Pemilik kenderaan sering terdedah kepada risiko kemalangan, kecederaan atau kerosakan terutamanya semasa berada di atas jalan raya. Oleh sebab itu, setiap pengguna jalan raya di Malaysia wajib memiliki insurans kereta untuk melindungi pemandu atau pihak ketiga daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan atau kerugian. Berdasarkan statistik, Malaysia merekodkan kadar kematian jalan raya yang tinggi iaitu 23 orang bagi setiap 100,000 penduduk berbanding Indonesia dan Filipina. Malah, Malaysia turut merekodkan kadar kematian jalan raya ketiga tertinggi di dunia mengatasi India dan China.

autos, bm, cars, beli kereta baru tapi tak tahu cara pilih insurans kereta terbaik? info lengkap insurans kereta di sini

Memetik Laporan Bloomberg, Malaysia bakal menjadi antara negara paling berisiko semasa di atas jalan raya selepas Thailand dan Afrika Selatan. Di Malaysia, insurans kenderaan atau insuran kereta merupakan salah satu perlindungan wajib di bawah peruntukan undang-undang. Ia merupakan salah satu bentuk perlindungan yang disediakan oleh syarikat insurans untuk melindungi pemegang polisi insurans daripada sebarang insiden yang tidak diingini.

Insurans Kenderaan: 9 Perkara Tentang Insurans Kereta Yang Perlu Anda Tahu

Perlindungan insurans bukan sahaja berfungsi meringankan beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian, malah ia turut memainkan peranan melindungi pemegang polisi insurans daripada menjadi mangsa pemanduan berbahaya. Carsome menyenaraikan 9 perkara penting berkaitan insurans kereta seperti jenis insurans di malaysia, harga insuran kereta, perbandingan insurans kereta dan cara pilih insurans kereta terbaik untuk panduan dan rujukan anda seperti berikut:

1. Apa Itu Insurans Kereta?

Insurans kenderaan berfungsi sebagai perlindungan jangka masa panjang. Secara amnya, insurans kenderaan bermotor adalah polisi insurans yang melindungi kenderaan seperti kereta, motosikal, bas dan lori daripada risiko luar jangka seperti kecurian dan kerosakan akibat kemalangan. Di Malaysia, terdapat tiga (3) jenis polisi insurans kereta yang tersedia dalam pasaran yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan insurans kereta dengan syarat dan terma yang berbeza bergantung pada polisi syarikat insurans masing-masing.

2. Jenis Insurans Kereta

Carsome menyenaraikan jenis-jenis insurans di Malaysia untuk panduan anda merangkumi polisi perlindungan paling asas sehinggalah perlindungan paling lengkap:

a. Insurans Pihak Ketiga

Insurans pihak ketiga merupakan polisi perlindungan insurans kenderaan paling asas – setiap kenderaan bermotor di Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya polisi insurans pihak ketiga bagi membolehkan kenderaan digunakan di atas jalan raya. Dalam konteks perlindungan ini, pihak ketiga yang dimaksudkan merujuk pada individu lain yang terlibat sekiranya berlaku situasi luar jangka tertentu.

Polisi insurans ini HANYA boleh digunakan untuk tuntutan pihak ketiga dan melindungi pihak ketiga daripada kecederaan atau kematian. Ia termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kenderaan anda. Namun begitu, insurans pihak ketiga menawarkan perlindungan yang agak terhad. Polisi insurans ini TIDAK boleh digunakan untuk membuat tuntutan kerosakan pada kenderaan anda.

Oleh sebab itu, harga insuran kereta bagi polisi jenis ini ditawarkan pada harga yang rendah berbanding polisi insurans lain.

b. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Jenis polisi insurans ini biasanya lebih mahal berbanding insurans pihak ketiga namun lebih murah berbanding insurans komprehensif. Ini kerana, polisi insurans ini merangkumi perlindungan tambahan yang melindungi kerosakan kenderaan akibat kebakaran atau kecurian. Sama seperti insurans pihak ketiga, polisi ini melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga merangkumi kecederaan dan kematian termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan anda.

