Yamaha R7 (2026) telah didedahkan, kini dengan elektronik dan pengendalian yang lebih tangkas. Ini merupakan langkah yang bijak dari pihak pengeluar, setelah menyaksikan R9 memenangi gelaran pengeluar di World SuperSport pada musim sulungnya. Ciri-ciri utama Kemas kini terbesar ialah penggunaa unit pengukuran inersia enam paksi (IMU) yang seterusnya menawarkan bantuan penunggang sensitif sudut condong melalui tiga mod menunggang, dan sistem kawalan cengkaman tiga peringkat baharu dengan kawalan ‘slide‘. Tambahan lagi, terdapat kawalan angkatan roda, kawalan brek, pengurusan brek enjin, dan kawalan pelancaran. Seperti yang disebutkan tadi, terdapat tiga mod menunggang: Sport, Street, Rain. Terdapat juga dua slot tetapan Custom, yang boleh ditetapkan melalui aplikasi Yamaha MyRide. Yamaha R7 2026 juga dilengkapi dengan sistem Yamaha Chip Controlled Throttle (Y-CCT). Ia merupakan sistem pendikit ride-by-wire pertama di dunia apabila diperkenalkan pada R6 pada tahun 2006. Sistem Quick Shift System (QSS) generasi ketiga Yamaha: Tetapan 1 membenarkan “naik gear tanpa klac semasa memecut dan turun gear tanpa klac semasa menyahpecut, dan Tetapan 2 membenarkan turun gear semasa memecut dan naik gear semasa menyahpecut untuk menyesuaikan dengan pelbagai senario jalan raya dan litar”. Rangka dikemas kini dengan susunan, diameter, ketebalan dan pengukuhan paip yang diubah dan dioptimumkan. Pendakap tengah kini menggunakan plat keluli dengan penutup plastik, dan gandingan tiga baharu. Yamaha juga telah menukar baton omboh fork terbalik 41mm kepada aluminium, yang menjimatkan 350g. Fork kini boleh dilaras sepenuhnya. Rim kini ditempa berputar (Spin Forged) untuk menjimatkan sedikit berat. Kedudukan menunggang juga telah disemak semula dengan pemegang yang diletakkan semula dan tangki minyak yang direka bentuk semula. Pelana kini 5mm lebih rendah dan mengambil rupa seperti yang terdapat pada R9 dan R1. Walaubagaimanapun, enjin masih tidak berubah. Yamaha telah menambah skema warna yang menyerupai R7 pertama (yang merupakan motosikal lumba inline-four) yang dipanggil Anniversary White, bagi meraikan ulang tahun ke-70 pengeluar. Namun berita pilunya: Masih tiada petunjuk bahawa Hong Leong Yamaha Motors akan membawa R7 ke Malaysia…