Minyak Enjin Castrol Power1 Ultimate Superbike 10W-50 Baharu Dilancarkan
Castrol, peneraju global dalam bidang pelinciran dan inovasi, mengumumkan pelancaran Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50, minyak enjin motosikal sintetik penuh yang canggih dan direka khas untuk penunggang yang mahukan prestasi terbaik daripada jentera mereka.
Diformulasi berdasarkan pengalaman di litar perlumbaan dan direka untuk kegunaan harian, penambahan terbaru dalam rangkaian Castrol POWER1 ULTIMATE ini menawarkan kuasa pecutan yang mengagumkan, perlindungan enjin yang tahan lama, serta tunggangan yang lebih lancar, walaupun dalam keadaan paling mencabar. Keistimewaannya terletak pada formula unik ester perlumbaan 5-dalam-1 Castrol yang direka khusus untuk memberikan:
- Pecutan terunggul – Ester mengurangkan geseran antara permukaan logam, membolehkan penghantaran kuasa yang lebih pantas dan membantu penunggang mendahului sehingga 8 meter berbanding jentera yang menggunakan minyak pelincir jenama lain*.
- Perlindungan dipertingkatkan – Memberikan perlindungan daripada geseran lebih 50% lebih baik** berbanding had minimum yang ditetapkan oleh standard API SN, sekali gus memanjangkan jangka hayat enjin walaupun di bawah tekanan tinggi.
- Prestasi yang berkekalan – Mengekalkan prestasi dan kestabilan minyak pelincir di sepanjang jarak perjalanan yang jauh, termasuk tunggangan berterusan sejauh 3,000 km*.
- Tunggangan yang lancar – Dengan penarafan prestasi klac tertinggi JASO MA2, ia menyokong penukaran gear yang lebih responsif dan mengurangkan gelinciran.
- Penyejukan enjin – Memastikan bahagian dalaman enjin sentiasa bersih dan kelikatan minyak pelincir yang konsisten, mengurangkan pembentukan mendapan dan pengumpulan haba yang berbahaya.
*Berdasarkan data yang diperolehi daripada ujian intensif menggunakan enjin Honda CBR300 sepanjang pecutan penuh selama 30 saat. Prestasi sebenar mungkin berbeza bergantung kepada jenis enjin, keadaan, dan faktor luaran lain.
**Berdasarkan ujian geseran standard industri Sequence IVA (ASTM D6891).
Prestasi yang boleh dirasai oleh penunggang
Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 diformulasikan khas untuk motosikal berkuasa tinggi, bagi anda menyerlahkan potensi sebenar motosikal anda. Dalam pelbagai ujian yang dijalankan, penunggang merasai pecutan yang lebih pantas, pertukaran klac yang lebih lancar, dan penukaran gear yang lebih senyap. Minyak pelincir ini tetap mempamerkan prestasi tinggi walaupun selepas ribuan kilometer, memberikan keyakinan dan dipercayai oleh penunggang sama ada untuk kegunaan harian atau di litar perlumbaan.
Ujian produk yang melibatkan konvoi sejauh lebih 2,000 km mencatatkan skor kepuasan penunggang yang mengagumkan sehingga 85%, dengan semua peserta bersetuju bahawa mereka akan mengesyorkannya kepada orang lain.
“Saya dapat merasai perbezaannya serta-merta, di mana enjin berbunyi lebih senyap, suhu kekal stabil walaupun menempuh jarak jauh, dan prestasinya kekal lancar tanpa gangguan. Pendikit juga menjadi lebih responsif dan berkuasa, terutamanya semasa menukar gear secara agresif. Ia benar-benar mengagumkan,” kata pelumba veteran Malaysia, Wazi Abdul Hamid, selepas mencuba sendiri produk ini.
“Di Castrol, kami berazam untuk membantu penunggang mengatasi batasan jentera mereka tanpa menjejaskan perlindungan enjin,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Joshua Tan. “Dengan Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 baharu ini, kami berbangga kerana dapat memperkenalkan produk yang bukan sahaja berprestasi, tetapi turut memberikan pengalaman yang lebih baik kepada penunggang motosikal.”
Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 boleh didapati di semua bengkel motosikal Castrol yang sah dan di dalam talian melalui platform rasmi Castrol.