Selain perlindungan insurans seperti yang dinyatakan di (a), polisi ini juga melindungi kenderaan anda sekiranya terdapat cubaan mencuri atau kejadian kebakaran yang tidak disengajakan. Anda boleh membuat tuntutan jika pintu atau cermin kereta anda dikopak atau dipecahkan disebabkan oleh cubaan mencuri atau kereta terbakar secara tidak sengaja. Dalam erti kata lain, perlindungan tambahan ini HANYA melindungi kereta anda sekiranya dicuri, rosak akibat cubaan untuk mencuri atau kebakaran.

c. Insurans Komprehensif

Insurans komprehensif merupakan polisi perlindungan insurans yang paling menyeluruh. Ia menawarkan perlindungan yang sama seperti yang dinyatakan di (b), namun dengan polisi perlindungan tambahan ke atas kenderaan sendiri dan tidak terhad kepada insiden kecurian atau kebakaran sahaja. Dalam erti kata lain, jenis polisi insurans ini bukan sahaja melindungi pihak ketiga (individu lain) tetapi turut melindungi pihak pertama (anda). Secara amnya, polisi insurans (komprehensif) ini juga turut melindungi anda daripada kerugian harta benda dan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan selain pihak ketiga.

Di Malaysia, kereta baharu yang dibeli melalui pinjaman bank atau loan kereta diwajibkan untuk membeli jenis polisi insurans ini. Selain itu, pemilik kereta mewah dan berjenama juga disarankan untuk mendapatkan perlindungan insurans jenis ini. Ini kerana, pemilik biasanya perlu mengeluarkan kos pembaikan yang lebih tinggi berbanding kereta mampu milik yang lain sekiranya berlaku kemalangan.

autos, bm, cars, beli kereta baru tapi tak tahu cara pilih insurans kereta terbaik? info lengkap insurans kereta di sini

3. Insurans Kenderaan: Perlindungan Tambahan

Selain itu, syarikat insurans di Malaysia juga biasanya menawarkan pelbagai pilihan perlindungan tambahan bergantung pada keperluan dan risiko pemanduan yang dikenal pasti. Anda boleh merujuk syarikat insurans pilihan anda untuk maklumat lanjut. Berikut merupakan antara perlindungan tambahan yang biasa diambil oleh pemilik kenderaan yang boleh anda pertimbangkan:

a. Pemandu Tambahan

Ia merujuk pada penambahan nama pemandu lain (seperti isteri atau anak) yang turut menggunakan kereta anda. Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya kemalangan berlaku ketika pemandu kedua menggunakan kenderaan. Kadar harga untuk pemandu tambahan kedua dan seterusnya biasanya ditetapkan seperti berikut (caj mungkin berbeza bergantung pada syarikat insurans):

      • Pemegang polisi – Percuma
      • Pemandu kedua – Percuma
      • Pemandu ketiga – RM10.6*
      • Pemandu keempat – RM21.20*

b. Perlindungan Pilihan

Secara amnya, perlindungan komprehensif tidak mencukupi untuk melindungi kenderaan anda daripada sebarang risiko atau kemungkinan. Oleh sebab itu, kebanyakan pemilik kenderaan memilih untuk membeli perlindungan tambahan secara berasingan bergantung pada keperluan pemilik. Berikut merupakan antara perlindungan tambahan yang biasa ditawarkan oleh pemilik syarikat insurans dan takaful kepada pemilik kenderaan:

      • Insurans cermin kereta (windscreen atau cermin hadapan) – biasanya 15% daripada nilai cermin hadapan;
      • Peril khas – biasanya 0.25% daripada jumlah yang ingin dilindungi (sum insured);
      • SRCC (Strike, Riot and Civil Commotion) – biasanya 0.3% daripada jumlah yang ingin dilindungi;
      • Aksesori kereta – biasanya 15% daripada nilai aksesori;
      • Lain-lain – rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut.

