CFMoto Menjual Lebih Banyak Motor dari Suzuki, Ducati, KTM di Perancis

Adakah anda bersedia untuk suatu revolusi? CFMoto baru sahaja mengatasi jualan jenama-jenama mapan seperti Suzuki, Ducati dan KTM di Perancis.

Ya, Perancis agak jauh dari Malaysia, namun penunggang motosikal Perancis terkenal dengan pilihan yang sangat teliti, dan sentiasa mencari motosikal yang mempunyai prestasi dan kelengkapan terbaik. Oleh itu, adalah menarik melihat mereka memilih motosikal China yang masih lagi dipandang serong di beberapa negara, termasuk di Malaysia.

Menurut majalan Perancis, Moto-Station, CFMoto telah menjual 4,741 unit, yang bersamaan dengan 3.38% daripada jumlah jualan industri dalam tempoh Januari hingga September 2025. Itu cukup untuk meletakkan pengeluar itu di tangga ke-6 secara keseluruhan, di belakang Honda, Yamaha, BMW, Kawasaki, dan Triumph.

Namun, CFMoto bukanlah satu-satunya pengeluar China yang meninggalkan kesan. Malah Voge, Zontes, QJMotor, Benelli, Benda, Kove, dan Moto Morini turut berada di dalam senarai tersebut.

Berikut adalah angka-angka yang diterbitkan oleh Moto-Station.com:

  1. Honda : 31,677 (22.58%)
  2. Yamaha : 22,485 (16.02%)
  3. BMW : 14,591  (10.4 %)
  4. Kawasaki : 11,101 (7.91 %)
  5. Triumph : 8,583 (6.12%)
  6. CFMoto : 4,741 (3.38%)
  7. Suzuki : 3,936 (2.81%)
  8. Ducati : 3,175 (2.26 %)
  9. Piaggio-Vespa : 3,119 (2.22%)
  10. Voge : 3,038 (2.17%)
  11. KTM : 2,977 (2.12 %)
  12. Zontes : 2,808 (2.0%)
  13. Aprilia : 2,637 (1.88 %)
  14. Royal Enfield : 2,625 (1.87%)
  15. Harley-Davidson : 2,053 (1.46%)
  16. Kymco : 1,846 (1.32%) – Daripada Taiwan
  17. Sym : 1,539 (1.10%) – Daripada Taiwan
  18. QJMotor : 1,212 (0.86%)
  19. Moto Guzzi : 1 104 (0,79%)
  20. Peugeot : 1 081 (0,77%)
  21. Indian : 918 (0,65%)
  22. Benelli : 877 (0.63%) – di bawah QJMotor
  23. Orcal : 849 (0.61%)
  24. Husqvarna : 658 (0.47%)
  25. Benda : 563  (0.40%)
  26. Mash : 483 (0.34%)
  27. Sherco : 482 (0.34%)
  28. Kove : 378 (0.27%)
  29. Rieju : 223 (0.16%)
  30. Moto Morini : 139 (0.10%) – di bawah Zhongneng Vehicle Group
  31. MV Agusta : 127 (0,09%)

Pengeluar motosikal China telah memasukki banyak pasaran selama sekurang-kurangnya dua dekad. Produk awal mereka adalah tiruan bulat-bulat, tidak boleh diharap, dan sukar untuk mencari alat ganti. Namun, beberapa syarikat termasuk CFMoto dan QJMotor sejak itu telah berkhidmat sebagai rakan teknikal kepada jenama-jenama terkenal. CFMoto membina enjin KTM LC8c 790, 890, dan 990, manakala QJMotor yang memiliki Benelli sepatutnya menghasilkan model Harley-Davidson dan MV Agusta yang lebih kecil.

Daripada sudut yang lain, pengeluar seperti Zontes, Kove, dan Benda telah mendorong teknologi dan ciri terkini dengan kadar yang sangat pantas.

Benda LFC 700 PRO

Di seberang Selat Taiwan pula, gergasi Taiwan SYM dan Kymco juga turut mengikut rentak. Kymco, khususnya, telah menghasilkan enjin untuk motosikal BMW siri-C dan siri-F.

Walaupun motosikal China belum mengambil alih keseluruhan pasaran di Malaysia, kesannya mula dirasai dalam kategori kapasiti kecil, iaitu motosikal kapcai dan skuter.

Jadi, sekali lagi kami bertanya: Adakah anda bersedia untuk revolusi?

 

Source: CFMoto Menjual Lebih Banyak Motor dari Suzuki, Ducati, KTM di Perancis

Postingan Terkait

Categories

Tags

© TopCarNews Network. All Rights Reserved. Designed by TopCarNews