Perbahasan sudah pun memanas di pejabat – bahkan sebelum minyak Castrol di dalam enjin sempat sejuk dan mesin kopi tidak sempat membancuh cawan pertama. Itu merupakan hanya satu pentanda: hampir tiba masanya untuk Anugerah Motosikal Terbaik Malaysia Allianz 2026 (Malaysia Motorcycle of the Year/MMOTY). Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa MMOTY 2026 kini secara rasmi di persada—dan pada tahun ini, kami menyerahkan kuasa memilih kepada anda. Ya, kami memperkenalkan Anugerah Pilihan Rakyat. Sejak tahun lalu, panel pakar kami—diketuai oleh Ketua Pengarang kami, Keshy Dhillon—telah menjalankan tugas sukar memilih pemenang. Mereka telah menguji, mengambil nota, dan mengkritik segala-galanya daripada motosikal berkapasiti kecil sehinggalah kepada superbike berkapasiti lebih 1,000cc untuk menentukan apa yang benar-benar layak dinobatkan. Tetapi 2026 adalah tahun kami martabatkan anda, para pembaca dan pengikut kami, untuk bersuara. Memperkenalkan Anugerah Pilihan Rakyat Julung Kalinya Kami tahu bahawa jiwa perbatuan Malaysia tidak hanya terletak pada carta dyno atau helaian spesifikasi; ia terletak di dalam hati para penunggang. Justeru, kami sangat teruja untuk mengumumkan satu kategori baharu untuk 2026: Anugerah Pilihan Rakyat. Bagaimana ia berfungsi? Mudah sahaja. Hanya log masuk ke www.moty.com.my, daftar dan undi motosikal kegemaran anda daripada senarai yang disediakan. Kami mahu mendengar daripada penunggang hujung minggu, pengulang-alik harian, kaki TTS (teh tarik session) di mamak, kaki trek, dan penjelajah jarak jauh. Adakah anda fikir motosikal klasik moden yang terkini dan hebat wajar mendapat perhatian? Adakah gelombang baharu import China telah berjaya memujuk anda? Atau keberkesanan tulen motosikal Jepun berkapasiti sederhana mendapat undian anda? Atau bunyi dentuman sebuah enjin V-berkembar? Atau motosikal merah menyala yang membuatkan darah anda bergelora hanya dengan melihatnya? Beritahulah kami. Calon-calon akan diambil dari setiap segmen, dan pemenangnya adalah motosikal yang menerima sokongan terbanyak daripada insan yang paling utama: iaitu anda. Kiraan detik menuju Anugerah Motosikal Terbaik Malaysia Allianz 2026 telah pun bermula. Siapkan kelengkapan menunggang anda, pasang papan kekunci untuk mengundi, dan bersiaplah untuk menyuarakan pendapat anda. Satu motosikal daripada setiap categori akan dinamakan yang terbaik oleh para pakar. Tetapi hanya satu-satunya yang akan dinobatkan sebagai Pilihan Rakyat. Nantikan BikesRepublic.com untuk senarai penuh calon-calon dan peluang anda untuk mengundi. Kuasa akhirnya berada di tangan anda.