Honda telah melancarkan Honda CBR500R Four di Ekspo Import Antarabangsa China. Tiada seorang pun yang menjangka kedatangan model tersebut. Diperkenalkan bersama-sama motosikal Honda baharu yang lain, CBR500R Four dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 502cc baharu (jelas sekali), yang menggantikan enjin dua silinder selari kembar yang telah lama digunakan. Pengeluar menyatakan enjin ini menghasilkan kuasa di sekitar 80 hp. Motosikal ini turut akan ditawarkan dengan Honda E-Clutch. Terdapat juga paparan TFT 5 inci yang menurut sumber kami dilengkapi dengan sambungan Honda RoadSync, navigasi, panggilan, dan kawalan media. Selain CBR500R Four, Honda turut mempamerkan CB500 Super Four, yang mengikut reka bentuk motosikal retro CB1000F. Sumber kami menyatakan bahawa Honda belum mendedahkan rancangan mereka untuk motosikal-motosikal ini di China. Walaubagaimanapun, kami mengetahui bahawa pengeluar China telah memperkenalkan banyak motosikal empat silinder. Bagaimanapun, adakah CBR500R Four dan CB500 Super Four akhirnya akan tersedia di pasaran lain? Kami sangat mengharapkannya!