Proton X50 memang kelihatan seksi dari segi exterior, interior, teknologi dan trenkuasanya. Tetapi kalau nak beli model ni, tempoh menunggunya pula yang seksa!

Tidak dinafikan, demam SUV masih lagi hangat di Malaysia dengan lebih banyak jenama memperkenalkan SUV segmen-B di dalam pasaran Malaysia. Proton X50 merupakan antara salah satu SUV segmen-B yang padat dengan ciri keselamatan aktif serta teknologi yang maju.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Minggu lalu, saya berkesempatan untuk mencuba sendiri varian tertinggi Proton X50 selama seminggu dan terus terang saya katakan, Proton X50 ini memang sebuah kereta yang mengagumkan secara keseluruhannya.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Spesifikasi

  • Varian: Proton X50 1.5 TGDI Flagship
  • Enjin: 1.5L Turbo, 3 silinder in-line, 12 Valve DOHC
  • Kuasa: 177 PS/ 5,500 rpm
  • Tork: 255 Nm/ 4,000 rpm
  • Transmisi: DCT 7-kelajuan automatik dengan mod manual
  • Keselamatan: 6 beg udara, Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Auto Brake Hold, Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Hill Hold Assist (HHA), Hill Descent Control (HDC), Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Intelligent Cruise Control (ICC), Lane Keep Assist (LKA), Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Information System (BLIS), Intelligent High Beam Control (IHBC), Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Auto Park Assist (APA), Front Parking Sensors, Rear Parking Sensors, 360 Camera, Immobilizer & Anti-Theft Alarm.
  • Harga: RM103,300

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Exterior

Tidak banyak yang perlu diperkatakan tentang bahagian luaran kereta ini. Yang pastinya, bentuk kereta ini kelihatan garang dan tegap ala-ala Range Rover Evoque. Nasib baik saya dapat review kereta ini bila model ini dah ‘sejuk’ sedikit. Jika saya dapat kereta ini ketika ia sedang hangat diperkatakan seperti pada hujung tahun lalu, pasti ramai yang akan menolehkan kepala untuk menyaksikan sendiri SUV popular ini di depan mata.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Memandangkan varian yang kami terima merupakan varian TGDI Flagship, bahagian bumbung serta cermin sisi X50 ini berwarna hitam. Selain itu ia juga menerima garisan tajam di bahagian sisi kereta, Lampu utama hadapan serta lampu belakang jenis LED, lampu nyalaan siang (DRL), kemasan ala karbon fiber pada bahagian bawah bampar hadapan dan diffuser belakang, 4 ekzos serta spoiler belakang. Tayarnya pula dipadankan dengan rim 18 inci.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Pendek kata, dari segi rupa luaran, saya amat berpuas hati dengan Proton X50.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Interior

Meskipun ada yang berpendapat bahawa Proton X50 ini menggunakan material yang kelihatan murah bagi kereta yang berharga diatas RM100k, namun bagi saya, Proton X50 merupakan antara SUV segmen-B yang mempunyai interior yang jauh lebih cantik berbanding pencabar-pencabarnya. Gabungan plastik lembut dan keras di bahagian dalam kereta memberikan rasa premium pada interior kereta ini.  

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Gabungan dwi-tona hitam dan merah pada bahagian dalam kabin menaikkan lagi seri kabin Proton X50 yang dikatakan dibina berdasarkan kokpit jet. Jika kalau nak diukur dari pandangan mata, memang cantik. Tapi bila dah duduk lama dalam kereta ni barulah anda akan perasan beberapa kekurangannya.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Bunyi yang dihasilkan oleh speaker kereta ini tidaklah teruk, tapi masih boleh diperbaiki. Walaupun sistem infotainmen kereta ini tidak menyediakan sambungan Android Auto atau Apple CarPlay, namun sistem infotainmen kereta ini amat lancar untuk digunakan. Sambungan Bluetooth pula mudah untuk dipadankan bersama telefon pintar. Sistem infotainmen dibekalkan dengan internet terbina dalam yang membolehkan anda menggunakan peta arah jalan dan memainkan muzik melalui aplikasi Joox. Kawalan suara Hi Proton pula hanyalah bonus kerana saya hanya menggunakan kawalan suara untuk membuka tingkap ataupun sunroof sahaja.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Meskipun tempat duduk pemandu boleh dilaraskan menggunakan kawalan elektrik, namun bagi saya, kerusi yang diberikan di tempat duduk hadapan boleh diperbaiki. Untuk seseorang yang setinggi saya (183cm), perjalanan jauh akan membuatkan kaki letih kerana kerusi X50 ini tidak memberi sokongan yang menyeluruh pada bahagian peha. Walaupun kereta yang saya terima ini hadir dengan power boot, namun saiz but kereta ini merupakan yang terkecil dalam kelasnya (330 liter).

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Prestasi & Pemanduan

Sebelum kereta ini dilancarkan dulu, ramai yang bertanya sama ada enjin 3 silinder bagus atau tidak. Selepas memandu sendiri kereta ini, terus terang saya katakan bahawa kuasa yang diberikan pada SUV ini sudah lebih daripada cukup bagi pemandu biasa. Output 177 PS dan 255 Nm yang diberikan memang mencukupi bagi pemandu biasa seperti saya.

Ada 3 mod pemanduan diberikan seperti Normal, Eco dan Sport. Segala pecutan juga terasa lancar dengan turbo lag yang sangat minimum. Walaupun kereta berada dalam mod Eco, pecutan masih lagi boleh dibuat dengan mudah. Kalau guna Sport mode, enjin kereta akan memberi tindak balas yang lebih laju.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Sementara itu, sistem suspensi yang digunakan pada kereta ini terasa lembut seperti berada di awang-awangan. Kalau nak dibandingkan dengan Perodua Ativa yang mempunyai suspensi yang keras, berada di dalam Proton X50 jauh lebih selesa. Nak tidur pun senang!

Walau bagaimanapun, ketika kereta bergerak melebihi 100 km/j, terdapat bunyi seperti angin masuk di dalam kabin melalui tiang A di sebelah cermin sisi kedua-dua arah. Meskipun ia bukanlah masalah besar, tapi kalau anda dah bayar RM103,300 untuk model Flagship X50, perkara seperti ini boleh melukakan hati sesetengah pemilik X50. Handling X50 juga tidak mengecewakan dan mudah untuk dikemudi ketika memasuki selekoh.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Keselesaan

Dari segi keselesaan, penggunaan suspensi lembut banyak membantu menambah keselesaan di dalam kabin. Kalau terlanggar bampar jalan atau lubang di jalan, ia masih kurang terasa. Selain itu, ruang kaki di bahagian belakang juga agak luas untuk SUV segmen-B. Pendek kata, kereta ini amat sesuai untuk sesiapa yang berkeluarga kecil ekoran saiznya yang tidaklah terlalu besar. Yang pastinya, anak kecil serta orang dewasa sememangnya boleh tidur dengan selesa ketika berada di dalam kereta ini.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Ciri Keselamatan

Kualiti kamera 360 darjah yang diberikan tidaklah begitu baik, namun ianya masih boleh digunakan pada waktu malam. Kebolehan untuk mengakses kamera tersebut pada bila-bila masa di bawah kelajuan 30 km/j amat membantu dalam mengharungi jalan-jalan yang sempit seperti di Gombak. Pemandu juga bebas untuk memilih kamera mana yang ingin di tunjukkan di paparan infotainmen seperti kamera hadapan ataupun kamera sisi (kiri/kanan).

Selain itu, sistem keselamatan seperti Blind Spot Monitor (BSM) yang ada pada cermin sisi kereta ini juga tidaklah begitu menjengkelkan. Bunyi amaran yang dikeluarkan tidaklah begitu bising dan mengganggu perjalanan anda. Tetapi, saya perasan cermin sisi di bahagian pemandu seakan-akan tidak begitu memberikan pandangan yang menyeluruh meskipun cermin sisi itu sudah dikeluarkan secara maksimum.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Seperti yang anda tahu, Proton X50 ini dilengkapi dengan ADAS Level 2 yang memberikan bantuan memecut, brek dan kawalan stereng dalam sesuatu keadaan. Ciri Intelligent Cruise Control (ICC) menggabungkan sistem Adaptive Cruise Control, Lane Centring Assist dan Lane Keeping Assist yang membolehkan kenderaan itu mengekalkan jarak dengan kenderaan hadapan dan kekal dalam lorong pada kelajuan sehingga 150 km/j.

Apa-apa pun, anda perlu ingat bahawa ciri-ciri ini hanyalah bantuan pemanduan sahaja di mana pemandu masih perlu memberikan perhatian penuh terhadap jalan raya. Jangan sesekali aktifkan ICC ini dan terus tidur di tempat duduk pemandu pula!

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Penggunaan Bahan Api

Jika anda ingin mencari SUV yang jimat minyak, Proton X50 ini bukanlah kereta yang anda patut beli. Jika nak dibandingkan dengan pencabarnya yang lain seperti Honda HR-V, Perodua Ativa dan Hyundai Kona, Proton X50 lebih kuat menggunakan minyak. Meskipun Proton mengatakan kereta ini hanya menggunakan 6.4L untuk 100 km, namun rata-rata apa yang saya perolehi hanyalah 8L-10L untuk setiap 100 km (bergantung pada cara pemanduan). Kalau tak percaya, nantikan video SUV Segmen-B kami yang bakal keluar tidak lama lagi.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Proton X50 merupakan kereta yang bagus walaupun ianya tidaklah sehebat khabar angin yang digembar-gemburkan sebelum ini. Jika nak dibandingkan harga dengan ciri-ciri yang ditawarkan pada kereta ini, ia pasti sesuatu yang memuaskan hati pembeli. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang anda perlu fikirkan terlebih dahulu sebelum membeli X50 ini. SUV ini tidak sesuai digunakan untuk keluarga besar manakala penggunaan minyak yang kuat juga akan memeningkan kepala pemandu yang menggunakan SUV ini sebagai kenderaan harian.

autos, cars, reviews, android, proton x50, proton x50 1.5 tgdi flagship, proton x50 flagship, review, android, review: proton x50 - berbaloi atau tidak untuk ditunggu?

Walaupun kereta ini kelihatan seksi, namun penantiannya suatu penyeksaan. Ketika ini, tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh menunggu untuk model X50 ini. Namun yang pasti, ramai terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kereta ini. Jika anda mencari kereta secepat mungkin dan tiada kereta kedua untuk digunakan terlebih dahulu, anda perlu fikirkan dahulu keputusan anda untuk membeli kereta ini. Itu baru nak tunggu kereta, belum lagi kalau nak tunggu alat ganti untuk X50 pula.

Yang pastinya, tepuk dada, tanya selera!

Keyword: Review: Proton X50 - Berbaloi Atau Tidak Untuk Ditunggu?

CAR'S NEWS RELATED

All-New Lexus LX SUV for 2022: Is It Actually Better Than Before?

Why do we love the Lexus LX among the luxury SUV models for 2022? Is the LX the same as the Land Cruiser? New power for this full-size Lexus SUV Lexus gives this SUV a new infotainment system for 2022 How much does the 2022 Lexus LX cost? Is ...

View more: All-New Lexus LX SUV for 2022: Is It Actually Better Than Before?

Is the Turbo in the Mazda CX-30 Worth the Premium Price?

How much more is the turbo in the CX-30? How much more is the turbo in the CX-30? Is the CX-30 turbo worth it? A little extra passing power, and a little extra juice to get out of the way, sometimes makes a difference.  Mazda has made that extra ...

View more: Is the Turbo in the Mazda CX-30 Worth the Premium Price?

2023 Honda Civic Si vs. 2023 Acura Integra: A Real-World Comparison

The powertrains in both the 2023 Honda Civic Si and 2023 Acura Integra are the same The 2023 Acura Integra has a slightly more comfortable interior than the Civic Si Beauty is in the eye of the beholder when it comes to these two cars If you need more ...

View more: 2023 Honda Civic Si vs. 2023 Acura Integra: A Real-World Comparison

Spec Showdown: Suzuki GSX-8S Vs. Honda CB750 Hornet

Spec Showdown – GSX-8S Vs Hornet Another Honda and Suzuki slugfest commences. Name recognition carries much weight in today’s motorcycle market. From the Ninja to the Sportster to the Monster, sometimes, only one word is required to visualize a model. Honda wasn’t leaving anything to chance when it debuted ...

View more: Spec Showdown: Suzuki GSX-8S Vs. Honda CB750 Hornet

The Jeep Wagoneer Has 1 Superior Family Advantage

Is the 2022 Jeep Wagoneer a good family SUV?  How much space is in the 2022 Wagoneer?  How much does the 2022 Wagoneer cost?  If you’re looking for a three-row SUV like the Jeep Wagoneer, then you might need extra space for your family and all of their stuff. ...

View more: The Jeep Wagoneer Has 1 Superior Family Advantage

Here are the 10 best new cars, trucks, and SUVs we drove in 2022

Eight EVs made the top 10 this year.

View more: Here are the 10 best new cars, trucks, and SUVs we drove in 2022

The 2023 Kia Forte GT: The Best Performance Sedan On A Budget

Is the Kia Forte GT a fast car? Does the Kia Forte GT have heated seats? How much does the 2023 Kia Forte cost? Is the 2023 Forte GT worth it? Stuck between the Kia Rio and the Kia K5, the 2023 Kia Forte aims to provide a happy ...

View more: The 2023 Kia Forte GT: The Best Performance Sedan On A Budget

Gallery: Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC, RM329k 7-seater EV

There’s only one choice in the Malaysian market right now if you’re looking for an electric vehicle (EV) that also sits 7 people. Launched in September this year, the Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC fetches a price of RM328,888 and is offered in one variant only. Based on the Mercedes-Benz ...

View more: Gallery: Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC, RM329k 7-seater EV

Only 1 Subaru Model Improved Reliability in 2022, According to Consumer Reports

Is It Worth It to Step up to the Turbocharged Version of the Hyundai Santa Cruz?

The 5 Best Trucks for the Money

Hyundai Santa Fe 2023 review: Active diesel long-term | Part 2

There Are Only 3 Reasons to Choose the 2023 Kia Forte Over This Subaru Model

2024 Toyota Camry Hybrid likely to get its highest-ever EV mode range

The 2023 Hyundai Palisade Calligraphy Is a Luxurious Bargain

Volkswagen California Beach 6.1 TDI340 4Motion review

The 2023 Lexus ES Is KBB’s Luxury Car Best Buy of 2023

How Are the 2022 Toyota RAV4 and 2023 Toyota RAV4 Different?

Does the Full-Size Lexus GX SUV Offer Anything New in the 2022 Version?

BMW Digital Key can now be shared between iPhone and Android phones

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel