, jika bayaran ansuran kereta telah dilunaskan melebihi 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman, pihak institusi kewangan tidak berhak menarik semula kereta anda.

6. Tempoh Pinjaman dan Bayaran Balik

Di Malaysia, tempoh pembiayaan maksimum pinjaman kenderaan yang dibenarkan untuk kereta terpakai adalah selama tujuh tahun. Manakala, tempoh pembiayaan maksimum untuk kereta baharu adalah selama sembilan tahun. Namun begitu, semakin lama tempoh pembiayaan, semakin tinggi kadar faedah yang perlu ditanggung. Ini bermaksud, anda terikat dengan kadar faedah pinjaman yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang serta risiko-risiko lain seperti inflasi dan sebagainya.

autos, bm, cars, beli kereta pertama? ini perkara penting tentang loan kereta yang perlu anda tahu

Kelayakan Gaji Beli Kereta dan Syarat Loan Kereta

Berikut merupakan antara syarat-syarat kelayakan yang perlu anda ikuti bagi memudahkan urusan permohonan pinjaman atau loan kereta idaman anda:

1. Lesen Memandu

Lesen memandu merupakan antara syarat kelayakan minimum yang melayakkan anda untuk memohon pinjaman kenderaan. Namun begitu, institusi kewangan seperti Ambank atau Bank Rakyat membolehkan permohonan pinjaman kenderaan dilakukan tanpa lesen dengan syarat gaji pokok mestilah melebihi RM3,000.

2. Kelayakan Gaji Beli Kereta

Setiap bank mengenakan syarat gaji minimum yang berbeza untuk setiap permohonan pinjaman mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bagi anda yang ingin memohon pinjaman untuk membeli kereta, anda mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan semasa tempoh pembiayaan tamat dengan gaji bulanan minimum sekurang-kurangnya RM1,500 dan ke atas.

3. Penjamin Kereta atau Guarantor Kereta

Jika gaji anda kurang daripada syarat gaji minimum yang ditetapkan oleh pihak bank, penjamin atau guarantor kereta diperlukan untuk menyokong permohonan pinjaman kenderaan anda. Penjamin kereta mestilah dari kalangan ibu atau bapa atau pasangan (suami/isteri) yang bekerja dan gaji penjamin hendaklah melebihi RM2,000.

4. Penyata Bank/Penyata KWSP atau EPF

Kedua-dua dokumen ini perlu untuk membuktikan pendapatan bulan pemohon selain melihat kemampuan pemohon untuk membayar balik pinjaman mengikut jadual seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian. 

5. Skim Graduan

Skim ini diperkenalkan khusus untuk graduan yang baru habis belajar atau baru mula bekerja dengan syarat umur mestilah tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan dibuat. Bagi melayakkan pemohon untuk membuat pinjaman menggunakan skim ini, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti surat tawaran kerja, transkrip dan sebagainya.

Pinjaman Kereta atau Pembiayaan Kenderaan Skim Graduan

Secara amnya, skim graduan merujuk kepada perkhidmatan pinjaman untuk pemilikan kenderaan yang ditawarkan oleh pihak bank kepada mana-mana individu yang baru memasuki alam pekerjaan untuk memiliki kereta pertama. Pihak bank biasanya menawarkan kadar pinjaman 100 peratus daripada harga jualan untuk tempoh pembiayaan antara empat hingga sembilan tahun dengan margin pembiayaan antara RM30,000 hingga RM150,000 bergantung pada kelayakan.

i. Syarat Loan Kereta Skim Graduan

Kebiasaannya, bank menetapkan syarat-syarat kelayakan untuk loan kereta skim graduan seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur antara 20-30 tahun;
    • Terbuka kepada graduan yang bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta;
    • Mempunyai diploma atau ijazah daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan;
    • Pinjaman terhad untuk pembelian kereta baharu sahaja, tidak termasuk kereta second hand.
ii. Syarat Kelayakan Gaji Beli Kereta Skim Graduan

Selain itu, pemohon yang berminat untuk memiliki kereta menggunakan skim graduan ini juga perlu melepasi syarat kelayakan gaji beli kereta seperti berikut:

    • Individu bekerja di sekitar Lembah Klang – gaji minimum bersih selepas potongan KWSP (RM1,800 dan ke atas);
    • Individu bekerja di lokasi-lokasi selain Lembah Klang – gaji minimum bersih selepas potongan KWSP (RM1,500 dan ke atas);
    • Kelayakan dikira berdasarkan gaji pokok (basic) dan elaun tetap tidak termasuk kerja lebih masa (overtime) atau komisen.

Namun begitu, syarat kelayakan gaji ini biasanya berbeza bergantung pada jenis bank atau institusi kewangan yang dipilih. Anda disarankan untuk merujuk kepada pihak bank untuk maklumat lanjut.

autos, bm, cars, beli kereta pertama? ini perkara penting tentang loan kereta yang perlu anda tahu

Proses Loan Kereta: Dokumen untuk Beli Kereta

Carsome turut menyenaraikan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman kenderaan daripada bank. Ia sekali gus diharap dapat membantu memudahkan urusan permohonan pembiayaan sewa beli kereta anda.

