Memiliki sebuah Tesla merupakan impian bagi orang ramai kerana kereta elektrik ini sudah menjadi lambang baharu bagi menonjolkan status kejayaan dan kemewahan seseorang kerana teknologinya yang sangat canggih. Tambahan pula, ciri-ciri inovatif yang ada pada Tesla memberi kereta elektrik ini satu pengalaman pemanduan yang sangat didambakan.

Di kebanyakan negara dunia pertama, pemilik Tesla tidak perlu risau untuk mengecas kereta elektrik mereka kerana Tesla merupakan jenama yang popular dan mempunyai sokongan infrastruktur pengecasan yang meluas.

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

Tetapi, bagaimana pula dengan Malaysia?  Adakah mudah bagi pemilik Tesla untuk mengecas kereta mereka di sini? Di Amerika Syarikat ianya sangat mudah kerana mereka mempunyai infrastruktur pengecasan Tesla Supercharger Network yang tersebar di seluruh negara. Infrastruktur ini masih belum diimplimentasikan di Malaysia dan lokasinya yang paling hampir pula hanya di Singapura.

Jangan risau, Malaysia kini sedang meningkatkan usaha mengimplementasikan kenderaan elektrik dan memiliki sebuah Tesla di sini juga tidak mustahil. Jadi, berikut merupakan cara-cara untuk mengecas Tesla anda di Malaysia.

Pilihan Pengecasan Percuma dan Berbayar

Salah satu kebimbangan utama apabila memiliki kereta elektrik adalah kos untuk mengecasnya, terutamanya bagi kereta yang berkuasa tinggi seperti Tesla.

Kebanyakan stesen pengecasan kereta elektrik di Malaysia boleh digunakan secara percuma dan stesen-stesen ini boleh dijumpai di kebanyakan tempat awam seperti pusat membeli-belah, hotel, stesen minyak, atau kebanyakan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuhraya utama.

Stesen pengecasan percuma ini mempunyai tempat letak kereta khusus dan tersedia untuk digunakan bila-bila masa oleh semua pemilik kereta elektrik. Oleh kerana kemudahan ini berada di tempat awam, anda perlulah menggunakannya dengan berhemat.

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

Sementara itu, ada juga stesen pengecasan yang mempunyai kos penggunaan. Harganya pula biasanya akan berbeza mengikut penyedia perkhidmatan yang anda pilih – ada yang mengenakan bayaran berdasarkan langganan, mengikut sesi penggunaan, dan juga pembayaran berdasarkan kredit. Antara penyedia perkhidmatan stesen pengecasan kereta elektrik yang terkenal di Malaysia adalah ChargEV, ParkEasy, dan juga EV Connection.

Mari lihat ChargEV sebagai contoh. Mereka menyediakan rangkaian stesen pengecasan yang menggunakan konsep langganan. Anda boleh melanggan kad ChargEV dengan langganan tahunan sebanyak RM240 dan anda boleh menggunakan kad tersebut untuk mengakses semua stesen pengecasan ChargEV yang terletak di seluruh Malaysia tanpa sebarang had!

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

Sumber: Facebook ChargEV

Dengan bayaran RM240 setahun, anda cuma membayar RM20 sebulan untuk akses pengecasan tanpa had! Jika dibandingkan dengan kos purata RM200 sebulan untuk mengisi minyak, ini merupakan penjimatan yang sangat banyak!

Sementara itu, jika anda memutuskan untuk mengecas Tesla anda di rumah, anda akan dicaj berdasarkan  kadar penggunaan elektrik kediaman yang ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Anda boleh mengetahui kos pengecasan di rumah dengan pengiraan ringkas berikut.

Tesla Model 3 dengan spesifikasi asas mempunyai kapasiti bateri sebanyak 50.0 kWh. Pengiraan ini mengambil kira tarif penggunaan 200kWh pertama yang ditetapkan TNB untuk kediaman yang dinilai pada 0.218 sen/kWh.

Untuk mengira kos sekali pengecasan penuh bagi Tesla Model 3 dengan spesifikasi asas, formula berikut boleh digunakan – Kadar Penggunaan X Kadar Tarif = Jumlah Bil. Cara pengiraannya pula begini – 50kWh X 0.218sen/kWh = RM10.90.

Anda cuma perlu bayar RM10.90 sahaja untuk setiap pengecasan penuh bagi sebuah Tesla Model 3 dengan spesifikasi asas! Macam harga untuk satu set Happy Meal dari Mcdonald’s. Sekiranya anda ingin semak dengan lebih lanjut, anda boleh lihat Kalkulator Bil TNB di sini.

Jenis Fasiliti Pengecasan yang Anda Boleh Gunakan

Terdapat beberapa jenis fasiliti pengecasan untuk kereta elektrik yang boleh anda gunakan di Malaysia. Berikut merupakan butiran bagi setiap jenis sistem pengecasan.

  • Pengecasan di Rumah

Yang pertama adalah pengecasan di rumah – ini merupakan jenis fasiliti pengecasan yang paling ekonomik dan mudah untuk digunakan. Kereta Tesla biasanya dilengkapi dengan pengecas dan penyesuai mudah alih yang boleh dipasang terus ke soket dinding rumah anda. Dengan kuasa voltan standard 240V pada palam dinding di Malaysia, anda boleh mencapai caj penuh untuk Tesla anda dalam masa beberapa jam.

Dengan bateri penuh, sebuah Tesla Model 3 asas boleh begerak pada jarak anggaran sehingga 448 kilometer. Sekiranya anda memandu secara purata dalam 80 kilometer setiap hari, anda boleh memandu sebuah Tesla Model 3 asas selama lima hari, dengan sedikit cas lebihan untuk kegunaan kecemasan!

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

  • Pengecas Dinding

Anda juga boleh memilih untuk memasang sebuah pengecas dinding untuk mengecas kereta Tesla anda di rumah tetapi kos pemasangan, bayaran penggunaan, dan penggunaan kuasa mungkin berbeza mengikut jenama atau model yang berada di pasaran. Sebaiknya, anda haruslah memeriksa dahulu pengecas dinding mana yang sesuai dengan penggunaan anda sebelum memasangnya.

Sebagai contoh, anda jika anda mahu memasang sebuah Tesla Wall Connector di rumah anda, harga peranti itu sendiri akan mencecah sehingga RM2,065, dan ini tidak termasuk kos pemasangan dan kos pendawaian (jika diperlukan).

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

Sumber: Tesla

  • Pengecas Dinding Third Party

Selain itu, terdapat juga pengecas dinding third party yang menyokong pengecasan Tesla dari penyedia seperti EV Connection, Charge N Go, ERS Energy, dan banyak lagi yang boleh anda dapatkan dengan harga yang lebih rendah.

Tetapi anda hendaklah menghubungi penyedia-penyedia ini terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa sama ada pengecas mereka boleh berfungsi dengan Tesla anda atau tidak. Selain itu, pengecas dinding juga adalah lebih sesuai untuk digunakan di kawasan persendirian seperti kawasan rumah anda.

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

  • Stesen Pengecasan Alternating Curent (AC)

Di samping itu, anda juga boleh mengakses fasiliti pengecasan awam yang terdiri daripada stesen pengecasan AC. Terdapat kapasiti pengisian yang berbeza bagi setiap stesen pengecasan tetapi kapasiti pengecasan yang banyak terdapat di Malaysia ialah 3.7kW dan 22kW.

Dengan stesen pengecasan AC, anda boleh mencapai pengecasan penuh untuk Tesla Model 3 jenis asas dalam masa lapan jam, bergantung kepada faktor-faktor lain seperti keadaan bateri kereta anda, suhu bateri kereta, kadar pengecasan, dan lain-lain.

Stesen pengecasan AC dari jenama ChargEV boleh didapati di sekitar kawasan Kuala Lumpur (KL), Selangor, Johor, Melaka, Kedah, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta hotel, pusat membeli-belah atau di stesen minyak Petronas terpilih di lebuh raya.

  • Stesen Pengecasan Pantas Direct Current (DC)

Seterusnya, terdapat juga fasiliti pengecasan pantas DC yang lebih berkuasa untuk mengecas Tesla anda dengan lebih cepat. Ia hanya memerlukan 20 hingga 30 minit untuk mengecas bateri Tesla Model 3 sehingga 80 peratus, sementara pengecasan penuh hanya mengambil masa lebih kurang satu jam, bergantung kepada keadaan seperti kondisi bateri anda, suhu bateri,, kadar pengecasan, dan banyak lagi.

Namun, hanya terdapat sembilan stesen pengecasan pantas DC di Malaysia ketika ini, jadi agak sukar bagi anda untuk mengakses stesen tersebut, terutamanya jika anda berada di luar kawasan bandar besar. Anda juga boleh menemui stesen pengecasan pantas DC ini  yang disediakan oleh EV Connection di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Cara-cara Mengecas Tesla

Disebabkan ianya sebuah kereta yang sangat moden dan canggih, sesetengah orang beranggapan bahawa cara mengecas Tesla sangat sukar. Sebaliknya, ia sangat mudah.

Anda cuma perlu menyambung kabel dari stesen pengecasan ke soket yang terdapat di kereta Tesla, itu sahaja! Tetapi, oleh kerana tidak semua sambungan port pengecasan adalah universal, anda mungkin perlu menggunakan penyesuai untuk sesetengah stesen pengecasan.

Malahan, anda juga tidak perlu risau jika kabel anda dicabut atau dicuri semasa sedang mengecas kerana terdapat mekanisme yang berfungsi mengunci kabel pada kereta anda semasa sedang dicas.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, anda boleh menggunakan kunci pengecasan yang boleh dibeli di Amazon atau teslachargerlock.com dan anda juga boleh memantau kereta Tesla anda melalui aplikasi mudah alih (yang akan kami bincangkan di bawah)!

Aplikasi untuk Memudahkan Pengecasan

Secara amnya, pemilik Tesla atau pemilik kereta elektrik akan menghadapi kegelisahan jarak jauh atau ‘range anxiety’ apabila memandu kereta elektrik untuk jarak yang jauh. Hal ini disebabkan kerana kekurangan stesen pengecasan di lebuh raya yang membuat mereka bimbang kereta mereka tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk sampai ke destinasi, berbanding dengan stesen minyak tradisional.

Jangan takut para pemilik kereta elektrik! Sekarang, untuk semua jenis masalah akan ada satu aplikasi mobil yang boleh digunakan untuk menyelesaikannya. Beberapa contoh aplikasi yang boleh anda gunakan untuk mencari stesen pengecasan kereta elektrik adalah JomCharge, ChargeMap, Electromaps, PlugShare, dan banyak lagi.

Sebagai contoh, dengan menggunakan JomCharge, anda boleh melihat senarai stesen pengecasan yang terdekat dan ia juga memaparkan informasi tambahan seperti berapa banyak stesen pengecas yang ada, jenis soket, jenis stesen pengecas, penyedia stesen dan lain-lain. Ini sangatlah berguna jika anda perlu mencari tempat untuk mengecas kereta dengan segera.

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

Menggunakan aplikasi JomCharge untuk mencari stesen pengecasan terdekat.

Manakala ChargeMap pula boleh digunakan untuk perjalanan jarak jauh. Aplikasi ini dapat membantu anda merancang perjalanan anda dengan menunjukkan jalan yang mempunyai stesen pengecasan bagi memastikan kereta elektrik anda tidak kehabisan kuasa di tengah jalan.

Contohnya untuk perjalanan dari Shah Alam ke Port Dickson, ChargeMap akan mengarahkan anda ke stesen pengecasan terdekat yang berada dalam laluan anda sambil menganggarkan berapa lama anda harus mengecas Tesla anda untuk mencapai tahap kuasa yang anda tetapkan semasa anda tiba di destinasi anda.

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

Menggunakan aplikasi ChargeMap untuk mencari stesen pengecasan bagi perjalanan jarak jauh.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan ia juga boleh dimuat turun secara percuma, jadi ini dapat membantu pemilik kereta elektrik untuk mengurangkan kegelisahan jarak jauh mereka selain dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk memandu kereta elektrik.

Berdasarkan perkara di atas, boleh dikatakan bahawa sangat mudah untuk mengecas Tesla di Malaysia. Satu-satunya kelemahan yang perlu anda hadapi ialah anda perlu berada di pusat bandar utama seperti Selangor atau Kuala Lumpur untuk dapat menggunakan kemudahan yang lengkap.

Mempelajari cara untuk menggunakan kereta elektrik juga adalah mudah. Dengan sedikit masa dan usaha, memandu dan mengecas Tesla anda akan menjadi sangat senang dan anda tidak akan terfikir untuk menggunakan bahan bakar fosil lagi.

Kerajaan Malaysia kini sedang giat mengembangkan dan memperbaiki lanskap pengecasan kereta elektrik. Oleh yang demikian, pemilik kereta elektrik seperti Tesla bolehlah mengharapkan pengalaman pengecasan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Beli Tesla Baharu dengan Carsome untuk Ketenangan Fikiran

Carsome bersama-sama menyokong kelestarian teknologi hijau (kereta EV) dengan memperkenalkan kereta Tesla baharu yang boleh didapati di laman web kami sekarang, bermula dengan Tesla Model 3. Alami pemanduan pintar dari Tesla yang anda idamkan di atas jalan raya di Malaysia dengan kereta elektrik Tesla yang moden dan inovatif yang kami bawakan khas untuk anda.

all articles, autos, cars, tesla, amazon, amazon, cara-cara mengecas tesla di malaysia

Anda kini boleh menempah model Tesla berikut dengan kami manakala sebuah kereta demo Tesla Model S P100D turut tersedia untuk sesi pandu uji di Petaling Jaya Experience Center kami (No. 2, Lorong 51a/227c, Seksyen 51a, Petaling Jaya).

