EV vs Kereta Petrol: Mana Lebih Berbaloi di Malaysia?
Tak pasti nak pilih EV atau kereta petrol? Jom tengok perbandingan dari segi kos, servis, dan penggunaan harian – mana lebih berbaloi di Malaysia
Sejak kebelakangan ini, makin ramai rakyat Malaysia mula mempertimbangkan EV vs petrol — mana satu yang sebenarnya lebih sesuai untuk kegunaan harian? Dengan harga minyak yang tidak menentu dan kesedaran alam sekitar yang sedang meningkat, kereta elektrik Malaysia kini jadi pilihan alternatif yang makin popular di kalangan rakyat. Tapi adakah ia benar-benar lebih jimat dan berbaloi berbanding kereta petrol?
Kalau anda tengah buat perbandingan dan nak tahu mana satu lebih sesuai untuk kegunaan harian, jom kita tengok dari pelbagai sudut iaitu kos, penyelenggaraan, prestasi, dan juga keselesaan dalam jangka panjang. Dengan itu, anda boleh membuat pilihan yang bijak.
1. Harga & Insentif dari Kerajaan
Dari segi harga permulaan, memang tak dinafikan kereta petrol biasanya lebih murah. Namun pada zaman ini, kerajaan Malaysia sudah mula bagi insentif hebat untuk kereta elektrik Malaysia — termasuk pengecualian cukai, rebat, dan banyak lagi. Jadi, harga EV semakin mampu milik.
Model-model popular seperti BYD Dolphin, Tesla Model 3, dan GWM Ora Good Cat dah mula jadi pilihan ramai, sebab apabila bercampur dengan insentif, harganya pun tidak jauh beza dengan kereta biasa.
2. Penyelenggaraan & Kos Jangka Panjang
Ini antara kelebihan kereta elektrik yang paling ketara — kos servis kereta elektrik jauh lebih rendah. Tidak perlu tukar minyak enjin, tiada spark plug atau timing belt. Ini bermakna, kurang komponen yang memerlukan penyelenggaraan dan secara tidak langsung dapat menjimatkan wang.
Kereta petrol pula masih perlukan servis berkala yang agak kompleks dan boleh menggunakan kos, terutamanya bila sudah lama digunakan.
3. Prestasi EV vs kereta Petrol: Mana Lebih Seronok Dipandu?
Jangan pandang rendah prestasi kereta EV kerana banyak model EV terkini memberikan tork segera dan pecutan yang lancar, menjadikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan. Sebaliknya, kereta petrol masih menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan rasa "klasik" pemanduan serta kebolehan untuk memandu jarak jauh tanpa risau tentang stesen pengecasan.
4. Stesen Pengecas vs Stesen Minyak
Isu utama untuk pemilik kereta elektrik Malaysia ialah ketersediaan stesen pengecas. Walaupun stesen pengecas EV semakin bertambah di Lembah Klang dan bandar besar, jumlahnya masih belum setanding dengan stesen minyak untuk kereta petrol. Namun, pihak kerajaan dan syarikat swasta sedang berusaha keras untuk mengembangkan infrastruktur ini.
5. Kesan terhadap Alam Sekitar
Tidak dapat dinafikan, kereta elektrik lebih mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap ekzos. Ini secara langsung dapat membantu mengurangkan pencemaran udara, terutama di kawasan bandar. Jika anda prihatin tentang isu perubahan iklim, memilih kereta EV boleh menjadi langkah ke arah gaya hidup yang lebih lestari.
Jadi, kalau anda sedang membuat keputusan antara EV vs petrol, penting untuk lihat pada gaya hidup anda. Kereta elektrik sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar dan inginkan penjimatan jangka panjang, manakala kereta petrol masih pilihan relevan untuk perjalanan jauh dan kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, trend jelas menunjukkan bahawa kenderaan elektrik akan menjadi penggerak utama dalam industri automotif negara.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta elektrik atau kereta petrol, layari Carlist.my untuk membandingkan pelbagai pilihan mengikut bajet dan keperluan anda.