EZI RAY-01 kini diperkenalkan di pasaran Malaysia bersempena Program Mega JPJ Madani 2026 X Karnival Jom Heboh (sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-80) yang berlangsung di Stadium Batu Kawan. Ditawarkan pada harga asal RM4,688.00, EZI RAY 01 kini boleh dimiliki pada harga istimewa RM2,288.00 selepas rebat Mforce.Cas sebanyak RM2,400.00, tidak termasuk kos pendaftaran dan insurans. Promosi ini sah sehingga 30 Jun 2026 atau selagi stok masih ada. EZI RAY 01 hadir dengan empat pilihan warna iaitu Nova White, Plasma Blue, Venus Grey dan City Black, menawarkan solusi mobiliti elektrik moden dan praktikal untuk kegunaan harian di kawasan bandar. EZI RAY-01 berkuasa dengan motor hub berkuasa 2,000 W yang disokong oleh sistem penyejukan udara, memberikan prestasi yang lancar dan efisien untuk kegunaan harian. Skuter ini menawarkan jarak perjalanan tipikal sehingga 120 km pada kelajuan 25 km/j serta kelajuan maksimum 68 km/j, sesuai untuk perjalanan jarak dekat hingga sederhana. Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban, memastikan keselesaan tunggangan dalam persekitaran bandar. Sistem brek pula menggunakan cakera di bahagian hadapan dan belakang bagi memberikan kuasa pemberhentian yang lebih baik. EZI RAY-01 menggunakan tayar CST bersaiz 90/90-10 di hadapan dan belakang. Dari segi dimensi, ia berukuran 1,732 mm panjang, 746 mm lebar dan 1,067 mm tinggi, dengan jarak roda 1,245 mm serta ketinggian tempat duduk 735 mm. Skuter ini mempunyai berat bersih 130 kg, menawarkan kestabilan tanpa menjejaskan kemudahan kawalan. Dari aspek ciri-ciri, EZI RAY-01 dilengkapi paparan meter LED, port pengecas USB (Type-A dengan LED) serta sistem kemasukan tanpa kunci bersama NFC untuk kemudahan penggunaan. Sistem pencahayaan menggunakan teknologi LED sepenuhnya merangkumi lampu isyarat, lampu kecemasan, lampu hadapan dengan DRL dan lampu belakang. Ciri praktikal tambahan termasuk ruang simpanan hadapan bersama cangkuk, bateri jenis asid plumbum 72V32Ah, tiga mod tunggangan serta fungsi bantuan tolakan (Walk Assist / E Mode) yang memudahkan pergerakan dalam situasi tertentu. Dengan gabungan harga yang berpatutan, ciri praktikal dan kecekapan tenaga elektrik, EZI RAY-01 tampil sebagai pilihan menarik untuk rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada mobiliti elektrik. Setiap pembelian EZI RAY-01 disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau sehingga 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu, tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan juga boleh mendapatkan alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., sekali gus memastikan sokongan selepas jualan yang menyeluruh dan boleh dipercayai. TENTANG EZI EZI merupakan jenama mobiliti elektrik moden yang memberi tumpuan kepada kenderaan elektrik ringan, termasuk motosikal dan skuter elektrik. Diasaskan oleh Kumpulan Keeway pada tahun 2020, EZI telah mengukuhkan kedudukannya dengan pantas sebagai pelopor inovatif dalam industri kenderaan elektrik (EV) global. Jenama ini mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman, reka bentuk serta pembuatan pintar bagi menghasilkan kenderaan elektrik yang berkualiti tinggi, cekap dan kos efektif. Pendekatan EZI melampaui sekadar penjualan model kenderaan, ia bermatlamat untuk membina ekosistem mobiliti elektrik yang komprehensif yang mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai pasaran global melalui pembangunan berasaskan modular dan platform. Berpandukan falsafah “EZI, EASY GO,” jenama ini memberi penekanan kepada mobiliti yang mudah, pintar dan mesra alam, sekali gus menawarkan pengalaman tunggangan elektrik yang selamat, cekap serta mudah diakses. Dengan kekuatan R&D dalaman, proses pembuatan yang canggih, kawalan kualiti yang ketat serta komitmen terhadap pengangkutan sifar emisi, EZI berdedikasi untuk membina ekosistem mobiliti elektrik yang mampan dan terhubung di peringkat global. Galeri foto