Terdapat tanggapan salah bahawa motosikal lasak (dirt bike) hanya sesuai apabila ditunggang di kawasan off-road. Hakikatnya, sistem suspensi yang panjang, badan yang ringan, ketangkasan, dan ketinggian motosikal jenis ini amat sesuai di persekitaran bandar. Motosikal dirt bike terbahagi kepada beberapa sub-kategori, tetapi secara umumnya ia terbahagi kepada motosikal khusus untuk off-road dan motosikal ‘dua alam’ (dual purpose). Mungkin kerana ciri-ciri inilah Mforce Bike Holdings melancarkan dua model motosikal dirt secara berturut-turut: CFMOTO 250 DUAL dan kini WMOTO HAWK 200i. Daripada Siaran Media Mforce Bike Holdings Dibangunkan sebagai pilihan yang lasak dan berkemampuan untuk penunggang yang memerlukan prestasi boleh diharap di jalan bandar dan juga laluan off-road yang ringan, motosikal ini menandakan usaha WMOTO untuk terus mengembangkan lagi kategori 200cc yang serba boleh. Dijual pada harga RM7,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Model baharu ini bakal tersedia tidak lama lagi di semua pengedar rasmi Mforce di seluruh Malaysia dan ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, Obsidian Black dan Extreme Red. Ciri-ciri utama WMOTO HAWK 200i Dikuasakan oleh enjin 200 cc satu-silinder, SOHC, 2-injap, penyejukan cecair. Menghasilkan 16 hp (12 kW) pada 8,000 rpm dan tork 15.7 N.m pada 7,000 rpm. Nisbah mampatan 9.5:1 bermakna anda tidak perlu menggunakan petrol beroktan tinggi. Kotak gear 5-kelajuan dan pacuan akhir rantai. Tangki minyak 8 liter untuk perjalanan jarak lebih jauh. Saiz motosikal: 2,090 mm panjang, 880 mm lebar dan 1,180 mm tinggi, dilengkapi dengan ketinggian tempat duduk 830 mm yang mudah dicapai dan kelegaan tanah 260 mm. Jarak roda 1,360 mm dan berat kenderaan ringan 132 kg. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik terbalik di depan dan penyerap hentak monoshock di belakang. Sistem brek terdiri daripada brek cakera di depan dan belakang, disokong dengan ABS hadapan boleh suis. WMOTO HAWK 200i dilengkapi tayar 90/90-19 (depan) dan 110/90-17 (belakang) pada rim bersusuk yang tahan lasak. Pakej kelengkapannya termasuk: Paparan meter digital. Lampu isyarat dan lampu utama LED. Lampu belakang jenis mentol. Port pengecasan USB Jenis-A. Sistem kunci mekanikal. Pelindung tangan dengan DRL bersepadu. Pelindung bar hendal. Cengkaman throttle. Tayar dwi-fungsi. Rim bersusuk. Tempat duduk anti-cengkam. Menggabungkan enjin yang berkemampuan, rangka yang diperkukuh dan senarai komprehensif ciri-ciri moden, WMOTO HAWK 200i menawarkan pengalaman menunggang yang menyeluruh untuk penunggang motosikal Malaysia yang inginkan keselesaan harian dan juga fleksibiliti untuk pengembaraan. Waranti dan Ketersediaan Dengan setiap pembelian model WMOTO HAWK 200i, pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana yang tiba lebih dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. Galeri foto