13/09/2025 · 11 hari yang lalu

Yamaha NVX SP (2025) dan NVX ABS (2025) Dilancarkan, Dari RM11,998

Yamaha NVX SP (2025) dan Yamaha NVX ABS (2025) kini telah tiba, dengan kedua-dua model menawarkan beberapa ciri yang menarik.

2025 Yamaha NVX SP – Cyber Blu

Yamaha NVX SP sebenarnya dikenali sebagai Aerox Alpha Turbo di Indonesia. Istilah “turbo” untuk model ini bukan merujuk kepada pengecas turbo mekanikal, tetapi merupakan mod kuasa yang memberikan tambahan tork dan kuasa apabila dihidupkan. Hong Leong Yamaha Motor menggelarnya sebagai “Prestasi Tulen” hasil daripada fungsi “Downshift” (dalam bahasa kiasan, “drop gear”).

2025 Yamaha NVX ABS – Violet Rush
Ciri-ciri utama
  • Enjin 155cc, piston tunggal, sejukan cecair, Yamaha Blue Core dengan Variable Valve Actuation (VVA).
  • Ia menghasilkan 15.1 hp (11.3 kW) pada 8,000 RPM and 14.2 Nm pada 6,200 RPM.
  • Tork dan kuasa enjin disalurkan kepada transmisi Yamaha Electric CVT (YECVT).

  • YECVT inilah yang membolehkan fungsi Downshift untuk memberikan pecutan yang lebih kuat seakan ada pengecas turbo.
  • Varian NVX SP mempunyai dua mod kuasa iaitu Town Mode (T/Mod Bandar) dam Sport Mode (S/Mod Sukan). Skuter ini merupakan yang pertama di dalam kelasnya yang mempunyai mod tunggangan.
  • Skrin TFT baharu bagi kedua-dua varian, tetapi varian SP mempunyai beberapa fungsi lain.

  • Apapun, kedua-dua varian SP dan ABS boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui fungsi Yamaha Y-Connect. Bezanya, varian SP mempunyai fungsi navigasi Google Map.
  • Kedua-dual model menggunakan brek cakera di depan dan belakang, yang disokong oleh ABS.

  • Ciri-ciri lain termasuk Emergency Stop Signal (ESS), Keyless Start, Stop-Start System, dan port pengecas USB-C.
  • Yamaha mengatakan berat basah SP ialah 130 kg, manakala varian ABS seberat 127 kg.
Harga
  • Yamaha NVX ABS (2025) boleh didapati dalam dua warna iaitu Electric Yellow, and Violet Rush, dan harga jualannya ialah RM11,998 (bukan atas jalan).
  • Yamaha NVX SP (2025) boleh didapati dalam dua warna iaitu Gunmetal Grey, and Cyber Blu, and dan harga jualannya ialah RM14,498 (bukan atas jalan).
2025 Yamaha NVX ABS – Electric Yellow
Galeri foto

Postingan Terkait

Categories

Tags

© TopCarNews Network. All Rights Reserved. Designed by TopCarNews