Kumpulan DIDI perkenalkan dua edisi khas baharu dalam rangkaian Tiger 900; motosikal pengembaraan yang menarik perhatian, direka untuk menakluki dua persekitaran paling mencabar dan pelbagai di dunia. Mereka dikenali sebagai Triumph Tiger 900 Alpine Edition dan Triumph Tiger 900 Desert Edition. Dilhamkan oleh udara nyama di banjaran pergunung Alpine dan pancaran matahari di padang pasir, Edisi Khas baharu ini tersedia merentasi platform Tiger 900, menampilkan spesifikasi yang dipertingkatkan, skema cat tersendiri dengan grafik eksklusif, semuanya pada harga yang menarik. Dilahirkan untuk menjelajah puncak bersalji, edisi “Alpine” berasaskan GT Pro yang fokus kepada jalan raya, menggabungkan teknologi terfokus penunggang yang dipertingkatkan dan skema cat baharu yang diilhamkan oleh puncak gunung. Tiger 900 Alpine Edition disiapkan dalam warna Snowdonia White dan Sapphire Black dengan aksen Aegean Blue, sesuai untuk penunggang yang mencari prestasi touring yang halus dengan identiti visual yang berani. Dibentuk untuk menghadapi bukit pasir yang terbakar matahari, edisi “Desert” berasaskan Rally Pro yang terunggul dalam kelas dan direka bentuk untuk menekankan keupayaan luar jalan terkenal Tiger. Menampilkan peningkatan komponen premium dan teknologi canggih, Tiger 900 Desert Edition hadir dalam warna Urban Grey dan Sapphire Black dengan aksen Baja Orange yang menyerlah. Daripada mengharungi selekoh sempit di laluan Alpine sehinggalah memecut menerusi hamparan pasir yang tidak berkesudahan, Edisi Khas Alpine dan Desert juga menawarkan tahap spesifikasi baharu pada harga yang sangat kompetitif. Buat pertama kalinya pada motosikal pengembaraan Triumph, pembenam Akrapovič premium dipasang sebagai standard pada kedua-dua Tiger 900 Alpine Edition dan Tiger 900 Desert Edition. Edisi Alpine turut mendapat bar perlindungan enjin, manakala Edisi Desert mendapat bar perlindungan tangki bahan api untuk ketahanan luar jalan yang lebih baik. Bagi penunggang yang mencari keselesaan atau keyakinan tambahan, tempat duduk boleh dipanaskan atau rendah (aksesori) disediakan. Tempahan kini dibuka untuk edisi khas Tiger 900, dengan Tiger 900 Alpine Edition dijual dari RM85,450 dan Tiger 900 Desert Edition dari RM89,250, dengan semua harga tidak termasuk pendaftaran dan insurans. Tiger 900 Alpine Edition dan Tiger 900 Desert Edition baharu akan tersedia di pengedar Triumph yang sah di seluruh Malaysia. Untuk spesifikasi teknikal terperinci, layari www.triumph-motorcycles.my Galeri foto