Dokumen Beli Kereta (Kategori Peminjam) Dokumen Diperlukan
Penjawat/Pekerja Kerajaan/Kakitangan Awam
  1. Salinan kad pengenalan (MyKad);
  2. Salinan lesen memandu;
  3. Penyata akaun bank gaji (bergantung pada bank);
  4. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
Pekerja Swasta
  1. Salinan kad pengenalan (MyKad);
  2. Salinan lesen memandu;
  3. Penyata akaun bank gaji (bergantung pada bank);
  4. Salinan slip gaji 3 bulan terkini;
  5. Penyata KWSP.
Individu Bekerja Sendiri/Peniaga

  1. Salinan kad pengenalan (MyKad);
  2. Salinan lesen memandu;
  3. Penyata akaun bank 6 bulan terkini;
  4. Salinan pendaftaran syarikat (SSM).
Skim Graduan
  1. Salinan kad pengenalan (MyKad);
  2. Salinan lesen memandu;
  3. Surat tawaran pekerjaan (bagi pemohon yang baru berkhidmat atau kurang daripada 3 bulan);
  4. Salinan transkrip ijazah atau diploma yang disahkan;
  5. Salinan slip gaji 3 bulan terkini – bergantung pada keperluan oleh pihak bank;
  6. Penyata akaun bank terkini – bergantung pada keperluan oleh pihak bank.
Pelajar

  1. Salinan kad pengenalan (MyKad);
  2. Salinan lesen memandu;
  3. Kad pelajar;
  4. Dokumen penjamin kereta – ibu, ayah, saudara terdekat yang masih bekerja.

autos, bm, cars, beli kereta pertama? ini perkara penting tentang loan kereta yang perlu anda tahu

Macam Mana Nak Tahu Loan Kereta Lulus atau Tidak? Tips untuk Elakkan Loan Kereta Ditolak

Carsome turut menyenaraikan tips pinjaman bank untuk bakal pembeli kereta pertama seperti berikut untuk memudahkan dan melancarkan urusan permohonan pinjaman bank anda sekali gus mengelakkan permohonan anda ditolak oleh pihak bank.

1. Periksa Laporan Kredit CCRIS dan CTOS

Semak rekod pinjaman sedia ada sebelum memohon pinjaman kredit baharu. Pastikan hutang kad kredit atau pinjaman PTPTN dibayar mengikut jadual untuk mengelakkan skor kredit yang teruk. Di Malaysia, segala rekod kredit peminjam dan maklumat berkaitan pinjaman anda seperti sejarah pembayaran, tunggakan dan sebagainya direkodkan dalam Credit Reference Information System atau CCRIS dan CTOS (Credit Tip-Off Service). Anda boleh mendapatkan maklumat kedudukan kredit semasa anda dengan hadir sendiri ke Bank Negara Malaysia (BNM) atau memuat turun secara dalam talian melalui portal CTOS secara percuma.

2. Semak Kelayakan Gaji Beli Kereta

Institusi kewangan atau bank menetapkan kelayakan gaji bersih minimum untuk permohonan pinjaman kenderaan adalah serendah RM1,500 dan ke atas. Selain itu, kelayakan gaji yang dikira layak untuk pemohon Skim Graduan untuk lepasan ijazah atau diploma mestilah tidak kurang daripada RM1,000 selepas ditolak bayaran bulanan kereta dan caruman KWSP/SOCSO. Jika kurang, anda mungkin memerlukan penjamin kereta (ibu atau bapa/suami atau isteri) bagi menyokong permohonan anda.

3. Kenal Pasti Komitmen Bulanan Anda

Selain itu, had penggunaan kredit sedia ada yang tinggi juga boleh menyebabkan permohonan pinjaman anda tidak diluluskan. Kebiasaannya, pihak bank akan menilai komitmen bulanan untuk mengenal pasti kecekapan anda mentadbir urus kewangan dan mengetahui kemampuan anda untuk membayar balik hutang pinjaman tanpa sebarang masalah. Komitmen bulanan yang ideal mestilah tidak melebih 70 peratus daripada jumlah pendapatan termasuk pinjaman kenderaan baharu yang dipohon.

4. Status atau Jenis Pekerjaan Pemohon

Status pekerjaan pemohon seperti status jawatan (tetap atau kontrak) juga memainkan peranan dan merupakan salah satu faktor yang dipertimbangkan semasa pihak bank memproses permohonan pinjaman kereta. Selain itu, jika anda mempunyai perniagaan sendiri yang didaftarkan di bawah SSM, anda perlu sediakan penyata syarikat sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan terkini. Kebiasaannya, pendapatan anda secara individu hanya dikira sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan masuk setiap bulan.

5. Ada Lesen Memandu Lebih Baik

Selain itu, pemilikan lesen memandu juga secara tidak langsung membantu memudahkan proses permohonan dan dokumentasi pinjaman kereta anda. Namun begitu, ada sesetengah institusi kewangan yang menawarkan serta membenarkan permohonan pinjaman atau loan kereta dilakukan tanpa lesen memandu dengan syarat gaji pokok mestilah RM3,000 dan ke atas. Anda boleh merujuk pegawai bank anda untuk kepastian.

autos, bm, cars, beli kereta pertama? ini perkara penting tentang loan kereta yang perlu anda tahu

Semoga perkongsian mengenai pinjaman kereta ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan pinjaman untuk mendapatkan kereta idaman anda. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Keyword: Beli Kereta Pertama? Ini Perkara Penting Tentang Loan Kereta yang Perlu Anda Tahu

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel