Pening dengan kenaikan harga minyak petrol mingguan RON95, RON97 & Diesel? Jadi yang terawal mendapatkan info terkini tentang harga petrol semasa di sini.
Harga Minyak Terkini bagi RON95, RON97 & Diesel di Malaysia
Setiap Rabu pada jam 5 petang, kami menyediakan laporan harga minyak petrol terkini di Malaysia bagi RON95, RON97 dan Diesel. Anda boleh menyemak laman web kami untuk harga minyak mingguan.
Beli kereta terpakai yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan dapatkan waranti untuk kereta yang anda beli secara percuma selama 1 tahun di Carsome.my
Harga Minyak Minggu Ini : 5 Oktober – 10 Oktober 2023
Hari ini, bermula dari 5 Oktober – 10 Oktober 2023, pihak Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan harga minyak terkini bagi petrol dan diesel. Pada minggu ini, harga minyak RON 95 adalah RM2.05 per liter, harga minyak RON 97 adalah RM3.47 per liter serta harga minyak diesel adalah RM2.15 per liter. Harga petrol semasa juga boleh dilihat pada jadual di bawah. Ia menunjukkan bahawa tiada kenaikan harga minyak petrol pada minggu ini.
Berikut merupakan harga petrol semasa bagi 5 Oktober – 10 Oktober 2023:
Jenis Minyak | Harga/L | Perbezaan berbanding minggu lepas |
RON 97 | RM 3.47 | Tiada |
RON 95 | RM 2.05 | Tiada |
Diesel | RM 2.15 | Tiada |
Perkara yang Anda Perlu Tahu Tentang Minyak Kereta di Malaysia
Disini, kami lampirkan beberapa persoalan serta perkara penting yang mungkin bermain di fikiran anda tentang minyak petrol dan minyak diesel di Malaysia.
Mengapa harga minyak kereta di Malaysia murah?
Tahukah anda, Malaysia merupakan salah satu dari 10 negara yang menjual minyak dengan harga minyak petrol terendah di dunia! Sehingga sekarang, harga minyak RON 95 masih diparas rendah berbanding harga minyak RON 97 disebabkan oleh bantuan subsidi kerajaan. Bantuan ini dilaksanakan bagi menjamin rakyat di Malaysia mendapatkan sumber tenaga dengan harga berpatutan.
Selain itu, ia juga disebabkan oleh negara Malaysia merupakan negara pengeluar minyak dan gas utama yang mempunyai rizab minyak yang besar. Tambahan lagi, Malaysia juga merupakan negara maju dan berkembang menjadikan ia negara yang mempunyai kos pengeluaran dan pengedaran yang rendah.
Mengapa penggunaan kereta Petrol lebih popular di Malaysia berbanding kereta Diesel?
Terdapat beberapa sebab kenapa kereta petrol lebih popular berbanding kereta diesel. Salah satunya adalah, kereta petrol dijual dengan lebih murah berbanding kereta diesel. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Ia disebabkan oleh pihak kerajaan mengenakan cukai yang tinggi terhadap kereta diesel. Perkara ini telah menggalakkan lagi pengunaan kereta petrol oleh kerana harganya yang lebih rendah dan berpatutan. Selain itu, ramai pengguna kereta di Malaysia beranggapan bahawa kereta petrol adalah lebih tahan lasak dan senang untuk dijaga berbanding kereta diesel. Persepsi ini mungkin terjadi disebabkan oleh kebanyakkan kereta yang dikeluarkan di Malaysia sehingga hari ini merupakan kereta petrol. Kesannya, kebanyakkan perkhidmatan membaik pulih dan penyelenggaran adalah untuk kereta yang menggunakan enjin petrol. Tambahan lagi, di kawasan bandar dengan jalan raya yang sibuk, penggunaan kereta menggunakan enjin petrol adalah lebih sesuai umumnya di Malaysia.
Apa beza minyak diesel dan petrol ?
Adakah anda sering tertanya-tanya mengapa minyak diesel dan minyak petrol berlainan harga? Ini adalah kerana proses petrol dan diesel sedikit berbeza. Tahukah anda, komposisi minyak petrol lebih halus berbanding minyak diesel.
Adakah Petrol lebih bersih dari Diesel?
Tahukah anda enjin diesel lebih cekap berbanding enjin petrol. Ini adakah kerana enjin diesel mengeluarkan gas karbon dioksida yang kurang berbanding petrol dengan jarak kilometer yang sama. Hal ini disebabkan oleh enjin diesel yang mempunyai nisbah pemampatan yang lebih tinggi menjadikan ia lebih cekap dari enjin petrol. Walaubagaimanapun, disebabkan komposisi minyak petrol adalah lebih halus berbanding minyak diesel, enjin petrol lebih banyak mengeluarkan gas berbahaya ke udara dan mencemarkan alam sekitar. Akan tetapi, dengan teknologi yang telah berkembang, kedua-dua minyak diesel dan petrol juga telah ditambah baik bagi mengelakkan pencemaran yang berlebihan ke alam sekitar.
Bagaimana Minyak Petrol dan Minyak Diesel dihasilkan?
Minyak petrol dan minyak diesel kedua-duanya dihasilkan daripada minyak mentah yang digali dari tanah atau dasar laut. Pada mulanya, minyak mentah yang digali akan dipindahkan ke kilang penapis minyak untuk menjalani proses penyulingan. Terdapat beberapa peringkat bagi proses penyulingan tersebut. Bagi penyulingan peringkat pertama, ia merupakan minyak berkualiti terendah dan termurah. Bagi peringkat ini, minyak tersebut akan digunakan sebagai asfalt. Asfalt inilah yang digunakan untuk membina jalan raya yang anda lalu setiap hari. Di peringkat pertengahan pula, merupakan minyak diesel. Kemudiannya pula adalah minyak petrol. Minyak petrol adalah salah satu minyak yang mempunyai komposisi yang halus didalam proses penyulingan ini.
Apa beza minyak RON 95 dan 97?
RON dalam Bahasa Inggeris merupakan singkatan bagi “Research Octane Number”. Beza minyak RON 95 dan 97 adalah pada kadar oktana. Dimana, RON95 mempunyai kadar oktana berjumlah 95 manakala RON97 pula berjumlah 97.
Semakin tinggi kadar oktana tersebut, semakin tinggi ketahanan minyak terhadap ketukan. Apa maksudnya? Ia merujuk kepada ketahanan petrol terhadap peningkatan tekanan dan suhu ketika dimampatkan.
Bilakah ketukan enjin ini berlaku? Isu ini boleh terjadi apabila bahan api menyala lebih awal di dalam enjin. Jadi, dengan kadar oktana yang tinggi, ia membolehkan enjin kenderaan tersebut beroperasi pada nisbah mampatan yang tinggi secara langsung meningkatkan prestasi dan kecekapan minyak.
Walaubagaimanapun, bukan semua enjin kenderaan memerlukan minyak RON97. Enjin yang mempunyai nisbah mampatan rendah boleh menggunakan RON95 tanpa sebarang masalah. Namun, enjin berkuasa tinggi memerlukan minyak dengan kadar oktana yang tinggi seperti RON97 bagi mengelakkan ketukan dan kegagalan enjin.
Secara ringkas, RON97 menawarkan prestasi dan kecekapan minyak yang lebih baik berbanding RON95 dengan harga yang lebih tinggi. Jangan keliru untuk memilih antara kedua ini. Tanya diri anda apakah keperluan enjin bagi kenderaan yang anda bawa serta keutamaan yang ingin dipilih. Anda ingin kereta yang cekap atau ingin berjimat?
Nasihat saya bagi sesiapa yang menggunakan kenderaan bagi tujuan ulang-alik kerja, anda tidak akan dapat melihat perbezaan yang ketara antara kedua minyak ini. Jadi marilah kita menikmati penjimatan dengan subsidi kerajaan yang diberikan dengan menggunakan RON95.
Cara untuk semak sama ada kereta saya perlu RON95 atay RON97?
Ada dua cara yang boleh digunakan:- 1. Semak label pada pintu kecil minyak anda
2. Semak manual kereta anda
Senarai Harga Minyak Mingguan Malaysia dari Januari 2021 sehingga Kini
Tempoh |
Harga RON95/liter |
Harga RON97/liter |
Harga Diesel/liter |
5 – 11 Oktober 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.47 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
28 September – 4 Oktober 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.47 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
21 – 27 September 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.47 (+RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
14 – 20 September 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
7 – 13 September 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
31 Ogos – 6 September 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
24 – 30 Ogos 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
17 – 23 Ogos 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
10 – 16 Ogos 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
3 – 9 Ogos 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
27 Julai – 2 Ogos 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
20 – 26 Julai 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
6 – 12 Julai 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
29 Jun – 5 Julai 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
22 – 28 Jun 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
15 – 21 Jun 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
8 – 14 Jun 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
1 – 7 Jun 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.37 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
25 – 31 Mei 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
18 – 24 Mei 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
11 – 17 Mei 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
4 – 10 Mei 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
27 April – 3 Mei 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
20 – 26 April 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
13 – 19 April 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
6 – 12 April 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
30 Mac – 5 April 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
23 Mac – 29 Mac 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
16 – 22 Mac 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
9 – 15 Mac 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
2 – 8 Mac 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
23 Februari – 1 Mac 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
16 – 22 Februari 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
9 – 15 Februari 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
2 – 8 Februari 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
26 Januari – 1 Februari 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
19 – 25 Januari 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
12 – 18 Januari 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
5 – 11 Januari 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
29 Disember 2022 – 4 Januari 2023 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
22 – 28 Disember 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.35 (-RM0.20) |
RM2.15 (RM0.00) |
15 – 21 Disember 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.55 (-RM0.20) |
RM2.15 (RM0.00) |
8 – 14 Disember 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.75 (-RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
1 – 7 Disember 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.85 (-RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
24 – 30 November 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.95 (RM0.00) |
RM2.14 (RM0.00) |
17 – 23 November 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.95 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
10 – 16 November 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.95 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
3 – 9 November 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.95 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
27 Oktober – 2 November 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.95 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
20 – 26 Oktober 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.95 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
13 – 19 Oktober 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.95 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
6 – 12 Oktober 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.95 (-RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
29 September – 5 Oktober 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.00 (-RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
22 – 28 September 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.05 (-RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
15 – 21 September 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.15 (-RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
8 – 14 September 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.20 (-RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
1 – 7 September 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.30 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
25 – 31 Ogos 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.30 (-RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
18 – 24 Ogos 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.35 (-RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
11 – 17 Ogos 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.40 (-RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
4 – 10 Ogos 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.50 (-RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
28 Julai – 3 Ogos 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.55 (-RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
21 – 27 Julai 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.65 (-RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
14 – 20 Julai 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.75 (-RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
7 – 13 Julai 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.80 (-RM0.04) |
RM2.15 (RM0.00) |
30 Jun – 6 Julai 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.84 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
23 – 29 Jun 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.84 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
16 – 22 Jun 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.83 (+RM0.11) |
RM2.15 (RM0.00) |
9 – 15 Jun 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.72 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
2 – 8 Jun 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.70 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
26 Mei – 1 Jun 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.70 (+RM0.37) |
RM2.15 (RM0.00) |
19 – 25 Mei 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.33 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
12 – 18 Mei 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.31 (+RM0.37) |
RM2.15 (RM0.00) |
5 – 11 Mei 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.94 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
28 April – 4 Mei 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.94 (+RM0.13) |
RM2.15 (RM0.00) |
21 – 27 April 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.81 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
14 – 20 April 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.81 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
07 – 13 April 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.81 (-RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
31 Mac – 06 April 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.91 (+RM0.08) |
RM2.15 (RM0.00) |
24 – 30 Mac 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.83 (-RM0.17) |
RM2.15 (RM0.00) |
17 – 23 Mac 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM4.00 (+RM0.25) |
RM2.15 (RM0.00) |
10 – 16 Mac 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.75 (+RM0.30) |
RM2.15 (RM0.00) |
3 – 9 Mac 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.45 (+RM0.16) |
RM2.15 (RM0.00) |
24 Februari – 2 Mac 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.29 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
17 – 23 Februari 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.27 (+RM0.06) |
RM2.15 (RM0.00) |
10 – 16 Februari 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.21 (+RM0.09) |
RM2.15 (RM0.00) |
03 – 09 Februari 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.12 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
27 Januari – 02 Februari 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.12 (+RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
20 – 26 Januari 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.07 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
13 – 19 Januari 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.07 (+RM0.04) |
RM2.15 (RM0.00) |
6 – 12 Januari 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.03 (+RM0.03) |
RM2.15 (RM0.00) |
30 Disember 2021 – 5 Januari 2022 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.00 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
23 – 29 Disember 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.99 (-RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
16 – 22 Disember 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.00 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
9 – 15 Disember 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.99 (-RM0.03) |
RM2.15 (RM0.00) |
2 – 8 Disember 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.02 (-RM0.03) |
RM2.15 (RM0.00) |
25 November – 1 Disember 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.05 (-RM0.03) |
RM2.15 (RM0.00) |
18 – 24 November 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.08 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
11 – 17 November 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.08 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
4 – 10 November 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM3.06 (+RM0.09) |
RM2.15 (RM0.00) |
28 Oktober – 3 November 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.97 (+RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
21 – 27 Oktober 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.87 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
14 – 20 Oktober 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.87 (+RM0.10) |
RM2.15 (RM0.00) |
7 – 13 Oktober 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.77 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
30 September – 6 Oktober 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.76 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
23 – 29 September 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.75 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
16 – 22 September 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.73 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
9 – 15 September 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.73 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
2 – 8 September 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.72 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
26 Ogos – 1 September 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.72 (-RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
19 – 25 Ogos, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.74 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
12 – 18 Ogos, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.74 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
5 – 11 Ogos, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.74 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
29 Julai – 4 Ogos, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.74 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
15 – 28 Julai, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.73 (+RM0.03) |
RM2.15 (RM0.00) |
8 – 14 Julai, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.70 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
1 – 7 Julai, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.69 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
24 – 30 Jun, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.67 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
17 – 23 Jun, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.67 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
10 – 16 Jun, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.65 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
3 – 9 Jun, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.63 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
27 Mei – 2 Jun, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.61 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
20 – 26 Mei, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.61 (+RM0.01) |
RM2.15 (RM0.00) |
13 – 19 Mei, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.60 (RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
6 – 12 Mei, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.60 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
29 April – 5 Mei, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.58 (+RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
22 – 28 April, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.58 (+RM0.04) |
RM2.15 (RM0.00) |
15 – 21 April, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.54 (+RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
8 – 14 April, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.54 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
1 – 7 April, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.52 (+RM0.02) |
RM2.15 (RM0.00) |
25 – 31 Mac, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.50 (+RM0.03) |
RM2.15 (RM0.00) |
18 – 24 Mac, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.47 (+RM0.07) |
RM2.15 (RM0.00) |
11 – 17 Mac, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.40 (+RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
4 – 10 Mac, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.35 (+RM0.00) |
RM2.15 (RM0.00) |
27 Februari – 3 Mac, 2021 |
RM2.05 (RM0.00) |
RM2.35 (+RM0.05) |
RM2.15 (RM0.00) |
20 – 26 Februari, 2021 |
RM2.00 (+RM0.04) |
RM2.30 (+RM0.04) |
RM2.15 (RM0.00) |
13 – 19 Februari, 2021 |
RM1.96 (+RM0.03) |
RM2.26 (+RM0.03) |
RM2.15 (+RM0.04) |
6 – 12 Februari, 2021 |
RM1.93 (+RM0.03) |
RM2.23 (+RM0.03) |
RM2.11 (+RM0.04) |
30 Januari – 5 Februari, 2021 |
RM1.90 (+RM0.00) |
RM2.20 (+RM0.00) |
RM2.07 (-RM0.02) |
23 – 29 Januari , 2021 |
RM1.90 (+RM0.00) |
RM2.20 (+RM0.01) |
RM2.09 (+RM0.04) |
16 – 22 Januari , 2021 |
RM1.89 (+RM0.05) |
RM2.19 (+RM0.05) |
RM2.05 (+RM0.03) |
9 – 15 Januari, 2021 |
RM1.84 (+RM0.00) |
RM2.14 (+RM0.00) |
RM2.02 (+RM0.01) |
2 – 8 Januari, 2021 |
RM1.84 (+RM0.04) |
RM2.14 (+RM0.04) |
RM2.01 (+RM0.03) |
Anda mencari info terkini tentang kereta ? Anda ingin panduan membeli kereta? Jom singgah ke laman web kami di Carlist.my Auto News.
Kami juga membuat banyak ulasan terhadap kereta terbaru serta memberikan pendapat dari pandangan pengguna. Terdapat banyak video menarik untuk ditonton! Dapatkan tawaran bagi kereta baru dan kereta terpakai di Malaysia dalam laman web Carlist.my.
Jom dapatkan promosi bagi kereta baru disini!
Keyword: Harga Minyak Petrol Terkini Minggu Ini di Malaysia: 5 hingga 10 Oktober 2023 Bagi RON95, RON97 & Diesel