Cuti panjang sempena perayaan tidak kiralah sama ada hari raya aidilfitri, tahun baharu cina, hari raya aidiladha, hari krismas atau cuti panjang hujung minggu semestinya dimanfaatkan oleh warga kota untuk pulang ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan mengunjungi sanak-saudara. Namun begitu, dalam keseronokan untuk pulang ke kampung, faktor keselamatan masih perlu dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang insiden atau kemalangan yang tidak diingini daripada berlaku. Ketahui tip keselamatan penting sebelum pulang ke kampung dan tip pemanduan selamat berikut sebagai panduan anda:

7 Tip Keselamatan Penting Sebelum Balik Kampung

Carsome menyenaraikan 7 tip keselamatan penting sebelum balik kampung yang boleh anda praktikkan:

1. Jangan Tinggalkan Barangan Berharga

Jika ingin pulang bercuti untuk tempoh masa yang lama ataupun sekejap, elakkan daripada meninggalkan barangan berharga di rumah seperti wang tunai, barangan kemas, laptop dan sebagainya. Bawa barangan berharga ini bersama anda atau jika perlu simpan sementara di bank atau minta kenalan yang boleh dipercayai untuk menjaga barangan ini buat sementara waktu. Berdasarkan statistik, rekod jenayah pecah rumah dan kecurian biasanya mencatatkan peningkatan terutamanya semasa musim perayaan.

2. Cabut Penutup Kepala Tong Gas dan Tutup Punca Kuasa Elektrik

Pastikan kepala tong gas di dapur rumah anda ditanggalkan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Cara ini sekali gus dapat mengelakkan insiden kebakaran semasa ketiadaan anda. Selain itu, pastikan semua suis dimatikan dan palam atau plag perkakas elektrik di kediaman anda ditanggalkan daripada soket. Mematikan suis dan mencabut plag peranti yang tidak digunakan bukan sahaja menjimatkan kadar penggunaan elektrik, malah langkah berjaga-jaga ini penting untuk membendung insiden litar pintas atau kebakaran.

3. Buka Lampu dan Matikan Talian Telefon (Jika Ada)

Anda disarankan untuk memasang lampu dengan tetapan ‘timer’  di dalam dan di luar rumah anda. Ia bertujuan untuk mewujudkan suasana rumah berpenghuni sekali gus mengurangkan risiko rumah anda dipecah masuk. Pastikan lampu ini dihidupkan sekitar 6 petang hingga 7 malam setiap hari sepanjang ketiadaan anda. Selain itu, anda juga digalakkan untuk mencabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering ketika anda tiada di rumah dan elakkan memasang sistem pesanan suara yang mengatakan anda tiada di rumah. Anda juga boleh memasang sistem penggera dan ‘CCTV’ di rumah anda sebagai langkah keselamatan tambahan.

4. Kunci Pintu dan Tingkap

Meskipun anda meninggalkan kediaman anda untuk tempoh masa yang singkat, amalkan langkah berjaga-jaga dengan sentiasa mengunci pintu dan tingkap rumah anda. Pastikan pintu utama dan pintu belakang rumah anda dikunci dan dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti. Kebiasaanya, kediaman di Malaysia dilengkapi dengan jeriji (grill) keselamatan pada pintu dan tingkap rumah – pastikan ia berkunci. Elakkan daripada menyembunyikan atau menyimpan kunci pendua (spare key) rumah anda di lokasi-lokasi yang mudah dibaca seperti di dalam pasu, di bawah alas kaki atau di dalam rak kasut di luar rumah.

5. Jangan Maklumkan Ketiadaan Anda di Laman Sosial

Dalam zaman yang serba canggih ini, kebanyakan daripada kita gemar memuat naik kemas kini berkaitan aktiviti seharian yang dilakukan di laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram. Ia sekali gus membuka ruang kepada penjahat untuk memantau pergerakan dan aktiviti yang kita lakukan sebelum melakukan kegiatan mereka. Oleh itu, elakkan atau jangan sekali-kali tinggalkan sebarang nota atau memuat naik status di laman sosial anda dengan mengatakan anda tiada di rumah untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku semasa ketiadaan anda di rumah.

6. Maklumkan Kepada Jiran/Pihak Polis

Sebagai langkah keselamatan, maklumkan ketiadaan anda kepada jiran untuk menjaga kediaman anda sepanjang ketiadaan anda. Selain itu, anda juga boleh memaklumkan ketiadaan anda kepada balai polis berdekatan dengan mengisi borang yang disediakan. Pihak polis akan melakukan rondaan secara berkala sepanjang ketiadaan anda sekali gus membantu menjaga keselamatan kediaman yang ditinggalkan.

