Sistem KEJARA adalah singkatan kepada Sistem Kesalahan Jalan Raya, iaitu suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan bermotor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

autos, cars, reviews, insights, jpj, kesalahan jalan raya, penggantungan lesen, saman, sistem kejara, adakah sistem kejara berkesan? – apa guna sistem demerit di atas kertas?

Bilakah kali terakhir anda dengar tentang sistem KEJARA? Adakah ketika anda mendapatkan lesen kenderaan anda dahulu? Untuk pengetahuan anda yang dah lama tak dengar tentang KEJARA, sistem ini masih digunapakai di negara ini. Kesalahan terjadual yang dimaksudkan dalam perenggan di atas merupakan 23 jenis kesalahan yang ditetapkan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017 yang menyebabkan mata demerit diberikan kepada pemandu sekiranya kesalahan tersebut dilakukan.

Senarai Kesalahan Terjadual yang telah disenaraikan dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017

Jenis Kesalahan Mata Dimerit Yang Diberikan
Pemandu Kenderaan Selain Kenderaan Barangan Dan Bas (PSKBB) Pemandu Kenderaan Barangan Dan Bas (PKBB)
Memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa 10 mata 10 mata
Menjaga sesuatu kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah 10 mata 10 mata
Memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan 10 mata 10 mata
Tidak mengadakan spesimen nafas apabila dikehendaki oleh pegawai polis 10 mata 10 mata
Tidak mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas atau spesimen darah atau air kencing bagi ujian makmal apabila dikehendaki oleh pegawai polis  10 mata 10 mata
Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang boleh mendatangkan bahaya atau berkemungkinan menyebabkan bahaya  0 mata 10 mata
Membawa kenderaan barangan yang membawa muatan yang menjulur melebihi bahagian belakang, hadapan atau tepi kenderaan barangan tanpa kebenaran Ketua Pengarah 0 mata 10 mata
Memandu kenderaan barangan dengan muatan yang terjatuh atau tumpah daripada kenderaan barangan  0 mata 10 mata
Memandu kenderaan barangan yang tidak sesuai yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan bahaya 0 mata 10 mata
Tidak mematuhi atau mengabaikan arahan polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas dalam mengawal selia lalu lintas semasa memandu atau mendorongi pemandu 4 mata 6 mata
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas semasa memandu atau mendorongi kenderaan seperti:  
a) Isyarat merah 4 mata 6 mata
b) Isyarat berhenti pada simpang jalan 4 mata 6 mata
c) Isyarat had laju (i) melebihi 40km/j 4 mata 6 mata
d) Isyarat had laju (ii) melebihi 25km/j ke 40km/j 3 mata 5 mata
e) Isyarat had laju (iii) melebihi 1km/j ke 25km/j 2 mata 4 mata
Tidak mematuhi isyarat merah  4 mata 6 mata
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan seperti berikut:  
a) Melebihi 40km/j  4 mata 6 mata
b) Melebihi 25km/j ke 40km/j 3 mata 5 mata
c) Melebihi 1km/j ke 25km/j 2 mata 4 mata
Memotong kenderaan di garisan berterusan 4 mata 6 mata
Memandu kenderaan barangan dengan melebihi had berat maksimum dengan muatan yang dibenarkan 0 mata 6 mata
Membawa orang dalam kenderaan perkhidmatan awam melebihi bilangan yang ditetapkan dalam apa-apa lesen yang sah atau perakuan kenderaan awam 0 mata 6 mata
Memotong kenderaan motor di sebelah kiri 4 mata 6 mata
Memandu, menunda, menolak, meletak atau meninggalkan tanpa berjaga kenderaan di lorong kecemasan 4 mata 6 mata
Tidak memberi laluan kepada kenderaan yang mempunyai keutamaan berbanding dengan lalu lintas lain 3 mata 5 mata
Menggunakan atau cuba untuk menggunakan telefon bimbit atau apa-apa kelengkapan komunikasi lain dengan tidak menggunakan alat bebas tangan semasa memandu  3 mata 5 mata
Memandu kenderaan barangan atau perkhidmatan awam secara berterusan di lorong paling kanan 0 mata 4 mata
Memandu kenderaan motor tanpa memakai tali pinggang keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan tali pinggang keledar itu 3 mata 3 mata
Menunggang motosikal tanpa tanpa memakai topi keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan topi keledar itu 2 mata 2 mata

autos, cars, reviews, insights, jpj, kesalahan jalan raya, penggantungan lesen, saman, sistem kejara, adakah sistem kejara berkesan? – apa guna sistem demerit di atas kertas?

Mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan terjadual seperti di atas akan menerima mata demerit seperti yang tertera. Tetapi, mata demerit hanya akan diberikan kepada pemandu, bukanlah pada kenderaan yang dipandu. Jika mata demerit anda semakin tinggi, lesen anda berkemunginan besar akan digantung. Rujuk jadual dibawah untuk lebih info:

Peringkat Tindakan
Lesen Memandu Kompeten (CDL) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
20 mata pertama Amaran Batal
20 mata kedua Lesen digantung 6-8 bulan
20 mata ketiga Lesen digantung 8-10 bulan
20 mata keempat dan seterusnya Lesen digantung 10-12 bulan

Lesen PDL akan terbatal sekiranya pemandu memperolehi 20 mata demerit atau lebih. Walaupun Lesen CDL hanya menerima penggantungan sekiranya mengutip mata demerit melebihi had ditetapkan, Lesen CDL tersebut boleh juga dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ apabila pemandu tersebut telah menjalani pengantungan lesen memandu selama 3 kali dalam tempoh 5 tahun. 

autos, cars, reviews, insights, jpj, kesalahan jalan raya, penggantungan lesen, saman, sistem kejara, adakah sistem kejara berkesan? – apa guna sistem demerit di atas kertas?

Walau bagaimanapun, pengurangan mata demerit sebanyak 50% akan diberikan sekiranya pemandu tidak melakukan kesalahan terjadual dalam tempoh dua belas bulan daripada kesalahan terakhir. Malah, kursus pemulihan turut ditawarkan oleh JPJ kepada pemegang lesen memandu yang mengumpul mata demerit di bawah 20 mata bagi mendapatkan pengurangan. Tetapi, insentif pengurangan mata demerit ini hanya diberikan sekali sebelum tempoh penggantungan atau sebelum pembatalan lesen memandu.

Jika lesen anda digantung, anda diharamkan untuk memandu dalam tempoh tersebut. Selain itu, anda tidak boleh memohon lesen memandu apa-apa kelas dan lesen serta kenderaan pemandu akan disenarai hitamkan sepanjang tempoh tersebut. Bila pandu tanpa lesen yang sah, anda boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM3,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun.

autos, cars, reviews, insights, jpj, kesalahan jalan raya, penggantungan lesen, saman, sistem kejara, adakah sistem kejara berkesan? – apa guna sistem demerit di atas kertas?
*Kredit foto: Harian Metro

Penggantungan atau pembatalan lesen memandu oleh KEJARA akan bermula apabila pemegang lesen memandu itu menyerahkan lesen memandu fizikalnya di mana-mana pejabat JPJ yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penyampaian notis itu dibuat atau selepas 21 hari daripada tarikh penyampaian notis itu. Jika lesen tersebut tidak diserahkan, tindakan penggantungan/pembatalan tetap juga akan dilakukan sebaik sahaja tempoh 21 hari itu tamat.

Namun sekiranya lesen anda dibatalkan oleh Ketua Pengarah di bawah Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017, anda masih boleh memohon semula lesen memandu baharu (bermula dengan Lesen Belajar Memandu LDL) selepas dua bulan daripada tarikh pembatalan lesen memandu tersebut. 

Tetapi, tahukah anda bahawa pemberian mata demerit ini hanya akan diberikan kepada pemandu apabila notis saman diselesaikan seperti membayar kompaun atau membayar denda di mahkamah? Persoalannya, bagaimana jika pemandu itu enggan membayar saman? Adakah mata demerit tersebut hanya wujud diatas kertas dan bukanlah di dalam sistem dan pemandu tersebut masih bebas? Bukan kita tak pernah dengar orang ada saman terkumpul sampai beribu-ribu. Jika pemandu mengelak daripada membayar saman, adakah beliau akan terlepas daripada menerima mata demerit?

autos, cars, reviews, insights, jpj, kesalahan jalan raya, penggantungan lesen, saman, sistem kejara, adakah sistem kejara berkesan? – apa guna sistem demerit di atas kertas?
*Kredit foto: BERNAMA

Tidak juga. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda tidak membayar saman, memang mata demerit tidak dapat diberikan kepada anda ketika itu. Tetapi, anda bakal menghadapi masalah untuk memperbaharui lesen, cukai jalan dan insurans kenderaan sekiranya ada diantara saman berikut merupakan saman blacklist. 

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat dua jenis saman jalan raya iaitu saman blacklist atau saman bukan blacklist. Antara senarai saman yang sering disenarai hitamkan adalah saman akibat kematian lesen, roadtax mati dan tidak memakai helmet/tali pinggang keledar. Senang cerita, bila anda terima saman daripada PDRM atau JPJ di Sekatan Jalan Raya (SJR), selesaikanlah dengan secepat mungkin bagi memudahkan anda di masa hadapan. Anda boleh menyemak sama ada nama anda telah disenarai hitam atau tidak di laman web rasmi JPJ. 

autos, cars, reviews, insights, jpj, kesalahan jalan raya, penggantungan lesen, saman, sistem kejara, adakah sistem kejara berkesan? – apa guna sistem demerit di atas kertas?

Sementara itu saman bukan blacklist kebiasaannya merupakan saman yang tidak diberi secara depan-depan tanpa tandatangan anda seperti saman speedtrap dan saman parkir. Walaupun saman ini dikatakan tidak berpotensi untuk membuatkan nama anda disenarai hitamkan, tapi jika anda kantoi ada saman tertunggak, anda boleh disaman sebanyak RM300 di bawah Seksyen 53 APJ 1987 bagi saman-saman yang tertunggak itu. 

Jadi sekiranya anda berhajat untuk melarikan diri daripada membayar saman kerana ianya bukan saman blacklist kerana tidak mahu diberi mata demerit oleh sistem KEJARA, anda perlu fikirkan semula kerana pada 2011, Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dipinda di mana JPJ akan bekerjasama dengan mana-mana majlis perbandaran dalam menguatkuasakan pungutan denda. Boleh dikatakan saman seperti saman parkir ini mempunyai level yang sama seperti saman JPJ kerana saman tersebut akan muncul dalam sistem. Pendek kata, majlis tempatan juga ada hak untuk blacklistkan nama anda kerana majlis tempatan akan merujuk pesalah trafik kepada JPJ untuk diambil tindakan. Jadi nak tak nak, kena la bayar saman kalau tak mahu dipanggil ke mahkamah atau disenarai hitam.

autos, cars, reviews, insights, jpj, kesalahan jalan raya, penggantungan lesen, saman, sistem kejara, adakah sistem kejara berkesan? – apa guna sistem demerit di atas kertas?
*Kredit foto: The Star

Diharapkan, sistem KEJARA boleh dikemaskini mengikut arus semasa bagi memperkasakan lagi penguatkuasaannya. Antara contoh yang boleh dilakukan adalah mengeluarkan mata demerit semasa notis saman dikeluarkan dan bukanlah sewaktu pembayaran dibuat. Pasti ramai yang lebih peka dengan sistem KEJARA sekiranya mereka menerima saman bersama notis mata demerit kerana jika mereka tahu mereka sudah mengumpul mata demerit, ini boleh menggalakkan mereka untuk menyelesaikan saman dengan lebih cepat.

Sebaik-baiknya, selesaikanlah saman-saman yang tertunggak sebelum apa-apapun. Kalau anda menunggu kerajaan untuk melaksanakan program diskaun saman, ia mungkin mendatangkan risiko kepada anda kerana tempoh diskaun saman ini tidak menentu, Silap-silap waran tahan dari mahkamah yang sampai dulu! Anda mungkin boleh abaikan saman-saman yang tertunggak, tetapi ingatlah bahawa anda tidak sesekali boleh sorok saman tersebut. Saman itu tetap tercatat di dalam sistem. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!

Bagi mereka yang ingin menyemak jumlah mata demerit yang terkumpul, anda boleh membuat semakan mata demerit di portal Rasmi JPJ.

