Setelah menggunakan kereta anda untuk beberapa tahun, anda mungkin akan terfikir untuk menaik taraf kereta yang ada berdasarkan sebab-sebab tertentu seperti penambahan ahli keluarga atau mencari sesuatu yang lebih selesa.

Walaupun anda telah menjaga kereta anda dengan sangat baik, anda mungkin tidak dapat menjualnya pada harga yang anda harapkan untuk membiayai kereta baru. Secara amnya, nilai sesebuah kereta akan susut hampir 20 peratus selepas tahun pertama. Selepas beberapa tahun pula, kereta tersebut mungkin telah kehilangan sehingga separuh daripada nilai asalnya.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

Sebelum menjual kereta anda, anda perlu mempertimbangkan perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan nilai jualan semula kereta anda. Berikut adalah 17.5 perkara yang anda boleh buat untuk memastikan anda mendapat nilai jualan semula yang lebih tinggi bagi kereta anda.

1. Beli Kereta dengan Nilai Jual Semula yang Tinggi

Usaha menjaga nilai penjualan semula kereta anda bermula sebelum anda memiliki sebuah kereta lagi. Untuk menjamin nilai jual semula kereta anda di masa hadapan, anda harus membeli model atau jenama kereta yang mempunyai nilai susut yang rendah.

Sebaiknya, carilah jenama kereta yang popular, boleh dipercayai, dan menawarkan akses mudah ke pusat servis. Beberapa model yang mempunyai nilai jual semula yang tinggi di Malaysia adalah Perodua Myvi, Honda Civic, dan Toyota Vios.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

Artikel berkaitan: Model Kereta dengan Susut Nilai Rendah, Resale Value Tinggi di Malaysia

2. Pilih Kereta dengan Ciri Keselamatan yang Sesuai

Oleh kerana memiliki kereta merupakan pelaburan sepanjang hayat, anda perlu memilih kereta yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang sesuai. Ini akan membantu anda kekal selamat semasa memandu dan ia juga dapat menambah nilai jualan semula kereta anda di masa hadapan!

Bayangkan jika suatu hari nanti, kerajaan mewajibkan semua kereta yang dijual untuk mempunyai Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau peringatan tali pinggang keledar. Ketiadaan sistem berikut akan menyebabkan harga kereta anda turun dengan drastik.

Ia juga mampu menambah daya tarikan kereta anda apabila tiba masanya untuk menjual. Jika kereta anda dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti kamera belakang, sensor letak kereta, dan sistem amaran titik buta, ia mungkin dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding kereta yang tidak mempunyai sistem-sistem tersebut.

Beberapa sistem keselamatan yang boleh anda pertimbangkan adalah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brek Kecemasan Automatik (AEB), dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Artikel berkaitan: Tip Pembelian Kereta untuk Keluarga dan Ciri Keselamatan Yang Perlu Dipertimbangkan

3. Panjangkan Tempoh Waranti

Waranti merupakan perkara terakhir yang difikirkan orang ramai apabila hendak menjual kereta, tetapi ia merupakan faktor penting yang dapat menentukan harga urusan jual beli kereta, sama ada baru atau terpakai.

Sekiranya anda mampu untuk memanjangkan tempoh waranti bagi kereta anda, anda sangat digalakkan untuk berbuat demikian, terutamanya jika ia dijamin merangkumi komponen utama seperti enjin dan transmisi.

Melanjutkan tempoh waranti akan memberi ketenangan fikiran kepada anda dan pemilik yang akan datang, lebih-lebih lagi apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka.

4. Pilih Warna yang Sesuai

Adakah anda merancang untuk menghias kereta anda dengan warna dan grafik yang menjolok mata? Walaupun ia mungkin dapat menjadikan kereta anda sebagai sebuah karya seni yang unik, tidak semua orang akan berkongsi idea yang sama dengan anda.

Kereta dengan warna yang terang seperti merah, ungu, atau kuning biasanya mempunyai nilai jual semula yang lebih rendah kerana warna-warna seperti ini sukar untuk dijaga. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia, ia mungkin akan mula pudar selepas beberapa tahun.

Sebaiknya, pilih lah warna asas seperti putih, hitam atau perak. Kereta dengan warna-warna ini mempunyai nilai jualan semula yang lebih baik kerana ia senang dijaga, mudah dibersihkan, dan juga dapat menyembunyikan kesan calar dengan baik.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

5. Pandu Dengan Cermat

Salah satu kaedah terbaik untuk menjaga nilai jual semula kereta anda adalah dengan mengamalkan pemanduan yang cekap. Memandu secara agresif akan memberi tekanan kepada kereta anda dan ini akan mempercepatkan proses kehausan komponen kereta anda.

Tabiat memandu yang baik akan memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan yang elok. Ia juga dapat mengurangkan jumlah penyelenggaraan pada komponen seperti brek dan tayar untuk jangka masa panjang.

Selain itu, pemanduan selamat dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Kemalangan besar akan mengurangkan nilai kereta anda secara drastik, terutamanya jika berlaku kerosakan pada kerangka kereta. Ini akan membuat kereta anda lebih sukar untuk terjual kerana ia akan muncul dalam laporan sejarah kereta anda.

6. Pastikan Mileage Rendah

Faktor lain yang membantu menjaga nilai jualan kereta anda adalah mileage yang rendah. Mileage yang tinggi pada sebuah kereta menandakan bahawa komponen kereta tersebut telah mula merosot disebabkan penggunaan berpanjangan.

Walaupun kereta anda berada dalam keadaan yang sangat baik, setelah mileage kereta melebihi 100,000 kilometer, nilai jualan semula akan menurun secara mendadak. Sekiranya anda terfikir untuk menjual kereta anda, masa yang paling sesuai untuk melakukannya adalah apabila mileage mencecah sekitar 80,000 hingga 90,000 kilometer. Lebih rendah, lebih bagus.

Secara purata, pemandu di Malaysia mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 28,188 kilometer setahun. Selepas ini, anda mungkin perlu mempertimbangkan semula keputusan untuk memandu kereta anda jika ada perjalanan jarak jauh.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

7. Lakukan Penyelenggaraan Secara Berkala

Satu lagi cara terbaik dan paling mudah untuk menjaga nilai jualan semula kereta anda adalah dengan melakukan penyelenggaraan secara berkala. Anda cuma perlu mengikuti jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan dan memastikan bahawa ia dilakukan di pusat servis yang sah.

Menjaga kereta anda dengan betul dapat menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang dengan mengelakkan kos pembaikan yang tidak perlu. Sehubungan dengan itu, pembeli juga akan lebih cenderung untuk menawarkan harga yang lebih tinggi bagi sebuah kereta dengan sejarah penjagaan yang baik.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

8. Cari Tempat Letak Kenderaan yang Selamat

Ketika hendak meletak kereta, anda perlu mencari tempat yang sesuai dan selamat. Seeloknya, cari tempat yang teduh untuk melindungi cat kereta daripada pudar kerana terdedah di bawah cahaya matahari yang panas dan pada keadaan yang lembap apabila hujan. Pada waktu yang sama, elakkan juga dari meletakkan kereta anda di bawah pokok kerana ia akan mengundang kotoran seperti najis burung dan daun kering.

Dapatkan ruang yang sesuai untuk meletakkan kereta anda dan elakkan dari meletak kereta bersebelahan dengan kenderaan besar dan berat kerana ruang yang sempit mungkin akan mendatangkan kerosakan seperti calar kepada kereta anda.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

9. Ubahsuai Secara Sederhana

Mengubahsuai kereta memang seronok, tetapi jika pembeli yang ingin membeli kereta anda tidak meminati pengubahsuaian yang telah anda lakukan, ia akan memberi impak negatif kepada harga jualan kereta anda.

Rim yang besar, kit turbo, atau sistem stereo mewah mungkin akan menurunkan harga jualan kereta anda, terutama sekali jika bahagian-bahagian ini mendatangkan masalah kepada kereta.

Sekiranya anda benar-benar berminat untuk mengubahsuai kereta anda, dapatkan aksesori yang yang berguna dan boleh menambah nilai jualan kereta anda di masa hadapan seperti sistem infotainmen yang moden, pemasangan filem penapis haba pada tingkap kereta, dan tempat duduk kulit.

