CFMOTO Malaysia secara rasmi melancarkan model baharu CFMOTO 250 DUAL. Ia merupakan model pertama bagi tahun 2026 daripada CFMOTO Malaysia, dan dilancarkan serentak ketika Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat dan Pusat Servis Mforce di Jalan Segambut Tengah, Kuala Lumpur. Polar White CFMoto berkata ia sebuah motosikal serba boleh yang direka untuk jalan bandar mahupun laluan off-road ringan. Tundra Grey Ditawarkan pada harga RM9,888.00, CFMOTO 250 DUAL kini boleh didapati di semua pengedar sah CFMOTO dan Mforce di seluruh negara. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Tundra Grey, Polar White, dan Lime Green yang mencerminkan gabungan karakter lasak serta gaya moden. Ciri-ciri utama CFMOTO 250 DUAL Dikuasakan oleh enjin 249 cc satu silinder, 4-lejang, penyejukan cecair, yang menghasilkan kuasa maksimum 24 hp (18 kW) pada 8,000 rpm serta tork puncak 22.5 N·m pada 7,000 rpm. Nisbah mampatan 11.3:1 memberikan pembakaran bahan api yang cekap dan prestasi yang baik. Digabungkan dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) untuk respons pendikit yang lancar, kecekapan bahan api. Kuasa disalurkan melalui klac manual jenis basah berbilang plat dan pacuan akhir jenis rantai. Bagi suspensi pula, fork teleskopik jenis terbalik digunakan di depan, manakala bahagian belakang disokong oleh penyerap hentak jenis monoshock. Sistem suspensi ini menawarkan 160 mm jarak perjalanan di depan dan 38 mm jarak perjalanan belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera tunggal 265 mm di depan dan belakang 220 mm, disokong oleh sistem ABS dwi-saluran. CFMOTO 250 DUAL menggunakan rim jejari (spoke wheel) dengan tayar depan bersaiz 80/100-21 dan tayar belakang 120/80-18. Rangka jenis tiub keluli pula meningkatkan ketahanan motosikal sambil mengekalkan keseimbangan tunggangan yang baik. CFMOTO 250 DUAL berukuran 2,120 mm panjang, 910 mm lebar, dan 1,225 mm tinggi, dengan jarak roda 1,415 mm. Ketinggian tempat duduk 840 mm dan jarak kelegaan tanah 245 mm. Tangki minyak dengan kapasiti 13 liter. Berat keseluruhan ialah 154 kg. Ciri-ciri lain termasuk paparan meter digital, lampu depan dan belakang LED, port pengecasan USB Type-A serta suis keselamatan tongkat sisi. Para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia. Galeri foto