4. Perbandingan Insurans Kereta

Di pasaran, terdapat pelbagai jenis insurans kereta ditawarkan dengan pelbagai jenis perlindungan tambahan mengikut keperluan dan bajet. Biasanya, harga insurans kereta bergantung pada jenis insurans atau syarikat insurans yang dipilih. Namun begitu, anda boleh mempertimbangkan perkara berikut semasa pilih insurans kereta terbaik dan sesuai untuk anda:

  1. Perkhidmatan nilai tambah seperti bantuan kecemasan (tow truck) tanpa caj tambahan;
  2. Kemudahan pembaharuan insurans kenderaan secara online atau dalam talian;
  3. Proses tuntutan yang tidak rumit;
  4. Lokasi bengkel panel yang mudah diakses dan menyeluruh;
  5. Perkhidmatan pelanggan yang cekap.
Kategori Pihak Ketiga Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Komprehensif
Tuntutan/Liabiliti Pihak Ketiga
Kecederaan
Kematian
Kerugian/Kerosakan Harta Benda
Kerosakan/Kerugian Kenderaan Sendiri
Kebakaran
Kecurian
Kemalangan
Kecederaan/Kematian
Penumpang
Diri Sendiri

Pembayaran ganti rugi oleh pihak insurans kepada pemegang polisi merupakan amalan standard setelah tuntutan kecurian kenderaan atau kerugian dibuat. Amaun bayaran yang akan diterima oleh pemegang polisi biasanya bergantung pada perkara-perkara seperti berikut:

  1. Nilai pasaran kenderaan semasa kerosakan atau kerugian berlaku; atau
  2. Mengikut nilai yang dipersetujui dalam polisi; atau
  3. Mana-mana yang lebih rendah.

Namun begitu, bayaran balik biasanya akan diberikan oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi berdasarkan nilai yang telah dipersetujui dalam perjanjian tanpa mengira harga pasaran semasa atau harga jualan semula.

autos, bm, cars, beli kereta baru tapi tak tahu cara pilih insurans kereta terbaik? info lengkap insurans kereta di sini

5. Polisi Insurans Kereta: Tips Beli Insurans Kereta di Malaysia

Carsome menyenaraikan beberapa perkara berkaitan insurans kereta yang boleh anda fahami untuk mengelakkan anda daripada tertipu. Berikut beberapa tips yang anda perlu tahu sebelum beli insurans kereta yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda.

a. Semak Nilai Pasaran Semasa Kereta

Semak harga pasaran semasa atau current market value kereta anda. Ia adalah penting untuk memastikan kenderaan anda diinsuranskan secukupnya kerana ia akan memberi kesan kepada amaun yang boleh dituntut sekali gus mengelakkan kekurangan atau lebihan bayaran. Anda boleh memeriksa nilai pasaran kereta menggunakan laman web ini.

a.i. Kekurangan Bayaran Insurans

Sekiranya anda menginsuranskan kereta anda lebih rendah berbanding nilai pasaran, anda akan dianggap bersedia untuk menanggung sendiri perbezaan nilai tersebut sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan. Anda hanya akan menerima bayaran sama seperti amaun yang diinsuranskan oleh syarikat insurans.

Dalam kes tertentu, syarikat insurans juga berhak untuk mengenakan denda atau penalti semasa proses penaksiran nilai tuntutan jika nilai kereta yang diinsuranskan lebih rendah daripada nilai pasaran semasa.

a.ii. Lebihan Bayaran Insurans

Sekiranya anda menginsuranskan kereta anda lebih tinggi berbanding nilai pasaran, pampasan maksimum yang akan diterima adalah bergantung pada nilai pasaran semasa kenderaan. Pemegang polisi tidak boleh mendapat keuntungan daripada tuntutan insurans kereta melebihi atau lebih tinggi daripada nilai pasaran semasa diinsuranskan.

b. Semak Nilai atau Peratusan Loading Polisi Insurans

Peratusan loading atau dalam bahasa biasa merujuk pada caj tambahan yang dikenakan ke atas premium asas sesuatu risiko. Setiap syarikat insurans biasanya meletakkan kadar loading yang berbeza meskipun ia merujuk pada kategori risiko yang sama. Sesetengah syarikat insurans mengenakan kadar loading sekitar 15 hingga 35 peratus bergantung pada garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat. Sebagai pemilik kenderaan, anda berhak untuk memilih insurans yang menawarkan kadar loading yang lebih rendah atau tanpa loading.

