WMOTO Malaysia turut melancarkan satu lagi model semasa Majlis Lou Sang Mforce 2026 baru-baru ini, kali ini sebuah skuter, yang bernama WMOTO ISLAND 150. Direka untuk meningkatkan pengalaman ulang-alik harian dengan gabungan gaya segar, keselesaan dan teknologi termaju, skuter baharu ini menandakan kemasukan WMOTO ke dalam kategori skuter premium 150cc. Dijual pada harga RM6,688.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), ia kini boleh didapati di semua pengedar Mforce yang sah di seluruh Malaysia. Ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Aura Black, Action Blue, dan Prime Grey. Ciri-ciri WMOTO ISLAND 150 Dikuasakan oleh enjin 150 cc satu silinder, 4-lejang, 4-injap, penyejukan cecair. Ia menghasilkan kuasa maksimum 15.4 hp (11.5 kW) pada 8,500 rpm dan tork puncak 14.2 N.m pada 6,500 rpm. Menariknya, enjin ini mempunyai nisbah mampatan lebih tinggi iaitu 10.6:1, berbanding Hawk 200i (9.5:1). Selain itu, dimensi gerek x lejang 57.3 mm × 57.9 mm menjadikannya hampir enjin ‘segi empat sama’, yang berpotensi menghasilkan penyebaran tork dan kuasa yang baik. Penghantaran kuasa adalah melalui CVT dan pemacu akhir tali sawat. Skuter ini mempunyai tangki minyak 9 liter. Dimensidimensi skuter ini berukuran 1,940 mm panjang, 745 mm lebar dan 1,130 mm tinggi, dengan jarak roda 1,315 mm dan kelegaan tanah 136 mm. Ketinggian tempat duduk adalah rendah pada 764 mm, dengan berat kering 137 kg. Sistem suspensinya terdiri daripada fork hidraulik di depan dan spring belakang dengan penyerap hentakan. Saiz tayar ialah 110/70-14 M/C di depan dan 130/70-13 M/C di belakang, yang dipasang pada rim aloi. Kedua-dua brek hadapan dan belakang adalah cakera, dengan kaliper Nissin dua piston di depan. ABS Dwi Saluran adalah ciri standard. WMOTO ISLAND 150 dilengkapi dengan ciri-ciri moden: Sistem lampu LED sepenuhnya merangkumi lampu hadapan, DRL, lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan. Paparan meter digital interaktif. Sistem tanpa kunci. Suis keselamatan topang sisi. Cermin angin. Poket simpanan hadapan kiri. Port pengecasan USB dengan pilihan Jenis-A dan Jenis-C. Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS). Tempat letak kaki luas untuk penunggang. Cangkuk serbaguna dengan kapasiti muatan 5 kg. Skuter ini menggunakan bateri 12V8.6Ah. Kapasiti muatan sehingga 158 kg. Galeri foto