UMW Toyota Motor nampaknya baru sahaja mengesahkan bahawa beberapa unit buat kereta elektrik pertama Toyota iaitu Toyota bZ4X sudah ada di Malaysia dan model itu akan dilancarkan dalam masa terdekat pada tahun 2023.
Secara amnya, Toyota bZ4X melengkapkan lagi objektif Toyota Corolla Cross Hybrid dalam mencapai kadar karbon neutral di rantau ini.
Harga dan spesifikasinya setakat ini belum lagi diumumkan tetapi pasaran Thailand datang dengan dua varian iaitu jenis pacuan semua roda (AWD) yang menggunakan dua motor elektrik dan jenis pacuan roda depan (FWD) yang menggunakan satu motor elektrik.
Pasaran Indonesia juga telah melancarkan Toyota bZ4X tetapi mereka hanya dengan varian FWD.
Secara teknikal, varian FWD mempunyai 204 PS/266 Nm, manakala varian AWD hadir dengan output sehingga 218 PS/337 Nm. Kedua-dua varian disokong oleh pek bateri ion-litium 71.4 kWj dan jarak pandunya adalah 500 km untuk varian FWD dan 411 km untuk varian AWD.
Dari segi pengecasan, Toyota bZ4X menyokong jenis AC sehingga 6.6 kW melalui port Type 2. Pengecasan pantas DC pula sehingga 150 kW melalui port CCS2.
Makluman lanjut akan didedahkan pada awal 2023.
Juga baca: EV Toyota bZ4X di Thailand habis licin dalam masa 1 jam; harga RM 235k? Tiada masalah!
Keyword: Bukan lagi spekulasi, pelancaran EV Toyota bZ4X di Malaysia disahkan untuk 2023!