Melakukan terlalu banyak pengubahsuaian juga akan menyebabkan kereta anda kurang diminati oleh pembeli, jadi cuba untuk kekalkan keadaan kereta seperti yang asal, sehampir yang boleh.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

10. Sentiasa Bersihkan Bahagian Luaran

Bakal pembeli akan membuat tawaran mengikut penampilan luaran kereta yang dijual. Jadi, kereta yang kelihatan bersih dapat menarik harga yang lebih mahal!

Dengan cucian yang cermat, anda dapat menjaga warna kereta dan keadaan luaran kereta untuk jangka masa panjang. Sekiranya anda mampu, dapatkan servis salutan lapisan nano seramik untuk hasil yang lebih baik.

Penjagaan bahagian luaran kereta secara berkala juga dapat membantu mengekalkan warna kereta, menghilangkan cela, dan mencegah pudar.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

Artikel berkaitan: Cara Cuci Kereta, Tips Cuci Enjin dan Polish Kereta dengan Betul

11. Bersihkan Juga Bahagian Dalaman

Selain daripada bahagian luar, menjaga kebersihan bahagian dalaman kereta anda juga penting untuk menarik minat para pembeli.

Merokok dan membawa makanan yang berbau di dalam kereta boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan melekat di dalam kereta anda. Kereta yang berbau busuk pasti tidak akan menarik minat pembeli.

Makan di dalam kereta juga merupakan salah satu tabiat utama yang mengakibatkan kereta menjadi kotor. Selain daripada membuat kereta anda bersepah, anda juga akan meninggalkan kotoran dan sisa makanan di dalam kereta, yang menyebabkan kereta anda akan dipenuhi lipas dan semut.

Elakkan perkara ini dengan membersihkan bahagian dalaman kereta dengan kerap dan gunakan juga penyegar udara di dalam kereta memastikan kesegaran berpanjangan.

Artikel berkaitan: Tip Pembersihan dan Pembasmian Kuman Kabin Kereta

12. Periksa Lampu Amaran

Sekiranya terdapat simbol tertentu yang menyala di dashboard kereta anda, anda harus segera memeriksanya kerana ia menunjukkan terdapat masalah dengan kereta anda.

Mengabaikan lampu amaran yang menyala boleh menyebabkan lebih banyak masalah di masa hadapan dan ia juga akan memberi peluang kepada pembeli untuk mengurangkan tawaran mereka ke atas kereta anda. Dengan hanya satu lawatan ke pusat servis, anda dapat mengelakkan hal tersebut daripada berlaku.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

Artikel berkaitan: Jangan Teruskan Pemanduan Jika 3 Lampu Amaran Kereta Ini Menyala!

13. Gantikan Komponen yang Telah Rosak

Salah satu perkara utama yang menyebabkan harga kereta anda menurun ialah tidak menggantikan komponen yang anda dapati bermasalah.

Sebagai contoh, power window yang tidak berfungsi, lampu hadapan yang malap, tombol yang tidak lagi beroperasi, atau nat tayar kereta yang hilang. Tidak kira sekecil mana pun, sebarang komponen yang bermasalah perlu diganti.

Ia dapat membantu anda mengelak dari kerosakan yang lebih besar dan juga meningkatkan nilai jualan semula kereta.

 14.  Jaga Rim dan Tayar

Tayar dan rim merupakan salah satu komponen penting yang perlu diberi perhatian kerana ia antara ciri-ciri pertama yang dilihat oleh pembeli semasa menilai harga kereta.

Jika ia kelihatan buruk dan tidak terjaga, ia memberi tanggapan bahawa kereta anda tidak dijaga dengan baik dan telah melalui penggunaan yang berat.

Pastikan bahagian tayar dan rim telah dibersihkan dan digilap sebelum anda menjual kereta anda. Sekiranya terdapat kerosakan, gantikan dengan yang baru supaya ia tidak mempengaruhi harga kereta anda.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

Artikel berkaitan: Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik dan Selamat di Malaysia

15. Baiki Semua Kesan Lekuk dan Calar

Selepas bertahun-tahun dipandu, kereta anda pasti akan mempunyai kesan calar dan kesan lekuk. Hal ini akan membuatkan kereta anda kelihatan kurang menarik di mata pembeli.

Kalau dibiarkan sahaja, kerosakan kecil ini akan mengakibatkan masalah yang lebih besar seperti karat pada bahagian badan kereta anda. Hantar kereta anda ke kedai pakar auto body repair untuk memperbaiki kesan calar dan kesan lekuk supaya harga kereta anda tidak jatuh mendadak.

16. Hantar Kereta Untuk Servis Perincian

Sebelum berjumpa dengan bakal pembeli, hantarlah kereta anda ke kedai perincian kereta untuk dibersihkan dan dikilatkan. Pembeli akan lebih tertarik dengan kereta yang kelihatan bersih dan berkilau, seperti baru sahaja keluar dari bilik pameran.

Selain itu, keadaan kereta yang cantik juga akan meyakinkan pembeli bahawa kereta anda dijaga dengan baik. Ini akan membuat mereka lebih yakin dengan keputusan mereka untuk membeli kereta tersebut.

all articles, autos, cars, nak jual kereta? 17.5 perkara untuk naikkan nilai kereta anda

17. Sediakan Dokumentasi yang Perlu

Akhir sekali, proses pembelian yang lancar dapat dicapai dengan menyediakan dokumen-dokumen yang betul. Ia juga dapat membantu anda meyakinkan pembeli bahawa kereta itu adalah milik anda secara sah dan anda telah melakukan penyelenggaraan yang diperlukan dengan betul.

Menyimpan fail yang teratur dengan borang pendaftaran kereta, geran kereta, sejarah pemilikan, invois servis, buku log servis, dan lain-lain membolehkan anda untuk mendapat kelebihan dalam proses tawar-menawar ketika menentukan harga jualan.

17.5. Jual kepada Carsome dengan 175-Titik Pemeriksaan yang Terperinci

Sekarang, adakah anda sudah bersedia untuk menjual kereta anda? Kini, Carsome telah memperkenalkan cara baru untuk menjual kereta terpakai yang memudahkan cara untuk mendapatkan penilaian yang tepat bagi kereta anda. Begini cara ia berfungsi.

Cara Menjual Kereta Anda Melalui Carsome

Menjual kereta anda melalui Carsome sangat mudah dan anda juga boleh mendapatkan nilai jualan semula yang lebih tinggi  (terutamanya jika anda memilih bidaan secara langsung) berbanding cara tradisional. Berikut merupakan beberapa langkah mudah yang perlu anda lalui dan kami akan uruskan selebihnya untuk anda.

  • Tempah janji temu: Untuk memastikan anda mendapat tawaran mengikut harga pasaran, anda perlu menempah sesi pemeriksaan percuma secara dalam talian di carsome.my/sell-car. Wakil Carsome akan menghubungi anda untuk mengesahkan maklumat anda dan menjadualkan pemeriksaan di pusat yang terdekat.
  • Pemeriksaan profesional: Hadiri pemeriksaan yang telah dijadualkan dan pemeriksa kami yang bertauliah akan melakukan pemeriksaan 175-titik ke atas kereta anda sebelum menawarkan harga kepada anda.
  • Dapatkan tawaran harga: Selepas pemeriksaan, kami akan membuat tawaran harga kepada anda, atau anda boleh memilih untuk menyenaraikan kereta anda dalam bidaan langsung (live bid) di mana kereta anda akan dibida oleh pusat jualan dari seluruh negara dan anda mungkin akan mendapat harga sehingga 20 peratus* lebih tinggi dari nilai pasaran.
  • Proses yang mudah: Setelah anda bersetuju dengan harga pilihan anda, kami akan menguruskan semua dokumentasi untuk anda dan anda akan menerima bayaran dalam masa satu jam*.

Oleh itu, jika anda bersedia untuk menjual kereta anda dengan Carsome, kami sedia membantu. Tunggu apa lagi? Buatlah janji temu pemeriksaan anda sekarang!

*Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Keyword: Nak Jual Kereta? 17.5 Perkara untuk Naikkan Nilai Kereta Anda

CAR'S NEWS RELATED

Would You Pay RM6 for a Liter of RON95? Malaysia’s Petrol Subsidy Explained

Currently, oil prices are at a five-year high as a result of geopolitical tensions. This has translated into rising fuel prices at the pump around the world. In case you’re wondering, our neighbors in Thailand are indeed paying roughly RM6 for a liter of RON95 petrol, or 47.36 baht per ...

View more: Would You Pay RM6 for a Liter of RON95? Malaysia’s Petrol Subsidy Explained

History of Toyota: The Largest Carmaker in the World

Toyota is the largest carmaker in the world, and for good reason. It is known for making affordable, reliable vehicles that can run for years without major issues. And this reputation has helped it secure a strong presence in Malaysia with well-loved models such as the Corolla, Vios, Land Cruiser, ...

View more: History of Toyota: The Largest Carmaker in the World

Run-Flat Tires: A Complete Guide

Run-flat tires are getting more common, but many drivers still don’t understand what they are and how they work. Do they drive the same as regular tires? Can you install them on your car? In this article, we’ll answer these questions and help you determine if you should get run-flat ...

View more: Run-Flat Tires: A Complete Guide

7 Defensive Driving Tips That May Just Save Your Life

Contrary to what many people think, defensive driving is not a specific technique. Rather, it is a state of mind. You, the driver, must always consciously think about minimizing the risks of the road every time you get behind the wheel. Defensive driving is closely related to safe driving. A ...

View more: 7 Defensive Driving Tips That May Just Save Your Life

Bahaya Membeli Kereta Tenggelam Banjir

Bagi mereka yang kurang berpengalaman, tanda-tanda kerosakan banjir pada kereta mungkin agak sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Tetapi, sebuah kereta yang pernah ditenggelami banjir boleh dibelenggu dengan banyak masalah yang mendatangkan risiko kepada pemilik dan bakal pembeli. Sebab itulah pembeli kereta terpakai harus berwaspada dengan tawaran yang tidak masuk ...

View more: Bahaya Membeli Kereta Tenggelam Banjir

What is It Like Working as a Woman in the Car Industry? Stories from Women Carsomers

The car industry is commonly perceived as male-dominated. Think of car mechanics, car dealers, even the technicians that carry out vehicle inspections – you would automatically picture a man. Yet half of all licensed drivers on the road in Malaysia are female. As gender equality is increasingly becoming a norm, ...

View more: What is It Like Working as a Woman in the Car Industry? Stories from Women Carsomers

Chinese New Year: Carsomer Stories That Celebrate Prosperity, Love, and Sacrifice

Love is truly the greatest prosperity. Without love, we would not be who we are today, pursue our dreams, and reach our goals.  This is why this Carsome New Year, we are celebrating our loved ones who have sacrificed their dreams, so we can have ours. Here are some stories ...

View more: Chinese New Year: Carsomer Stories That Celebrate Prosperity, Love, and Sacrifice

Car Shock Absorbers: What You Need to Know & Signs They Are Worn Out

Shock absorbers are an important part of your car’s suspension system as it functions to absorb the impact as you drive on uneven surfaces. By properly absorbing the shock and vibration from the road, your car’s shock absorbers and suspension system ensure a comfortable and safe ride for you and ...

View more: Car Shock Absorbers: What You Need to Know & Signs They Are Worn Out

Making It Through the Rain: Car Care & Driving Tips for the Rainy Season

Carsome Certified Lab: Here’s How Carsome Refurbishes Pre-owned Cars to Be as Good as New

Here’s How We Give Quality Carsome Certified Cars

Repaying a Sacrifice: How Carsome Helped Brandon Repay His Father’s Love

A Sacrifice to Be Together: John and Yoke Leng’s Carsome Story

A Closer Look At The Toyota C-HR! (Gallery)

Flux Aims To Redefine Car Ownership

Most Bought Used Luxury Cars in 2019

5 Reasons Why BMW’s 740Le Delivers Electrified Driving Luxury

5 Reasons Why The Volvo S60 T6 Stands Out From The Rest

Best Used Hatchbacks Cars in Malaysia

Malaysian Car Launches in 2020

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel