Ketahui Harga Proton S70, spesifikasi dalaman dan luaran serta warna yang terdapat untuk setiap varian.
Bukan Proton S50 tapi Proton S70, Apa yang istimewa dengan Proton S70?
Selepas Proton bergabung dengan Geely, Proton S70 adalah keluaran kereta sedan yang pertama bagi mereka. Sebelum ini, anda mesti terbaca tentang S50. Sebenarnya, nama tersebut hanyalah spekulasi dari orang awam. Kereta Proton S50 yang disebut-sebut dan dikongsikan telah disahkan sebagai Proton S70. Rekabentuk Proton S70 dikatakan telah diolah dari kereta Geely Emgrand. Ia menggunakan engine 1.5 liter NA CVT. Proton secara rasmi telah memasarkan Proton S70 sebagai sebuah kereta segmen C. Proton S70 telah disahkan mempunyai 4 varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X. Kesemuanya adalah menggunakan enjin yang sama. Kereta Proton S70 telah mula dihasilkan dan dijangka bakal berada di tangan bakal pengguna pada tahun 2024.
Berapa harga proton S70?
Harga Proton S70 di Malaysia bagi setiap varian adalah seperti berikut :
Proton S70 Executive: dari RM73,800
Proton S70 Premium: dari RM79,800
Proton S70 Flagship: dari RM89,800
Proton S70 Flagship X: dari RM94,800
Spesifikasi Proton S70
Kesemua varian Proton S70 mempunyai enjin yang sama. Ia dilengkapi dengan enjin turbo 1.5 liter dengan transmisi klac 7 kelajuan. Proton memaklumkan Proton S70 hanya memerlukan 9 saat sahaja untuk mencapai kelajuan 100 km/j dengan kuasa maksimum 150 PS dan daya tork 226 Nm. Spesifikasi setiap varian boleh didapati di bawah :
Proton S70 Executive
- Tayar aloi 16-inci
- Lampu depan dari halogen
- Butang “Start” enjin dan teknologi pintar bagi pintu masuk
- Paparan meter monokrom
- Sistem infotainment 8 inci
- 4 pembesar suara
- 5 ruang cucuk USB
- 6 beg udara
- Amaran lintas trafik belakang
- Amaran pelanggaran belakang
- Amaran membuka pintu
- Bantuan tukar lorong
Proton S70 Premium
Varian ini mempunyai spesifikasi sama seperti varian “Executive” dengan beberapa penambahan seperti :
- Lampu depan LED automatic
- Bar lampu belakang LED
- Tempat duduk yang diperbuat dari kulit
- Penyaman udara automatic berserta lubang udara di belakang
- Kamera undur
- Sensor park kereta depan dan belakang
Proton S70 Flagship
Bagi varian ini, beberapa spesifikasi telah dinaiktaraf dari varian “Premium” seperti :
- Tayar aloi 17-inci
- Menggunakan kuasa elektrik untuk mengubah posisi tempat duduk pemandu
- Paparan meter digital 10.25 inci
- Sisten infotainment 12.3 inci
- Pengecas tanpa wayar
- Sistem pantauan tekanan tayar
- Kamera 360 darjah
- ADAS tahap 2
Proton S70 Flagship X
Varian ini, tidak mempunyai banyak perbezaan dengan varian “Flagship”. Ianya hanya mempunyai penambahan “sunroof” sahaja.
Luaran Proton S70
Antara ciri-ciri luaran yang boleh dilihat pada Proton S70 adalah ia mempunyai gril harapan yang menggunakan gabungan rekaan “Infinite Weave” dan “Ethereal Bow. Rekaan exterior Proton S70 ini membuatkan Proton S70 terlihat kemas dan elegan ditambah lagi dengan lambing Proton yang diletak di tengah jeriji. Selain itu, butang untuk teknologi pintu masuk pintar telah direka dengan warna krom di pintu pemandu, menambah sentuhan mewah kepada kereta ini.
Interior Proton S70
Rekaan dalaman atau interior Proton S70 terlihat premium dan moden. Ia menunjukkan bahawa Proton telah berusaha untuk menambah baik hasil rekaannya berbanding sedan keluaran Proton yang lalu. Salah satu rekaan dalaman yang dilihat telah dinaik taraf adalah dari segi gear. Ia telah ditambah baik dengan menggunakan pengendali gear T elektronik. Selain itu, rekabentuk “dashboard”. “Dashboard” pada kereta ini disusun mendatar dengan meletakkan konsol di tengah yang menampilkan S70 sebagai sebuah kereta yang moden, canggih dan bergaya. Namun, buat masa ini, kereta Proton S70 tidak disertakan dengan “Apple CarPlay” dan “Andoid Auto”.
Apa warna Proton S70?
Warna bagi Proton S70 adalah bergantung kepada varian yang ingin dipilih. Berikut adalah pilihan warna mengikut varian yang terdapat untuk Proton S70:
1.5T Executive: Snow White, Space Grey
1.5T Premium: Snow White, Space Grey, Armour Silver, Passion Red
1.5T Flagship: Snow White, Space Grey, Armour Silver, Passion Red, Marine Blue, Teal Bayou Green
1.5T Flagship X: Snow White, Space Grey, Marine Blue, Teal Bayou Green, Quartz Black
FAQ
Apakah alternative bagi Proton S70?
Bila Proton S70 dibuka untuk tempahan?
Proton S70 telah membuka tempahan dari 1 November, dan pelancaran rasmi serta hebahan harga adalah pada 28 November 2023.
Keyword: Harga Proton S70 2023 dan Spesifikasi : Pelancaran Rasmi pada 28 November