WMOTO EZ125i dan WMOTO Cruiser AMT 125i Dilancarkan
Selain daripada tiga model SYM terbaharu, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. turut melancarkan dua buah motosikal WMoto tempoh hari, iaitu WMOTO EZ125i dan WMOTO Cruiser AMT 125i.
Pelancaran rasmi ini diadakan secara eksklusif di Courtyard oleh Marriott Kuala Lumpur South bersempena acara Mforce Mid-Autumn Gala. Ketiga-tiga model boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.
WMOTO EZ125i (Harga dari RM4,588)
Skuter ini merupakan jenis ‘urban’ (bandar) bersaiz padat dan digabungkan dengan ciri-ciri praktikal.
- Ia dilengkapi dengan enjin 124cc, silinder tunggal, 4-lejang, disejukkan oleh udara, yang menghasilkan kuasa maksimum 11.8 hp (8.8 kW) pada 7,500 RPM dan 9.5 Nm pada 6,000 RPM.
- Sistem pacuan merupakan jenis automatik CVT dengan pacuan akhir tali sawat.
- Suspensi terdiri daripada fork teleskopik di bahagian depan dan penyerap hentakan berkembar di bahagian belakang.
- Sistem brek terdiri daripada cakera di depan serta brek dram di bahagian belakang.
- Saiz tayar ialah 70/90-14 di depan dan 80/90-14 di belakang.
- Ketinggian pelana ialah 760mm, manakala berat keringnya hanya 95 kg dengan kapasiti tangki bahan api 6.5 liter.
- WMOTO EZ125i menampilkan meter digital penuh LED, lampu utama, belakang, isyarat dan lampu kecemasan jenis LED, port pengecasan USB Type-A, sistem kunci mekanikal, lampu LED.
- Terdapat ruang simpanan hadapan sebelah kiri dan kanan, serta ruang simpanan di bawah tempat duduk.
- Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Silver Grey, Grey, Red dan Deep Sky Blue. Model ini kini boleh didapati melalui pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia.
Dengan setiap pembelian mana-mana model WMOTO EZ125i, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
WMOTO Cruiser AMT 125 (Harga dari RM5,988)
Motosikal ini merupakan jenis ‘cruiser’ tetapi telah diberikan rekabentuk seperti yang telah di-‘custom.’ Namun ia merupakan motosikal berkapasiti kecil, ringan, dan menggunakan transmisi automatik sepenuhnya.
- Ia dilengkapi dengan enjin 124cc, satu silinder, 4-lejang, SOHC dengan sistem penyejukan udara.
- Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 7.8 hp (5.8 kW) pada 8,000 RPM dan tork puncak 8.8 Nm pada 6,000 RPM.
- Transmisi menggunakan sistem automatik sepenuhnya dengan pacuan akhir rantai, digandingkan dengan klac emparan automatik jenis basah.
- Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik di depan dan penyerap hentak tunggal di belakang.
- Sistem membrek pula dilengkapi dengan cakera hadapan 220 mm dan cakera belakang 200 mm.
- Tayar depan bersaiz 80/90-17 M/C dan belakang 140/70-13 M/C.
- Ketinggian pelana hanya 680 mm, dengan berat keseluruhan ialah 119kg, dan tangki bahan api adalah berkapasiti 6 liter.
- WMOTO Cruiser AMT 125 dilengkapi dengan sistem pencahayaan LED penuh (lampu utama, lampu belakang, lampu isyarat dan hazard), paparan meter analog digital, bateri 4A.h, serta sistem kunci mekanikal.
- Ia turut hadir dengan rekaan pelana yang ‘custom.’
- Motosikal ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Green, Cream, dan Black.
Dengan setiap pembelian mana-mana model WMOTO Cruiser AMT 125, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Source: WMOTO EZ125i dan WMOTO Cruiser AMT 125i Dilancarkan