7. Periksa Kereta Anda

Selain keselamatan kediaman yang ditinggalkan, anda juga perlu mengambil kira keselamatan kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan sepanjang perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan yang akan dinaiki berada dalam keadaan baik. Lakukan pemeriksaan secara menyeluruh sebelum dan selepas perjalanan untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

Tip Asas Pemanduan Balik Kampung yang Selamat

Berikut merupakan senarai semak berkaitan penyelenggaraan kereta yang boleh anda ikuti dan tip asas pemanduan selamat sebelum pulang ke kampung halaman yang boleh diamalkan:

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

Servis Kereta dan Periksa Tayar

Berdepan masalah kereta rosak di lebuh raya boleh menjadi suatu mimpi buruk. Namun begitu, insiden sebegini boleh dielakkan jika kita mengambil langkah yang sewajarnya sebelum memulakan perjalanan. Periksa keadaan kereta dan dan pastikan kereta anda berada dalam keadaan baik sebelum balik ke kampung.

1. Tayar Kereta

Tayar merupakan antara komponen penting kereta yang bersentuhan dengan jalan raya. Jika tidak diselenggara dan tidak berada dalam keadaan baik, ia boleh menyebabkan kemalangan atau mengancam keselamatan bukan sahaja diri anda, malah penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Periksa bunga tayar – jenis kehausan yang berbeza pada bunga tayar menunjukkan masalah kerosakan komponen lain yang perlu diberi perhatian. Selain itu, pastikan tekanan udara dalam tayar berada pada tahap yang disyorkan.

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

2. Brek Kereta

Periksa pad brek kereta anda sama ada ia masih selamat untuk digunakan atau memerlukan penggantian. Pastikan bunyi pelik tidak kedengaran semasa menekan pedan brek. Selain itu, pastikan paras minyak brek mencukupi dan berada dalam keadaan baik. Minyak brek sepatutnya berwarna jernih dan bebas kotoran, tambah jika perlu. Pemeriksaan brek secara berkala penting untuk keselamatan pemanduan anda terutamanya semasa perjalanan jauh:

7 Tanda Amaran Brek Anda Perlu Diperiksa
      • Bunyi – bunyi berciut, bergeser atau ketukan semasa membrek;
      • Seret – kenderaan terseret ke tepi apabila membrek;
      • Pedal rendah – pedal brek rendah mencecah ke lantai apabila membrek;
      • Pedal keras – pedal brek terasa keras dan perlu dipijak dengan kuat semasa membrek;
      • Mencengkam – brek mencengkan dengan sedikit sentuhan pada pedal;
      • Bergetar – pedal brek bergetar atau berdenyut walaupun semasa membrek secara normal;
      • Lampu – lampu brek menyala pada papan pemuka kenderaan anda.

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

3. Minyak Enjin

Minyak enjin kereta perlu ditukar mengikut tempoh penyelenggaraan. Meskipun begitu, periksa paras kuantiti minyak di dalam kereta anda sebelum memulakan perjalanan dan pastikan ia berada pada paras yang disyorkan. Jika minyak enjin kereta anda berkurangan secara mendadak, ia mungkin menandakan enjin anda mengalami kebocoran dan perlu diperbaiki dengan segera.

Cara Memeriksa Keadaan Minyak Enjin
      1. Cabut dipstick dan bersihkan;
      2. Masukkan dipstick semula ke dalam minyak enjin;
      3. Kemudian angkat kembali dipstick;
      4. Periksa ketinggian paras minyak hitam.

Paras minyak hitam yang optimum mestilah berada di antara paras minimum dan maksimum. Tambahkan minyak enjin jika paras minyak berada di bawah tanda minimum.

4. Wiper atau Pengelap Cermin

Semasa perjalanan, anda mungkin berdepan pelbagai situasi seperti hujan atau keadaan jalan raya yang berkabus. Dalam situasi sebegini, wiper kereta sangat memainkan peranan untuk membantu meningkatkan jarak penglihatan di hadapan anda. Oleh itu, pastikan air di dalam bekas washer fluid penuh dan mencukupi untuk kegunaan semasa perjalanan. Untuk elakkan nozel daripada tersumbat, anda disarankan untuk menggunakan air suling atau mineral.

Selain itu, tukar getah wiper jika ia tidak lagi berada dalam keadaan baik – wiper bergoyang atau bergetar secara berlebihan, masih terdapat kesan air semasa menggunakannya, bunyi kedengaran semasa menggunakannya. Secara amnya, anda disarankan untuk menggantikan wiper kereta anda setiap 6 bulan atau setahun sekali.