Yang paling penting, jangan kumpul saman macam kumpul harta karun pula. Sentiasalah berhati-hati ketika memandu! For more latest car news, reviews, car buying guides and videos visit us at Carlist.my Auto News. Check out all the best new & used car deals in Malaysia at Carlist.my. Sell your car fast with the best offer? Visit us at CarlistBid.my.
Get the latest new car promotions at New Car website now.

Keyword: Adakah Sistem KEJARA Berkesan? – Apa Guna Sistem Demerit Di Atas Kertas?

CAR'S NEWS RELATED

The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

Loading a car on a trailer should not be this difficult, but if you do not do it with care, sometimes things backfire like this. This gentleman has just bought an amazing show-quality vehicle in California and it looks like an amazing built. Normally he does not decide to ...

View more: The Sound Of This ’65 Mustang Hitting A Trailer Will Hurt Your Soul!

2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

The 2023 model year ramps up with Toyota’s first dedicated electric vehicle and Kia’s first hybrid iteration of its bestselling Kia Sportage. Here’s what else moved us this week.  The Sportage sizes up for 2023, with sharper, more futuristic styling, a hybrid model, and new rugged X-Pro trims. It ...

View more: 2023 Kia Sportage, Toyota BZ4X headlines this week's new car reviews

This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

The 2022 Kia Sorento is one of Kia’s popular SUVs. It’s a three-row midsize SUV with plenty of room and a stylish exterior. Yet things with the Kia Sorento are not all great. Consumer Reports reviews of the 2022 Kia Sorento have it in last place of all midsize three-row ...

View more: This 2022 Kia SUV Comes In Dead Last in Rankings

Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

The Tesla Model 3 appears to be the most popular BEV model in early 2022. New passenger car registrations in Spain decreased in April by 14% year-over-year 70,393, after a 31% decrease in March, resulting in 61,225 sold that month. A similar situation is noted also in other European markets ...

View more: Spain: Plug-In Car Sales Maintain 10% Share

Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

The team at Red Bull Racing sure has fun in their Formula One cars for the “Road Trips” video series. Episodes range from Max Verstappen ice racing on spiked tires to Daniel Ricciardo blasting across the USA at top speed. For the first-ever Miami Grand Prix, Red Bull driver Sergio ...

View more: Florida Man WaterskiIs Barefoot Behind a Formula One Car on Its Way to the Miami Grand Prix

Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Some people like to make an entrance, but with the Jeep Wrangler Rubicon 392, you can create one heck of an exit. Word on the street is that the 2022 Jeep Wrangler 392 and the Ram 1500 TRX could be getting a 4LO burnout mode.  The Jeep Wrangler 392 gets ...

View more: Hot Tires Alert: The Jeep Wrangler 392 Is Getting a Burnout Mode

Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Musk told reporters at the recent Met Gala that he only attended because his mom wanted to go, so, of course, he took her. This article comes to us courtesy of EVANNEX, which makes and sells aftermarket Tesla accessories. The opinions expressed therein are not necessarily our own at InsideEVs, nor ...

View more: Happy Mother's Day: One Thing Is For Sure, Elon Musk Loves His Mom

Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Tata Motors is all set to announce the long-range Nexon EV prices on May 11, 2022. According to sources, the long-range Nexon EV will get a 30 percent larger battery than the current model and will have a claimed range of around 400km. It will also have some new ...

View more: Tata Nexon EV Ready To Launch On May 11

Peugeot Sport’s 9X8 hypercar won’t be in Le Mans race, to debut later in 2022 WEC season

Only 1 Dodge Model Is Recommended by Consumer Reports

Do You Need an OBD2 Scanner?

Tesla Model 3 Performance Puts Up A Great Fight Against Lamborghini Urus

Why ‘really tough’ Miami strategy will have F1 teams thinking

Howell Is Elite At Rocket Raceway Park

2022 Maruti Suzuki XL6 with a wide-body kit: What it’ll look like

Rosario Highlights NOW600 Winners At Port City

Cummins Wins POWRi At Macon Speedway

Anderson Wins Again In Salt Lake City; Craig 250SX Champion

Laney Wins, Claims California Clash Title

Twitter to have “extreme” work ethic expectations for its employees, says Musk

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel