Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model sport popular, Yamaha YZF-R25 (2026), bagi memperkukuhkan lagi gaya dinamik serta identiti sporty dalam segmen motosikal ringan berprestasi tinggi. Warna-warna Baharu Yamaha YZF-R25 kini tampil dengan dua pilihan warna terkini yang lebih segar dan bergaya: Icon Blue – warna ikonik Yamaha yang menyerlahkan DNA perlumbaan R-Series. Mint Green – pilihan warna moden yang memberikan sentuhan unik dan berani. Ketersediaan dan Harga Model Yamaha YZF-R25 2026 dengan pilihan warna baharu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 21 April 2026. Harga cadangan runcit: RM 23,098.00 (Tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans). Mengenai Yamaha YZF-R25 Yamaha YZF-R25 menampilkan rekaan terkini berinspirasikan DNA R-Series, menggabungkan prestasi dan gaya sporty dalam pakej yang lebih agresif dan moden. Dikuasakan oleh enjin 249cc dua silinder selari DOHC, model ini menghasilkan 26.4 kW pada 12,000 rpm dan 22.6Nm tork pada 10,000 rpm, memberikan prestasi responsif untuk tunggangan harian mahupun sporty. Bagi meningkatkan pengalaman tunggangan, YZF-R25 dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk keselamatan tambahan. Lampu LED penuh untuk pencahayaan lebih jelas dan gaya moden. Rekaan tempat duduk dan panel sisi lebih tirus bagi ergonomik yang lebih baik serta memudahkan kaki mencecah tanah. Assist & Slipper Clutch (A&S) untuk penukaran gear yang lebih lancar. .Keserasian Y-Connect untuk sambungan pintar antara motosikal dan telefon pintar. Dengan gabungan prestasi, teknologi dan gaya yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan, Yamaha YZF-R25 terus menjadi pilihan utama dalam segmen motosikal sport ringan. Galeri foto