Selain itu, untuk memastikan ketenangan fikiran buat pelanggan kami, semua model Tesla yang dibeli turut disertakan dengan Waranti Pengilang Rasmi (Official Manufacturer’s Warranty).

Pra-tempah Tesla anda sekarang!

Keyword: Cara-cara Mengecas Tesla di Malaysia

CAR'S NEWS RELATED

Tesla Cybertruck ‘Basecamp’ tent, solar, and beast mode, leak through app

Tesla Cybertruck options and accessories have leaked through a mobile app update revealing a ‘Basecamp’ tent, solar option, and new “Beast mode”. We are just a day away from getting all the details about the Cybertruck direct from Tesla, but a leak is now giving us some details ahead ...

View more: Tesla Cybertruck ‘Basecamp’ tent, solar, and beast mode, leak through app

Taiwanese Tesla supplier Hota retools supply chain with first US factory

Companies Hota Industrial Mfg. Co Ltd Ford Motor Co General Motors Co TAICHUNG, Taiwan, Nov 29 (Reuters) – For years, Hota Industrial Mfg. Co has made gears, shafts and other auto parts in Taiwan and shipped them to large foreign carmakers such as Tesla (TSLA.O), Ford Motor (F.N) and ...

View more: Taiwanese Tesla supplier Hota retools supply chain with first US factory

Tesla Cybertruck’s ‘Beast Mode’, Trim Details Uncovered By Software Developer

A developer who deconstructed the Tesla app also revealed that the pickup will come in two trim levels.

View more: Tesla Cybertruck’s ‘Beast Mode’, Trim Details Uncovered By Software Developer

Mazda CEO Says Electric Vehicles (Other Than Teslas) are “Not Taking Off”

Mazda’s Chief Operating Officer, Masahiro Moro, has expressed some frustrations that the company’s battery-electric lineup is struggling to gain traction, stating that any EV, other than a Tesla, simply isn’t popular with buyers. In a surprisingly candid interview with Fortune, Moro said that “EV is an absolutely important technology, and ...

View more: Mazda CEO Says Electric Vehicles (Other Than Teslas) are “Not Taking Off”

Closer look at Tesla Cybertruck – should we be concerned?

We get a closer look at the Tesla Cybertruck with one of the units the automaker is now displaying in its showrooms. Should we be concerned about the build quality? Much has been said about the Cybertruck build quality even before the truck has made it to market. We ...

View more: Closer look at Tesla Cybertruck – should we be concerned?

Tired Of Waiting For Your Cybertruck? You Can Now Lease A Rivian R1T

Photo: Rivian Rivian finally started offering leases for its electric R1T pickup in 14 states on Monday, and these leases are eligible for the full $7500 federal EV lease credit – in contrast to the $3750 credit that Rivian buyers are eligible for. The lucky residents of Arizona, California, ...

View more: Tired Of Waiting For Your Cybertruck? You Can Now Lease A Rivian R1T

Even A Tesla Cybertruck Prototype Can't Mess With San Francisco Parking Enforcement

Screenshot: Tesla East Bay Fremont on Twitter There have been a lot of Tesla Cybertruck ‘release candidates’ on the back of tow trucks lately, but they’ve all been related to breakdowns. This time a Cybertruck driver parked in the wrong place and the city of San Francisco brought down ...

View more: Even A Tesla Cybertruck Prototype Can't Mess With San Francisco Parking Enforcement

Tesla Raises Insurance Rates For Drivers Who Use 'Track Mode' On The Track

Take "Track Mode" literally, and you get punished by Tesla's insurance algorithm.

View more: Tesla Raises Insurance Rates For Drivers Who Use 'Track Mode' On The Track

Tesla Confirms A New Model 3 Performance Is On The Way

Tesla increases Cybertruck pre-order deposit, but reverts right away

Slow Cybertruck Production Will Cost Tesla 'Blood, Sweat and Tears'

The Tesla Cybertruck Isn't Even On Sale Yet But Somehow One Got Impounded

Tesla sues Sweden’s transport agency, and gets a small win

Tesla on two wheels? India's Ola Electric feels the strains of success

I Saw The Tesla Cybertruck Up Close. My Jaw's Still On The Floor

Tesla beats US claim that it fired factory workers amid union campaign

Tesla spotted building a fleet of over 25 Cybertrucks ahead of the launch

Tesla Wins Suit Against Sweden Over Union Solidarity

Volkswagen is ‘no longer competitive,’ job cuts intensify to keep up with Tesla

Tesla Cybertruck Delivery Event Will Start Nov. 30 Around 2 P.M. EST

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel