Aprilia RSV4 X-GP Dilancarkan
Aprilia RSV4 X-GP telah dilancarkan sempena syarikat itu menyambut ulang tahun ke-10 mereka dalam perlumbaan MotoGP, dan ia adalah sebuah motosikal yang sarat dengan teknologi MotoGP.
“Betul ke?” anda tanya? Cubalah tengkok spesifikasinya: 234 hp, 131 Nm, 165 kg, cakera Brembo T-Drive, dan semua ciri aerodinamik motosikal perlumbaan Aprilia RS-GP25 dalam MotoGP.
RSV4 X-GP adalah jentera kelima dalam barisan “X” ultra-eksklusif Aprilia, selepas RSV4 X (2019), Tuono X (2020), RSV4 X Trenta (2022) dan RSV4 X ex3ma (2024).
Ciri-ciri utama
- Enjin V4 1,099cc 65° yang ditala ke spesifikasi penuh SBK, dengan kuasa maksimum 234 hp pada 13,750 RPM, dan tork puncak 131 Nm pada 11,000 RPM.
- Penapis udara perlumbaan Sprint, corong pengambilan udara yang diubahsuai, nisbah mampatan lebih tinggi, dan klac kering STM.
- ECU APX Racing, yang tidak boleh digunakan di jalan raya, mengendalikan kawalan daya cengkaman yang boleh dilaraskan sepenuhnya, brek enjin, penghantaran kuasa, anti-wheelie dan perakaman data, serta GPS.
- Pemilik juga akan mendapat komputer riba Yashi yang telah dipasang dengan perisian pengurusan.
- Sistem suspensi terdiri daripada fork Öhlins FKR bertekanan di hadapan, dan monoshok belakang Öhlins TTX.
- Brek adalah kaliper Brembo GP4-MS yang mencengkam cakera Brembo T-Drive 330mm di hadapan.
- Roda adalah rim magnesium tempa Marchesini M7R Gen, dipasang dengan tayar perlumbaan Pirelli yang digunakan dalam WorldSBK, iaitu 125/70 SC1 di hadapan dan 200/65 SCX di belakang.
- Set suis perlumbaan Jetprime.
- Pemijak kaki Spider dan aksesori ‘billet’ lain.
- Sproket titanium PBR.
- Rantai RK 520.
- Teknologi sayap sisi (‘leg wing’) dan sayap belakang (‘tail wing’) terus diambil dari model RS-GP25 semasa, menjadikan ini motosikal pertama terbitan MotoGP dengan ciri-ciri ini.
- Ia bekerjasama dengan sayap hadapan, sayap bawah, dan sayap sisi (‘winglets’) untuk menghasilkan daya menekan ke bawah semasa membrem, di selekoh, dan juga di pertengahan jalan lurus untuk melekatkan roda hadapan ke tanah.
- Sub-rangka belakang mengikut penyokong tempat duduk karbon RS-GP25 dari PAN Composite, yang berfungsi sebagai langkah penjimatan berat, dan juga pembantu aerodinamik yang lain.
- Melengkapkan rupa MotoGP adalah sistem ekzos berkembar SC-Project MotoGP, dan kelongsong karbon penuh dengan livri lumba RS-GP25.
- Dan sistem ekzos MotoGP SC-Project.
Kami tidak mempedulikan harganya, tetapi kami akan siarkan juga untuk anda, pembaca kami: €90,000 (anggaran RM443,781.00). Hanya 30 unit sahaja akan dihasilkan untuk seluruh dunia.