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

5. Lampu

Pastikan semua lampu kereta anda berfungsi dan menyala dengan baik terutamanya jika memandu pada waktu malam untuk memastikan pemanduan yang lebih lancar dan selamat. Minta bantuan rakan, anak atau isteri untuk membantu melihat sama ada lampu brek, lampu hadapan, lampu belakang berfungsi atau tidak sebelum memulakan perjalanan. Selain meningkatkan jarak penglihatan anda sepanjang pemanduan, lampu yang berfungsi juga membolehkan kenderaan anda mudah dilihat oleh kenderaan lain semasa berada di atas jalan raya sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

6. Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan komponen penting dalam sistem elektrik kenderaan. Ia merupakan komponen yang perlu digantikan setiap dua tahun bergantung pada penjagaan dan prestasinya. Sama seperti komponen kereta yang lain, bateri kereta perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk mengekalkan kualiti dan prestasi pada tahap yang terbaik. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai cara-cara untuk melakukan jump start dan tip penjagaan bateri kereta di sini. Selain itu, anda juga boleh menggunakan multimeter analog atau digital untuk menguji dan mengukur voltan, arus dan rintangan bateri kereta anda.

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

Dapatkan Rehat Mencukupi dan Rancang Perjalanan Anda

Pastikan anda mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman anda. Elakkan daripada memandu selepas bekerja atau selepas makan kerana ia akan menyebabkan anda keletihan dan mengantuk. Jika anda mengantuk semasa memandu, jangan paksa diri anda. Sebaliknya, singgah di mana-mana kawasan rehat dan rawat dan berehat seketika untuk mendapatkan semula tenaga. Jika ada pemandu kedua, minta pemandu kedua untuk memandu ke destinasi tujuan anda sementara anda recharge semula tenaga.

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

Tip Pemanduan Selamat | Peringatan Semasa Berada di Jalan Raya

  • Patuhi had laju lebuh raya untuk keselamatan diri dan keluarga anda selain mengelakkan anda daripada disaman. Semak saman trafik dan senarai lokasi AES di lebuh raya di sini.
  • Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Hargai dan sayangi nyawa anda dan keluarga anda.
  • Elakkan menggunakan lorong kecemasan untuk segera sampai ke destinasi. Biar lambat, asal selamat.
  • Pakai tali pinggang keledar dan gunakan kerusi kanak-kanak untuk perlindungan tambahan.
  • Jangan mengekori kenderaan lain terlalu rapat.
  • Berhati-hati semasa memandu dan beri perhatian penuh semasa berada di jalan raya.
  • Pastikan baki kad Touch N Go mencukupi. Tambah nilai sebelum memulakan perjalanan. Touch N Go kini dilengkapi dengan PayDirect dan RFID yang boleh dihubungkan dengan aplikasi eWallet – lebih senang untuk tambah nilai, kan?
  • Bawa bersama item-item penting yang perlu ada sebelum memulakan perjalanan seperti powerbank, kit pertolongan cemas dan sebagainya. Untuk senarai penuh, baca di sini.

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

Tip Pemanduan Selamat | Amalkan Sifat Bersabar dan Berhemah

Selain itu, semasa musim perayaan khususnya, pihak lebuh raya akan berkongsi jadual perjalanan dengan pengguna jalan raya untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya. Patuhi cadangan yang diberikan dan rancang perjalanan balik kampung anda dengan baik. Anda juga boleh memuat turun aplikasi navigasi di telefon pintar anda seperti Waze atau Google Maps untuk mengetahui status terkini aliran trafik di lebuh raya. Anda disarankan untuk sentiasa mengamalkan sikap dan amalan pemanduan yang berhemah sepanjang perjalanan supaya perjalanan anda lebih tenang dan gembira. Utamakan keselamatan dan pandu secara berhemah supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju.

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

Kami berharap tip pemanduan selamat yang dikongsikan ini dapat membantu anda merasai pengalaman balik kampung yang menyeronokkan. Selain itu, jika anda sedang ingin menjual kereta lama anda dan ingin pulang ke kampung dengan kereta mewah terpakai dengan tawaran harga yang berbaloi dan mampu milik, layari laman web Carsome. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dengan perkhidmatan yang pantas, cekap dan telus. Paling penting – pandu cermat, jiwa selamat.

autos, bm, cars, balik kampung minggu ini? ini tip penting untuk pemanduan selamat!

Keyword: Balik Kampung Minggu Ini? Ini Tip Penting untuk Pemanduan Selamat!

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel