Setiap tahun, jenama-jenama seperti Proton, Perodua, dan Honda akan keluarkan pelbagai jenis model baharu dan juga naik taraf untuk model yang mereka ada untuk memikat para pembeli kereta.

Tapi lain pula ceritanya dengan jenama kereta super seperti Bugatti, Pagani, dan Rolls-Royce. Jarang sekali kita dengar berita mengenai model baharu keluaran mereka, tapi kalau ada ia pasti akan jadi sebuah kereta yang unik, laju, eksklusif dan yang paling penting sekali, MAHAL!

Kereta super bukan sahaja melambangkan kekayaan dan kemewahan tetapi ia juga mencerminkan keupayaan dan prestasi semasa teknologi automatif dunia. Inilah sebabnya ramai golongan bangsawan mahu memiliki kereta ini walaupun harganya mahal.

Berikut adalah senarai 10 kereta paling mahal di dunia setakat tahun 2023.

10. Bugatti Chiron Super Sport 300+ – RM17,000,000

Hanya ada 30 buah Bugatti Chiron Super Sport 300+ sahaja yang ditawarkan dan ia juga dikenali sebagai kereta yang paling pantas di dunia kerana mampu mencecah kelajuan sehingga 482.80km/j! Jadi, tak hairanlah harganya boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: Bugatti.com

Dengar cerita ada model baharu yang sedang dibangunkan untuk menggantikan Bugatti Chiron Super Sport 300+ ni, tapi anda kena tunggu sehingga tahun 2024 nanti untuk dapatkan maklumat lanjut mengenainya.

9. Bugatti Divo – RM27,000,000

Diumumkan pada tahun 2018, Bugatti Divo adalah kereta hiper pertama yang diperkenalkan oleh Bugatti pada abad ke-21. Gabungan reka bentuk yang dinamik dan futuristik menjadikannya sebuah kereta hiper dengan ciri-ciri aerodinamik yang mampu mengendalikan selekoh dengan selesa, di samping boleh mencapai kelajuan sehingga 380km/j!

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: Bugatti.com

Hanya 40 buah sahaja yang dijual oleh Bugatti dan semuanya telah habis dijual pada hari pertama ia dilancarkan.

8. Pagani Huayra Codalunga – RM33,000,000

Reka bentuk unik kereta super ini diinspirasikan oleh kereta lumba Le Mans pada tahun 1960an yang memakan masa hampir dua tahun untuk disempurnakan. Hasilnya, Pagani Huayra Codalunga mempunyai rupa yang sangat cantik dan rekaannya juga tidak terlalu rumit berbanding kereta Pagani yang lain.

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: Motortrend.com

Model Pagani Huayra Codalunga ini dikuasakan oleh enjin V12 yang mampu menjana sehingga 828 kuasa kuda dan boleh mencapai kelajuan sehingga 370km/j. Hanya ada lima unit sahaja di dunia dan semuanya sudah ada pemilik masing-masing.

7. Mercedes-Maybach Exelero – RM35,000,000

Dikeluarkan pada tahun 2004, hanya ada satu sahaja Mercedes-Maybach Exelero yang dihasilkan di dunia! Ia merupakan sebuah kereta mewah berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh firma kereta Itali, Stoal dengan kerjasama DaimlerChrysler.

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: Maybach.com

Dikuasakan oleh enjin turbo V12 berkembar yang mampu menghasilkan 690 kuasa kuda, ia boleh mencapai kelajuan tertinggi  sehingga 350 km/j dan boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa dalam 4.4 saat.

6. Bugatti Centodieci – RM39,400,000

Centodieci bermaksud 110 apabila diterjemahkan dari bahasa Inggeris dan salah satu sebab mengapa Bugatti Centodieci dicipta adalah untuk menyambut ulang tahun jenama Bugatti yang ke 110. Ia dilengkapi dengan enjin kuad turbo W-16 yang berupaya menghasilkan 1,578 kuasa kuda dan mampu mencapai kelajuan sehingga 380 km/j!

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: Bugatti.com

Hanya ada 10 unit Bugatti Centodieci sahaja yang dikeluarkan dan salah satunya dikatakan dimiliki oleh Christiano Ronaldo.

5. Rolls-Royce Sweptail – RM57,000,000

Roll-Royce Sweptail diperkenalkan pada tahun 2017 sebagai kereta baharu paling mahal di dunia ketika itu. Ia dibina berdasarkan Rolls-Royce Phantom Coupe dan diinspirasikan oleh kapal layar mewah daripada tahun 1920-an dan 1930-an. Ciri unik paling unik yang terdapat pada kereta ini adalah bumbung kacanya yang bersambung sehingga bahagian belakang kereta.

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: prohori.com

Cuma ada sebuah Rolls-Royce Sweptail sahaja di dunia dan ia dimiliki oleh Sam Li, anak kepada jutawan hartanah Samuel Tak Lee.

4. Spyros Panopoulos Automotive Chaos – RM61,000,000

Digelar sebagai kereta ultra pertama dunia, Spyros Panopoulos Automotive Chaos dibina sebagai sebuah kereta yang sesuai untuk kegunaan harian dengan prestasi yang lebih canggih walaupun dilengkapi dengan enjin V10 yang mampu menjana sehingga 3,000 kuasa kuda!

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Source: Motor1.com

Pembinaannya melibatkan material premium dan eksotik seperti Zylon, aloi titanium dan magnesium, gentian karbon. Ditambah pula dengan penggunaan teknologi moden yang turut digunakan dalam kejuruteraan aeronautik dan juga angkasa lepas, jadi tak hairanlah kenapa ia layak menerima gelaran kereta ultra. Hanya ada 100 buah Chaos sahaja yang akan dibina oleh SP Automotive.

3. Pagani Zonda HP Barchetta – RM75,000,000

Walaupun kereta ini dilancarkan pada tahun 2017, tapi harganya masih lagi boleh bersaing dengan kereta yang paling mahal di dunia. Pagani Zonda HP Barchetta adalah kereta terakhir dalam siri Zonda dan ia dicipta sebagai hadiah hari lahir ke 60 pengasas Pagani Automobili, Horacio Pagani. Ia mampu mencapai had laju sehingga 355km/j dengan bantuan enjin AMG V12 yang berupaya menghasilkan sehingga 785 kuasa kuda.

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: Pagani.com

Cuma tiga Pagani Zonda HP Barchetta yang telah dihasilkan setakat ini dan salah satu daripadanya telah terlibat dalam kemalangan pada bulan September 2022. Ia kini berada di kilang Pagani untuk proses baik pulih.

2. Bugatti La Voiture Noire – RM82,000,000

Diinspirasikan daripada model Type 57 SC Atlantic yang pernah dimiliki oleh Jean Bugatti, Bugatti La Voiture Noire yang turut dikenali sebagai The Black Car ini menampilkan enjin 1,500 kuasa kuda yang boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 420 km/j!

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: Bugatti.com

Kereta hiper ini memakan masa sehingga dua tahun untuk dibangunkan dan setakat ini, hanya ada sebuah Bugatti La Voiture Noire sahaja di dunia.

1. Rolls-Royce Boat Tail – RM122,500,000

Pada tahun 2021, jenama kereta mewah terkenal dunia, Rolls-Royce, telah memperkenalkan model kereta mereka yang paling mahal di dunia iaitu Rolls-Royce Boat Tail. Model ini direka khusus untuk golongan hartawan dan jutawan yang ingin memiliki limosin mewah yang unik dan dibuat khas mengikut citarasa mereka. Ia juga menampilkan bahagian belakang kereta yang diinspirasikan oleh kapal layar dengan bukaan tengah seperti kepak rama-rama dan dilengkapi dengan peti sejuk, gelas, dan juga set peralatan dan pinggan mangkuk untuk pengalaman piknik yang mewah!

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber: Rolls-roycemotorcar.com

Hanya tiga buah Boat Tail sahaja yang diumumkan oleh Roll-Royce dan baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan versi kedua kereta ini di Itali dalam warna rose gold.

Kereta Buatan Tempatan yang Paling Mahal: Bufori Geneva – RM1,300,000

Diasaskan di Sydney, Australia, Bufori Motor Car Company mula bertapak di Malaysia pada tahun 1994 dan telah beroperasi di Kepong sejak tahun 1998. Model Bufori Geneva dilancarkan pada tahun 2010 dan ia adalah sebuah kereta mewah yang menggabungkan reka bentuk kereta klasik Amerika dengan kejuruteraan moden. Ini menjadikannya sebuah kereta yang nampak retro tapi dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih.

10 supercar atau kereta paling mahal di dunia 2023

Sumber : @buforimotors

Setiap Bufori Geneva menggunakan kerangka yang dihasilkan daripada serat karbon dan bahan komposit Kevlar yang ringan tetapi sangat kuat, setaraf dengan yang digunakan oleh jenama-jenama kereta mewah dunia. Dan ia juga adalah hasil seni buatan tangan yang dibuat khas menurut permintaan pembelinya.

Artikel berkaitan: 7 Supercar atau Kereta Paling Mahal di Dunia 2021

Bagi golongan marhaen macam kita ni, memang tak mampulah nak beli kereta super atau kereta hiper yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan juta ringgit. Tapi, kalau anda teringin nak merasa kereta mewah pramilik berkualiti pada harga mampu milik, bolehlah dapatkan di CARSOME!

CARSOME menyediakan pelbagai pilihan kereta mewah pramilik berkualiti yang telah dibaik pulih untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sempurna, dan estetik yang telah dibaik pulih. Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami dan cari kereta mewah idaman anda sekarang.

Written by Haziq Asyraf

A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games have recently extended to cars.

Keyword: 10 Supercar atau Kereta Paling Mahal di Dunia 2023

CAR'S NEWS RELATED

We bid the iconic Audi R8 adieu with a proper track experience

We bid the iconic Audi R8 adieu with a proper track experience Audi Driving Experience Center, Neuburg an der Donau, Germany – I would say that it has been a good ride for Audi’s iconic R8. The R8, like the Ur-Quattro did plenty to elevate the brand. The Quattro ...

View more: We bid the iconic Audi R8 adieu with a proper track experience

Lamborghini Huracan Sterrato 2023 review: Let's off-road... in a £230,000 supercar

You'd have thought Lambo would fit bull bars

View more: Lamborghini Huracan Sterrato 2023 review: Let's off-road... in a £230,000 supercar

Ferrari Unveils Limited-Run 499P Modificata Track-Only Supercar

Ferrari has introduced a limited-run, track-only supercar, the 499P Modificata. This high-performance machine is based on the race-winning Ferrari 499 that claimed victory at the 24 Hours of Le Mans four months ago, but it offers even more power and features for racers. Powertrain The 499P Modificata is powered ...

View more: Ferrari Unveils Limited-Run 499P Modificata Track-Only Supercar

Lamborghini Waiting To See If Synthetic Fuel Has A Future Before Retiring ICE Supercars

The company boss argues the combustion engine could survive if e-fuel production ramps up.

View more: Lamborghini Waiting To See If Synthetic Fuel Has A Future Before Retiring ICE Supercars

Intense Supercar title fight continues on Sunshine Coast

Photos: EDGE Photographics The Repco Supercars Championship will 2023 season is well and truly heating up, with this weekend’s highly anticipated Boost Mobile Gold Coast 500. Teams will return to the grid for the first time since Shane van Gisbergen and Richie Stanaway etched their names in the history ...

View more: Intense Supercar title fight continues on Sunshine Coast

Ferrari SP-8 Is A Roofless One-Off Supercar With F40-Inspired Wheels

The F8 Spider has lost its roof and has gained a wide 3D-printed aluminum grille.

View more: Ferrari SP-8 Is A Roofless One-Off Supercar With F40-Inspired Wheels

New Ferrari V12 Supercar Looks Sleek With Production Body Despite Camo

The 812 Superfast replacement no longer looks like a Frankenstein Roma.

View more: New Ferrari V12 Supercar Looks Sleek With Production Body Despite Camo

What Mystery Supercar Will McLaren Show Next Month?

The debut will be at the Velocity Invitational from November 10 through 12 at Sonoma Raceway in California.

View more: What Mystery Supercar Will McLaren Show Next Month?

Zeppelin McLaren Edition Speaker Brings Supercar Experience To Your Living Room

Place Bids On Supercar Collection With Ferrari 512 TR Spider, 46-Mile Jag XJ220

McLaren Says ‘Real’ Electric Supercars Are Still Years Away

GAC Aion begins deliveries of tri-motor Hyper SSR supercar that goes 0-100 km/h in 1.9 seconds

McLaren Boss: “Real Supercars” With Electric Power Won’t Arrive Until 2030

Here are seven supercars that the FL5 Honda Civic Type R beats at the Nürburgring

Toyota Shows Unseen MX-1, MX-2 Mid-Engine Supercars

Top Coolest Supercars

Supercars celebrate 60 years of Bathurst 1000

Let Alfa Romeo 33 Stradale Designer Take You On Tour Of New Supercar

London’s Supercar Theft Epidemic Raises Alarms In The Capital

See Lamborghini Factory Driver Test Revuelto V12 Supercar On Track

OTHER CAR NEWS

; Top List in the World https://www.pinterest.com/newstopcar/pins/
Top Best Sushi Restaurants in SeoulTop Best Caribbean HoneymoonsTop Most Beautiful Islands in PeruTop Best Outdoor Grill BrandsTop Best Global Seafood RestaurantsTop Foods to Boost Your Immune SystemTop Best Foods to Fight HemorrhoidsTop Foods That Pack More Potassium Than a BananaTop Best Healthy Foods to Gain Weight FastTop Best Cosmetic Brands in the U.STop Best Destinations for Food Lovers in EuropeTop Best Foods High in Vitamin ATop Best Foods to Lower Your Blood SugarTop Best Things to Do in LouisianaTop Best Cities to Visit in New YorkTop Best Makeup Addresses In PennsylvaniaTop Reasons to Visit NorwayTop Most Beautiful Islands In The WorldTop Best Law Universities in the WorldTop Richest Sportsmen In The WorldTop Biggest Aquariums In The WorldTop Best Peruvian Restaurants In MiamiTop Best Road Trips From MiamiTop Best Places to Visit in MarylandTop Best Places to Visit in North CarolinaTop Best Electric Cars For KidsTop Best Swedish Brands in The USTop Best Skincare Brands in AmericaTop Best American Lipstick BrandsTop Michelin-starred Restaurants in MiamiTop Best Secluded Getaways From MiamiTop Best Things To Do On A Rainy Day In MiamiTop Most Instagrammable Places In MiamiTop Interesting Facts about FlorenceTop Facts About The First Roman Emperor - AugustusTop Best Japanese FoodsTop Most Beautiful Historical Sites in IsraelTop Best Places To Visit In Holy SeeTop Best Hawaiian IslandsTop Reasons to Visit PortugalTop Best Hotels In L.A. With Free Wi-FiTop Best Scenic Drives in MiamiTop Best Vegan Restaurants in BerlinTop Most Interesting Attractions In WalesTop Health Benefits of a Vegan DietTop Best Thai Restaurant in Las VegasTop Most Beautiful Forests in SwitzerlandTop Best Global Universities in GermanyTop Most Beautiful Lakes in GuyanaTop Best Things To Do in IdahoTop Things to Know Before Traveling to North MacedoniaTop Best German Sunglasses BrandsTop Highest Mountains In FranceTop Biggest Hydroelectric Plants in AmericaTop Best Spa Hotels in NYCTop The World's Scariest BridgeTop Largest Hotels In AmericaTop Most Famous Festivals in JordanTop Best European Restaurants in MunichTop Best Japanese Hiking Boot BrandsTop Best Universities in PolandTop Best Tips for Surfing the Web Safely and AnonymouslyTop Most Valuable Football Clubs in EuropeTop Highest Mountains In ColombiaTop Real-Life Characters of Texas RisingTop Best Beaches in GuatelamaTop Things About DR Congo You Should KnowTop Best Korean Reality & Variety ShowsTop Best RockstarsTop Most Beautiful Waterfalls in GermanyTop Best Fountain Pen Ink BrandsTop Best European Restaurants in ChicagoTop Best Fighter Jets in the WorldTop Best Three-Wheel MotorcyclesTop Most Beautiful Lakes in ManitobaTop Best Dive Sites in VenezuelaTop Best Websites For Art StudentsTop Best Japanese Instant Noodle BrandsTop Best Comedy Manhwa (Webtoons)Top Best Japanese Sunglasses BrandsTop Most Expensive Air Jordan SneakersTop Health Benefits of CucumberTop Famous Universities in SwedenTop Most Popular Films Starring Jo Jung-sukTop Interesting Facts about CougarsTop Best Hospitals for Hip Replacement in the USATop Most Expensive DefendersTop Health Benefits of GooseberriesTop Health Benefits of ParsnipsTop Best Foods and Drinks in LondonTop Health Benefits of Rosehip TeaTop Best Air Fryers for Low-fat CookingTop Most Asked Teacher Interview Questions with AnswersTop Best Shopping Malls in ZurichTop The Most Beautiful Botanical Gardens In L.A.Top Best Mexican Restaurants in Miami for Carb-loading rightTop Best Energy Companies in GermanyTop Best Garage HeatersTop Largest Banks in IrelandTop Leading Provider - Audit and Assurance In The USTop Best Jewelry Brands in IndiaTop Prettiest Streets in the UKTop Best Lakes to Visit in TunisiaTop Highest Mountains in Israel