Kebanyakan daripada peminat kereta Tesla teruja dan menanti-nantikan rangkaian model kereta elektrik yang dilancarkan oleh Tesla. Ini kerana, kebanyakan model Tesla mementingkan keselamatan struktur dan reka bentuk yang moden selain menawarkan pilihan kereta elektrik dengan kemajuan teknologi dan inovasi baharu dalam penghasilannya. Tesla boleh dikatakan antara salah satu syarikat pengeluar kenderaan elektrik (kereta EV) yang terbaik di dunia. Sejak penubuhannya pada 2003, jenama Tesla menerajui pasaran kereta elektrik di dunia dengan menjanjikan pilihan kereta elektrik yang selamat, eksklusif dan mampu milik.
Kereta Elektrik: Fakta Menarik Tentang Kereta Tesla
Jenama Tesla secara amnya cukup sinonim dan popular dengan penghasilan kenderaan elektrik. Dalam artikel kali ini, Carsome ingin kongsikan info-info menarik mengenai model Tesla untuk panduan dan rujukan anda.
Fakta #1: Elon Musk Bukan Pengasas Tesla
Kebanyakan daripada anda mungkin berpendapat Elon Musk merupakan pengasas atau founder Tesla. Namun sebenarnya, Elon Musk bukanlah pengasas bagi syarikat automotif popular dunia ini. Jenama Tesla diasaskan pada tahun 2003 oleh Martin Eberhard dan Marx Tarpenning. Pada Februari 2004, Elon Musk menyertai Tesla bagi mengetuai Pusingan Pengumpulan Dana Siri A (Series A Funding Round) dan menyertai ahli lembaga pengarah Tesla sebagai Pengerusi sebelum dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla.
Bagi anda yang mungkin tidak tahu, nama syarikat Tesla digunakan sebagai tanda penghormatan kepada Nikola Tesla. Beliau merupakan seorang inovator, jurutera dan pencipta berketurunan Siberia-Amerika dan terkenal kerana sumbangannya dalam reka bentuk sistem elektrik AC (alternating current) moden hari ini.
Fakta #2: Kereta Elektrik Tesla Paling Laju
Dengan mengambil kira aspek pecutan, jarak pemanduan dan prestasi kenderaan, Tesla Roadster boleh dikatakan sebagai kereta elektrik paling laju di dunia. Model kereta EV yang diperkenalkan pada November 2017 ini merupakan model kereta elektrik penuh empat tempat duduk. Tesla Roadster berupaya menghasilkan kuasa pecutan dari 0 km/j hingga 100 km/j dalam tempoh masa 1.9 saat. Selain itu, ia turut menawarkan kelajuan tertinggi melebihi 400 km/j dengan jarak pemanduan sejauh 965 km dengan sekali pengecasan.
Fakta #3: Tesla Diiktiraf Kereta Paling Selamat
Fakta ini mungkin suatu perkara yang tidak asing bagi kebanyakan peminat Tesla. Model elektrik Tesla diiktiraf sebagai kenderaan EV paling selamat untuk digunakan. Tesla Model 3 misalnya, merupakan salah satu model kereta elektrik Tesla paling selamat. Model ini diiktiraf oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional atau National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA). Prosedur ujian yang dilakukan terhadap Tesla Model 3 mencatatkan kebarangkalian risiko kecederaan akibat kemalangan paling rendah.
Ini bermaksud, model kereta EV Tesla boleh dikatakan lebih selamat berbanding 900 model kereta lain termasuk Mercedes, Volvo dan Subaru yang pernah diuji oleh NHTSA. Selain Tesla Model 3, dua model Tesla yang lain — Tesla Model S dan Tesla Model X turut mendominasi kedudukan kedua dan ketiga bagi prosedur ujian ini.
Fakta #4: Kereta Tesla Menampilkan Sistem Berteknologi Tinggi
Kereta elektrik Tesla dilengkapi dengan panel skrin kawalan dan sistem infotainmen terbesar di bahagian dashboard kereta. Tesla Model S, model sport sedan empat tempat duduk dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 17 inci. Panel skrin kawalan yang bersaiz besar ini berfungsi sebagai panel kawalan tunggal untuk pemanduan, navigasi, muzik dan sebagainya. Selain panel skrin kawalan terbesar, model Tesla juga turut menawarkan perlindungan daripada biowarfare atau kuman.
Tesla Model X dilengkapi dengan mekanisme pertahanan yang berupaya memastikan kereta elektrik, pemandu dan penumpang selamat daripada biowarfare. Selain itu, Tesla Model S juga dilengkapi dengan ciri serupa yang berupaya menapis virus, bakteria dan alergen lain yang terdapat dalam udara. Bagi kemas kini perisian pula, model Tesla menggunakan mekanisme yang sama seperti peranti harian. Ia boleh ditetapkan dalam mod tidur atau sleep mode sama seperti komputer riba dan perisian boleh dikemas kini kepada versi terkini sama seperti mekanisme telefon bimbit.
Fakta #5: Harga Kereta Tesla Mampu Milik
Selain menawarkan rangkaian kenderaan elektrik yang selamat, pantas dan berkualiti, harga kereta Tesla merupakan antara perkara lain yang perlu dipuji. Dalam usaha untuk menggalakkan orang ramai memiliki kenderaan elektrik, Tesla memperkenalkan Tesla Model 3. Ia ditawarkan pada harga yang lebih murah dan mampu milik jika dibandingkan dengan kereta elektrik mewah yang lain. Harga permulaan untuk Tesla Model 3 Standard Range Plus bermula serendah $34,190. Harga ini mungkin berbeza bergantung pada jenis varian serta penambahan pilihan lain oleh pelanggan seperti sistem bantuan pemanduan Tesla Autopilot dan sebagainya.
Artikel Berkaitan: Kereta Pandu Sendiri: Adakah Malaysia Sudah Bersedia?
Fakta #6: Kereta Elektrik Tesla Mesra Haiwan Peliharaan
Model kereta elektrik Tesla turut dilengkapi dengan pilihan ciri kawalan iklim atau turut dikenali sebagai Dog Mode. Secara amnya, Dog Mode merupakan ciri kawalan iklim yang dilengkapi pada model Tesla. Ia membolehkan penyaman udara (atau pemanas kereta) berada dalam keadaan ON apabila pemilik kenderaan meninggalkan kereta buat seketika. Ciri ini membolehkan pemilik menetapkan suhu dalam kabin bagi menjamin keselesaan binatang peliharaan yang ditinggalkan di dalam kenderaan.
Selain itu, ia juga akan memaparkan mesej pemberitahuan pada skrin infotainment bahawa binatang yang ditinggalkan berada dalam keadaan baik dan selamat. Sekiranya bateri kurang daripada 20 peratus dan pemilik kenderaan masih belum kembali, mesej amaran akan dihantar kepada telefon bimbit pemilik.
Fakta #7: Teknologi Tesla Bersifat Terbuka
Kebanyakan syarikat pengeluar akan mempatenkan teknologi atau inovasi baharu yang dihasilkan. Langkah ini dilakukan bagi menjaga dan mengelakkan teknologi atau inovasi baharu diciplak atau ditiru oleh pesaing lain. Namun begitu, Tesla mengambil pendekatan dan inisiatif yang berbeza. Syarikat ini menghapuskan hak paten terhadap teknologi yang dibangunkan dan mengaplikasikan konsep yang lebih terbuka atau open source. Ini bermaksud, syarikat-syarikat pesaing lain boleh membangunkan kereta elektrik secara bersama menerusi perkongsian teknologi. Ia selari dengan misi Tesla dalam usaha untuk mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga yang lebih lestari.
Beli Tesla Baharu dengan Carsome untuk Ketenangan Fikiran
Carsome bersama-sama menyokong kelestarian teknologi hijau (kereta EV) dengan memperkenalkan kereta Tesla baharu yang boleh didapati di laman web kami sekarang, bermula dengan Tesla Model 3. Alami pemanduan pintar dari Tesla yang anda idamkan di atas jalan raya di Malaysia dengan kereta elektrik Tesla yang moden dan inovatif yang kami bawakan khas untuk anda.
Anda kini boleh menempah model Tesla berikut dengan kami manakala sebuah kereta demo Tesla Model S P100D turut tersedia untuk sesi pandu uji di Petaling Jaya Experience Center kami (No. 2, Lorong 51a/227c, Seksyen 51a, Petaling Jaya). Selain itu, untuk memastikan ketenangan fikiran buat pelanggan kami, semua model Tesla yang dibeli turut disertakan dengan Waranti Pengilang Rasmi (Official Manufacturer’s Warranty). Pratempah Tesla anda sekarang!
Keyword: 7 Fakta Menarik Tentang Kereta Tesla Yang Perlu Anda Tahu