Kadar loading biasanya ditentukan berdasarkan faktor-faktor biasa seperti umur, tabiat pemanduan, kapasiti enjin, sejarah serta kekerapan tuntutan sebelumnya. Kadar ini dikenakan bertujuan untuk memastikan ia setimpal dengan risiko yang akan ditanggung oleh syarikat insurans.

c. Beli Insurans Secara Terus dari Syarikat Insurans

Selain itu, anda juga disarankan untuk mendapatkan insurans secara terus daripada ejen yang berpengalaman atau syarikat insurans yang dipercayai. Ia bertujuan untuk memastikan anda mendapat perlindungan dan nasihat yang tepat dan betul. Pembelian insurans kereta secara terus daripada ejen yang sah juga dapat membantu anda sekiranya anda berdepan dengan situasi tuntutan dan dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh ejen yang tidak berdaftar. Selain itu, polisi insurans yang diambil secara terus daripada syarikat insurans juga biasanya tertakluk pada diskaun sehingga 15 peratus bergantung pada jenis polisi yang dipilih.

6. Cara Pilih Insurans Kereta Terbaik

Proses pilih insurans kereta terbaik dan sesuai dengan keperluan anda tidaklah sesukar yang dijangka lebih-lebih lagi jika anda sudah mengetahui aspek dan perkara asas yang perlu dipertimbangkan. Carsome menyenaraikan 5 tips asas pilih insurans kenderaan terbaik untuk panduan anda seperti berikut:

1. Tentukan Kaedah Pembelian

Anda boleh memilih sama ada untuk membeli insurans kereta secara terus melalui syarikat insurans atau melalui ejen insurans bebas yang dipercayai bergantung pada kesesuaian atau pilihan anda.

2. Tentukan Jumlah, Jenis Perlindungan Insurans Kereta

Anda boleh menyemak nilai pasaran kereta anda secara online untuk mengetahui anggaran jumlah perlindungan insurans yang anda perlukan. Selain itu, pertimbangkan juga faktor-faktor lain seperti kekerapan pemanduan, lokasi pemanduan dan lokasi tempat tinggal (jenayah kecurian, risiko banjir dan sebagainya) sebelum memilih jenis perlindungan insurans yang bersesuaian.

3. Dapatkan Sebut Harga Insurans Kereta

Setiap syarikat insurans menawarkan sebut harga yang berbeza bergantung pada jenis polisi insurans yang ditawarkan. Anda juga boleh mengubah suai (customize) jenis polisi yang anda perlukan bergantung pada keperluan anda. Namun begitu, semakin banyak penambahan yang anda lakukan, semakin tinggi harga insurans yang perlu dibayar. Biasanya, proses mendapatkan sebut harga memerlukan butiran berikut:

    • Nama penuh pemilik kereta;
    • Nombor kad pengenalan pemilik kereta;
    • Nombor telefon;
    • Alamat e-mel;
    • Alamat tempat tinggal;
    • Nombor pendaftaran kereta;
    • Jenis kereta;
    • Model kereta.

4. Banding Harga Insurans Kereta

Di Malaysia, kadar premium insurans kereta dikawal selia dan ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Oleh sebab itu, ada sesetengah polisi perlindungan mempunyai kadar premium yang sama meskipun daripada syarikat insurans yang berlainan. Namun begitu, anda masih boleh membandingkan harga insurans kereta ini bagi mendapatkan harga yang terbaik dan kompetitif.

Setiap syarikat insurans menawarkan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri bergantung pada jenis insurans dan perlindungan yang dipilih. Sebagai contoh, Syarikat ABC mungkin menawarkan polisi yang lebih mahal berbanding syarikat DEF, namun ia mungkin mempunyai tahap kepuasan tuntutan pelanggan yang lebih tinggi. Ini bermaksud, insurans syarikat ABC lebih berbaloi untuk dimiliki meskipun ditawarkan pada harga yang lebih mahal.

5. Buat Pilihan Sesuai

Bandingkan insurans kereta dan pilih polisi insurans yang terbaik selari dengan keperluan anda. Teliti segala kelebihan dan kekurangan, ambil kira pandangan awam (public review) dan sebagainya sebelum membuat keputusan.

Selain beli insurans secara terus melalui syarikat insurans atau ejen, anda juga boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta anda secara online. Anda boleh rujuk langkah-langkah perbaharui cukai jalan dan insurans kereta secara online di sini.

autos, bm, cars, beli kereta baru tapi tak tahu cara pilih insurans kereta terbaik? info lengkap insurans kereta di sini

7. Harga Insurans Kereta

Harga insurans kereta biasanya berubah setiap tahun mengikut harga pasaran semasa kereta anda. Harga insurans yang dibayar juga bergantung pada jenis polisi insurans dan perlindungan tambahan yang dipilih. Selain itu, harga insurans kereta juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti berikut:

1. Jumlah Perlindungan Kereta/Nilai Pasaran Kereta

Nilai pasaran semasa kereta akan berkurangan dari tahun ke tahun. Jumlah perlindungan semasa yang lebih rendah akan mempengaruhi nilai insurans kereta yang ditawarkan. Semakin rendah nilai perlindungan, semakin murah insurans kereta.

2. Tahun Pembuatan Kereta

Harga insurans kereta turut berkait rapat dengan tahun pengeluaran kereta. Harga insurans untuk model kereta tahun 2019 adalah lebih mahal berbanding model kereta tahun 2014. Dalam erti kata lain, harga insurans untuk kereta lama biasanya lebih murah berbanding kereta baharu.

3. Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD Kereta

Kadar diskaun tanpa tuntutan atau no claim discount (NCD kereta) adalah berlainan mengikut kelas kenderaan. Bagi kereta persendirian, kadar NCD kereta adalah sekitar 25 hingga 55 peratus jika pemilik kenderaan tidak membuat sebarang tuntutan ganti rugi daripada syarikat insurans sepanjang pemilikan. Secara amnya, pemilik kenderaan layak menerima diskaun sehingga 25 peratus jika tiada sebarang tuntutan dibuat dalam tempoh 12 bulan pertama.

Ia diikuti dengan 30 peratus diskaun untuk tahun kedua, 38.33 peratus (tahun ketiga), 44 peratus (tahun keempat) dan 55 peratus untuk tahun kelima dan seterusnya. Berikut merupakan contoh perbandingan kadar bayaran untuk dua model kereta yang sama dengan kadar NCD berbeza seperti berikut:

Situasi 1:

    • Nilai Pasaran Semasa Kereta: RM40,000
    • Nilai NCD yang Diterima: 25%
    • Jumlah yang Perlu Dibayar: RM938

Situasi 2:

    • Nilai Pasaran Semasa Kereta: RM40,000
    • Nilai NCD yang Diterima: 55%
    • Jumlah yang Perlu Dibayar: RMRM368

Selain itu, anda juga boleh transfer NCD kereta lama ke kereta baru dengan syarat kereta baharu atau kereta terpakai yang dibeli didaftarkan di bawah nama dan nombor kad pengenalan pemilik yang sama untuk menikmati kadar insurans yang lebih rendah.

4. Jenis Insurans Kereta

Harga insurans kereta turut dipengaruhi oleh jenis insurans kereta yang dipilih. Di Malaysia, terdapat tiga jenis insurans kereta yang ditawarkan kepada pemilik kenderaan:

    • komprehensif;
    • pihak ketiga;
    • pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.

5. Faktor Lokasi

Faktor lokasi juga memainkan peranan dalam mempengaruhi harga insurans kenderaan. Secara amnya, harga insurans kereta di Semenanjung adalah lebih mahal atau lebih tinggi berbanding harga insurans kereta di Sabah dan Sarawak. Faktor ini disebabkan oleh nilai pasaran kereta dan penilaian risiko yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia berbanding di Sabah dan Sarawak.

6. Kapasiti Enjin Kereta

Kapasiti enjin kereta juga turut menentukan harga insurans yang perlu dibayar. Semakin tinggi kapasiti enjin kereta, semakin tinggi harga insurans kereta. Harga insurans Perodua Myvi 1.5 biasanya lebih mahal berbanding harga insurans Perodua Axia 1.0.

Insurans Kereta Terpakai: Pastikan kereta yang dibeli bebas daripada tunggakan saman atau disenarai hitam. Dapatkan salinan cover note daripada pemilik sebelumnya untuk periksa kadar NCD dan kenal pasti sama ada kereta yang ingin dibeli pernah kemalangan atau tidak.

8. Cara Kira Insuran Kereta

Secara amnya, jumlah premium yang perlu dibayar adalah berbeza bergantung pada jumlah yang diinsuranskan, model kereta, sejarah tuntutan sebelumnya, kadar NCD kereta sedia ada dan beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Andaikan anda memiliki Perodua Myvi 1.5L yang berusia 5 tahun, dengan amaun diinsuranskan sebanyak RM30,000, kadar NCD kereta 30 peratus dan manfaat tambahan kerosakan cermin depan. Berikut merupakan contoh pengiraan harga insurans kereta untuk rujukan anda:

Jumlah Premium Komprehensif = Premium Kasar + Perlindungan Tambahan (jika ada) + 6% SST + Duti Setem 

  1. Premium Asas: RM1,069.00
  2. Tolak 30% NCD Kereta: RM320.70
  3. Tambah Manfaat Tambahan (Cermin Hadapan): RM75 (untuk perlindungan RM500.00)
  4. Tolak 10% Diskaun: RM82.33
  5. SST 6%: RM44.46
  6. Tambah Duti Setem: RM10.00
  7. Jumlah Premium Perlu Dibayar: RM795.43

Nota: pengiraan adalah anggaran semata-mata, mungkin meningkat atau bertambah mengikut situasi

autos, bm, cars, beli kereta baru tapi tak tahu cara pilih insurans kereta terbaik? info lengkap insurans kereta di sini

9. Perbezaan Insurans Takaful vs Insurans Konvensional

Selain insurans konvensional, anda juga mempunyai pilihan untuk memperbaharui perlindungan insurans menggunakan insurans takaful. Insurans takaful secara amnya terbuka untuk semua dan tidak terhad kepada pengguna Islam sahaja. Ini bermaksud, individu bukan Muslim juga boleh mendapatkan perlindungan takaful.

a. Apa Itu Insurans Takaful?

Insurans takaful merujuk kepada pelan insurans yang memiliki ciri-ciri patuh Shariah. Ia merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama iaitu segala risiko dan dana dikongsi bersama antara pemegang polisi dan syarikat insurans. Insurans takaful diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans komersial sedia ada di Malaysia khusus untuk pengguna yang beragama Islam.

b. Ciri-ciri Takaful

Berikut merupakan ciri-ciri takaful untuk panduan anda:

    • Perkongsian risiko – risiko ditanggung oleh syarikat insurans termasuk semua pihak di bawah perlindungan takaful;
    • Polisi no claim cashback – jika tiada tuntutan dalam tempoh perlindungan, pemegang polisi layak menerima rebat tunai daripada syarikat takaful;
    • Patuh Shariah – mematuhi undang-undang Shariah tanpa transaksi yang meragukan.

Insurans takaful kenderaan dikategorikan sebagai produk takaful am. Insurans takaful menawarkan perlindungan yang menyeluruh yang melindungi pemegang polisi dan pihak ketiga daripada kerugian dan kecederaan akibat kemalangan, kecurian dan kebakaran.

Insurans Takaful Insurans Konvensional
Berdasarkan konsep kerjasama Berdasarkan faktor komersial sahaja
Tertakluk kepada undang-undang Shariah dan undang-undang kerajaan Tertakluk kepada akta dan undang-undang diwartakan kerajaan sahaja
Wang pemegang takaful hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan patuh Shariah sahaja Wang pemegang polisi boleh dilabur dalam semua bentuk pelaburan, tidak tertakluk pada pelaburan patuh Shariah sahaja
Bebas dari unsur Riba’, Gharar (ragu-ragu) dan Masyir (perjudian) Mungkin mengandungi unsur Riba’, Gharar (ragu-ragu),dan Masyir (perjudian)
Berdasarkan konsep perkongsian risiko oleh semua pihak di bawah perlindungan yang telah dipersetujui bersama Risiko ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans selepas bayaran dibuat oleh pemegang polisi

autos, bm, cars, beli kereta baru tapi tak tahu cara pilih insurans kereta terbaik? info lengkap insurans kereta di sini

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih polisi insurans kereta terbaik untuk kereta anda. Jika anda sedang mencari polisi insurans kereta yang komprehensif dan menyeluruh, ingin jual kereta lama atau beli kereta terpakai terbaik pada harga mampu milik, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia yang menawarkan rangkaian pilihan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

Keyword: Beli Kereta Baru Tapi Tak Tahu Cara Pilih Insurans Kereta Terbaik? Info Lengkap Insurans Kereta Di Sini

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel