Membuat pilihan sebelum membeli kereta idaman sememangnya memeningkan apatah lagi jika senarai kereta yang dipertimbangkan memberikan tawaran nilai wang yang berbaloi dan hadir dengan spesifikasi yang diidamkan – varian, harga, waranti, penjimatan bahan api, spesfikasi, bilangan tempat duduk dan sebagainya. Carsome membantu anda dengan berkongsi maklumat dan perbandingan antara Honda City 2020 lwn. Perodua Bezza 2020 yang akan membantu anda mendapatkan kereta idaman yang sesuai mengikut keperluan, bajet dan minat anda.
Perbandingan Honda City 2020 lwn. Perodua Bezza 2020
Carsome menyenaraikan perbandingan lengkap antara model Honda City vs Perodua Bezza berdasarkan harga, spesifikasi dan ciri-ciri lain seperti berikut:
1. Enjin dan Kadar Penggunaan Minyak
Honda City merupakan salah satu model kereta sedan paling popular di Malaysia. Tidak hairanlah, model ini berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu di dalam segmen bukan nasional untuk enam tahun berturut-turut. Ia merupakan antara jenama yang boleh dipercayai dengan prestasi yang mengagumkan dan dilengkapi dengan enjin petrol 1.5 liter. Honda City 2020 dengan varian S, E dan V dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm serta dipadankan transmisi CVT. Kadar penggunaan minyak didakwa pada 5.4 liter per 100 km, atau 18.5 km/l.
Perodua Bezza pula menawarkan dua pilihan enjin – enjin petrol 1.0 liter dan 1.3 liter pemasaan injap bervariasi VVT-i (sebelum ini dikenali sebagai DVVT). Enjin ini mampu memberikan kuasa sehingga 67 hp pada 6,000 rpm dan tork 91 Nm pada 4,400 rpm. Selain itu, enjin jenis ini menjanjikan nisbah mampatan yang lebih tinggi, geseran yang lebih rendah dan pembakaran bahan api yang lebih baik. Ia sekali gus memberikan penjimatan penggunaan bahan api yang lebih efisien dan memberikan lebih kilometer bagi setiap liter petrol. Penggunaan bahan api bagi varian manual adalah sekitar 21.7 km/l dan 22.0 km/l bagi varian automatik empat kelajuan. Malah, varian automatik juga dikatakan lebih menjimatkan kerana didatangkan dengan Eco Idle (sistem henti melahu).
2. Harga
Honda City 2020 varian 1.5 S, 1.5 V, 1.5L V dan 1.5 V dijual pada harga antara RM74,191 hingga RM86,561. Manakala, Perodua Bezza 2020 bagi varian 1.0 Standard G MT, 1.0 Standard G AT, 1.3 Premium X AT dan 1.3 Advance AT dijual pada harga antara RM34,580 sehingga RM49,980
Varian | Harga | Bayaran Bulanan (Anggaran) | |
Perodua Bezza 2020 | 1.0 Standard G MT | RM34,580 | RM366 |
1.0 Standard G AT | RM36,580 | RM387 | |
1.3 Premium X AT | RM43,980 | RM465 | |
1.3 Advance AT | RM49,980 | RM529 | |
Honda City 2020 | 1.5 S | RM74,191 | RM785 |
1.5 E | RM81,665 | RM864 | |
1.5L V | RM86,561 | RM916 | |
1.5 V | RM86,561 | RM916 |
3. Warna
Honda City 2020 boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic, Crystal Black Pearl dan satu warna baharu iaitu Passion Red Pearl yang menggantikan warna merah Dark Ruby Red Pearl sebelum ini. Manakala, Perodua Bezza 2020 menampilkan dua pilihan warna baharu iaitu Garnet Red (bagi varian 1.3 liter saja) dan Granite Grey menyertai empat warna yang sedia ada iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.
Perodua Bezza 2020 | Honda City 2020 | |
Warna | Ocean Blue
Ivory White Solid Sugar Brown Glittering Silver Metallic Granite Grey Garnet Red Metallic |
Crystal Black Pearl
Modern Steel Metallic Luna Silver Metallic Platinum White Pearl Passion Red Pearl |
4. Keselesaan
Selama bertahun-tahun, Honda City utuh menjadi penanda aras dengan menawarkan keselesaan dan ruang kabin yang luas serta teknologi termaju yang sentiasa menjangkau jangkaan pelanggan berbanding segmen sedan lain. Honda City generasi terbaharu ini memberi fokus kepada keselesaan dengan menawarkan ruang kabin dan ruang kaki yang lebih besar dan luas sekali gus memberi keselesaan yang optimum bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang hadapan, malah turut menjanjikan keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang. Malah, Honda City turut menawarkan kapasiti but yang paling luas dalam kelasnya – 536L dan mampu memuatkan barangan bersaiz besar.
Meskipun merupakan sedan kompak entry-level, Perodua Bezza juga tidak ketinggalan dalam menjanjikan keselesaan kepada penggunanya. Perodua Bezza menawarkan ruang dalaman yang lebih besar setanding dengan model-model sedan daripada segmen atas. Perodua Bezza tampil dengan tempat duduk yang lebih besar dan luas dengan ruang kaki, ruang lutut dan ruang bahu yang mencukupi untuk memberi keselesaan yang sangat baik untuk tiga penumpang dewasa di belakang. Malah, ruang but yang ditawarkan oleh Perodua Bezza juga adalah antara yang terbaik dalam segmennya.
Perodua Bezza 2020 | Honda City 2020 | ||
Dimensi & Berat | Panjang (mm) | 4150 | 4553 |
Lebar (mm) | 1620 | 1748 | |
Tinggi (mm) | 1510 | 1467 | |
Jarak Roda (mm) | 2455 | 2600 | |
Berat Badan (kg) | 880 | 1125 |
Perodua Bezza merupakan model yang sesuai untuk keluarga kerana memiliki ruang but yang lebih luas. Dengan kapasiti sebanyak 508L, hampir 100L melebihi ruang but Proton Saga (413L) dan dua liter lebih besar berbanding Toyota Vios, ia mampu memuatkan tayar simpanan bersaiz penuh.
5. Keselamatan
Honda City turut menawarkan ciri keselamatan terbaik. Dua varian teratas Honda City 2020 dilengkapi dengan enam beg udara yang sememangnya mendahului kelas. Manakala, dua varian seterusnya dilengkapi dengan empat beg udara dan model ini turut menerima penarafan lima bintang bagi ujian ASEAN NCAP. Sama seperti Honda, Perodua juga tidak berkompromi dalam aspek keselamatan. Perodua Bezza telah menjalani ujian pelanggaran dan menerima penarafan lima bintang daripada dari ASEAN NCAP untuk model 1.3L Advance. Varian lain pula menerima penarafan empat bintang atau markah penuh untuk model kenderaan yang tidak dilengkapi VSC.
Kedua-dua Honda City 2020 dan Perodua Bezza 2020 dilengkapi dengan Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control, VSC) dan ISOFIX.
Jenama Tempatan atau Jenama Luar Negara?
Secara keseluruhannya, Honda City merupakan pilihan terbaik jika anda inginkan sebuah kereta yang lebih luas dan selesa. Ruang dalaman yang luas dan praktikal dengan dilengkapi pelbagai teknologi pintar terkini pada harga yang berbaloi sememangnya sebuah pelaburan jangka panjang yang menguntungkan sesuai untuk keluarga kecil anda. Namun begitu, jika anda menginginkan sebuah kereta idaman dengan spesifikasi yang hampir sama dengan bajet yang terhad – Perodua Bezza adalah jawapannya. Meskipun ditawarkan dengan tawaran harga yang lebih murah, model ini turut menawarkan sistem keselamatan dan kawalan kestabilan yang setanding, penggunaan bahan api yang menjimatkan serta ruang kabin yang selesa.
Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama anda untuk memberi ruang kepada Honda City 2020 atau pun Perodua Bezza 2020 baharu anda, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual kereta lama anda di Carsome. Atau, jika anda mempunyai bajet yang terhad dan ingin membeli kereta Honda City second hand dan Perodua Bezza second hand, anda juga boleh layari laman web ini untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dalam talian dengan tawaran harga yang menarik, cepat dan boleh dipercayai.
Keyword: Honda City 2020 lwn. Perodua Bezza 2020